Anda di halaman 1dari 4

Kajian Tinjauan

Kajian tinjauan merupakan kajian terhadap perkara yang sedang berlaku dan merupakan satu
kaedah yang mudah dan popular (Mohd Najib, 2003). Selain tu, menurut Creswell (2008),
reka bentuk kajian tinjauan adalah satu prosedur di mana dalam kajian kuantitatif pengkaji
menjalankan tinjauan terhadap sampel atau seluruh populasi bagi menggambarkan sikap,
pendapat, tingkah laku mahupun ciri-ciri dalam populasi tersebut. Kajian ini merupakan satu
kajian yang dilihat popular dan menjadi pilihan dalam kajian seperti sains sosial yang secara
umumnya digunakan bagi mengetahui sikap, kepercayaan, demografi, pendapat, tabiat, nilai,
keinginan, idea dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan kelompok yang dikaji. Noraini
Idris (2013), menyatakan bahawa kajian tinjauan melibatkan pengumpulan data daripada
populasi bagi memahami suatu situasi terkini berhubung populasi dan satu atau lebih
pemboleh ubah. Kajian tinjauan ini juga, penyelidik biasanya akan memilih responden
daripada satu populasi secara rawak.

Kajian tinjauan dilaksanakan dengan bertujuan untuk menghuraikan ciri-ciri sesebuah


populasi supaya kajian dapat dilaksanakan. Seterusnya mengkaji sesuatu keadaan mahupun
hal baru dalam aturan dengan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui masalah,
fenomena atau hal tersebut. Kajian tinjauan merupakan satu kajian yang boleh dijalankan
dengan menggunakan soal selidik ataupun temubual. Noraini Idris (2013) secara amnya,
kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan sama ada masalah
masalah itu benar-benar wujud, jenis masalah yang dihadapi, keseriusan masalah dan juga
sama ada masalah tersebut menuntut tumpuan dan perhatian.

Menurut Cresswell (2012), kajian tinjauan digunakan untuk menerangkan sesuatu


trend atau keadaan seperti mengkaji minat sesuatu komuniti di sesebuah sekolah. Bukan itu
sahaja, kajian tinjauan dapat menentukan pendapat individu tentang isu polisi seperti
pemilihan kelas yang perlu dihadiri. Tujuan kajian tinjauan juga untuk mengenal pasti
tingkah laku sesuatu seperti tingkah laku murid dalam proses pengajaran menggunakan
teknologi maklumat.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kajian tinjauan merupakan kajian kuantitatif yang
sering kali digunakan oleh pengkaji tidak kira dalam pelbagai bidang kajian terutamanya
dalam bidang sains sosial seperti majalah, akbhar dan televisyen. Kajian tersebut digunakan
untuk mengenal pasti, menerangkan dan menentukan keberkesanan sesuatu produk atau
bahan yang dikaji.
Jenis Kajian Tinjauan

Terdapat dua jenis kajian tinjauan yang boleh dilaksanakan iaitu tinjauan hirisan rentas dan
juga tinjauan jangka panjang (Creswell, 2012)

1) Tinjauan Hirisan Rentas

Tinjauan rentas digunakan bagi mengumpul maklumat daripada sampel populasi yang telah
ditentukan terlebih dahulu. Namun, pengumpulan data yang diperlukan akan mengambil
masa sama ada sehari mahupun beberapa minggu. Data yang dikumpul hanya sekali daripada
sampel. Seterusnya, tinjauan akan dibuat terhadap populasi yang digelar bancian bagi
mendapatkan data dan maklumat berkenaan ciri-ciri populasi yang dikaji. Bancian terdiri
daripada bancian nyata dan juga bancian tidak nyata.

Bagi bancian nyata, ciri-ciri yang dikaji biasanya berbentuk fizikal seperti bilangan
pelajar, bilangan penulisan pensyarah atau bilangan anugerah yang diterima oleh sesebuah
universiti. Berbanding dengan bancian tidak nyata yang dilihat lebih sukar dijalankan.
Bancian tidak nyata seperti ciri-ciri pendidikan amnya yang berbentuk konstruk atau konsep
seperti konstruk motivasi, komitmen dan kecerdasan serta konsep pengajaran dan
pembelajaran. Alat kajian yang yang berkesan diperlukan bagi mendapatkan maklumat
tentang gagasan atau konsep yang dikaji dari keseluruhan populasi.

2) Tinjauan Jangka Panjang

Seterusnya, jenis kajian tinjauan kedua ialah kajian jangka panjang yang memerlukan
masa yang panjang dan lama bagi mengumpul data. Perubahan dalam populasi akan
dianalisis dan akan cuba diterangkan oleh penyelidik yang menggunakan jenis kajian tinjaun
ini. Kajian jangka panjang memerlukan penglibatan ramai pihak, pengorbanan masa, tenaga
dan juga sumber kewangan. Tinjauan ini adalah kaedah yang amat sesuai bagi melihat
perubahan atau mengkaji perkembangan sesuatu sistem. Data yang dikumpul daripada
sampel secara berulang kali dan mengambil masa yang panjang. Terdapat tiga jenis kajian
tinjauan jangka panjang seperti kajian trend, kajian kohort dan juga kajian panel.

a) Kajian Trend

Kajian trend dilaksanakan dalam tempoh yang panjang yang membolehkan penyelidik boleh
menggabungkan data daripada beberapa kajian lain dengan menggunakan populasi yang
sama supaya dapat menunjukkan satu trend. Kajian ini hanya berfokus terhadap populasi
tertentu dan sebahagiannya akan dijadikan sampel dan diteliti secara berulang-ulang kali.

b) Kajian Kohort

Kajian kohort pula berfokus kepada populasi tertentu dan akan dikaji lebih daripada sekali
sama seperti kajian trend. Kajian ini akan dilaksanakan bagi melihat perubahan dan ciri serta
tingkah laku dalam populasi khusus yang telah dipilih.

c) Kajian Panel

Seterusnya, dalam kajian panel, punca perubahan dalam populasi akan diketahui kerana
penggunaan sampel yang sama dan sampel ini dipanggil panel. Kajian panel ini memerlukan
individu yang sama bagi mengajukan soalan dan perubahan akan dikenalpasti apabila soalan
yang sama akan digunakan pada tahun seterusnya. Kajian panel ini memerlukan perbelanjaan
yang tinggi, jangka masa kajian yang panjang dan kemungkinan responden akan menarik diri.

Rajah : Perbandingan jenis kajian tinjauan

Jenis Kajian Tinjauan

Tinjauan Hirisan Rentas Tinjauan Jangka Panjang


Tinjauan Tinjauan
Tempoh masa pendek Tempoh masa panjang

Sikap dan amalan Keperluan Trend dalam Perubahan


masyarakat populasi dalam orang
yang sama yang sama
Penilaian program Perbandingan dari semasa dari semasa
kumpulan ke semasa ke semasa
Perubahan dalam
kumpulan
Penilaian subpopulasi yang
kebangsaan dinela pasti oleh
ciri khas dar
semasa ke semasa
Kajian Kajian Panel
Trend
Kajian
Kohort
Proses Kajian Tinjauan

Creswell (2012) menyatakan terdapat beberapa proses melaksanakan kajian tinjauan. Tidak kira jenis
tinjauan hirisan rentas dan tinjauan jangka panjang akan terlibat dengan proses ini. Berikut merupakan
proses kajian tinjauan iaitu:

1. Menjalankan persampelan daripada populasi sesesutu


2. Mengumpul data melalui soal selidik dan temu bual
3. Membina instrumen untuk mengumpul data
4. Menerima hasil responden yang tertinggi

Sesuatu proses kajian perlu dipatuhi oleh seseorang pengkaji supaya dapat memastikan
kesahan dan kebolehpercayaan dapat dicapai. Bukan itu sahaja, alat instrumen yang dipilih juga perlu
bersesuai dengan jenis kajian seperti kajian tinjauan yang melibatkan penggunaan instrumen temu
bual dan soal selidik.

Kesimpulannya, kajian tinjauan dapat mewakili semua kaedah kajian yang dijalankan untuk
mengumpul data secara adil daripada sekumpulan subjek. Saiz sampel yang lebih besar berbanding
saiz sampel kaedah eksperimental. Bukan itu sahaja, kajian tinjaun sering menjadi pilihan dalam
semua bidang kerana tidak rumit untuk dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai