Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 8

Teori Perkembangan Sosio Emosi Erik Erikson

a) Terangkan konflik emosi yang dihadapi oleh Badrul berdasarkan teori


perkembangan sosio emosi Erik Erikson.

Badrul berkeinginan terhadap sukan lasak tersebut dan menguasainya adalah


sebahagian daripada matlamat kehidupannya. Badrul mempunyai keinginan
membuktikan kejayaan dalam bidang yang diminatinya. Pada peringkat ini,
kanak-kanak sebenarnya sudah menguasai sebarang kemahiran asas yang diperlukan
bagi mengendalikan tubuh badan mereka. Oleh itu, mereka amat memerlukan
kepelbagaian bentuk peneguhan positif sebagai perangsang bagi membuktikan
kejayaan mereka. Konflik emosi ini dikenali sebagai konflik kerajinan lawan rendah diri.
Konflik yang dialami oleh Badrul menyebabkan rasa kompleks rendah diri jika dikritik.
Dalam menangani konflik ini, ibu bapa dan guru merupakan individu yang merangsang
perkembangan sosioemosi Badrul melalui aktiviti bersukan. Setiap kerja atau aktiviti
yang dilaksanakan oleh Badrul perlu diberi penghargaan dan peneguhan yang positif
agar Badrul berasa yakin akan apa yang dilaksanakan olehnya.
b) Huraikan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh seseorang guru untuk
membantu perkembangan sosio emosi Badrul di sekolah.

Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh seseorang guru dalam membantu
perkembangan sosio emosi Badrul di sekolah adalah dengan menjadi pembimbing dan
pakar motivasi murid terutamanya bagi guru bimbingan dan kaunseling. Guru hendaklah
sentiasa cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh setiap murid dengan
menggunakan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana guru dikatakan mempunyai pengaruh tinggi dalam menentukan
tindakan anak murid, salah satunya sebagai motivasi kepada pelajarnya. Apabila
seseorang pelajar itu mengalami masalah terutamanya dalam aspek sosio emosi ini,
guru haruslah memberikan motivasi dengan cara memupuk rasa keyakinan diri dan
menepis konsep kendiri yang negatif. Jadi, jika usaha seperti ini sentiasa dilakukan oleh
guru-guru, secara tidak langsung murid-murid akan lebih yakin untuk melakukan sesuatu
tanpa rasa bimbang dan kurang yakin.

Selain itu,guru di sekolah Badrul hendaklah menerapkan nilai-nilai moral, akhlak,


kerohanian dan tingkah laku yang baik serta mendidik untuk menjauhi perkara-perkara
negatif. Pembentukan jati diri haruslah dititikberatkan kerana ianya membawa kepada
identiti yang positif. Menurut Yaghavi (2014) pembinaan jati diri akan membendung dan
menghalang tingkah laku negatif.Hal ini dapat memberikan contoh atau teladan yang
baik kepada Badrul supaya sentiasa berfikiran positif dan berfikir sebelum bertindak.
Justeru itu,guru-guru hendaklah menanamkan nilai-nilai moral dalam membentuk jati diri
supaya tidak terjebak perkara yang tidak baik dan membantu menjamin kesihatan
mental pelajar.

Anda mungkin juga menyukai