Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Petanque

SEJARAH PETANQUE ANTARABANGSA

Sejarah permainan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sebelum masihi 
apabila satu set bola batu dan jek ditemui di Turki. Satu set bola juga ditemui di makam
orang-orang mesir , dipercayai berusia sekitar tahun 7000 sebelum masihi. Pada zaman
purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Dipercayai bahawa orang-
orang Rom merupakan orang pertama yang membawa permainan petanque ini ke Marseiles
kira-kira 2600 tahun dahulu.
            Pada zaman pertengahan, permainan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari
dimainkan. Pada kurun ke-17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini
kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut
kepada 14 mata.
            Sewaktu perang, tentera Napoleon Bonaparte menggunakan peluru merian sebagai
bola permainan. Dikhabarkan juga bahawa Sir Francis Drake telah menamatkan permainan
bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan bala tentera Sepanyol.
            Sejarah moden permainan petanque bermula di Clotat, Perancis pada tahun 1910
apabila sesorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan
ini telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada
kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua tanah jajahan Perancis di
Afrika,Pasifik Selatan dan Eropah Barat.
            Pada akhir dekad ini, ia juga dimainkan di negara Eropah Timur dan Asia seperti
Thailand , Malaysia , Vietnam , Kemboja , Laos , Jepun dan Singapura.
 International Pétanque federation atau Fédération Internationale de Pétanque et Jeu
Provençal telah ditubuhkan pada tahun 1958 di Marseille. Persatuan ini mempunyai keahlian
seramai 600,000 ahli dari 52 buah negara. Kejohanan Petanque Dunia yang pertama telah
dianjurkan pada tahun 1959.
SEJARAH PETANQUE MALAYSIA
 
Permainan petanque dipercayai dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysia oleh Professor
Diraja Ungku Aziz , Yang Dipertua ANGKASA pada pertengahan tahun 1989. Setelah
beberapa bulan dimainkan , akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai salah satu
acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan pada
masa itu iaitu YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada tanggal 22 Mac 1990 di Padang Jalan
Timur, Petaling Jaya.
Pada tahun 1993 , permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan
Sukan sebagai salah satu acara sukan baru. Seminar untuk sukan ini telah diadakan di
Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Sejak dibawa masuk ke negara ini, Angkasa telah memainkan peranan
memperkenalkannya. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ANGKASA ialah :
a) Mengadakan demontrasi permainan di seluruh negara dari semasa ke
    semasa atas permohonan persatuan-persatuan sukan , kelab atau    rekreasi.
b) Mengadakan kursus khas permainan dan peraturan-peraturan petanque. Kursus ini dibiayai
sepenuhnya oleh ANGKASA iaitu kos jurulatih , kos alat  tulis dan peruntukan makan
sebanyak RM 10.00 setiap peserta yang menyertainya. Kursus permainan petanque ini telah
dijadikan salah satu  modul pendidikan ANGKASA secara rasmi sejak 1998.
c) Menganjurkan kejohanan petanque antara koperasi peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan sempena perayaan Hari Koperasi Antarabangsa setiap tahun. Pertandingan ini
telah dimulakan sejak tahun 1990.
d) Mengambil bahagian dalam pertandingan petanque jemputan antarabangsa  khasnya
jemputan Singapura setiap tahun.
 
STRUKTUR & ORGANISASI  PENTADBIRAN SUKAN PETANQUE
STRUKTUR ORGANISASI  KEBANGSAAN

Majlis PPM mengandungi 17 orang ahli yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 2
orang Naib Presiden, Setiausaha Kehormat (dilantik oleh Presiden), Bendahari Kehormat
(dilantik oleh Presiden), dan 11 orang  Ahli Jawatankuasa. Bagi urusan pentadbiran harian,
seorang Setiausaha Kerja dilantik oleh Majlis dan dibayar elaun bulanan oleh Majlis Sukan
Negara Malaysia 
Undang-Undang dan Peraturan
Petanque

Undang-undang Rasmi Permainan Petanque

PERATURAN AM

Artikel 1 : Komposisi Pasukan


Permainan Petenque ini adalah untuk:
-           3 pemain melawan 3 pemain (Bertiga)
Sukan ini juga boleh dimainkan secara:
-           2 pemain melawan 2 pemain (Bergu)
-           1 pemain melawan 1 pemain (Perseorangan)
Untuk ‘bertiga’, tiap-tiap pemain akan menggunakan dua biji bola.
Untuk ‘bergu’ dan ‘perseorangan’, setiap pemain akan menggunakan tiga biji bola.
Tiada versi lain selain daripada tiga kategori di atas dibenarkan untuk membentuk
satu pasukan.

Artikel 2a : Kreteria-kreteria Bola yang diluluskan


Permainan ini perlu menggunakan bola yang diluluskan oleh FIPJP dan memenuhi
kreteria-kreteria berikut ;
(i)               Bola mestilah diperbuat daripada logam.
(ii)             Garis pusat bola mestilah antara 7.05cm (minimum) hingga 8.0cm (maksimum).
(iii)           Berat bola mestilah antara 650 gram (minimum) hingga 800 gram (maksimum).
Tanda pengeluar dan berat hendaklah tertera di atas bola dan sentiasa dapat dilihat
dengan jelas.
(iv)           Bola sama sekali tidak boleh dibuat sebarang bentuk pengubahsuaian ke atasnya
selepas pengeluarannya disahkan oleh pengeluar yang diberi kelulusan. walau
bagaimanapun nama pemain, logo, akronim atau ‘initial’ boleh diukir (engrave) di
atasnya.
TATACARA PERMAINAN

Artikel 5 : Peraturan gelanggang


Permainan Petanque boleh dimainkan di atas gelanggang pelbagai permukaan.
Namun Jawatankuasa Penganjur pertandingan atau pengadil boleh menentukan
gelanggang permainan. Dalam kes Kejohanan peringkat Kebangsaan dan
antarabangsa, gelanggang permainan hendaklah mempunyai ukuran minima 4
meter lebar dan 15 meter panjang.

Untuk lain-lain kejohanan, Persatuan boleh mempelbagaikan ukuran seperti 12


meter panjang dan 3 meter leber.

Apabila satu gelanggang tetap ditemukan dengan satu gelanggang lain pada
hujungnya, garisan hujung gelanggang adalah Garisan Bola Mati.

Jika gelanggang dikelilingi oleh satu sempadan kekal, sempadan itu mestilah
mempunyai jarak minimum 30cm daripada garisan bola mati. Garisan bola mati akan
mengelilingi bahagian luar gelanggang tetap dalam jarak maksimum 4 meter atau
minimum 1 meter.

Kaedah ini juga digunapakai untuk kawasan di mana pertandingan peringkat akhir
diadakan.

Permainan ini dimainkan sehingga 13 mata, Walau bagaimanapun dalam acara liga
dan pusingan kelayakan, mata penamat boleh ditetapkan kepada 11 mata.

 
Peralatan Permainan Petanque

1. BOULE  (bola) 
- Berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga dibahagian dalamnya.
- Mempunyai garis pusat antara 70.5mm hingga 80mm.
- Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram.
- Boule ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk berat dan nombor siri tertera
padanya.
- Boule yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang telah diluluskan oleh badan
antarabangsa (FIPJP) atau persekutuan petanque kebangsaan.(PPM).

2. JACK
- berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras.
- Mempunyai garis pusat antara 25 mm hingga 35 mm
- Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat dengan jelas di atas permukaan
gelanggang.
3. ALAT PENGUKUR JARAK
- Meliputi alat-alat saperti ‘tape measure’,  ‘telescopic measure’,  ‘calliper’, dan ‘tappet gauge’
- Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat dengan kedudukan jack.

4.  KAIN ATAU TUALA KECIL


- Digunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan.

5. BEG
- Mempunyai saiz yang sesuai untuk mengisi dan membawa peralatan petanque.

Anda mungkin juga menyukai