Anda di halaman 1dari 2

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH – SEJARAH (29/6/2021)

1. a) Presiden Diosdado Pagan Macapagal dari Filipina menentang pembentukan Malaysia


kerana menuntut wilayah Sabah. Walau bagaimanapun, bagi kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu tuntutan ini adalah di bawah urusan kerajaan British. Seterusnya,
kerajaan Thailand memberikan reaksi positif dan menerima idea pembentukan
Malaysia. Pembentukan Malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan di
rantau Asia Tenggara.

b) Penentangan daripada Indonesia mula muncul selepas Pemberontakan Brunei 7


Disember 1962, apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat kenyataan bahawa
Indonesia terlibat membantu pemberontakan. Parti Komunis Indonesia menggunakan
kesempatan ini menyelar rancangan Malaysia sebagai penerusan dasar neokolonisme
yang dirancang oleh kerajaan Brirtish. Seterusnya, Penentangan yang dimulakan oleh Dr.
Subandrio melancarkan dasar konfrontasi terhadap Tanah Melayu “Ganyang Malaysia”.
Dari 18 Januari 1963 hingga 27 Mac 1963, tentera Indonesia melancarkan serangan
gerila di Sarawak. Dari Ogos hingga Disember 1964, pendaratan gerila di Johor. Tindakan
ketenteraan terawal berlaku apabila pendaratan tentera dan separa tentera Indonesia
di Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963. Pada 29 Disember 1963, berlaku peristiwa
berbalas tembakan antara tentera Malaysia dengan Indonesia di Kalabakan, Sabah. Pada
2 September 1964, berlaku peristiwa pendaratan seramai 30 orang gerila Indonesia di
Labis, Johor. Gerila Indonesia yang masuk ke Johor ditahan oleh pasukan tentera
Malaysia. Dr. Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan ini ke dalam Majlis
Keselamatan PBB. Kaedah provokasi tidak mengubah pendirian Malaysia untuk
bertindak selain cara diplomatik. Kesimpulannya, penentangan Indonesia telah
mengancam pembentukan Malaysia dengan agak mendalam.
c) Antara kepentingan mewujudkan hubungan harmoni dengan negara luar ialah
menjamin kestabilan politik negara. Hubungan yang tidak harmoni dengan negara luar
akan mengancam kestabilan politik negara kerana hal ini akan mengancam keselamatan
pemerintah negara. Contohnya, politik Malaysia telah menerima ancaman daripada
Indonesia dalam bentuk dasar konfrontasi semasa pembentukan Malaysia. Seterusnya,
hubungan harmoni dengan negara luar akan memakmurkan ekonomi negara. Hubungan
ini akan membantu apabila negara kita melakukan perniagaan yang mengimport dari
luar negara dan mengeksport ke luar negara. Perhubungan ini akan melancarkan proses
tersebut. Misalnya, hubungan harmoni dengan Singapura telah membantu dalam
memakmurkan ekonomi negara. Selain itu, hubungan harmoni dengan negara luar juga
akan mempercepatkan bantuan yang didapati. Jika negara kita melanda dengan
bencana alam, hubungan ini membantu kita untuk mendapatkan bantuan dari luar
negara. Contohnya, apabila negara kita mengalami kerosakan yang besar semasa
dilanda tsunami pada tahun 2004, negara kita menerima bantuan daripada pelbagai
negara. Kesimpulannya, hubungan harmoni dengan negara luar memanfaatkan negara
kita dalam pelbagai cara dan kita haruslah menjaga perhubungan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai