Anda di halaman 1dari 3

Aliran darah melalui jantung.

1. Darah terdeoksigen dari seluruh badan masuk ke dalam atrium kanan melalui vena kava.
2. Darah beroksigen dari peparu masuk ke dalam atrium kiri melalui vena pulmonari
3. Apabila darah mengisi atrium . atrium mengecut dan menolak darah melalui injap bikuspid
dan injap trikuspid ke dalam kedua-dua ventrikel
4. Apabila ventrikel mengecut , injap sabit terbuka dan darah dipam keluar ke dalam arteri
pulmonari dan aorta
5. Darah terdeoksigen dipam melalui arteri pulmonari ke peparu
6. Darah beroksihen dipam melalui aorta ke seluruh badan
.
PEREDARAN PULMONARI
 Peredaran pulmonari membawa darah di antara janyung dan peparu manusia.
 Darah terdeoksigen dari ventrikel kanan akan dipam ke peparu melalui arteri
pulmonari.
 Darah terdeoksigen akan menjadi darah beroksigen selepas menerima oksigen dari
peparu
 Darah beroksigen akan mengalir kembali ke atrium kiri dan vena pulmonari
 Atrium kiri mengepam darah beroksigen ke ventrikel kiri melalui pembukaan injap
bikuspid.

PEREDARAN SISTEMIK

 Peredaran sistemik membawa darah di antara jantung dan keseluruh bahagian badan yang
lain.
 Dari ventrikel kiri, darah beroksigen dipam ke seluruh badan kecuali ke peparu melalui
aorta
 Darah beroksigen akan memasuki kapilari darah agar pertukaran gas dan nutrien dapat
dijalankan di dalam sel-sel badan.
 Darah terdeoksigen dari seluruh badan kecuali peparu akan mengalir balik ke atrium kanan
melalui vena kava.
 Atrium kanan akan mengepam darah terdeoksigen ke ventrikel kanan melalui pembukaan
injap trikuspid.

Anda mungkin juga menyukai