Anda di halaman 1dari 128

DRON SEBAGAI ALAT PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

NUR ADIBAH BINTI ABD LATIFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT REPORT


Author’s full name : NUR ADIBAH BINTI ABD LATIFF

Date of Birth : 07 FEBRUARI 1995

Title : DRON SEBAGAI ALAT PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

Academic Session : 2017/2018

I declare that this thesis is classified as:

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act


1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the


organization where research was done)*

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access


 (full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

i) The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia


ii) The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for
the purpose of research only.
iii) The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by:

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR

(950207-01-5170)
HAMIZAH LIYANA BINTI TAJUL ARIFFIN
(NEW IC NO/PASSPORT) NAME OF SUPERVISOR

Date: 10 JUN 2018 Date: 10 JUN 2018

NOTES: * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
“Kami akui telah membaca karya ini dan pada pandangan
kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)”

Tandatangan : ...................................................................
Nama Penyelia : DR. HAMIZAH LIYANA BINTI TAJUL ARIFFIN
Tarikh : ...................................................................

Tandatangan : ...................................................................
Nama Pembaca II : PM SR. DR. SARAJUL FIKRI BIN MOHAMED
Tarikh : ...................................................................
DRON SEBAGAI ALAT PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

NUR ADIBAH BINTI ABD LATIFF

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina


Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018
Saya akui tesis yang bertajuk “Dron Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak
Bina” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : NUR ADIBAH BINTI ABD LATIFF
Tarikh : 10 JUN 2018
i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat


dan kurnianya maka saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada penyelia saya Dr Hamizah Liyana Binti Tajul Ariffin atas bimbingan
dan idea-idea yang diberikan. Tidak lupa kepada pembaca kedua, Dr Sarajul Fikri Bin
Mohamed dan juga panel viva, Dr Fara Diva Binti Mustapa dan Dr Norazam Bin
Othman yang turut menyumbang idea dan membantu dalam memperbaiki kajian saya.
Ini sedikit sebanyak telah membantu saya sepanjang proses penyiapan Projek Sarjana
Muda ini.

Akhir sekali, buat mak dan abah, Farizat Binti Bahrin dan Abd Latiff Bin
Ahmad yang sentiasa mengambil berat dan memberikan galakan kepada penulis bagi
menyiapkan kajian ini dan juga rakan-rakan yang banyak membantu penulis dalam
menyiapkan kajian ini. Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang kalian berikan.
ii

ABSTRAK

Penggunaan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina semakin


mendapat tempat dalam kalangan kontraktor seiring dengan pembangunan yang
semakin pesat dan rancak dijalankan. Hal ini demikian kerana kelebihan dron dalam
mengumpulkan segala data di tapak bina dengan pantas dan dalam waktu yang sebenar
telah membantu pihak pengurusan pembinaan membuat keputusan dengan segera
setelah mengenal pasti permasalahan awal yang timbul. Namun begitu, penggunaan
dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina tidak terlepas daripada
menghadapi pelbagai cabaran terutamanya apabila perlu dikendalikan dalam projek
pembinaan yang sesak. Kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti cabaran utama
mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina dan langkah-
langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron di tapak bina. Bagi mencapai objektif
kajian, temu bual telah dijalankan dengan pengendali dron yang mempunyai
pengalaman memantau kemajuan di tapak bina yang terletak di kawasan sesak.
Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kajian kes, di mana, lima projek
pembinaan tersebut terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati
memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan sebagai cabaran
utama. Manakala, mendapatkan kebenaran menerbangkan dron, mengenal pasti
segala halangan dan sempadan, merancang arah tuju dan melakukan pemeriksaan ke
atas dron merupakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran
mengendalikan dron di tapak bina. Pencapaian kedua-dua objektif kajian ini jelas
menunjukkan bahawa setiap cabaran dapat diatasi dengan langkah-langkah yang
bersesuian.
iii

ABSTRACT

The use of drones as a monitoring tool at the construction site is increasing


among contractors in line with the rapid development. This is because the advantages
of drones in gathering data at the construction site quickly and in real time have helped
construction management decide immediately after identifying the initial problems
that arise. Nevertheless, the use of drones as a monitoring tool at the site is not missed
from encountering various challenges especially when it is necessary to operate in
congested construction projects. A study was conducted to identify the main challenge
in controlling the drone as a monitoring tool at the construction site and steps to
mitigate the challenges of handling the drones at the construction site. In order to
achieve the objective of the study, interviews were conducted with drone operators
who had experience of monitoring progress at the construction site located in
congested areas. The research method used is a case study, where the five construction
projects are located in the city of Kuala Lumpur. The results of the study found that
ensure the drone condition safe before flown it as a major challenge. Whereas, getting
permission to fly drones, identifying all obstacles and boundaries, plan the direction
and checking on drones is the steps taken to overcome the challenges operating the
drones at the site. The achievement of both objectives of the study clearly demonstrates
that each challenge can be overcome with the rigorous steps.
iv

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
ISI KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH x
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI SINGKATAN xii

1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 7
1.8 Organisasi Bab 7

2 KAJIAN LITERATUR 9
2.1 Pengenalan 9
2.1.1 Definisi Pemantauan Kemajuan 10
v

2.1.2 Kaedah Pemantauan Kemajuan 10


2.1.3 Kepentingan Pemantauan Kemajuan 11
2.2 Pemantauan Kemajuan Secara Manual 13
2.2.1 Proses Pemantauan Kemajuan Secara Manual 13
2.2.2 Cabaran Pemantauan Kemajuan Secara Manual 14
2.2.3 Kelemahan Pemantauan Kemajuan Secara Manual 16
2.3 Kemunculan Dron Dalam Industri Pembinaan 17
2.3.1 Sistem Dron 18
2.3.2 Tahap Autonomi Dron 20
2.3.3 Panduan Memilih Dron Untuk Pembinaan 22
2.3.4 Jenis dan Spesifikasi Dron 24
2.3.5 Kegunaan Dron Dalam Pembinaan 32
2.3.6 Faktor Mempengaruhi Penggunaan Dron Dalam
Industri Pembinaan 34
2.3.7 Peraturan Penggunaan Dron Di Malaysia 36
2.4 Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron 37
2.4.1 Proses Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron 37
2.4.2 Kelebihan Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron 40
2.4.3 Kelemahan Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron 42
2.4.4 Cabaran Pemanatauan Kemajuan Menggunakan Dron 43
2.4.5 Langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan Dron 44

3 METODOLOGI KAJIAN 48
3.1 Pengenalan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 49
3.3 Kajian Kes 50
3.4 Pengumpulan Data 52
3.5 Analisis Data 53
3.6 Rumusan Bab 55

4 ANALISIS KAJIAN 56
4.1 Pengenalan 56
4.2 Maklumat Projek 57
4.2.1 Projek Pembinaan Kajian Kes 1 57
vi

4.2.2 Projek Pembinaan Kajian Kes 2 59


4.2.3 Projek Pembinaan Kajian Kes 3 59
4.2.4 Projek Pembinaan Kajian Kes 4 60
4.2.5 Projek Pembinaan Kajian Kes 5 60
4.3 Maklumat Responden 61
4.4 Cabaran Utama Mengendalikan Dron Sebagai Alat
Pemantauan Di Tapak Bina 62
4.4.1 Analisis Cabaran Utama Mengendalikan Dron Sebagai Alat
Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina Mengikut Kajian Kes 62
4.4.2 Keseluruhan Analisis Cabaran Utama Mengendalikan Dron
Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina 66
4.4.3 Ulasan Dapatan Analisis Dengan Kajian Literatur 69
4.5 Langkah-langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan Dron
Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina 70
4.5.1 Analisis Langkah-langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan
Dron Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina 70
4.5.1.1 Bateri Dron Tidak Tahan Lama 70
4.5.1.2 Cuaca Tidak Menentu 73
4.5.1.3 Kemungkinan Menyebabkan Kerosakan Harta Benda 75
4.5.1.4 Kemungkinan Menyebabkan Kecederaan Individu 77
4.5.1.5 Kemungkinan Berlanggar Dengan Jentera Di Tapak Bina 79
4.5.1.6 Kemungkinan Melakukan Pencerobohan Hak Privasi 81
4.5.1.7 Memastikan Dron Dalam Keadaan Selamat Sebelum
Diterbangkan 83
4.5.1.8 Memilih Jenis Dron Yang Bersesuaian 85
4.5.1.9 Mendapatkan Permit Sebelum Menerbangkan Dron 86
4.5.2 Analisis Keseluruhan Langkah-langkah Mengatasi Cabaran
Mengendalikan Dron Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan
Di Tapak Bina 88
4.5.3 Ulasan Dapatan Analisis Dengan Kajian Literatur 90
4.6 Rumusan Bab 92

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 93


5.1 Pengenalan 93
vii

5.2 Kesimpulan Analisis 94


5.3 Masalah Yang Dihadapi Seamasa Menjalankan Kajian 96
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 97

RUJUKAN 99
LAMPIRAN A 105
LAMPIRAN B 106
viii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN


2.1 Sayap tetap 22
2.2 Pelepasan dan pendaratan vertical (VTOL) 23
2.3 Pelepasan dan pendaratan vertical (VTOL)
terikat 23
2.4 Phantom 3 professional 25
2.5 Inspire 1 Pro 26
2.6 Phantom 4 28
2.7 Spread wings s1000+ 29
2.8 Matrice 600 (M600) 30
2.9 Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron 45
3.1 Kaedah pemerolehan data 50
4.1 Senarai kajian kes 57
4.2 Maklumat responden 61
4.3 Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 1 62
4.4 Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 2 63
4.5 Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 3 64
4.6 Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 4 65
4.7 Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 5 65
4.8 Skala cabaran mengendalikan dron di tapak bina 66
4.9 Cabaran mengendalikan dron mengikut kedudukan
keutamaan 68
4.10 Langkah mengatasi bateri dron tidak tahan lama 71
4.11 Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam
keadaan hujan 73
4.12 Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam
keadaan berangin 75
ix

4.1.3 Langkah mengatasi kemungkinan menyebabkan


kerosakan harta benda 76
4.14 Langkah mengatasi kemungkinan menyebabkan
kecederaan individu 78
4.15 Langkah mengatasi kemungkinan berlanggar dengan
jentera di tapak bina 80
4.16 Langkah mengatasi melakukan pencerobohan hak
privasi 82
4.17 Langkah memastikan dron dalam keadaan selamat
sebelum diterbangkan 84
4.18 Langkah memilih jenis dron yang bersesuaian 85
4.19 Langkah mendapatkan permit sebelum menerbangkan
dron 87
4.20 Cabaran mengendalikan dron beserta langkah
mengatasi 88
x

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN


2.1 Komponen dron 17
2.2 Komponen utama UAV 20
2.3 Proses pencantuman gambar 38
2.4 Padanan model 3D yang dibentuk dengan model 3D CAD 39
4.1 Lokasi projek pembinaan kajian kes 1 58
4.2 Kawasan sekitar projek pembinaan kajian kes 2 58
xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN


A Senarai nama responden 105
B Borang temu bual berstruktur 106
xii

SENARAI SINGKATAN

CAAM - Civil Aviation Authority of Malaysia


DCA - Department of Civil Aviation
JUPEM - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
FAA - Federal Aviation Administration
UAV - Unmanned Aerial Vehicle
UAS - Unmanned Aircraft System
ROA - Remotely Operated Aircraft
RPA - Remotely Piloted Aircraft
UA - Unmanned Aircraft
3D - Third Dimension
CAD - Computer Aided Design
MRT - Mass Rapid Transit
LRT - Light Railway Transit
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembinaan terdiri daripada organisasi yang pelbagai jenis dan saiz serta
melibatkan banyak pihak yang terbabit secara langsung dan secara tidak langsung
memandangkan ia merupakan sebuah industri yang besar dan kompleks (Cooke dan
Williams, 2009). Industri pembinaan melibatkan pelbagai proses yang bermula dengan
fasa penerangan reka bentuk diikuti oleh fasa pembinaan dan diakhiri dengan fasa
selepas penyiapan (RIBA, 2007). Setiap produktiviti dan kemajuan yang berlaku dalam
sesebuah projek perlu dipantau dan dikawal secara harian kerana kejayaaan sesebuah
projek itu diukur melalui kemampuannya disiapkan dalam jangka masa dan anggaran
kos yang telah ditetapkan (Soman et al., 2017).

Memandangkan keputusan yang rasional perlu dibuat oleh mereka yang terlibat
dalam pengurusan pembinaan bagi setiap isu yang yang terbit dalam sesebuah projek,
perolehan maklumat yang tepat berkenaan dengan kerja-kerja yang sedang berlangsung
2

di tapak bina adalah sangat kritikal. Prestasi pembinaan akan berada dalam keadaan
yang tidak menentu dan tidak pasti kerana kesilapan ketika membuat pemantauan di
tapak bina boleh menyukarkan pengumpulan maklumat yang betul dan tepat pada
masanya (Park dan Brilakis, 2016).

Salah satu tugasan paling utama dalam pengurusan projek pembinaan adalah
pemantauan dan pengawalan kemajuan projek. Bagi mengenal pasti sama ada tarikh
akhir dapat dicapai dan belanjawan projek dalam keadaan terkawal, setiap ahli yang
terlibat dalam sesebuah projek perlulah mengetahui kemajuan semasa projek untuk
membolehkan kemajuan projek di tapak bina yang sebenar dibandingkan dengan
kemajuan projek yang telah dirancang. Menjadi tanggungjawab utama kontraktor am
untuk memaklumkan perkembangan terkini projek kepada penasihat projek bagi
membolehkan ia disampaikan pula kepada klien (Zubair et al., 2006).

Menurut Hastak (1998), pemilihan sistem pemantauan yang konvesional atau


automatik perlu dibuat dengan tepat kerana ia memainkan peranan penting dalam
perancangan sesebuah projek pembinaan terutamanya sekarang ini semakin banyak
sistem pemantauan yang automatik telah muncul. Park dan Brilakis (2016) menyifatkan
pemantauan kerja-kerja di tapak bina dengan menggunakan kaedah konvensional
merupakan suatu proses manual yang memakan masa dan terdedah kepada kesilapan.
Oleh itu, pelbagai teknologi telah diperkenalkan dalam industri pembinaaan bagi
menambah baik proses pemantauan yang dibuat di tapak bina.

Di Amerika Syarikat, teknologi dron telah dibangunkan untuk kegunaan awam


dan juga komersial walaupun pada awalnya ia merupakan teknologi yang hanya
digunakan untuk tujuan ketenteraan (Culver, 2014). Menurut Lafay (2015), Unmanned
Aerial Vehicle (UAV), Unmanned Aircraft System (UAS), Remotely Operated Aircraft
(ROA), Remotely Piloted Aircraft (RPA) dan Unmanned Aircraft (UA) merupakan
3

antara istilah lain yang diguna pakai pada masa kini untuk menggambarkan apa yang
seluruh dunia kenali sebagai dron.

Dron merupakan pesawat yang boleh terbang tanpa memerlukan juruterbang


didalam pesawat tersebut untuk mengemudi hala penerbangannya kerana ia hanya perlu
dikawal menggunakan alat kawalan jauh atau diprogramkan pergerakannya terlebih
dahulu agar ia boleh terbang dengan lasak ataupun tidak. Selain itu, dron turut merujuk
kepada pesawat yang berlepas dan mendarat secara menegak, boleh terapung di udara
pada altitud yang sangat rendah dan boleh terbang secara mengundur dan juga ke sisi
(Valavanis, 2008).

Culver (2014) menyatakan bahawa pertimbangan bagi menggunakan teknologi


dron telah dibuat oleh penyelidik, ahli teknologi dan organisasi pemberitaan untuk
tujuan laporan dan pengumpulan maklumat setelah pembentukan beberapa peraturan
penggunaan dron di ruang angkasa Amerika Syarikat ditubuhkan oleh kerajaan
perseketuan di sana pada tahun 2015.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Irizarry et al. (2012), tinjauan harian untuk memantau kerja-kerja yang
dilaksanakan di tapak pembinaan merupakan salah satu daripada tanggungjawab
penyelia tapak bina. Walau bagaimanapun, pemantauan kemajuan secara konvensional
bagi tapak pembinaan yang berskala besar adalah tidak mudah dan memerlukan
peruntukan masa yang lebih lama. Omar dan Nehdi (2016) pula menyatakan bahawa
pengurusan kualiti, pemantauan kemajuan dan penambahbaikan produktiviti yang
4

merupakan antara elemen paling penting dalam sistem pengurusan pembinaan telah
menerima banyak manfaat semenjak kebelakangan ini yang disebabkan oleh
kemunculan sistem pemantauan kemajuan yang automatik dan bersepadu.

Dron merupakan antara teknologi pada masa kini yang dirasakan sesuai bagi
menggantikan pemantauan kemajuan yang dilakukan secara manual berdasarkan
penyataan Bang et al. (2017) yang menyifatkan teknologi dron sebagai berkebolehan
dalam mengumpulkan banyak data bergambar di tapak bina dalam masa yang sekejap
dan memantau kemajuan di tapak bina yang berskala besar pada waktu sebenar dengan
lebih kerap. Tambahan pula, pelbagai tugasan boleh dikendalikan dron dengan usaha
yang minimum bagi mendapatkan gambar kemajuan di tapak bina pada kedudukan yang
tepat memandangkan dron yang dikawal secara automatik menggunakan pengesan dan
perisian yang canggih serta pelan penerbangan sistem kedudukan sejagat (GPS) yang
telah diprogramkan terlebih dahulu berada dalam keadaan yang stabil (Devriendt dan
Bonne, 2014).

Selain itu, keupayaan dron untuk mengumpulkan data di kawasan yang tidak
selamat dan sukar untuk diakses oleh personel pembinaan merupakan suatu
penambahbaikan dalam pengaksesan maklumat dalam jarak jauh (Rushdi et al., 2016).
Hal ini demikian kerana, Austin (2015) menyifatkan pengupahan jurufoto untuk
mengambil gambar kemajuan di tapak bina dengan menaiki helikopter merupakan
kaedah pemantauan manual yang berbahaya berbanding dengan penggunaan dron yang
lebih selamat kerana ia dikawal juruterbang daripada jarak yang selamat di atas tanah.
turut menyatakan. Walaupun dron telah menjadi sesuatu yang ada dimana-mana,
malangnya ia juga datang dengan beberapa cabaran penting apabila perlu mengautomasi
banyak aktiviti pembinaan yang mempunyai cabaran yang tinggi (Saadatseressht. et. Al.,
2015) Justeru itu, terdapat keperluan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dron
semasa semasa membuat pemantauan kemajuan di tapak bina untuk membolehkan
5

cabaran-cabaran tersebut kemudiannya dapat dikenal pasti langkah-langkah mengatasi


yang bersesuaian dengan cabaran yang dihadapi.

1.3 Persoalan Kajian

i. Apakah cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat pemantauan


kemajuan di tapak bina?

ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi cabaran


mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina?

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

i. Mengenalpasti cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat pemantauan


kemajuan di tapak bina.

ii. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron


sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina.
6

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada pengendali dron yang pernah mengendalikan
dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina. Pengumpulan data yang dibuat
melalui temu bual adalah terhad kepada pengendali dron yang pernah mengendalikan
dron sebagai alat pemantauan kemajuan dikawasan tapak pembinaan yang sesak iaitu
dikawasan bandar. Oleh itu, pengendali dron yang pernah mengendalikan dron sebagai
alat pemantauan kemajuan bagi projek pembinaan disekitar Kuala Lumpur telah dipilih
dalam kajian ini.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini boleh membantu pengendali dron dan juga kontraktor pembinaan yang
ingin menggunakan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina mengenal
pasti terlebih dahulu cabaran-cabaran yang perlu dihadapi bagi mengendalikan dron di
tapak pembinaan yang sesak. Pada masa yang sama, boleh membantu menyelesaikan
permasalahan berkenaan cabaran-cabaran mengendalikan dron di tapak pembinaan yang
sesak dengan mengenal pasti langkah-langkah yang bersesuaian dan boleh diaplikasikan
bagi mengatasi permasalahan tersebut. Secara tidak langsung, hasil kajian ini boleh
membantu dalam melancarkan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan kerja-kerja
pemantauan kemajuan di tapak pembinaan yang sesak.
7

1.7 Metodologi Kajian

Kajian ini adalah kajian pelbagai kes yang menggunakan pendekatan kualitatif.
Kajian pelbagai kes digunakan kerana penyelidik telah menetapkan beberapa kriteria
seperti pengendali dron yang ingin ditemu bual mestilah berpengalaman melaksanakan
pemantauan kemajuan bagi projek pembinaan disekitar bandar raya Kuala Lumpur dan
lokasi projek pembinaan tersebut perlulah terletak dikawasan yang sesak untuk dipilih
sebagai kes. Teknik temubual berstruktur merupakan instrumen yang digunakan dalam
mengumpulkan data primer bagi kajian ini. Pendekatan kualitatif dirasakan lebih sesuai
digunakan dalam kajian ini untuk membolehkan penyelidik mengenal pasti sebanyak
yang mungkin langkah-langkah yang diambil oleh responden bagi mengatasi cabaran
mengendalikan dron dikawasan tapak pembinaan yang sesak. Responden bagi kajian ini
pula merupakan pengendali dron yang pernah terlibat mengendalikan dron untuk kerja-
kerja pemantauan dikawasan tapak pembinaan yang sesak.

1.8 Organisasi Bab

i. Bab 1: Pendahuluan. Bab ini mengandungi pengenalan kepada kajian,


penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian,
kepentingan kajian, metodologi kajian dan ringkasan bab.
ii. Bab 2: Kajian Literatur. Bab ini akan mengulas kajian-kajian yang pernah
dilakukan sebelum ini yang berkenaan dengan kaedah pemantauan kemajuan
yang dilaksanakan di tapak bina, penggunaan teknologi dron bagi kerja-kerja
pemantauan kemajuan di tapak bina dan juga cabaran yang dihadapi bagi
kaedah yang digunakan untuk memantau kemajuan di tapak bina.
8

iii. Bab 3: Metodologi Kajian. Bab ini akan menerangkan tentang kaedah kajian
yang dilaksanakan, kaedah pengumpulan data dan analisis data yang dibuat
terhadap dapatan.
iv. Bab 4: Analisis Data. Bab ini akan membincangkan tentang hasil analisis
yang dibuat berpandukan temubual yang dibuat dengan responden yang telah
dipilih.
v. Bab 5: Cadangan dan Kesimpulan. Bab ini akan menyatakan kesimpulan,
masalah kajian dan juga cadangan bagi kajian lanjutan.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kitaran hayat projek pembinaan terbahagi kepada enam fasa iaitu pra-projek,
perancangan dan reka bentuk, pemilihan kontraktor, operasi projek dan penutupan dan
penamatan projek. Manakala, pemantauan dan pengawalan yang melibatkan lima aspek
utama iaitu kemajuan kerja, status kewangan, pengurusan kualiti, pengurusan
keselamatan kerja dan pengurusan alam sekitar merupakan salah satu tanggungjawab
kontraktor bagi kegiatan di tapak bina ketika fasa operasi projek (Bennett, 2007).

Menurut Cheok dan Stone (1999), kajian yang dibuat oleh Institut Industri
Pembinaan telah menyatakan bahawa sebanyak $500,000 hingga $1 juta perbelanjaan
dibuat oleh projek pembinaan bernilai $100 juta hanya untuk mengesan kedudukan
komponen di tapak bina dan memantau status kerja di tapak bina dengan perbelanjaan
lanjutan dibuat untuk mengukur kemajuan semasa infrastruktur berdasarkan kerja
pembinaan yang sebenar.
10

2.1.1 Definisi Pemantauan Kemajuan

Harris dan McCaffer (2013) menyifatkan pemantauan sebagai suatu tindakan


memeriksa kemajuan sebenar dan penggunaan sumber sebenar berbanding dengan apa
yang telah dirancang dan juga merupakan suatu perbuatan membuat keputusan untuk
mengubah hasil pada masa akan datang dan membawa semula projek kembali mengikut
jadual yang telah dirancang bagi tujuan kawalan.

Hinze (2011) pula menyatakan bahawa pemantauan adalah untuk merekod tarikh
mula dan akhir untuk aktiviti-aktiviti semasa projek dijalankan. Manakala, kawalan
berkaitan dengan analisis kesan-kesan penyimpangan jadual dan penilaian bagi
tindakan-tindakan pemulihan yang perlu dilaksanakan.

2.1.2 Kaedah Pemantauan Kemajuan

Kaedah pemantauan kemajuan di tapak bina boleh dibahagikan kepada dua iaitu
kaedah pemantauan kemajuan yang konvesional dan kaedah pemantauan kemajuan yang
automatik. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan yang dibuat oleh Omar dan
Nehdi (2016) yang menyatakan bahawa kaedah pemantauan dan penilaian dalam projek
pembinaaan sekarang ini kurang teratur yang merujuk kepada kaedah pemantauan
kemajuan secara manual dan beliau turut menyatakan kaedah pemantauan kemajuan
yang digunakan kebelakangan ini adalah lebih automatik dan bersepadu.
11

Memperoleh data, menukarkan data yang diperoleh menjadi sebuah maklumat


dan menyampaikan maklumat tersebut tepat pada masanya merupakan tujuan yang perlu
dicapai hasil daripada penggunaan kaedah pemantauan kemajuan yang automatik dalam
memastikan penambahbaikan prestasi sesebuah projek pembinaan. Gambar tapak
bangunan, pengesanan bahan binaan dan Persekitaran Komunikasi Dinamik (DyCE)
merupakan tiga elemen utama dalam pengumpulan data secara automatik yang
berdasarkan kepada Model Bangunan Bermaklumat (BIM). Walaupun elemen-elemen
utama tersebut boleh digunakan secara tunggal namun sebuah sistem yang berkredibiliti
dapat dihasilkan dengan menggabungkan ketiga-tiga elemen utama tersebut (Rebolj et
al., 2008).

Menurut Brilakis et al. (2010), proses “pemodelan seperti dibina” dimulakan


dengan menangkap gambar keadaan semasa di tapak bina dan kemudian gambar tersebut
akan dicerminkan dalam Model Bangunan Bermaklumat (BIM) untuk membolehkan
pemantauan kemajuan dilakukan secara automatik. Oleh itu, Hamledari (2016) dalam
kajiannya telah menyenaraikan Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) (Akinci et al.,
2003), kamera digital (McCabe dan Clarida, 2004), pengimbasan laser (Tang et al.,
2010) dan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) (Siebert dan Teizer, 2014) sebagai
teknologi pemantauan pembinaan automatik yang digunakan kebelakangan ini.
Walaupun begitu, hanya teknologi dron sahaja yang akan dikaji dalam kajian ini sebagai
teknologi pemantauan pembinaan yang automatik.

2.1.3 Kepentingan Pemantauan Kemajuan

Laporan kemajuan merupakan fungsi pengurusan yang penting dalam


menyiapkan sesebuah projek pembinaan dengan jayanya. Sesebuah projek bergantung
12

kepada ketepatan maklumat yang dikumpulkan daripada kerja-kerja yang dilaksanakan


di tapak bina yang kemudian akan digunakan untuk membuat perbandingan di antara
kerja sebenar yang telah dilaksanakan di tapak bina dengan perancangan kerja yang
telah dibuat. Pemantauan yang dibuat beberapa kali dalam sehari membolehkan data
berkenaan kerja-kerja yang telah dilaksanakan pada hari tersebut dikumpulkan dan
kemudian digunakan untuk menganggar kuantiti kerja yang telah dilaksanakan pada hari
tersebut (El-Omari dan Moselhi, 2008).

Menurut Saad (2000), laporan kemajuan projek yang tepat dan kerap boleh
menghasilkan diagnosis penting untuk status projek yang membolehkan setiap jabatan
yang berlainan dalam sesebuah projek membuat keputusan yang sewajarnya terhadap
tindakan pembetulan yang perlu untuk melindungi projek dan memastikan projek dapat
disiapkan. Memon et al. (2006) pula menyatakan bahawa sesebuah projek sangat
bergantung pada sistem pemantauan yang boleh dipercayai untuk memberikan sebarang
petanda sekiranya projek sedang berhadapan masalah atau berkemungkinan menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kelewatan dalam mengesan kesilapan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan di


tapak bina telah menyebabkan sebanyak 10% daripada kos keseluruhan sesebuah projek
pembinaan dibelanjakan semata-mata untuk melaksanakan kerja-kerja pembetulan di
tapak bina yang dimana 50% daripada kerja-kerja pembetulan di tapak bina disebabkan
oleh kesilapan manusia dan lagi 10% disebabkan oleh kerosakan pada bahan binaan
(Nahangi dan Haas, 2014). Menurut Omar dan Nehdi (2016), perancangan bagi
tindakan pembetulan yang cekap dan berkesan boleh dilakukan apabila penilaian
terhadap hasil pemantauan kemajuan semasa di tapak bina dapat dibuat dengan segera.
13

2.2 Pemantauan Kemajuan Secara Manual

Pengurus pembinaan dan penyelia tapak perlu berterusan melakukan pemantauan


kemajuan dengan memantau kemajuan bagi setiap lokasi yang berbeza di tapak bina
secara manual untuk mendokumenkan kemajuan tersebut supaya kelewatan dan
penggunaan kos yang berlebihan dapat dielakkan. Perbezaan pada jadual dapat dikenal
pasti dengan membandingkan keadaan semasa dengan kemajuan yang dirancang (Yang
et al., 2015).

Menurut Bohn dan Teizer (2010), kamera digital yang tetap dianggap paling
berkesan untuk memantau kemajuan pada waktu dahulu walaupun kedudukannya
sentiasa perlu diubah. Manakala Hamledari (2016) pula menyatakan penggunaan
telefon pintar telah membolehkan penangkapan gambar kemajuan dilokasi yang berbeza
pada setiap peringkat pembinaan walaupun ianya melibatkan penggunaan tenaga pekerja
kerana dilakukan secara manual.

2.2.1 Proses Pemantauan Kemajuan Secara Manual

Perancang mesti mengumpulkan maklumat berkenaan kadar kemajuan terkini


dan penggunaan sumber semasa untuk mengemas kini model komputer dan memantau
kemajuan. Secara manualnya, maklumat akan dikumpulkan daripada laporan harian
kemajuan tapak dan minit mesyuarat dan dikemas kini dalam komputer dengan
menganalisis laporan-laporan tersebut (Memon et al., 2006). Segala maklumat yang
dikumpul daripada laporan harian kemajuan tapak perlu dianalisa dengan betul untuk
14

membolehkan penghasilan laporan berkenaan kos, kemajuan dan kualiti sesebuah projek
pembinaan (Shiau dan Wang, 2003).

Cara bagi pemantauan kemajuan projek secara manual dimulakan dengan


membentuk suatu senarai semak bagi semua aktiviti yang perlu dilakasanakan di tapak
bina. Pemantauan kemajuan projek melibatkan membuat pengukuran sebaik sahaja
projek dijalankan dan membandingkan pengukuran yang telah dibuat dengan tarikh yang
dikehendaki. Proses pemantauan kemajuan akan bermula apabila kontraktor
membentuk suatu senarai semak bagi semua aktiviti yang perlu dilaksanakan di tapak
bina sebelum kerja-kerja pembinaan bermula. Bagi projek yang berskala kecil, senarai
semak tersebut akan diisi sendiri oleh kontraktor. Manakala bagi projek yang berskala
besar, laporan tersebut perlu disisi oleh jurutera tapak. Gambar kemajuan kerja akan
diambil dan dilampirkan bersama dengan laporan. Perisian seperti Microsoft Project
dan Primavera akan digunakan perancang projek bagi mengemas kini kemajuan.
Laporan tersebut kemudiannya akan dihantar kepada pengurus projek; jika sudah
berpuas hati, laporan tersebut akan dikemukakan kepada wakil klien untuk tujuan
tuntutan wang (Memon et al., 2006).

2.2.2 Cabaran Pemantauan Kemajuan Secara Manual

Pemantauan kemajuan di tapak bina bukan sesuatu yang mudah kerana ia


melibatkan banyak maklumat dan diperoleh daripada sumber yang berbeza serta
dibentangkan dalam bentuk yang pelbagai berkenaan pelbagai fungsi seperti kaedah
pembinaan, penjadualan, pengurusan sumber, kos dan perubahan pesanan dan
pengawalan kualiti. Di samping itu, penilaian yang perlu dibuat terhadap sebarang
15

perubahan dan kesilapan ketika pembinaan sedang berjalan adalah rumit untuk dikesan
dan direkod (Omar dan Nehdi, 2016).

Soman et al. (2017) menyatakan, sebanyak 30% hingga 50% masa diluangkan
oleh penyelia pembinaan untuk menganalisis maklumat yang diperoleh walaupun
kebiasaannya maklumat yang perlu untuk analisis tersebut tidak ada dan hal ini telah
menyebabkan tindakan pembetulan tidak dapat dilaksanakan tepat pada waktunya yang
kemudian melewatkan masa pengambilan langkah kawalan yang sepatutnya yang
disebabkan oleh ketidakcekapan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat. Oleh
itu, pelaksanaan projek pembinaan yang mengikut masa dan kos yang telah dirancang
memerlukan pemantauan yang betul.

Menurut Son dan Kim (2010), hasil yang perlu didapatkan daripada pemantauan
kemajuan yang dilaksanakan di tapak bina mestilah mampu mengesan sebarang
kesilapan yang berlaku di tapak bina untuk membolehkan tindakan pembetulan dapat
dibuat tepat pada masanya dan sudah semestinya suatu prosedur yang amat pantas
adalah kunci utama.

Pemantauan yang cekap dan berkesan telah menjadi keutamaan yang sangat
tinggi pada masa kini disebabkan oleh semakin ramai yang menyertai projek pembinaan
yang bersaiz mega kerana pemantauan yang sistematik dan pengawalan pengaliran
maklumat merupakan perkara paling penting dalam kitaran hidup sesebuah projek
pembinaan untuk menerangkan kerja yang perlu dilaksanakan, membantu membuat
keputusan, dan menganalisis kemajuan fizikal (Memon et al., 2006).

Cheok dan Stone (1999) menyifatkan bentuk yang tidak jelas seperti keadaan
muka bumi yang digali, penjajaran lebuh raya dan operasi penurapan sebagai sesuatu
16

yang sukar untuk dipantau di tapak bina. Selain itu, turut terdapat kesukaran bagi
memberikan maklum balas kepada pelaksana operasi berkenaan situasi semasa bagi
struktur yang sedia ada ketika operasi yang rumit sedang dijalankan.

2.2.3 Kelemahan Pemantauan Kemajuan Secara Manual

Menurut Omar dan Nehdi (2016), sesebuah projek mengalami kelewatan dan
perlu menaggung kos projek yang berlebihan disebabkan oleh kaedah pemantauan
kemajuan konvesional yang melibatkan banyak urusan yang perlu dilakukan secara
manual di mana ia adalah tidak tepat, mengambil masa dan memerlukan penglibatan
penuh daripada pekerja walaupun untuk sesebuah projek pembinaan yang berskala kecil.

Soman et al. (2017) menyifatkan kaedah pemantauan secara manual telah


menyebabkan maklumat yang diperoleh adalah lambat dan tidak tepat serta terdapat
overhed bagi penggunaan kaedah tersebut yang di mana telah dilaporkan sebanyak 2%
daripada kerja dalam pembinaan terikat untuk mengesan dan merekod maklumat
kemajuan secara manual.

Walapun pemantauan kemajuan secara manual juga boleh dilakukan dari atas
tanah dengan mengupah helikopter atau pesawat untuk mengambil gambar dari ruang
udara tetapi ia melibatkan kos yang tinggi serta mempunyai masalah ruang udara yang
terhad (Snow, 2016).
17

2.3 Kemunculan Dron Dalam Industri Pembinaan

Rajah 2.1: Komponen dron


Sumber: (Liu et al., 2014)

Titik permulaan kepada kemajuan teknologi dron yang ada sekarang ini bermula
dengan sejarah penggunaan dron untuk tujuan ketenteraan yang buat pertama kalinya
dicatatkan seawal tahun 1849, di mana ketika itu belon tanpa pemandu yang dipenuhi
dengan bahan letupan telah digunakan oleh penduduk Austria untuk menyerang sebuah
bandar di Itali iaitu Venice (O’Donnell, 2017). Penciptaan pesawat tanpa juruterbang
buat pertama kalinya berlaku ketika Perang Dunia l, di mana ketika itu ia digelar sebagai
aerial torpedoes atau yang dikenali sekarang sebagai cruise missiles (Lowe et al., 2014).
Teknologi dron mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2014 apabila Amazon
mencadangkan penghantaran barang kepada pelanggan dengan menggunakan dron dan
beberapa syarikat hartanah pula telah membuat penggambaran video promosi
menggunakan dron walaupun pada asalnya penerbangan dron diketahui untuk tujuan
ketenteraan (O'Donnell, 2017).
18

Lebih daripada 1400 permohonan bagi menggunakan dron untuk tujuan


komersial dicatatkan dan sebanyak 102 permohonan penggunaan dron dalam industri
pembinaan telah diluluskan setakat 31 Ogos 2015 di bawah pengecualian Seksyen 333
Akta Pemodenan dan Pembaharuan FAA 2012 (FMRA). Industri pembinaan tidak
ketinggalan menggunakan teknologi dron untuk membuat pemantauan pada waktu
sebenar dan mendapatkan gambar dan video berkualiti tinggi bagi tujuan pendokumenan
kemajuan walaupun jumlah kegunaan dron dalam industri pembinaan berada pada
tempat kedua terakhir. Walau bagaimanapun, perkembangan pembaharuan dijangka
akan menyebabkan peningkatkan kegunaan dron dalam industri pembinaan pada masa
akan datang (Tatum dan Liu, 2017).

2.3.1 Sistem Dron

Bagi menetapkan penerbangan yang stabil serta mengikut halatuju yang


dimahukan, sebuah sistem yang avionik untuk membimbing, menerbangkan dan
mengawal dron yang terdiri daripada pengesan, komputer, perkakasan pautan data dan
perisian adalah diperlukan (Dittrich dan Johnson, 2002).

Pastor et al. (2006) menyifatkan dron sebagai sebuah sistem yang kompleks dan
melibatkan enam subkomponen yang bekerja serentak untuk membolehkan dron
melaksanakan pengamatan yang baik. Berikut merupakan subkomponen yang terlibat:

i. Kerangka dron
Merupakan satu platform tanpa juruterbang yang stabil dan cekap serta ringan
dan ringkas.
19

ii. Penerbangan komputer


Sebuah sistem komputer yang merupakan pusat kepada dron dan direka bagi
mengumpulkan data aerodinamik untuk menghalakan penerbangan dron secara
automatik sepanjang pelan penerbangan melalui beberapa kawalan permukaan
yang ada pada kerangka dron menggunakan satu kumpulan pengesan yang terdiri
daripada meter pecut, pengesan tekanan, giros, GPS, meter magnet dan
sebagainya

iii. Muatan
Merupakan satu set pengesan yang memproses terus sebahagian data yang
dikumpulkan atau menghantarnya ke stesen pangkalan untuk analisis yang lebih
lanjut dan terdiri daripada pengesan inframerah kamera tv, pengesan terma dan
sebagainya.

iv. Alat kawalan muatan


Sistem komputer pada dron yang mengendalikan pengesan yang dibawa sebagai
muatan bagi memastikan pengendalian yang dilaksanakan berdasarkan kepada
pelan penerbangan yang telah dibuat dan juga tugasan sebenar yang telah
diberikan pada dron.

v. Stesen pangkalan
Sistem komputer yang berada di darat dan direka untuk memantau
perkembangan tugasan yang sedang dilaksanakan serta pada masa yang sama
mengendalikan dron dan muatan yang dibawa bersama.

vi. Alat perhubungan


Gabungan beberapa alat untuk berhubung bagi memastikan dron dan stesen
pangkalan sentiasa berhubung yang terdiri daripada modem radio, sambungan
gelombang mikro, satelit dan sebagainya.
20

Rajah 2.2: Komponen utama UAV


Sumber: (Pastor et al., 2006)

Walaupun dron boleh bawa bersama pelbagai jenis muatan, tetapi berat dan saiz
muatan yang hendak dibawa bersama perlu mematuhi had yang dibenarkan dan
kebiasaannya pengeluar dron sudah melengkapkan dron dengan kamera. Pengguna dron
juga boleh menambah muatan pada dron miliknya dengan membuat tempahan muatan
daripada pengeluar dron (Vergouw et al., 2016).

2.3.2 Tahap Autonomi Dron

Dron sentiasa mempunyai beberapa tahap autonomi disebabkan ia tidak


mempunyai juruterbang dan terdapat perbezaan antara sistem automatik dan sistem
autonomi. Sistem automatik adalah sistem yang sepenuhnya telah diprogramkan terlebih
21

dahulu untuk melakukan tugas dengan sendiri, manakala sistem autonomi boleh
menangani situasi yang tidak dapat dijangka dengan menggunakan peraturan yang telah
diprogramkan terlebih dahulu untuk membantu membuat pilihan di mana sistem
automatik tidak mempunyai kebebasan memilih ini (Vergouw et al., 2016).

Menurut Christophe & Laurent (2016), dron mempunyai beberapa tahap autonomi
dan berikut merupakan tahap-tahap autonomi dron:

i. Kawalan jauh
Tidak mempunyai kebolehan yang bebas; bergantung kepada pengendalian
manusia untuk melaksanakan tugasan.

ii. Ikut tugas


Boleh ditunjukkan bagaimana sesuatu tugasan itu dilakukan di mana ia akan
mengulangi tugasan tersebut sehingga disuruh berhenti; boleh terbang tanpa
atau dengan campur tangan manusia.

iii. Separa kepada sepenuhnya bebas


Mempunyai kelebihan untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugasan;
akses kepada pengesanan data pada waktu sebenar; mempunyai matlamat
yang perlu dicapai, menggunakan kecerdasan dan persepsi sendiri berkenaan
dunia di sekelilingnya.
22

2.3.3 Panduan Memilih Dron Untuk Pembinaan

Higgins (2017) telah menyenaraikan beberapa pilihan yang boleh dibuat apabila
membuat keputusan untuk menggunakan dron bagi memastikan jenis dan ciri-ciri dron
yang dipilih adalah berkesan. Berikut merupakan panduan yang boleh digunakan
sebelum memilih dron yang sesuai dengan jenis tugasan:

i. Jenis dron

Jadual 2.1: Sayap tetap


Sayap Tetap

a) Beroperasi seperti pesawat


b) Kuasa diperoleh daripada bateri
c) Masa penerbangan terhad pada jangka hayat bateri
d) Jarak penerbangan adalah jauh
e) Pemantauan yang dibuat adalah terhad kerana tidak boleh
tetap pada satu tempat
23

Jadual 2.2: Pelepasan dan pendaratan vertikal (VTOL)


Pelepasan dan Pendaratan Vertikal (VTOL)

a) Beroperasi seperti helikopter


b) Kuasa diperoleh daripada bateri
c) Masa penerbangan terhad pada jangka hayat bateri
d) Jarak penerbangan adalah dekat
e) Pemantauan yang dibuat adalah terperinci kerana boleh tetap
pada satu tempat

Jadual 2.3: Pelepasan dan pendaratan vertikal (VTOL) terikat


Pelepasan dan Pendaratan Vertikal (VTOL) Terikat

a) Beroperasi seperti helikopter


b) Kekal bersambung dengan sumber kuasa
c) Masa penerbangan tidak terhad
d) Jarak penerbangan adalah dekat
e) Pemantauan yang dibuat adalah terperinci kerana boleh tetap
pada satu tempat
24

ii. Saiz dan muatan


Muatan merujuk kepada apa yang boleh dibawa oleh dron dan sangat penting
kerana boleh menentukan berat dan saiz peralatan yang boleh dibawa bersama
dengan dron.

iii. Tempoh hayat bateri dan penerbangan


Ciri-ciri ini memberi kesan kepada bagaimana dron boleh digunakan di tapak
bina. Keperluan perlulah diseimbangkan dengan pelaburan yang hendak dibuat
kerana tempoh hayat bateri dan masa penerbangan yang panjang mempunyai
kefleksibelan yang besar tetapi melibatkan kos yang tinggi.

iv. Jarak dan kebolehan bergerak


Jarak merujuk kepada sejauh mana dron boleh beroperasi, manakala kebolehan
bergerak merupakan kebolehan untuk bergerak dengan pantas pada mana-mana
arah. Di mana kebolehan bergerak penting bagi tapak bina yang kecil dengan
kawasan yang sukar untuk dicapai, manakala jarak penting untuk menerokai
kawasan yang besar seperti projek infrastruktur.

2.3.4 Jenis dan Spesifikasi Dron

Menurut Watson (2016), dron untuk pembinaan yang berada pada kedudukan
lima teratas telah dikenal pasti berdasarkan pada fungsi, penampilan dan prestasi setelah
membuat perbandingan antara drone yang terbaik dan terkemuka di pasaran iaitu DJI
Phantom 3 Professional, DJI Inspire 1 Pro, DJI Phantom 4, DJI Spread Wings s1000+
dan DJI Matrice 600.
25

Jadual 2.4: Phantom 3 professional


PHANTOM 3 PROFESSIONAL

Pengeluar DJI
Harga USD $1,259
Berat 1.28Kg
Masa Penerbangan 23 minit
Maksimum
Kelajuan 16m/s mod ATTI
Maksimum
Kelebihan 1. Kamera yang telah disiap pasang pada model ini tidak
memerlukan pembelian kamera secara berasingan.
2. Kamera boleh merakam video 4K dengan hebat dan boleh
menangkap gambar 12 Megapixel.
3. Model dilengkapi dengan alat kawalan jauh untuk
digunakan dengan aplikasi DJI Pilot yang boleh
memberikan lebih banyak fungsi untuk merakam dan
terbang.
4. Menggunakan teknologi Lightbridge yang berfungsi
dengan penggunaan aplikasi DJI Pilot untuk memberikan
paparan 720p HD secara lansung daripada kamera yang
sedang terbang.
5. Aplikasi DJI Pilot memberikan lebih banyak kawalan
26

terhadap tetapan kamera yang membolehkan pengguna


mengubah fungsi seperti pendedahan, keseimbangan
cahaya dan kelajuan.
6. Fungsi tersebut juga boleh dikunci dalam mod automatik
bergantung pada apa yang dirakam.
7. Mempunyai fungsi return to home yang membolehkan
dron kembali semula ke tempat asal ia mula berlepas
apabila juruterbang menghadapi masalah.
Kekurangan 1. Menerbangkan dan cuba merakam pada masa yang sama
boleh menjadi sukar walaupun bagi juruterbang yang
mahir.
2. Perlu mengalihkan kedudukan dron untuk membolehkan
kamera dihalakan pada tempat yang perlu dirakam
merupakan sesuatu yang sukar untuk juruterbang yang
kurang mahir.

Jadual 2.5: Inspire 1 pro


INSPIRE 1 PRO

Pengeluar DJI
Harga USD $3,399
27

Berat Tanpa Zenmuse X5: 2.87Kg, Dengan Zenmuse X5: 3.4Kg


Masa Penerbangan 15 minit
Maksimum
Kelajuan 18m/s mod ATTI dan tanpa angin
Maksimum
Kelebihan 1. Mempunyai fungsi dua pengguna di mana membenarkan
dua orang untuk mengendalikan dron pada masa yang
sama.
2. Fungsi dua pengguna adalah untuk menghasilkan rakaman
video yang lebih berkualiti dan terbang dengan lebih tepat
apabila dikendalikan di kawasan yang sukar.
3. Fungsi return to home pada alat kawalan membolehkan
drone kembali kepada alat kawalan tersebut berbanding
kembali semula ke tempat asal ia berlepas.
4. Alat kawalan mempunyai output HDMI yang boleh
disambung dengan monitor luaran seperti televisyen atau
skrin komputer.
5. Mampu menangkap video 4K yang berkualiti tinggi dan
menghantar dalam isyarat video HD pada pelbagai peranti.
6. Menggunakan teknologi Lightbridge yang berfungsi
dengan penggunaan aplikasi DJI Pilot untuk memberikan
paparan 720p HD secara lansung daripada kamera yang
sedang terbang.
7. Mempunyai kamera berpusingan 360˚ yang memberikan
kawalan yang lebih pada kamera untuk membolehkan
kamera dikendalikan sepantas dan selambat yang
dimahukan.
Kekurangan 1. Sukar bagi mencari kesilapan model ini untuk kegunaan
pembinaan.
28

Jadual 2.6: Phantom 4


PHANTOM 4

Pengeluar DJI
Harga USD $1,399
Berat 1.38Kg
Masa 28 minit
Penerbangan
Maksimum
Kelajuan 20m/s s-mod
Maksimum
Kelebihan 1. Mudah diterbangkan serta didatangkan dengan ciri-ciri
pengelak halangan, tekan untuk terbang dan pengesanan
visual.
2. Dilengkapi dengan dua kamera yang menghadap depan
yang boleh mengesan halangan sejauh 50 kaki di mana ia
akan berhenti secara automatik apabila terbang dekat
dengan halangan.
3. Fungsi tekan untuk terbang membolehkan pengguna
menekan lokasi di mana dia mahu dron tersebut terbang
pada peranti pintar dan dron secara automatik terbang ke
lokasi tersebut untuk penggambaran.
29

4. Memberikan paparan 720p HD secara lansung.


5. Mempunyai fungsi return to home.
6. Kamera mempunyai fungsi penangkapan video 4K daripada
lensa dengan sudut lebar 20mm.
7. Jangka hayat bateri bagi model ini boleh mencapai sehingga
kira-kira 28 minit.
Kekurangan 1. Pengelak halangan cuma berkesan apabila dron terbang ke
depan sahaja kerana kamera hanya ada dihadapan dron.
2. Dron boleh terhempas ke tanah apabila salah satu kipasnya
hilang.
3. Kurang sesuai untuk penerbangan yang lebih mencabar dan
berisiko apabila terbang dekat pada bangunan dan manusia.

Jadual 2.7: Spread wings s1000+


SPREAD WINGS S1000+

Pengeluar DJI
Harga USD $1,499
Berat 4.4Kg
Masa Penerbangan Berat berlepas 9.5Kg: 15 minit
Maksimum
Kelebihan 1. Kuasa yang tinggi membolehkan model ini membawa
30

peralatan dengan berat sehingga 11Kg.


2. Sistem pengagihan kuasa yang baru pada model ini
membolehkan ia masih terbang dengan selamat walaupun
kipasnya hilang semasa terbang.
3. Ciri keselamatan pada model ini membolehkan ia terbang
dikawasan yang sesak dan rapat dengan bangunan dalam
jarak 5m sehingga 10m.
4. Model ini mudah disimpan dan berguna bagi profesional
yang perlu bergerak ke tapak yang berbeza.
Kekurangan 1. Mempunyai masa yang terhad untuk terbang disebabkan
oleh bebanan besar yang perlu dibawa.
2. Kebolehannya membawa bebanan yang besar menjadi
persoalan sama ada model ini benar-benar mampu
membawa laser pengimbas dan peralatan pengimejan haba.

Jadual 2.8: Matrice 600 (M600)


MATRICE 600 (M600)

Pengeluar DJI
Harga USD $3,499
31

Berat 9.1Kg
Masa Penerbangan Tanpa muatan: 35 minit, Muatan 6Kg: 16 minit
Maksimum
Kelajuan 18m/s tanpa angin
Maksimum
Kelebihan 1. Menggunakan ciri-ciri yang canggih membolehkan lebih
banyak kuasa, kawalan, kebolehpercayaan dan rakaman
yang lebih baik.
2. Didatangkan bersama dengan DJI Assistant 2, DJI
Lightbridge 2, DJI Ronin-MX dan DJI A3.
3. Model ini menyokong paparan dengan kualiti sehingga
1080p HD secara langsung.
4. Gear pendaratan yang boleh ditarik kembali membolehkan
pusingan 360˚ penuh bagi kamera dan gimbal.
5. Aplikasi DJI GO membenarkan kawalan yang lebih bagi
tetapan kamera dan juga fotografi.
6. Berat berlepas yang maksimum 15Kg membolehkan
bebanan dan kamera yang lebih berat dibawa.
7. Sesuai untuk bawa bersama laser pengimbas dan peralatan
pengimejan haba.
8. Menggunakan 6 bateri pintar, bateri sentiasa mengenalpasti
sebarang kegagalan semasa penerbangan dan bertukar unit
dengan lancar jika terdapat kegagalan bagi mengekalkan
ketepatan dron.
Kekurangan i. Gabungan antara beberapa tambahan bersama dengan
model ini telah menyebabkan harganya menjadi mahal.
32

2.3.5 Kegunaan Dron Dalam Pembinaan

Menurut Molla (2015), setiap fasa dalam sesebuah projek pembinaan boleh
memperoleh manfaat daripada penggunaan teknologi dron. Berikut adalah fasa-fasa
yang boleh memperoleh manfaat daripada penggunaan dron:

i. Fasa reka bentuk


Dron sesuai untuk rekaan bangunan yang tinggi kerana kebolehannya dalam
mendapatkan pemandangan sebenar daripada pelbagai ketinggian dan arah dan
juga resolusi gambar pelan tapak yang sangat terperinci. Di mana, gambar
tersebut kemudiannya boleh dibentuk menjadi model 3D yang tepat dengan
menggunakan perisian pemetaan foto.

ii. Fasa pembinaan


Dron boleh digunakan dengan mudah, pantas dan murah bagi mendapatkan video
dan gambar kemajuan dari ruang udara tanpa perlu mengupah jurugambar
dengan menaiki pesawat yang memakan masa, melibatkan kos yang tinggi dan
mempunyai jejak karbon yang tinggi. Pada masa yang sama, dron boleh
membuat pemeriksaan dengan cepat dan selamat di tempat yang sukar dicapai.

iii. Fasa penyiapan dan pemasaran


Dron boleh menonjolkan pelbagai fungsi bangunan pada waktu siang dan juga
malam dengan menunjukkan gambaran keseluruhan bangunaan daripada
ketinggian sudut yang berbeza yang boleh membantu dalam menjelaskan bentuk
dan rekaan bangunan tersebut. Selain itu, fungsi mapan pada bahagian atas
projek juga dapat diserlahkan.
33

Lawson (2017) pula telah menyenaraikan tujuh kegunaan dron dalam industri
pembinaan. Berikut merupakan kegunaan dron dalam industri pembinaan:

i. Pengukuran tanah
Penggunaan dron telah menyebabkan kerja-kerja pengukuran tanah menjadi
lebih cekap dan kos peralatan dan buruh dapat dikurangkan berbanding sebelum
ini di mana kerja-kerja pengukuran tanah merupakan bahagian dalam pembinaan
yang rumit serta melibatkan kos yang tinggi. Selain itu, dron bukan sekadar
memberikan maklumat umum tetapi turut menyediakan maklumat terperinci
berkenaan landskap dan kawasan sekitar tanah yang dikaji.

ii. Pemasaran dan promosi


Dron digunakan untuk mengambil gambar tapak yang akan dibangunkan dari
ruang udara daripada pelbagai sudut. Gambar yang diambil oleh dron itu
kemudiannya akan dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi untuk memberikan
gambaran sebenar terhadap idea yang diutarakan oleh klien.

iii. Keselamatan dan insurans


Memandangkan kos insurans untuk projek pembinaan adalah tinggi, drone boleh
digunakan bagi mengenal pasti sebarang permasalahan yang berlaku di tapak
bina untuk membolehkan masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum ia
melibatkan tanggungjawab yang lebih besar disamping menambah baik dan
mempertahankan rekod keselamatan.

iv. Menunjukkan kemajuan kerja di tapak bina kepada klien


Penggunaan dron dengan kerap bagi mengambil gambar dan video kemajuan di
tapak bina membolehkan klien yang tidak mempunyai masa untuk membuat
lawatan ke tapak bina mendapat perkembangan terkini berkenaan kemajuan di
tapak bina. Selain itu, membolehkan pihak kontraktor menumpukan perhatian
34

pada kerja mereka sahaja kerana tidak perlu lagi menjawab pertanyaan klien
berkenaan kemajuan di tapak bina.

v. Memantau pelbagai kerja di tapak bina


Pemantauan kerja-kerja di tapak bina boleh dibuat tanpa perlu banyak bergerak
memandangkan dron boleh memberikan gambaran yang jelas berkenaan apa
yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan segala kerja-
kerja di tapak bina berjalan dengan lancar, selamat dan mengikut perancangan.

vi. Pemeriksaan pembinaan


Pemeriksaan boleh dibuat dengan pantas, mudah dan selamat dengan merakam
menggunakan dron untuk memeriksa setiap sudut di tapak bina bagi melihat
situasi sebenar yang sedang berlaku di tapak bina.

vii. Memantau pekerja


Dron boleh digunakan untuk mengawasi pekerja di tapak bina yang tidak
mengikut peraturan bagi memastikan pekerja dalam keadaan selamat dan
produktif tanpa perlu membayar lebih bagi mengambil penyelia tapak yang lebih
ramai untuk memantau pekerja di tapak bina.

2.3.6 Faktor Mempengaruhi Penggunaan Dron Dalam Industri Pembinaan

Ayob (2017) menyenaraikan beberapa faktor penggunaan dron dalam industri


pembinaan yang boleh dibahagikan kepada faktor tarikan dan faktor tolakan. Berikut
merupakan faktor tolakan penggunaan dron dalam industri pembinaan:
35

i. Kos.
ii. ICT masih lagi tidak digunakan sepenuhnya dalam industri pembinaan.
iii. Tiada penetapan dibuat oleh kerajaan atau prosedur operasi syarikat yang
boleh menyebabkan keperluan mendesak bagi menggunakan dron.
iv. Terdapat persoalan berkenaan ketepatan dan integriti.
v. Perlindungan terhadap liabiliti pihak ketiga tidak wujud.
vi. Beberapa badan seperti Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Aktivis
Pesawat Tanpa Pemandu Malaysia (MUDAS) telah menyediakan
peraturan bagi penggunaan dron.

Manakala berikut merupakan faktor tarikan penggunaan dron dalam industri


pembinaan:

i. Ketidakpatuhan, kelewatan penyiapan projek dan kesilapan yang


melibatkan kos yang tinggi dapat dielak dengan menggunakan dron.
ii. Boleh dipercayai dan dapat mengurangkan masa.
iii. Kewujudan sistem analisis visual dan maklumat yang besar telah
membolehkan kerja-kerja pemeriksaan ditiru.
iv. Sistem berasaskan awan telah membolehkan maklumat dikongsi
merentasi sempadan.
v. Ketua syarikat yang berpandangan jauh.
36

2.3.7 Peraturan Penggunaan Dron Di Malaysia

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menetapkan beberapa peraturan bagi


menerbangkan dron dalam Peraturan-peraturan Penerbangan awam 2016 yang
diperuntukkan daripada peraturan 140 hingga 144 dalam bahagian XVI berkenaan
sistem kapal udara tanpa pemandu (“Peraturan-peraturan Penerbangan awam 2016”,
2016) . Berikut merupakan peraturan yang telah ditetapkan:

i. Dron tidak boleh diterbangkan melebihi 400 kaki dari permukaan bumi
kecuali mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah [Peraturan 140 (1)]
ii. Dron tidak boleh bawa bersama sebarang bungkusan untuk tujuan
penghantaran [Peraturan 140 (3)]
iii. Sebarang aktiviti di udara yang melibatkan penggunaan dron perlu
mendapatkan kebenaran daripada Ketua pengarah [Peraturan 141 (1)]
iv. Dron mestilah diterbangkan dengan selamat bagi sesiapa yang mengawal
dron [Peraturan 142 (1)]
v. Dron perlulah dikawal agar tidak melakukan sebarang pelanggaran
[Peraturan 142 (2)]
vi. Dron mestilah diterbangkan pada jarak 150 meter daripada kawasan yang
ramai manusia iaitu yang lebih 1,000 orang [Peraturan 143 (1) (d)]
vii. Dron yang terbang pada jarak bawah 50 meter daripada kawasan yang
terdapat objek adalah tidak dibenarkan [Peraturan 143 (1) (e)]
viii. Dron yang terbang di kawasan yang terdapat manusia perlu berada pada
jarak 50 meter [Peraturan 143 (1) (f)]
ix. Dron yang ingin membuat pendaratan atau berlepas di kawasan yang
terdapat manusia mestilah berada pada jarak 30 meter [Peraturan 143 (1)
(g)]
x. Dron yang mempunyai berat bawah 20 kilogram sahaja yang boleh
diterbangkan tanpa kebenaran Ketua Pengarah [Peraturan 144 (1)]
37

2.4 Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron

Dron boleh digunakan untuk memantau kemajuan kerja-kerja di tapak bina


berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh Tatum dan Liu (2017) yang mendapati
kegunaan dron dalam industri pembinaan melibatkan pemantauan kemajuan, pengurusan
tapak, pemasaran, pemeriksaan, pemantauan keselamatan, kerja-kerja tanah dan
pengesanan penyimpanan bahan binaan. Dalam kaji selidik tersebut juga, kegunaan
dron dalam industri pembinaan sebagai alat pemantauan kemajuan mendapat maklum
balas yang tertinggi berbanding kegunaan lain.

2.4.1 Proses Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron

Perbandingan antara kemajuan sebenar dengan kemajuan yang dirancang dapat


dikesan dengan menggunakan dron yang terlebih dahulu diprogramkan laluannya
dengan teknologi GPS supaya dron dengan sendirinya boleh mengambil gambar
kemajuan daripada ruang udara tapak pembinaan mengikut laluan yang ditetapkan
(Tatum dan Liu, 2017).

Ham et al. (2016) pula menyatakan kebanyakan dron yang diterbangkan dalam
projek pembinaan bagi mengumpulkan data di tapak bina masih lagi bergantung kepada
juruterbang yang mahir untuk mengawal laluannya walaupun ia boleh terbang secara
separa automatik atau sepenuhnya automatik.
38

Menurut Neitzel dan Klonowski (2011), gambar yang diambil oleh dron perlu
dipilih terlebih dahulu sebelum diproses kerana 20% hingga 40% gambar yang diambil
adalah tidak diperlukan yang melibatkan gambar ketika dron sedang berlepas dan
mendarat, gambar yang tidak jelas dan gambar yang tidak berkaitan dengan keperluan.

Rajah 2.3: Proses pencantuman gambar


Sumber: (Bang et al., 2017)

Bang et al. (2017) menyatakan bahawa sebuah gambar yang boleh memaparkan
keseluruhan tapak pembinaan adalah diperlukan untuk membolehkan pemantauan tapak
bina yang berskala besar dilakukan secara automatik. Dalam kajian tersebut, video yang
dirakam oleh dron di tapak bina telah digunakan untuk menghasilkan sebuah gambar
berkualiti tinggi yang memaparkan keseluruhan tapak pembinaan melalui kaedah
percantuman gambar.

Menurut Liu et al. (2014) kebiasaannya data dalam bentuk gambar dan video
hasil tangkapan dron ketika melakukan pemantauan kemajuan dan pemeriksaan di tapak
39

bina akan diproses menjadi model tiga dimensi (3D). Gambar dua dimensi (2D) yang
diambil semasa pemantauan boleh dibentuk menjadi model tiga dimensi (3D) dengan
menggunakan perisian tertentu yang kemudian akan dipadankan dengan model tiga
dimensi reka bentuk berbantu komputer (3D CAD) untuk membolehkan kemajuan
projek dinilai (Son dan Kim, 2010).

Rajah 2.4: Padanan Model 3D yang dibentuk dengan model 3D CAD


Sumber: (Son dan Kim, 2010)

Pemantauan pembinaan tembok penahan air (González-Jorge et al., 2016) dan


pemantauan kerja tanah untuk menganggar jisim pengorekan (Lin et al. 2015)
merupakan antara kajian yang memproses gambar dan video yang diambil oleh dron
menjadi model tiga dimensi (3D).
40

2.4.2 Kelebihan Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron

Gambar yang berkualiti tinggi dari ruang udara tapak pembinaan yang diambil
oleh dron boleh memaparkan dengan jelas kawasan mana yang mengalami kemajuan
paling banyak, kawasan mana yang memerlukan tindakan tambahan dan kawasan mana
yang memerlukan lebih banyak bahan binaan untuk membantu pihak pengurusan projek
membuat keputusan berkenaan tempat penyimpanan bahan binaan yang bersesuaian dan
langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelak sebarang perkara yang boleh
menjejaskan penyiapan projek tepat pada masanya berdasarkan pada maklumat awal
yang diterima (Austin, 2015).

Menurut Snow (2016), gambar yang diambil menggunakan dron bagi


menghasilkan laporan kemajuan harian adalah sangat hebat dalam mengesan perubahan
yang berlaku di tapak bina dengan mengenal pasti sebarang permasalahan seperti
kesilapan dalam aturan kerja yang dimana boleh digunakan untuk membantu pengurus
tapak bina menyelesaikan masalah tersebut dengan segera sebelum masalah tersebut
menjejaskan tarikh penyiapan projek.

Pemantauan kemajuan yang melibatkan infrastruktur yang besar seperti


empangan dan juga jambatan boleh dilaksanakan kerana kelebihan dron yang mampu
membuat pemantauan dengan mengambil gambar dan video di tempat yang sukar
diakses oleh penyelia tapak untuk membuat pemantauan (Dupont et al., 2017).

Snow (2016) turut menyatakan bahawa maklumat yang lebih banyak dan juga
terperinci boleh diperoleh dengan menggunakan dron kerana kebolehannya untuk
terbang rendah dan dekat berbanding pesawat tradisional yang digunakan dalam kerja-
kerja pemantauan kemajuan secara manual.
41

Manakala Bang et al. (2017) menyatakan bahawa kesukaran yang dihadapi


pengurus projek dalam mengenal pasti kemajuan projek disebabkan oleh peningkatan
saiz tapak bina dapat diatasi apabila dron yang digunakan di tapak bina mempunyai
kebolehan melakukan pemantauan secara kerap dan juga mengumpulkan maklumat
bergambar yang banyak di tapak bina dalam jangka masa yang sebentar.

Dron membolehkan kerja-kerja pemantauan dilaksanakan dengan selamat tanpa


perlu terdedah bagi melakukan panjatan yang berbahaya kerana dron boleh diterbangkan
untuk mengelilingi kawasan yang perlu ditinjau pada kos yang menjimatkan
memandangkan tiada kos yang diperlukan bagi menyediakan perancah atau platform
bergerak serta pada masa yang sama menyediakan rakaman secara langsung dengan
kualiti yang tinggi kepada personel pembinaan yang berada di bawah (Snow, 2016).

Odido dan Madara (2013) pula menyatakan penggunaan dron bagi kerja-kerja
pemantauan melibatkan kos pekerja yang rendah kerana kelebihannya dalam melakukan
pemantaun yang lebih kerap dalam sehari, mengurangkan risiko kepada personel dan
memudahkan akses berbanding pemantauan yang dilakukan secara manual. Selain itu,
kos penggunaan dron per jam adalah lebih murah berbanding penggunaan helikopter
yang memerlukan kos yang tinggi untuk minyak dan penyelenggaraan serta memerlukan
juruterbang yang mahir untuk menerbangkannya. Kurang kesan pada persekitaran,
modal yang rendah, kos pekerja yang rendah dan tiada risiko kepada krew pesawat juga
merupakan kelebihan penggunaan dron berbanding helikopter.
42

2.4.3 Kelemahan Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron

Bang et al. (2017) menyatakan bahawa pemprosesan gambar yang lambat


menyebabkan banyak gambar yang diambil menggunakan dron tidak berguna untuk
pengurusan projek, kedudukan dron yang sentiasa berubah menyebabkan kamera dron
sukar menganggar ketepatan gambar yang perlu diambil dan gegaran pada dron
disebabkan oleh angin dan kawalan yang lemah menyebabkan gambar yang diambil oleh
dron tidak berkualiti sebagai cabaran penggunaan dron di tapak bina.

Janssen (2015) menyifatkan keperluan untuk menyediakan bateri dron yang


banyak dan menggantikan bateri dron dengan kerap adalah menyusahkan bagi
membolehkan dron terbang sepanjang hari memandangkan purata masa bagi
menerbangkan dron hanyalah 25 minit sahaja bagi setiap satu bateri yang digunakan dan
hal ini telah menyebabkan masa penerbangan merupakan batasan dalam penggunaan
dron dalam kerja-kerja pemantauan.

Kebolehan dron untuk terbang semata-mata adalah tidak mencukupi kerana dron
perlu digabungkan bersama dengan muatan yang khusus untuk membolehkan ia
mencapai matlamat tugasannya. Selain itu, dron perlu mematuhi had berat muatan yang
boleh dibawa terbang bersama untuk membolehkan ia melaksanakan tugasan (Vergouw
et al., 2016).
43

2.4.4 Cabaran Pemantauan Kemajuan Menggunakan Dron

Wilson (2014) telah menyenaraikan beberapa isu yang dikaitkan dengan


penerbangan dron jenis komersial iaitu ia boleh menyebabkan berlakunya pencerobohan
hak privasi seseorang, memberi kesan terhadap lalu lintas udara akibat daripada
peningkatan pengunaan dron dan memungkinkan berlakunya pelanggaran yang boleh
mendedahkan orang awam kepada bahaya.

Selain itu, penggunaan drone yang dikatakan boleh mendedahkan orang awam
kepada bahaya dapat dibuktikan melalui penyataan yang dibuat oleh Clarke (2014) yang
menyatakan penggunaan dron mempunyai kebarangkalian mendatangkan bahaya kepada
manuasia dan juga harta benda berdasarkan kepada kemalangan yang melibatkan
kegagalan pengawalan dron seperti yang berlaku di Incheon, Korea Selatan di mana
seorang jurutera telah terbunuh dan dua orang yang bertanggungjawab mengawal dron
telah tercedera akibat daripada pelanggaran yang berlaku di antara dron komersial
dengan trak kawalan.

Berdasarkan kaji selidik yang dilaksanakan Tatum dan Liu (2017) terhadap
syarikat yang menggunakan dron di tapak bina, sebanyak 83% responden mengaitkan
penggunaan dron di tapak bina dengan risiko yang melibatkan kecederaan individu
(14%), kemalangan dron (14%), privasi (13%), kerosakan harta benda (12%),
pelanggaran dengan jentera pembinaan (6%), denda yang dikenakan Pentadbiran
Penerbangan Persekutuan, FAA (6%), liabiliti syarikat (6%), kos dron yang tinggi (6%),
penyalahgunaan pekerja (4%) dan lalu lintas udara (1%).

Tambahan pula, dron hendaklah diterbangkan oleh juruterbang yang mempunyai


pengiktirafan berdasarkan penyataan Tatum dan Liu (2017) yang menyatakan bahawa
44

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) telah menetapkan


peraturan baru berkenaan pengeluaran Sijil Alat Kawalan Jauh Juruterbang dan
menjelaskan keperluan yang perlu dipatuhi bagi menggunakan dron untuk kegunaan
komersial pada bulan Ogos 2016.

Seterusnya, dron perlu diterbangkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan


berdasarkan penyataan Lidynia et al. (2017) yang menyatakan tahap toleransi antara
sesebuah negara dengan negara yang lain terhadap penggunaan drone yang mempunyai
berat kurang daripada 150kg adalah berbeza, di mana ada negara yang kurang tegas
kerana setiap negara mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri berkenaan
penggunaan drone selain daripada garis panduan yang ditetapkan Kesatuan Eropah
berkenaan penggunaan drone yang berat lebih 150kg.

Kemudian, seseorang mestilah boleh membezakan model dron mainan dengan


model dron untuk melaksanakan tugasan sebenar kerana terdapat banyak perkara perlu
dipertimbangakan seperti kebolehan dron untuk melakukan kerja diluar dan masa
penerbangan dron yang disebakan oleh terlalu banyak jenis dron yang boleh dikategori
mengikut gred dan kos memainkan peranan dalam pemilihan dron yang bagus dan
besesuaian dengan tujuan (Opfer dan PE, 2014).

2.4.5 Langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan Dron

Beberapa langkah yang bersesuaian untuk mengatasi cabaran mengendalikan


dron di tapak bina telah ditemui. Merujuk pada jadual 2.9 merupakan senarai langkah-
langkah yang boleh diambil bagi mengatasi cabaran mengendalikan dron di tapak bina.
45

Jadual 2.9: Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron


No. Cabaran-cabaran Langkah Mengatasi Yang Dicadangkan Penulis
1 Bateri dron tidak tahan lama Memantau hayat bateri dan bakinya untuk mengurangkan kemungkinan kegagalan (Opfer
& PE, 2014)
Bateri baru diperlukan jika terdapat tambahan masa penerbangan untuk meneruskan kerja
(Opfer & PE, 2014)
Pemilihan sumber kuasa seperti bateri dron jenis litium-polimer (li-po) dengan kepadatan
caj aliran elektrik yang lebih tinggi boleh menambah jangka masa penerbangan (Opfer &
PE, 2014)
2 Cuaca tidak menentu Penerbangan perlu dihentikan apabila keadaan cuaca tidak baik (Opfer & PE, 2014)
Elak membeli dron jenis permainan yang tidak tahan angin (Opfer & PE, 2014)
Dron yang dijual dalam pasaran yang lebih tinggi boleh beroperasi menentang angin
maksimum sehingga 30km/j ( Opfer & PE, 2014)
3 Kemungkinan menyebabkan Saiz dron yang kecil membolehkan ia terbang lebih dekat dan memasuki bahagian dalam
kerosakan harta benda projek pembinaan (Opfer & PE, 2014)
Pengendali dron pelu berlatih dan asah bakat di kawasan terbuka sebelum memulakan
penerbangan dalam kawasan yang rumit dan terbatas (Opfer & PE,2014)
4 Kemungkinan menyebabkan Pengendali perlu mengendalikan dron dalam jarak selamat berbanding menerbangkannya di
kecederaan individu atas orang dengan menggunakan ciri zum pada kamera (Opfer & PE, 2014)
46

Menggunakan penghadang atau pagar untuk mengawal laluan dan merancang penerbangan
dilakukan pada waktu jumlah populasi bagi sesuatu tempat tidak ramai (Opfer & PE, 2014)

5 Kemungkinan berlanggar dengan Mengambil tahu keadaan semasa di tapak bina serta halangan yang ada seperti kedudukan
jentera di tapak bina jentera dan bahan binaan (Freimuth & König, 2015)
6 Kemungkinan melakukan Memastikan kamera dron tidak dihala ke arah tingkap bangunan bersebelahan atau
pencerobohan hak privasi memantau kawasan yang dijangka berprivasi tinggi (Cavoukian, 2012)
Menggunakan perisian yang boleh mengesan sebarang kemungkinan pengumpulan
maklumat pihak lain yang kemudiannya akan dihapuskan (Cavoukian, 2012)
Menyediakan tanda yang menyatakan dengan jelas berkenaan penggunaan dron kepada
orang awam sebagai peringatan terdapat kemungkinan penangkapan gambar atau maklumat
peribadi (Cavoukian, 2012)
7 Memastikan dron dalam keadaan Pengendali dron perlu mengikut arahan keselamatan atau pengoperasian yang disediakan
selamat pengeluar (Opfer & PE, 2014)
Pengendali dron perlu melakukan pra-penerbangan untuk tujuan pemeriksaan pemasangan
mana-mana bahagian dilakukan dengan betul dan tidak longgar (Opfer & PE, 2014)
8 Memilih jenis dron bersesuaian Elak membeli dron jenis permainan yang mempunyai kemampuan kamera yang rendah dan
terhad (Opfer & PE, 2014)
Kontraktor perlu memilih dron dalam pasaran lebih tinggi yang mempunyai GPS, ciri
return to home, kamera beresolusi tinggi dan ciri alat kawalan (Opfer & PE, 2014)
9 Mendapatkan permit Pengendali dron perlu semak peraturan dalam bidang kuasa yang berkaitan kerana
47

mengendalikan dron peraturan yang ditetapkan dalam sesebuah negara mungkin tidak sama dengan negara
berlainan (Opfer & PE, 2014)
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, kaedah yang bakal digunakan serta bagaimanakah kaedah
tersebut dapat dilaksanakan untuk penyelidikan ini yang berkenaan dengan
penggunaan dron dalam kerja-kerja pemantauan kemajuan di tapak bina akan
dibincangkan. Kaedah kajian merupakan komponen yang sangat penting untuk
membolehkan penyelidik menjalankan kajian dengan teratur bagi mencapai objektif
kajian. Objektif utama bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran utama
mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina. Selain itu,
kajian ini turut dilaksanakan untuk mengenalpasti langkah-langkah mengatasi
cabaran mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina. Oleh
itu, data bagi penyelidikan ini mestilah dikumpulkan dengan meggunakan kaedah
yang bersesuaian untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai seperti yang
dikehendaki.
49

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, kaedah kualitatif telah digunakan dan proses pengumpulan
data dibuat melalui teknik temu bual. Temu bual berstruktur dijalankan bersama
dengan responden bagi mendapatkan jawapan kepada setiap soalan yang
dikemukakan. Borang temu bual berstruktur yang dibuat telah dibahagikan kepada
tiga bahagian seperti yang berikut:

i. Bahagian A: Maklumat responden. Bahagian ini memerlukan responden


menyatakan nama, jawatan, nama syarikat, alamat syarikat, jenis projek
pembinaan yang pernah dipantau dan tahun pengalaman mengendalikan dron.
ii. Bahagian B: Bahagian ini merupakan soalan yang akan menjawab objektif
pertama kajian. Responden perlu menjawab soalan ini dengan menandakan
tahap persetujuan bagi setiap cabaran-cabaran mengendalikan dron di tapak
bina yang telah disenaraikan.
iii. Bahagian C: Bahagian ini merupakan soalan yang akan menjawab objektif
kedua kajian. Responden perlu menjawab soalan berkenaan bagaimanakah
cabaran-cabaran mengendalikan dron di tapak bina yang telah disenaraikan
pada bahagian sebelum ini dapat diatasi dengan menyatakan langkah-langkah
yang diambil.

Berikut merupakan ringkasan kepada pendekatan kaedah pengumpulan data


dan kaedah analisis data yang digunakan bagi mencapai objektif kajian yang
dinyatakan:
50

Jadual 3.1: Kaedah pemerolehan data


Kaedah Kaedah
No Objektif Responden
Pengumpulan Data Analisis Data
1 Mengenal pasti cabaran Temubual Pengendali Skala Likert
utama mengendalikan berstruktur dron dan ranking
dron sebagai alat
pemantauan kemajuan
di tapak bina.
2 Mengenal pasti Temubual Pengendali Content
langkah-langkah berstruktur dron analysis dan
mengatasi cabaran frequency
mengendalikan dron analysis
sebagai alat
pemantauan kemajuan
di tapak bina.

3.3 Kajian Kes

Lima kajian kes telah terlibat dalam kajian ini untuk mengenal pasti cabaran
utama mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina dan juga
langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Temu bual
berstruktur merupakan instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk
mengumpulkan maklumat daripada responden yang terlibat secara langsung dalam
kajian kes.

Dalam kajian ini, lima kajian kes yang terlibat telah dipilih setelah didapati
memenuhi beberapa kriteria pemilihan kes yang telah ditetapkan. Antara kriteria
pemilihan kes yang telah ditetapkan adalah pengendali dron yang merupakan
responden bagi kajian ini mestilah mempunyai pengalaman melaksanakan
51

pemantauan kemajuan dalam projek pembinaan dan lokasi projek pembinaan


tersebut pula perlulah terletak di kawasan yang sesak.

Tujuan penyelidik menetapkan lokasi projek pembinaan yang dipantau


perlulah terletak di kawasan yang sesak sebagai salah satu kriteria pemilihan kes
adalah kerana penyelidik berpendapat bahawa projek pembinaan yang terletak di
kawasan yang sesak perlu berhadapan lebih banyak cabaran yang berpotensi
mengundang bahaya dan halangan tertentu. Oleh hal yang demikian, penyelidik
telah menetapkan kawasan sekitar bandar raya Kuala Lumpur sebagai lokasi projek
pembinaan yang dipantau.

Daripada lima kajian kes yang terlibat, hanya satu kajian kes sahaja yang
menyatakan lokasi yang tepat bagi projek pembinaan yang dijalankan. Sementara
itu, lagi empat kajian kes hanya boleh menyatakan lokasi dan jenis projek pembinaan
yang dijalankan secara umum sahaja kerana terikat untuk tidak mendedahkan
maklumat klien kepada orang luar.

Kaedah pemilihan projek sebagai kajian kes telah ditentukan penyelidik


dengan membentuk tiga kriteria yang perlu dimiliki responden. Pertama, responden
perlulah terdiri daripada pengendali dron yang melaksanakan pemantauan kemajuan
dalam projek pembinaan. Hal ini penting untuk memastikan responden kajian adalah
bertepatan dengan skop kajian yang perlu dijalankan dalam projek pembinaan.
Kedua, responden mestilah berpengalaman mengendalikan dron dalam projek
pembinaan yang terletak dikawasan yang sesak iaitu disekitar bandar raya Kuala
Lumpur. Hal ini penting untuk memastikan hasil dapatan kajian yang berkenaan
dengan langkah-langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron di tapak bina adalah
yang terbaik pernah diambil oleh responden. Ketiga, kesediaan dan persetujuan
responden untuk ditemu bual dan memberikan maklumat. Hal ini penting untuk
memastikan penyelidik boleh mendapatkan beberapa maklumat penting yang
diperlukan dalam kajian.
52

Bagi mendapatkan responden yang memenuhi kriteria yang ditetapkan,


penyelidik telah menghubungi beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan
mengendalikan dron untuk projek pembinaan yang diperoleh daripada laman
sesawang dan juga beberapa projek pembinaan. Daripada sepuluh yang telah
dihubungi, hanya lima sahaja yang memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan.

Prosedur melaksankan kajian kes telah dimulakan oleh penyelidik dengan


mengenal pasti kes-kes terlebih dahulu. Seterusnya, pengumpulan data yang
membawa kepada pencapaian objektif kajian dijalankan bagi setiap kes yang telah
dipilih sebelum setiap kes dianalisis secara individu. Akhir sekali, analisis kes-silang
atau cross-case dihasilkan daripada analisis kajian kes individu yang dibuat dengan
meneliti persamaan dan perbezaan merentasi kes.

3.4 Pengumpulan Data

Pengumpulan segala data dan maklumat yang berkaitan dengan objektif


kajian ini telah dilaksanakan. Data primer merupakan data yang digunakan dalam
kajian ini. Sebelum itu, pembacaan seperti jurnal, tesis sebelum, buku ilmiah dan
bahan daripada internet yang berkenaan dengan kajian ini telah dibuat terlebih
dahulu bagi mendapatkan kefahaman serta gambaran tentang kajian ini sebelum
soalan-soalan yang sesuai bagi temubual dapat dibentuk. Data dan maklumat yang
diperoleh hasil daripada temu bual yang dijalankan bersama responden merupakan
data primer bagi kajian ini.

Sebelum temu bual dapat dilaksanakan, penyelidik terlebih dahulu cuba


mendapatkan kebenaran daripada pihak responden untuk memperoleh persetujuan
menjalankan kajian. Hal ini adalah penting untuk memastikan responden bersedia
memberikan kerjasama dengan menyediakan data dan maklumat yang diperlukan
53

penyelidik dalam kajian ini. Surat formal daripada pihak universiti untuk
mendapatkan kebenaran melaksanakan kajian turut diberikan kepada responden yang
disasarkan dalam kajian ini.

Daripada lima responden yang telah ditemu bual, hanya satu responden sahaja
yang ditemu bual secara bersemuka, manakala lagi empat responden ditemu bual
melalui telefon. Hal ini demikian kerana, responden terlalu sibuk dan tidak
mempunyai masa untuk ditemu bual secara bersemuka. Oleh itu, responden telah
ditemu bual melalui telefon bagi menjawab soalan temu bual pada Bahagian C dan
mengisi borang menggunakan Google Form yang telah dibentuk oleh penyelidik
bagi menjawab soalan temu bual pada Bahagian A dan Bahagian B.

Alat rakaman telah digunakan semasa temu bual dilaksanakan untuk


merakam segala jawapan yang diberikan oleh responden bagi setiap pertanyaan yang
diajukan oleh penyelidik supaya tiada maklumat penting yang tertinggal. Kebenaran
untuk merakam perbualan telah diminta daripada pihak responden sebelum temu
bual bermula. Beberapa catatan yang penting dan ringkas juga dibuat oleh
penyelidik semasa temu bual berlangsung. Transkripsi telah dihasilkan daripada
rakaman yang dibuat untuk menyenaraikan semula segala maklumat yang diberikan
oleh responden selepas temu bual berakhir.

3.5 Analisis Data

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini bagi menganalisis data
yang diperoleh untuk mendapatkan hasil kajian. Kaedah skala likert dan ranking
digunakan bagi menganalisis soalan pada bahagian B untuk mencapai objektif
pertama kajian. Kaedah skala likert digunakan dengan mengira bilangan responden
yang bersetuju dengan kenyataan yang disenaraikan sebagai cabaran mengendalikan
54

dron di tapak bina untuk mengenal pasti cabaran yang paling banyak dipersetujui.
Skala likert yang terdiri daripada 1 hingga 5 digunakan dengan 1 merujuk kepada
sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 sederhana, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Oleh
hal yang demikian, terdapat 9 cabaran mengendalikan dron di tapak bina yang
diperoleh daripada kajian literatur telah disenaraikan untuk membolehkan setiap
responden menentukan cabaran-cabaran tersebut mengikut keutamaan.

Seterusnya, kaedah ranking digunakan bagi mengenal pasti keutamaan


cabaran mengendalikan dron di tapak bina berdasarkan kepada min skor yang
diperoleh setiap cabaran. Oleh hal yang demikian, cabaran mengendalikan dron di
tapak bina yang berada pada kedudukan pertama sebagai cabaran yang paling utama
sehingga cabaran yang kurang utama berada pada kedudukan ke-9.

Manakala, kaedah content analysis dan frequency analysis digunakan bagi


menganalisis data yang diperoleh melalui temu bual yang dijalankan bersama
responden berdasarkan soalan pada bahagian C untuk mencapai objektif kedua
kajian. Kaedah content analysis digunakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti isi
data yang diperoleh daripada maklumbalas responden. Seterusnya, kaedah frequency
analysis digunakan kerana terdapat kekerapan jawapan yang diterima daripada
responden bagi kelima-lima kajian kes untuk soalan-soalan yang diajukan. Peratusan
jawapan yang diterima turut dipaparkan untuk menentukan langkah yang paling
kerap digunakan oleh setiap responden bagi mengatasi cabaran mengendalikan dron
sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina yang terletak dikawasan sesak.
Berikut merupakan formula yang digunakan bagi mendapatkan peratusan kekerapan
jawapan responden:

Frekuensi responden dengan jawapan yang sama


Peratusan (%) = x 100
Jumlah keseluruhan responden
55

3.6 Rumusan Bab

Kesimpulannya, bab ini telah menerangkan kaedah berserta dengan instrumen


kajian dan kaedah analisis yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini.
Metodologi kajian yang dirangka terlebih dahulu adalah untuk membantu
mendapatkan gambaran berkenaan bagaimana penyelidik boleh mencapai objektif
kajian. Dalam kajian ini, data dan maklumat dikumpulkan melalui lima kajian kes
yang dipilih dengan melaksanakan temu bual struktur. Manakala, kaedah skala
Likert, kedudukan atau ranking, analisis kandungan atau content analysis dan
analisis kekerapan atau frequency analysis digunakan penyelidik untuk menganalisis
segala maklumat dan data yang diperoleh daripada responden.
BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan analisis terhadap kajian yang dibuat berdasarkan


data yang dikumpulkan daripada borang soal selidik dan temu bual berstruktur ke
atas lima kajian kes yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh daripada borang soal
selidik dianalisis mengikut ranking atau susunan keutamaan dan dipersembahkan
dalam bentuk jadual. Manakala, data daripada temubual berstruktur dianalisis
melalui frekuensi atau kekerapan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Memandangkan objektif yang ingin dikaji adalah cabaran utama


mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina dan langkah-
langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan
di tapak bina, pengendali dron merupakan individu yang dirasakan mampu
memberikan jawapan yang tepat berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan.
Kawasan tapak pembinaan yang dirasakan bersesuaian untuk kajian ini telah
ditetapkan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur yang sudah sedia maklum
mempunyai kepadatan penduduk dan kesesakan yang tinggi.
57

4.2 Maklumat Projek

Lima kajian kes telah dipilih yang melibatkan projek pembinaan yang
menggunakan dron sebagai alat pemantauan kemajuan dan terletak di kawasan yang
sesak iaitu sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, lokasi bagi
empat daripada lima projek pembinaan yang terlibat dengan kajian kes ini hanya
dapat diketahui secara umum sahaja kerana ia bersifat sulit dan peribadi. Pada jadual
4.1, jenis dan lokasi projek pembinaan yang terlibat dalam kajian kes ini telah
disenaraikan.

Jadual 4.1: Senarai kajian kes


Kes Jenis Projek Lokasi
1 Jambatan Pasar Seni, Kuala Lumpur
2 Bangunan Pejabat KLCC, Kuala Lumpur
3 Komersial KLCC, Kuala Lumpur
4 Perumahan Damansara, Kuala Lumpur
5 Komersial Bukit Bintang, Kuala Lumpur

4.2.1 Projek Pembinaan Kajian Kes 1

Projek pembinaan bagi kajian kes 1 merupakan projek pembinaan dan


penyiapan Pasar Seni Paid Link dan lain-lain kerja diantara Stesen LRT Pasar Seni
yang sedia ada dengan Stesen KTM Kuala Lumpur untuk projek MRT Lembah
Klang, Jajaran Sungai Buloh-Kajang Trans Resources Corporation Sdn Bhd
merupakan kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan projek ini yang bernilai
RM103,800,000.00. Lokasi projek ini terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan
berikut merupakan ciri-ciri projek pembinaan bagi kajian kes 1:
58

i. Sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang awam.


ii. Projek pembinaan berdekatan dengan sungai, landasan Keretapi Tanah
Melayu dan stesen MRT dan LRT.
iii. Kawasan sekeliling tapak bina mempunyai jejambat atau flyover, bangunan
tinggi dan aliran trafik yang tinggi.

Rajah 4.1: Lokasi projek pembinaan kajian kes 1

Rajah 4.2: Kawasan sekitar projek pembinaan kajian kes 1


59

4.2.2 Projek Pembinaan Kajian Kes 2

Projek pembinaan bagi kajian kes 2 merupakan projek pembinaan bangunan


pejabat. Walau bagaimanapun, nama projek dan kontraktor yang menjalankannya
tidak dapat didedahkan kerana kerana ia bersifat sulit dan peribadi. Lokasi projek ini
terletak di KLCC, Kuala Lumpur dan berikut merupakan ciri-ciri projek pembinaan
bagi kajian kes 2:

i. Sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang awam.


ii. Kawasan sekeliling tapak bina mempunyai bangunan tinggi dan aliran trafik
yang tinggi.
iii. Banyak signal jammer dan juga line of sight diletakkan di bangunan untuk
mengehadkan spotter.

4.2.3 Projek Pembinaan Kajian Kes 3

Projek pembinaan bagi kajian kes 3 merupakan projek jenis komersial.


Walau bagaimanapun, nama projek dan kontraktor yang menjalankannya tidak dapat
didedahkan kerana kerana ia bersifat sulit dan peribadi. Lokasi projek ini terletak di
KLCC, Kuala Lumpur dan berikut merupakan ciri-ciri projek pembinaan bagi kajian
kes 3:

i. Sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang awam.


ii. Kawasan sekeliling tapak bina mempunyai bangunan tinggi dan aliran trafik
yang tinggi.
iii. Banyak signal jammer dan juga line of sight diletakkan di bangunan untuk
mengehadkan spotter.
60

4.2.4 Projek Pembinaan Kajian Kes 4

Projek pembinaan bagi kajian kes 4 merupakan projek perumahan. Walau


bagaimanapun, nama projek dan kontraktor yang menjalankannya tidak dapat
didedahkan kerana kerana ia bersifat sulit dan peribadi. Lokasi projek ini terletak di
Damansara, Kuala Lumpur dan berikut merupakan ciri-ciri projek pembinaan bagi
kajian kes 4:

i. Sebuah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


ii. Kawasan sekeliling tapak bina mempunyai projek pembangunan berdekatan
dan aliran trafik yang tinggi.

4.2.5 Projek Pembinaan Kajian Kes 5

Projek pembinaan bagi kajian kes 5 merupakan projek jenis komersial.


Walau bagaimanapun, nama projek dan kontraktor yang menjalankannya tidak dapat
didedahkan kerana kerana ia bersifat sulit dan peribadi. Lokasi projek ini terletak di
Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan berikut merupakan ciri-ciri projek pembinaan bagi
kajian kes 5:

i. Sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang awam.


ii. Kawasan sekeliling tapak bina mempunyai landasan monorel, bangunan
tinggi dan aliran trafik yang tinggi.
61

4.3 Maklumat Responden

Jadual 4.2 menunjukkan maklumat responden yang terlibat mengendalikan


dron untuk memantau kemajuan di dalam projek pembinaan bagi lima kajian kes
yang dipilih. Daripada jadual tersebut, dapat dilihat 80 peratus responden
mempunyai pengalaman satu hingga tiga tahun mengendalikan dron untuk projek
pembinaan dan lagi 20 peratus atau seorang responden sahaja mempunyai
pengalaman empat hingga enam tahun mengendalikan dron untuk projek pembinaan.
Seterusnya, 80 peratus responden pernah mengendalikan dron untuk semua jenis
projek seperti perumahan, bangunan, jalan raya dan kerja awam. Manakala, hanya
seorang responden sahaja yang tidak pernah mengendalikan dron untuk jenis projek
kerja awam.

Jadual 4.2: Maklumat Responden


Kes Responden Syarikat Tahun Jenis Projek yang
Pengalaman Pernah Dijalankan
1 Senior Site Trans Resources 1-3 Perumahan, bangunan,
Supervisor Sdn Bhd jalan raya dan kerja awam
2 Co-Founder DroneCult 1-3 Perumahan, bangunan,
jalan raya dan kerja awam
3 Director AVAPMY 1-3 Perumahan, bangunan,
Production jalan raya dan kerja awam
4 Director Average Drone 1-3 Perumahan, bangunan,
RC jalan raya dan kerja awam
5 Manager BIP Studio 4-6 Perumahan, bangunan dan
jalan raya
62

4.4 Cabaran Utama Mengendalikan Dron Sebagai Alat Pemantauan


Kemajuan Di Tapak Bina

Soalan temu bual pada Bahagian A akan menjawab objektif pertama kajian
ini iaitu untuk mengenal pasti cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat
pemantauan kemajuan di tapak bina. Responden perlu menanda daripada 1 (sangat
tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) bagi setiap penyataan yang disenaraikan
sebagai cabaran mengendalikan dron di tapak bina.

4.4.1 Analisis Cabaran Utama Mengendalikan Dron Sebagai Alat


Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina Mengikut Kes Kajian

Lima orang responden yang terlibat secara langsung dengan kajian kes yang
dipilih telah menanda tahap persetujuan bagi setiap penyataan yang disenaraikan
sebagai cabaran mengendalikan dron di tapak bina berdasarkan kepada pengalaman
responden mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan dalam projek
pembinaan yang terletak di kawasan yang sesak.

Jadual 4.3: Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 1


No. Cabaran-cabaran Skala
1 Bateri dron tidak tahan lama. 2
2 Cuaca tidak menentu. 5
3 Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda. 4
4 Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu. 4
5 Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina. 4
6 Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi. 5
7 Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan. 5
63

8 Memilih jenis dron yang bersesuaian. 5


9 Mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron. 5

Berdasarkan kepada Jadual 4.3, daripada sembilan cabaran yang


disenaraikan, hanya satu cabaran sahaja yang tidak disetujui oleh responden sebagai
cabaran mengendalikan dron di tapak bina iaitu bateri dron tidak tahan lama.
Responden menyatakan bahawa ketahanan bateri dron bergantung kepada jenis dron
yang digunakan. Manakala, lima daripada lapan cabaran yang disetujui oleh
responden telah mendapat skala tertinggi, menjadikan cuaca tidak menentu,
kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi, memastikan dron dalam keadaan
selamat sebelum diterbangkan, memilih jenis dron yang bersesuaian dan
mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron sebagai cabaran utama yang
dihadapi oleh responden.

Jadual 4.4: Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 2


No. Cabaran-cabaran Skala
1 Bateri dron tidak tahan lama. 5
2 Cuaca tidak menentu. 5
3 Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda. 4
4 Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu. 2
5 Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina. 4
6 Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi. 4
7 Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan. 5
8 Memilih jenis dron yang bersesuaian. 5
9 Mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron. 4

Berdasarkan kepada Jadual 4.4, daripada sembilan cabaran yang


disenaraikan, hanya satu cabaran sahaja yang tidak disetujui oleh responden sebagai
cabaran mengendalikan dron di tapak bina iaitu kemungkinan menyebabkan
kecederaan individu. Manakala, empat daripada lapan cabaran yang disetujui oleh
64

responden telah mendapat skala tertinggi, menjadikan bateri dron tidak tahan lama,
cuaca tidak menentu, memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan
dan memilih jenis dron yang bersesuaian sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh
responden.

Jadual 4.5: Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 3


No. Cabaran-cabaran Skala
1 Bateri dron tidak tahan lama. 1
2 Cuaca tidak menentu. 4
3 Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda. 1
4 Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu. 1
5 Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina. 4
6 Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi. 2
7 Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan. 5
8 Memilih jenis dron yang bersesuaian. 4
9 Mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron. 4

Berdasarkan kepada Jadual 4.5, daripada sembilan cabaran yang


disenaraikan, terdapat empat cabaran yang tidak disetujui oleh responden sebagai
cabaran mengendalikan dron di tapak bina iaitu bateri dron tidak tahan lama,
kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda, kemungkinan menyebabkan
kecederaan individu dan kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi.
Manakala, hanya satu cabaran sahaja daripada lima cabaran yang disetujui oleh
responden telah mendapat skala tertinggi, menjadikan memastikan dron dalam
keadaan selamat sebelum diterbangkan sebagai cabaran utama yang dihadapi oleh
responden.
65

Jadual 4.6: Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 4


No. Cabaran-cabaran Skala
1 Bateri dron tidak tahan lama. 5
2 Cuaca tidak menentu. 5
3 Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda. 5
4 Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu. 5
5 Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina. 5
6 Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi. 5
7 Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan. 5
8 Memilih jenis dron yang bersesuaian. 5
9 Mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron. 5

Berdasarkan kepada Jadual 4.6, daripada sembilan cabaran yang


disenaraikan, responden telah memberikan skor lima yang merupakan skor tertinggi
untuk kesemua cabaran. Hal ini menjadikan kesemua cabaran sebagai cabaran utama
yang dihadapi oleh responden.

Jadual 4.7: Skala cabaran mengendalikan dron bagi kajian kes 5


No. Cabaran-cabaran Skala
1 Bateri dron tidak tahan lama. 3
2 Cuaca tidak menentu. 4
3 Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda. 4
4 Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu. 3
5 Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina. 2
6 Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi. 2
7 Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan. 4
8 Memilih jenis dron yang bersesuaian. 4
9 Mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron. 4
66

Berdasarkan kepada Jadual 4.7, daripada sembilan cabaran yang


disenaraikan, terdapat dua cabaran yang tidak disetujui oleh responden sebagai
cabaran mengendalikan dron di tapak bina iaitu kemungkinan berlanggar dengan
jentera di tapak bina dan kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi.
Manakala, responden bersetuju berhadapan dengan lima cabaran yang disenaraikan
dengan memberikan skor empat yang merupakan skor kedua tertinggi.
Walaubagaimana pun, responden menandakan tidak pasti terhadap penyataan
kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina dan dan kemungkinan
melakukan pencerobohan hak privasi sebagai cabaran mengendalikan dron di tapak
bina.

4.4.2 Kesuluruhan Analisis Cabaran Utama Mengendalikan Dron Sebagai


Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina

Bagi mencapai objektif pertama kajian ini iaitu mengenal pasti cabaran utama
mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina, min skor bagi
setiap cabaran telah diperoleh berdasarkan kepada skala yang diberikan responden
yang telibat secara langsung dengan lima kajian kes yang dipilih. Jadual 4.8
memaparkan min skor yang diperoleh bagi setiap cabaran mengendalikan dron di
tapak bina.

Jadual 4.8: Skala cabaran mengendalikan dron di tapak bina


Skala Bilangan
Cabaran-cabaran (Bilangan Responden) Responden
1 2 3 4 5 Bersetuju
Bateri dron tidak tahan lama 1 1 1 0 2 2
Cuaca tidak menentu 0 0 0 2 3 5
Kemungkinan menyebabkan 1 0 0 3 1 4
67

kerosakan harta benda


Kemungkinan menyebabkan
1 1 1 1 1 2
kecederaan individu
Kemungkinan berlanggar dengan
0 1 0 3 1 4
jentera di tapak bina
Kemungkinan melakukan
0 2 0 1 2 3
pencerobohan hak privasi
Memastikan dron dalam keadaan
0 0 0 1 4 5
selamat sebelum diterbangkan
Memilih jenis dron yang bersesuaian 0 0 0 2 3 5
Mendapatkan permit sebelum
0 0 0 3 2 5
menerbangkan dron

Berdasarkan pada Jadual 4.8, memastikan dron dalam keadaan selamat


sebelum diterbangkan telah dipersetujui oleh semua responden sebagai cabaran
mengendalikan dron di tapak bina dengan memperoleh bilangan sangat setuju
tertinggi iaitu sebanyak 80% daripada responden sangat setuju dan lagi 20% adalah
setuju. Seterusnya, terdapat dua cabaran yang telah dikenal pasti turut mendapat
persetujuan penuh daripada responden Hal ini lantas menjadikan cuaca tidak
menentu dan memilih jenis dron yang bersesuaian sebagai cabaran yang kedua dan
ketiga tertinggi dengan 60% daripada responden menyatakan sangat setuju dan lagi
40% setuju bagi kedua-dua cabaran. Cabaran yang mendapat tempat keempat
tertinggi adalah mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron yang juga
dipersetujui oleh kelima-lima responden, dimana 40% daripada responden
menyatakan sangat setuju dan 60% lagi setuju. Dua cabaran pula iaitu kemungkinan
berlanggar dengan jentera di tapak bina dan kemungkinan menyebabkan kerosakan
harta benda memperoleh bilangan responden bersetuju yang sama iaitu empat orang.
Dimana sebanyak 20% daripada responden menyatakan sangat setuju, 60% setuju
dan 20% tidak setuju bagi kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina,
manakala 20% daripada responden menyatakan sangat setuju, 60% setuju dan 20%
sangat tidak setuju bagi kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda.
Seterusnya, kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi telah dikenal pasti
68

memperoleh persetujuan daripada tiga orang responden dengan 40% daripada


responden menyatakan sangat setuju, 20% setuju dan lagi 40% tidak setuju. Akhir
sekali, cabaran bateri dron tidak tahan lama dan kemungkinan menyebabkan
kecederaan individu masing-masing menduduki tangga ke-8 dan ke-9 dengan jumlah
persetujuan sebanyak dua orang responden. Peratusan bagi cabaran bateri dron tidak
tahan lama adalah 40% sangat setuju dan 20% masing-masing tidak pasti, tidak
setuju dan sangat tidak setuju; manakala peratusan bagi cabaran kemungkinan
menyebabkan kecederaan individu adalah 20% masing-masing menyatakan sangat
setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Jadual 4.9: Cabaran mengendalikan dron mengikut kedudukan keutamaan


Bilangan
Kedudukan
Cabaran-cabaran Responden
Keutamaan
Bersetuju
Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum
5 1
diterbangkan
Cuaca tidak menentu 5 2
Memilih jenis dron yang bersesuaian 5 3
Mendapatkan permit mengendalikan dron 5 4
Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak
4 5
bina
Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda 4 6
Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi 3 7
Bateri dron tidak tahan lama 2 8
Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu 2 9

Merujuk kepada Jadual 4.9, cabaran-cabaran mengendalikan dron sebagai


alat pemantauan kemajuan di tapak bina telah disusun mengikut kedudukan
keutamaan berdasarkan kepada bilangan persetujuan responden. Memastikan dron
dalam keadaan selamat merupakan cabaran utama mengendalikan dron di tapak bina
yang memperoleh persetujuan daripada semua responden dengan bilangan sangat
69

bersetuju paling tinggi, manakala kemungkinan menyebabkan kecederaan individu


merupakan cabaran paling kurang utama yang meperoleh hanya dua persetujuan
daripada dua responden dengan bilangan sangat bersetuju paling rendah.

4.4.3 Ulasan Dapatan Analisis Dengan Kajian Literatur

Berdasarkan kajian literatur yang dibuat, kemungkinan dron menyebabkan


kecederaan individu dapat dibuktikan dengan beberapa insiden yang membawa maut.
Walaupun begitu, cabaran ini merupakan cabaran paling kurang utama. Hal ini
demikian kerana, masing-masing responden tidak pernah mengalami sebarang
kemalangan sebegini. Selain itu, responden turut menyifatkan teknologi dron pada
masa kini yang semakin canggih membolehkan penerbangan dibuat dengan lebih
selamat.

Seterusnya, cabaran memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum


diterbangkan merupakan cabaran paling utama walaupun penemuan berkenaan
cabaran ini tidak banyak ditemui dalam kajian literatur yang dibuat. Hal ini mungkin
disebabkan oleh pelbagai benda perlu diambil kira dan diberikan penekanan sebelum
dron boleh diterbangkan bagi memastikan dron benar-benar dalam keadaan yang
selamat. Hal ini demikian kerana, responden khuatir kegagalan melakukan
sedemikian rupa akan menyebabkan timbulnya masalah lain yang boleh membawa
kepada permasalahan yang lebih besar.
70

4.5 Langkah-langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan Dron Sebagai


Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina

Soalan temu bual pada Bahagian B akan menjawab objektif kedua kajian ini
iaitu untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron
sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina. Responden perlu memberikan
maklum balas berdasarkan kepada soalan temu bual berstruktur yang telah
dikemukankan.

4.5.1 Analisis Langkah-langkah Mengatasi Cabaran Mengendalikan Dron


Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak Bina Mengikut Cabaran

Lima orang responden yang terlibat secara langsung dengan kajian kes yang
dipilih telah memberikan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi setiap
cabaran mengendalikan dron di tapak bina berdasarkan kepada pengalaman
responden mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan dalam projek
pembinaan yang terletak di kawasan yang sesak.

4.5.1.1 Bateri Dron Tidak Tahan Lama

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
masalah masa penerbangan dron yang terhad disebabkan oleh bateri dron yang tidak
tahan lama dapat diatasi:
71

R1: “….ketahanan bateri tengok cara awak terbangkan, tengok awak guna untuk
apa….”

R2: “….jadi untuk memastikan bateri lebih tahan dari biasa dengan merancang
arah tuju dron sebelum dron diterbangkan….”

R3: “….banyak dron yang ada di pasaran sekarang ini, jadi boleh pilih dron yang
ada spesifikasi bateri yang tinggi kalau nak bateri dron tahan lebih lama….”

R4: “….jangan banyak hovering, kalau hovering banyak guna bateri….”

R5: “….boleh rancang dulu arah tuju dron tapi bagi saya tak perlu terbang lama
sebab progress report basically benda yang sama dibuat berulang-ulang jadi flight
path dah fix….”

Jadual 4.10: Langkah mengatasi bateri dron tidak tahan lama


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Merancang arah tuju
dron terlebih dahulu / / 2 40%
sebelum diterbangkan
2 Mengurangkan
perbuatan yang boleh
/ / 2 40%
mempercepatkan
bateri habis
3 Menggunakan dron
dengan spesifikasi / 1 20%
bateri yang tinggi
72

Merujuk kepada Jadual 4.10, 40 peratus daripada responden yang ditemu bual
menyatakan merancang arah tuju dron terlebih dahulu sebelum diterbangkan sebagai
langkah mengatasi bateri dron yang tidak tahan lama. Masa penerbangan dron boleh
dijimatkan apabila dron hanya perlu melalui laluan yang perlu sahaja jika arah tuju
dron ditetapkan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, jangka masa penerbangan
dron bagi melengkapkan kerja-kerja pemantauan di tapak bina dapat dianggar dan
bateri tambahan boleh disediakan bersama sekiranya jangka masa yang diambil
adalah terlalu lama.

Seterusnya, 40 peratus daripada responden pula menyatakan bahawa


mengurangkan perbuatan yang boleh mempercepatkan bateri habis merupakan satu
lagi langkah mengatasi bateri dron yang tidak tahan lama. Hal ini demikian kerana,
dron yang kurang melakukan pergerakan dengan mengekalkan kedudukannya pada
satu tempat sahaja akan menggunakan bateri yang lebih sedikit berbanding dron yang
banyak bergerak. Pergerakan dron yang boleh menyebabkan bateri lebih cepat habis
seperti bergerak laju dan terbang dalam keadaan angin yang kuat juga perlu
dielakkan. Selain itu, bateri dron dapat bertahan lama jika dron digunakan untuk satu
kegunaan sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh, dron yang digunakan untuk
menangkap gambar dan membuat rakaman dalam satu masa yang sama akan
menyebabkan bateri lebih cepat habis.

Selanjutnya, hanya 20 peratus daripada responden menyatakan menggunakan


dron dengan spesifikasi bateri yang tinggi sebagai langkah mengatasi bateri dron
yang tidak tahan lama. Pemilihan jenis dron dengan spesifikasi bateri yang tinggi
membolehkan masa penerbangan dron bertambah menjadi lebih lama.
73

4.5.1.2 Cuaca Tidak Menentu

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
cabaran mengendalikan dron dalam keadaan yang berangin dan hujan dapat diatasi:

R1: “….kapal terbang pun tundakan flight dia, so sama juga macam dron, kalau
hujan saya tak akan fly….”

R2: “….dalam keadaan hujan, untuk tujuan keselamatan, kami tidak beroperasikan
dron….”

R3: “….jika hujan atau ribut seeloknya jangan terbang dan boleh merosakkan
dron….”

R4: “….jangan terbang dron masa hujan….”

R5: “….tak perlu terbang dalam hujan due to safety issue. Especially kalau lebat….”

Jadual 4.11: Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam keadaan hujan
Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Menunda
penerbangan dron / / / / / 5 100%
apabila hujan turun
74

Merujuk kepada Jadual 4.11, 100 peratus responden bersetuju penerbangan


dron perlu ditunda apabila hujan turun. Dron sama sekali tidak dikendalikan di tapak
bina pada waktu hujan atas tujuan keselamatan. Responden turut bimbang
pengendalian dron pada waktu hujan boleh menyebabkan kerosakan pada sistem
dron sekiranya bahagian dalam dron dimasuki air.

R1: “….setakat angin macam tu, biasa-biasa tu, saya still boleh flight, saya still
boleh ambil gambar, saya still boleh ambil video cuma kena extra careful. Dia punya
pilot kena betul-betul, kena well trained….”

R2: “….dalam keadaan berangin perlu lebih berhati-hati walaupun dron di masa
sekarang sudah berkemampuan untuk terbang dengan selamat kerana dron telah
dilengkapi teknologi GPS di mana dron tersebut akan mengekalkan dilokasi yang
sama….”

R3: “….dalam keadaan angin kuat dron masih boleh dikendalikan tetapi perlu
berhati-hati….”

R4: “….boleh guna dron yang mempunyai spec tahan angin yang tinggi….”

R5: “….untuk cuaca berangin better dron handle by someone yang dah terlatih tapi
still kena hati-hati juga….”
75

Jadual 4.12: Langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam keadaan


berangin
Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Dron dikendalikan
lebih berhati-hati
/ / / / 4 80%
oleh pengendali
dron yang terlatih
2 Menggunakan dron
dengan spesifikasi
/ 1 20%
daya tahan angin
yang tinggi

Walaubagaimanapun, setiap responden tidak mempunyai sebarang masalah


untuk mengendalikan dron dalam keadaan berangin. Hal ini demikian kerana, dron
yang berada di pasaran pada masa kini dikatakan berkemampuan untuk terbang
dengan selamat kerana sudah dilengkapi dengan teknologi GPS yang dimana dron
boleh mengekalkan kedudukannya dilokasi yang sama. Oleh itu, merujuk kepada
Jadual 4.12, 80 peratus daripada responden mencadangkan agar dron yang
dikendalikan dalam keadaan berangin dilakukan dengan lebih berhati-hati sahaja dan
sebolehnya dikendalikan oleh pengendali dron yang terlatih. Seterusnya, hanya 10
peratus atau seorang responden yang mencadangkan penggunaan dron dengan
spesifikasi daya tahan angin yang tinggi sebagai langkah mengatasi cabaran
mengendalikan dron dalam keadaan berangin.

4.5.1.3 Kemungkinan Menyebabkan Kerosakan Harta Benda

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
untuk mengelak daripada menyebabkan kerosakan harta benda apabila
mengendalikan dron di kawasan tapak bina yang sesak:
76

R1: “….tahu apa halangan yang ada dekat dalam site awak atau pun jenis-jenis
obstacle yang ada dalam site awak….”

R2: “…..lihat dulu menggunakan mata dan GPS apa-apa halangan atau struktur
yang boleh menjadi bahaya kepada dron….setiap penerbangan akan ada satu atau
dua spotter….”

R3: “….biasanya kita memang akan kesan dulu apa-apa halangan yang ada dekat
area nak terbang….”

R4: “….visit site first before start fly drone and tengok halangan yang ada….”

R5: “….site recce sebelum fly. Use smaller drone bila fly atas risky area….”

Jadual 4.13: Langkah mengatasi kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Mengesan terlebih
dahulu halangan
/ / / / / 5 100%
yang terdapat di
tapak bina
2 Menggunakan
spotter dalam setiap / 1 20%
penerbangan
3 Menggunakan dron
/ 1 20%
bersaiz kecil
77

Merujuk kepada Jadual 4.13, 100 peratus daripada responden menyatakan


bahawa mengesan terlebih dahulu halangan yang terdapat di tapak bina sebagai
langkah mengatasi dron daripada menyebabkan kerosakan pada harta benda.
Lawatan ke tapak bina perlu dibuat terlebih dahulu untuk membolehkan responden
mengesan segala halangan atau struktur yang boleh mendatangkan bahaya pada dron
yang terdapat dikawasan tapak bina dan juga disekelilingnya. Perincian seperti
ketinggian halangan perlu diambil kira untuk memastikan jarak diantara halangan
dengan dron yang diterbangkan tidak kurang daripada 10 meter.

Seterusnya, 20 peratus daripada responden atau seorang responden


menyatakan bahawa penggunaan spotter dalam setiap penerbangan sebagai langkah
mengatasi dron daripada menyebabkan kerosakan pada harta benda. Penggunaan
spotter adalah untuk melihat dron tersebut menggunakan mata bagi membantu
responden jika terdapat struktur berdekatan dengan dron. Responden telah
menetapkan penggunaan satu atau dua spotter dalam setiap penerbangan dron
sebagai SOP yang perlu dipatuhi.

Selanjutnya, 20 peratus atau seorang responden menyatakan bahawa


penggunaan dron bersaiz kecil sebagai satu lagi langkah mengatasi dron daripada
menyebabkan kerosakan pada harta benda. Responden menyatakan penggunaan
dron yang bersaiz kecil adalah lebih sesuai apabila dron perlu diterbangkan
dikawasan yang berisiko dan DJI Mavic merupakan dron yang menjadi pilihan
responden kerana saiznya yang lebih kecil dan sesuai untuk diterbangkan dikawasan
tapak bina yang berisiko.

4.5.1.4 Kemungkinan Menyebabkan Kecederaan Individu

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya apa langkah
78

yang diambil apabila perlu menerbangkan dron di kawasan tumpuan pekerja di tapak
bina:

R1: “….kita ada features untuk zoom in and zoom out….cuma kalau as precaution
awak boleh inform pekerja….”

R2: “….kami akan memastikan pengurusan memberitahu pekerja terdapat dron di


atas mereka….”

R3: “….saya akan zoom kamera dron dari jauh je bila ada ramai pekerja dekat area
tu untuk check….”

R4: “….inform workers at site before fly drone….”

R5: “….biasanya pihak kontraktor akan beritahu pekerja dekat site kalau saya
cakap nak fly dron hari tu….”

Jadual 4.14: Langkah mengatasi kemungkinan menyebabkan kecederaan individu


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Memaklumkan
terlebih dahulu kepada / / / / 4 80%
pekerja di tapak bina
2 Menggunakan ciri-ciri
zum ke dalam dan / / 2 40%
zum ke luar
79

Merujuk kepada Jadual 4.14, 80 peratus daripada responden menyatakan


bahawa memaklumkan terlebih dahulu kepada pekerja di tapak bina sebagai langkah
mengatasi dron daripada menyebabkan kecederaan kepada pekerja di tapak bina.
Responden akan memaklumkan kepada pekerja di tapak bina terlebih dahulu
berkenaan kawasan yang akan dilalui dron dan waktu dron akan diterbangkan
sebagai langkah berjaga-jaga. Kebiasaannya, makluman kepada pekerja dibuat pada
waktu pagi sebelum pekerja memulakan kerja iaitu semasa perjumpaan tool box
dijalankan.

Seterusnya, 40 peratus daripada responden menyatakan bahawa


menggunakan ciri-ciri zum ke dalam dan ke luar sebagai lagi satu langkah mengatasi
dron daripada menyebabkan kecederaan kepada pekerja di tapak bina. Responden
menyatakan bahawa tiada keperluan bagi mereka untuk menerbangkan dron
berdekatan dengan pekerja yang boleh membahayakan pekerja semata-mata untuk
memantau kemajuan di tapak bina. Hal ini demikian kerana, dron yang digunakan
responden mempunyai ciri-ciri zum ke dalam dan zum ke luar yang masih
membolehkan mereka memantau kemajuan di tapak bina dalam jarak yang jauh.

4.5.1.5 Kemungkinan Berlanggar Dengan Jentera Di Tapak Bina

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
untuk memastikan dron yang dikendalikan tidak berlanggar dengan jentera di tapak
bina yang sedang bergerak:

R1: “....saya fully extend saya punya boom kata saya ada 25m, 25m linear, 25m ke
atas daripada aras tanah. So saya terbang lebih 25m tu dia pusing macam mana
pun saya tak akan terjejas....”
80

R2: “....jawapan dia lebih kurang soalan sebelum cuma kena tahu berapa pusingan
penuh yang jentera tu ambil....”

R3: “....pastikan ketinggian tertinggi kren dan jarak yang dimbil untuk pusing....”

R4: “....radius taken by crane to rotate is the most important thing to take note so
that I can fly in safe distance from the crane....”

R5: “....two way communication between site incharge. Contoh kalau kena fly dekat
dengan crane, site incharge kena tahu dan able to inform the crane operator via
intercom....”

Jadual 4.15: Langkah mengatasi kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak


bina
Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Mengenal pasti
/ / / / 4 80%
radius pusingan kren
2 Memaklumkan
pengendali kren / 1 20%
melalui interkom

Merujuk kepada Jadual 4.15, 80 peratus daripada responden menyatakan


bahawa mengenal pasti radius pusingan kren merupakan langkah mengatasi dron
daripada berlanggar dengan jentera di tapak bina yang bergerak. Kebiasaannya
responden terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat berkenaan jentera yang
digunakan di tapak bina sebelum kerja-kerja pemantauan dimulakan. Maklumat
yang biasanya diperlukan adalah seperti bilangan kren, kedudukan kren di tapak
bina, ketinggian kren dan radius pusingan kren setelah boom dipanjangkan
81

sepenuhnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh, responden akan


menjarakkan kedudukan diantara dron yang sedang terbang dengan kren lebih
daripada 10 meter.

Seterusnya, 20 peratus atau seorang responden menyatakan bahawa


memaklumkan pengendali kren melalui interkom sebagai lagi satu langkah
mengatasi dron daripada berlanggar dengan jentera di tapak bina yang sedang
bergerak. Responden menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab pihak
pengurusan di tapak bina untuk memaklumkan pengendali kren melalui interkom
berkenaan kewujudan dron yang sedang terbang tidak jauh daripada kren tersebut
sebagai langkah berjaga-jaga.

4.5.1.6 Kemungkinan Melakukan Pencerobohan Hak Privasi

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
untuk mengelak daripada melakukan pencerobohan hak privasi orang lain yang
terdapat disekeliling tapak bina ketika melakukan kerja-kerja pemantauan:

R1: “....setiap jiran-jiran awak, awak kena bagi tahu dan dapatkan kebenaran
dia....”

R2: “....kami akan memastikan border line tanah diketahui dan di bahagian mana
adalah garisan penamat tapak bina....”

R3: “....kita akan check dulu sempadan tanah sebelum terbangkan dron untuk elak
terbang luar dari kawasan yang dibenarkan....”
82

R4: “....make sure the pilot know the allowed boundary for the work....”

R5: “....boleh check dengan JUPEM border line tanah yang dibenarkan untuk
terbangkan dron....”

Jadual 4.16: Langkah mengatasi melakukan pencerobohan hak privasi


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Mengenal pasti garis
/ / / / 3 80%
sempadan tanah
2 Meminta kebenaran / 2 20%

Merujuk kepada Jadual 4.16, 80 peratus daripada responden menyatakan


bahawa mengenal pasti garis sempadan tanah merupakan langkah mengelak daripada
melakukan pencerobohan hak privasi. Sebelum dron diterbangkan dikawasan tapak
bina, responden terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat berkenaan garis
sempadan tanah untuk mengetahui dimana bahagian garisan penamat tapak bina.
Hal ini adalah untuk memastikan responden tidak menerbangkan dron melepasi
garisan penamat tapak bina atau cuba memasuki garis sempadan tanah milik orang
lain. Kemudian, responden akan menghantar salinan hasil tangkapan gambar dan
rakaman yang diambil di tapak bina kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM) untuk tujuan pemeriksaan dan responden akan dimaklumkan sekiranya
pencerobohan hak privasi telah berlaku.

Seterusnya, 20 peratus daripada responden menyatakan bahawa meminta


kebenaran sebagai satu lagi langkah mengelak daripada melakukan pencerobohan
hak privasi. Responden terlebih dahulu cuba mendapatkan kebenaran daripada setiap
pemilik bangunan yang berjiran dengan kawasan tapak pembinaan tersebut sebelum
kerja-kerja pemantauan dilakukan kerana terdapat kemungkinan dron yang
diterbangkan akan menyebabkan ketidakselesaan kepada penghuni bangunan
83

tersebut. Kebenaran yang diterima adalah bergantung sepenuhnya atas budi bicara
tuan bangunan sama ada mahu memberikan kerjasama ataupun tidak.

4.5.1.7 Memastikan Dron Dalam Keadaan Selamat Sebelum Diterbangkan

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya apa prosedur
yang perlu dipatuhi untuk memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum boleh
diterbangkan:

R1: “….sebelum tu saya akan check bateri cukup ke tak, saya punya propeller, saya
punya gimbal fuction ke tak, saya punya kamera dalam keadaan baik ke tak, sensor,
saya dah puas hati, bateri dah fully charge, esok saya test fly, saya akan take off,
tengok signal strength….”

R2: “….pertama sekali pastikan bateri dron dipenuhi kuasa dan kipas telah
dipasang dengan betul. Seterusnya, pastikan dron dapat kesan GPS dan lokasi….”

R3: “….pertama sekali pemeriksaan fizikal dron, tiada keretakan, longgar, patah
dan sebagainya. Dan sebelum terbang pastikan semua internal hardware checkup
adalah berjaya….penerbangan dilakukan hanya selepas dron mendapat sambungan
GPS yang jitu….”

R4: “….make sure the certified pilot has inspected and verified that the drone is safe
to fly….”
84

R5: “….follow all the safety checklist recommended by CAAM dan drone
manufacture….”

Jadual 4.17: Langkah memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum


diterbangkan
Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Melakukan
pemeriksaan terhadap
/ / / / / 5 100%
fizikal, dalaman dan
isyarat dron

Merujuk kepada Jadual 4.17, 100 peratus daripada responden menyatakan


bahawa melakukan pemeriksaan terhadap fizikal, dalaman dan isyarat dron sebagai
langkah memastikan dron dalam keadaan selamat untuk diterbangkan. Perkara paling
asas yang dilakukan oleh responden adalah melakukan pemeriksaan fizikal terhadap
dron dengan memastikan mana-mana bahagian dron tidak retak, patah atau longgar.
Kemudian, pemeriksaan terhadap perkakasan dalaman dron akan dilakukan
responden dengan memastikan tiada kesilapan seperti compass error, accelerator
error dan ESC error yang muncul. Akhir sekali, memeriksa kekuatan isyarat dron
sebelum dron benar-benar boleh diterbangkan dengan memastikan dron dapat
membuat pengesanan dan sambungan yang jitu dengan GPS iaitu melebihi 10 satelit
dan ke atas. Selain itu, responden turut mengikut senarai semak keselamatan yang
disyorkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) atau yang
disediakan oleh pengeluar dron sebagai rujukan bagi melakukan pemeriksaan
terhadap dron.
85

4.5.1.8 Memilih Jenis Dron Yang Bersesuaian

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya bagaimana
penentuan jenis dron yang bersesuaian untuk kerja-kerja pemantauan di tapak bina
dapat dibuat:

R1: “….tak semua dron ada kamera sekali. Sebab itu saya cakap kena tengok jenis
dron, ada sahaja dron biasa yang dekat kedai mainan biasa yang setakat dron
sahaja, awak boleh fly naik turun pergi tapi awak tak boleh ambil video. Kalau
macam dron saya kamera dah build in sekali….”

R2: “….apa-apa dron sesuai untuk kerja pemantauan asalkan visual daripada dron
tersebut jelas….”

R3: “….boleh merakam video HD dan gambar melebihi 12 megapixel….”

R4: “….opt dron with high resolution camera, so the photo taken will be clearer….”

R5: “….based on risk involved so smaller drone better….”

Jadual 4.18: Langkah memilih jenis dron yang bersesuaian


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Kamera / / / / 4 80%
2 Risiko di tapak bina / 1 20%
86

Merujuk kepada Jadual 4.18, 80 peratus daripada responden menyatakan


bahawa kamera merupakan perkara yang dipertimbangkan untuk memilih dron yang
bersesuaian untuk kerja-kerja pemantauan di tapak bina. Responden juga
mementingkan kualiti kamera dron bagi mendapatkan gambar dan rakaman yang
berdefinisi tinggi. Responden turut menjelaskan bahawa resolusi gambar dan
rakaman yang diambil oleh dron sekurang-kurangnya perlulah melebihi 12
megapiksel. Selain itu, responden turut berpendapat visual jelas yang dihasilkan
kamera dron dapat memudahkan kerja-kerja pemantauan dilaksanakan dengan
melihatnya secara langsung dari darat.

Seterusnya, 20 peratus atau seorang responden menyatakan bahawa risiko di


tapak bina sebagai satu lagi perkara yang dipertimbangkan untuk memilih dron yang
bersesuaian untuk kerja-kerja pemantauan di tapak bina. Responden berpendapat
bahawa tahap risiko yang ada di tapak bina memainkan peranan penting dalam
menentukan jenis dron yang bersesuaian untuk digunakan. Sebagai contoh,
responden lebih memilih dron yang bersaiz kecil bagi kawasan tapak bina yang
berisiko.

4.5.1.9 Mendapatkan Permit Sebelum Menerbangkan Dron

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh setiap responden yang


terlibat secara langsung dengan kajian kes yang dipilih apabila ditanya apa langkah
yang perlu diambil untuk mendapatkan pelepasan atau permit mengendalikan dron
dalam kawasan tapak bina:

R1: “….sebaik-baiknya awak kena inform dekat awak punya majikan sebelum nak
terbangkan dron dekat tapak bina….cuma yang untuk specific punya permit memang
kita taka ada, itu atas courtesy awak untuk inform pada bahagian dron yang ada dua
department iaitu DCA dan Jabatan Pemetaan Malaysia, JUPEM….”
87

R2: “….yang penting ialah kebenaran dari pemilik tapak bina. Seterusnya
menyemak di Department of Civil Aviation adakah kawasan tersebut adalah no fly
zone. Jika ya, kebenaran dari DCA diperlukan….”

R3: “….yang paling penting adalah kebenaran dari pemilik tapak bina itu sendiri.
Selepas itu kami mendapatkan kebenaran dari semua pihak berwajib seperti JUPEM
dan DCA sebelum penerbangan dilakukan….”

R4: “….the certified pilot is required to apply for all the permits from relevant
authorities before he is allowed to operate the drone on worksite….”

R5: “….just apply permit daripada JUPEM dan CAAM….”

Jadual 4.19: Langkah mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron


Responden
No Kategori Frekuensi Peratus
1 2 3 4 5
1 Mendapatkan
kebenaran daripada
pemilik tapak bina dan / / / / / 5 100%
pihak berkuasa
tempatan

Merujuk kepada Jadual 4.19, 100 peratus responden menyatakan bahawa


mendapatkan kebenaran daripada pemilik tapak bina dan pihak berkuasa tempatan
merupakan langkah bagi mendapatkan permit mengendalikan dron dalam kawasan
tapak bina. Sebelum responden memulakan kerja-kerja pemantauan di tapak bina,
kebenaran daripada pemilik tapak bina adalah diperlukan sebagai makluman kepada
pemilik tapak bina itu sendiri sekiranya terjadi sesuatu dan dron hanya diterbangkan
apabila mendapat arahan daripada pemilik tapak bina. Kebenaran daripada segi
88

pihak berkuasa tempatan pula, responden akan terlebih dahulu membuat penyemakan
dengan CAAM untuk memastikan kawasan tersebut bukan zon larangan terbang
kerana kebenaran daripada CAAM diperlukan jika kawasan tersebut merupakan zon
larangan terbang. Responden turut menyatakan bahawa kebenaran daripada JUPEM
dan CAAM untuk melakukan penerbangan dalam kawasan tapak bina boleh
dilakukan sebagai makluman sahaja memandangkan perkara ini di Malaysia masih
lagi dalam peringkat penggubalan undang-undang bagi menetapkan garis panduan
yang khusus.

4.5.2 Analisis Keseluruhan Langkah-langkah Mengatasi Cabaran


Mengendalikan Dron Sebagai Alat Pemantauan Kemajuan Di Tapak
Bina

Berdasarkan kepada analisis yang dibuat mengikut setiap cabaran sebelum


ini, keseluruhan langkah-langkah mengatasi mengendalikan dron sebagai alat
pemantauan kemajuan di tapk bina telah dikumpulkan dalam satu jadual. Jadual 4.20
memaparkan langkah-langkah mengatasi setiap cabaran mengendalikan dron sebagai
alat pemantauan kemajuan di tapak bina beserta dengan peratusan yang diperoleh
bagi setiap langkah yang dicadangkan berdasarkan kepada maklum balas yang
diterima daripada responden yang terlibat secara langsung dengan lima kajian kes
yang dipilih.

Jadual 4.20: Cabaran mengendalikan dron beserta langkah mengatasi


No Cabaran Langkah Mengatasi Peratus
1 Bateri dron tidak tahan lama Merancang arah tuju dron terlebih
40%
dahulu sebelum diterbangkan
Mengurangkan perbuatan yang
40%
boleh mempercepatkan bateri habis
89

Menggunakan dron dengan


spesifikasi bateri yang tinggi. 20%

2 Cuaca tidak menentu Menunda penerbangan dron apabila 100%


hujan turun
Dron dikendalikan lebih berhati- 80%
hati oleh pengendali dron yang
terlatih
Menggunakan dron dengan 20%
spesifikasi daya tahan angin yang
tinggi.

3 Kemungkinan menyebabkan Mengesan terlebih dahulu halangan 100%


kerosakan harta benda yang terdapat di tapak bina
Menggunakan spotter dalam setiap 20%
penerbangan
Menggunakan dron bersaiz kecil. 20%
4 Kemungkinan menyebabkan Memaklumkan terlebih dahulu 80%
kecederaan individu kepada pekerja di tapak bina
Menggunakan ciri-ciri zum ke 40%
dalam dan zum ke luar.
5 Kemungkinan berlanggar Mengenal pasti radius pusingan 80%
dengan jentera di tapak bina kren
Memaklumkan pengendali kren 20%
melalui interkom.
6 Kemungkinan melakukan Mengenal pasti garis sempadan 80%
pencerobohan hak privasi tanah
Meminta kebenaran. 20%
7 Memastikan dron dalam Melakukan pemeriksaan terhadap 100%
keadaan selamat sebelum fizikal, dalaman dan isyarat dron.
diterbangkan
8 Memilih jenis dron yang Kamera 80%
bersesuaian Risiko di tapak bina. 20%
90

9 Bateri dron tidak tahan lama Mendapatkan kebenaran daripada 100%


pemilik tapak bina dan pihak
berkuasa tempatan.

4.5.3 Ulasan Dapatan Analisis Dengan Kajian Literatur

Berkenaan langkah mengatasi cabaran bateri dron yang tidak tahan lama,
terdapat persamaan antara langkah yang dicadangkan responden dengan kajian
literatur yang dibuat daripada segi pengunaan dron dengan spesifikasi bateri yang
tinggi untuk membolehkan masa penerbangan menjadi lebih lama. Penyediaan bateri
tambahan seperti dalam kajian literatur turut dicadangkan oleh responden sekiranya
masa penerbangan yang diambil adalah terlalu lama.

Berkenaan langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam keadaan


cuaca yang tidak menentu, terdapat persamaan langkah yang dicadangkan berkenaan
keperluan menunda penerbangan apabila cuaca tidak baik seperti hujan lebat.
Manakala, langkah yang dicadangkan responden berkenaan penggunaan dron dengan
spesifikasi daya tahan angin yang tinggi pada waktu berangin sama dengan kajian
literatur yang dibuat kerana dron mampu menentang angin maksimum sehingga
30km/j.

Berkenaan langkah mengatasi cabaran kemungkinan dron yang dikendalikan


boleh menyebabkan kerosakan harta benda, terdapat persamaan jawapan yang
diberikan responden dengan kajianliteratur yang dibuat tentang penggunaan dron
yang bersaiz lebih kecil apabila melaksanakan pemantauan kemajuan di tapak bina
yang sempit dan sesak.
91

Berkenaan langkah mengatasi dron daripada menyebabkan kecederaan


kepada pekerja, terdapat persamaan antara jawapan responden dengan kajian literatur
yang dibuat daripada segi penggunaan ciri zum pada kamera apabila perlu
melakukan pemantauan di kawasan yang mempunyai orang. Hal ini adalah sebagai
langkah berjaga-jaga daripada membahayakan orang lain.

Berkenaan langkah mengatasi dron daripada berlanggar dengan jentera di


tapak bina yang sentiasa bergerak, responden menyatakan keperluan mengetahui
radius pusingan kren di tapak bina dan ia lebih kurang dengan kajian literatur yang
mencadangkan agar mengumpul segala maklumat berkenaan kedudukan jentera dan
halangan yang ada di tapak bina.

Berkenaan langkah mengatasi melakukan pencerobohan hak privasi,


memaklumkan penghuni yang berjiran disekeliling tapak bina dengan meletakkan
papan tanda peringatan adalah lebih kurang sama dengan jawapan responden yang
menyatakan keperluan meminta kebenaran terlebih dahulu dengan jiran disekeliling.
Penggunaan perisian yang boleh mengesan dan menghapuskan sebarang maklumat
peribadi orang lain yang mungkin terdapat dalam gambar yang ditangkap pula boleh
dilakuakn dengan menghantar salinan hasil tangkapan gambar pada JUPEM.

Berkenaan langkah mengatasi cabaran memastikan dron dalam keadaan


selamat, jawapan yang dicadangkan responden sama dengan kajian literatur yang
dibuat tentang keperluan terlebih dahulu mematuhi senarai semak keselamatan yang
dikeluarkan pengilang sebelum dron boleh diterbangkan.

Berkenaan langkah mengatasi cabaran memilih jenis dron yang bersesuaian,


memilih dron yang mempunyai kamera beresolusi tinggi dapat disokong dengan
kajian literatur yang turut mencadangkan kamera yang baik sebagai salah satu
perkara yang perlu dipertimbangkan dalam memilih dron untuk kerja-kerja
pemantauan.
92

Berkenaan langkah mengatasi cabaran mendapatkan pelepasan atau permit


untuk menerbangkan dron dalam sesuatu kawasan, cadangan yang diberikan dalam
kajian literatur meminta membuat rujukan dengan peraturan yang ditetapkan oleh
negara masing-masing. Di Malaysia masih belum ada peraturan yang jelas berkenaan
keperluan mendapatkan permit untuk mengendalikan dron dalam kawasan tapak
bina, tetapi terdapat keperluan meminta permit daripada pihak lapangan terbang dan
CAAM sekiranya dron ingin diterbangkan dalam kawasan lapangan terbang sama
seperti jawapan yang diberikan reponden.

Kesimpulannya, tidak jauh berbeza langkah yang dicadangkan oleh


responden dengan kajian literatur yang dibuat. Malahan langkah yang dicadangkan
oleh responden lebih banyak berbanding langkah yang ditemui penyelidik dalam
kajian literatur.

4.6 Rumusan Bab

Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan hasil kajian yang diperoleh


melalui temubual yang dijalankan bersama lima orang responden yang pernah
mengendalikan dron untuk melakukan kerja-kerja pemantauan kemajuan di tapak
bina yang terletak dikawasan yang sesak. Daripada keputusan analisis yang dibuat,
dapat disimpulkan bahawa memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum
diterbangkan merupakan cabaran mengendalikan dron yang kerap dihadapi oleh
responden. Selain itu, hasil analisis yang dibuat juga telah menemukan beberapa
langkah bagi mengatasi setiap cabaran mengendalikan dron di tapak bina. Bab
seterusnya akan membincangkan rumusan dan perbincangan penemuan-penemuan.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab 5 akan menerangkan kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang telah


dijalankan. Rumusan yang dibuat adalah hasil daripada kajian yang dijalankan
berkenaan cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di
tapak bina dan langkah-langkah bagi mengatasi cabaran mengendalikan dron sebagai
alat pemantauan kemajuan di tapak bina. Permasalahan yang dihadapi sepanjang
mengumpulkan data dan cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan dalam bab ini.
94

5.2 Kesimpulan Analisis

Dalam Bab 1 telah dinyatakan objektif pertama kajian ini adalah untuk
mengenal pasti cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat pemantauan
kemajuan di tapak bina. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas lima
projek pembinaan dikawasan yang sesak, satu cabaran utama dalam mengendalikan
dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina telah dikenal pasti daripada 9
cabaran yang telah dikemukakan seperti dalam Bab 2. Berikut merupakan susunan
cabaran mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina
mengikut keutamaan:

i. Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan


ii. Cuaca tidak menentu
iii. Memilih jenis dron yang bersesuaian
iv. Mendapatkan permit mengendalikan dron
v. Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina
vi. Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda
vii. Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi
viii. Bateri dron tidak tahan lama
ix. Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu

Berdasarkan hasil analisis, beberapa cabaran mengendalikan dron di tapak


bina seperti kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina, kemungkinan
menyebabkan kerosakan harta benda, kemungkinan melakukan pencerobohan hak
privasi dan kemungkinan menyebabkan kecederaan individu tidak mendapat
persetujuan penuh daripada responden walaupun kajian sebelum yang dilaksanakan
terhadap syarikat yang menggunakan dron di tapak bina mengaitkan empat cabaran
yang dinyatakan dengan risiko penggunaan dron di tapak bina.
95

Seterusnya, objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenal pasti langkah-
langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan
di tapak bina. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas lima projek
pembinaan dikawasan yang sesak, terdapat beberapa langkah telah dikenal pasti bagi
mengatasi setiap cabaran mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di
tapak bina seperti yang dikemukakan dalam Bab 2 adalah seperti yang berikut:

a) Memastikan dron dalam keadaan selamat sebelum diterbangkan


i. Melakukan pemeriksaan fizikal, dalaman dan isyarat dron

b) Cuaca tidak menentu


i. Dron dikendalikan lebih berhati-hati pada waktu berangin oleh
pengendali dron yang terlatih
ii. Menggunakan dron dengan spesifikasi daya tahan angin yang
tinggi
iii. Menunda penerbangan dron apabila hujan turun

c) Memilih jenis dron yang bersesuaian


i. Berdasarkan pada kualiti kamera
ii. Berdasarkan pada risiko di tapak bina

d) Mendapatkan permit mengendalikan dron


i. Mendapatkan kebenaran daripada pemilik tapak bina dan pihak
berkuasa tempatan

e) Kemungkinan berlanggar dengan jentera di tapak bina


i. Mengenal pasti radius pusingan kren
ii. Memaklumkan pengendali kren melalui interkom

f) Kemungkinan menyebabkan kerosakan harta benda


i. Mengesan terlebih dahulu halangan yang terdapat di tapak bina
ii. Menggunakan spotter dalam setiap penerbangan
iii. Menggunakan dron bersaiz kecil
96

g) Kemungkinan melakukan pencerobohan hak privasi


i. Mengenal pasti garis sempadan tanah
ii. Meminta kebenaran daripada setiap jiran di sekeliling tapak bina

h) Bateri dron tidak tahan lama


i. Merancang arah tuju dron terlebih dahulu sebelum diterbangkan
ii. Mengurangkan perbuatan yang boleh mempercepatkan bateri
habis
iii. Menggunakan dron dengan spesifikasi bateri yang tinggi

i) Kemungkinan menyebabkan kecederaan individu


i. Memaklumkan terlebih dahulu kepada pekerja di tapak bina
ii. Menggunakan ciri-ciri zum ke dalam dan zum ke luar

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian

Sepanjang tempoh menjalankan kajian, terdapat beberapa halangan dan


masalah yang perlu dihadapi bagi mengumpulkan data. Antara masalah yang
dihadapi adalah sukar bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak responden.
Terdapat pihak responden yang tidak memberikan sebarang kata putus setelah
meminta diberikan masa bagi membuat keputusan sama ada hendak memberikan
kerjasama ataupun tidak. Bukan itu sahaja, terdapat juga pihak responden yang
bersetuju pada awalnya untuk memberikan kerjasama bagi menjalankan kajian tetapi
akhirnya tidak memberikan sebarang maklum balas setelah diminta untuk membuat
temu janji dan menjawab soalan yang diberikan dengan alasan tidak mempunyai
masa kerana sibuk dengan urusan kerja.

Selain itu, kajian ini mempunyai kesulitan bagi mendapatkan maklumat sama
ada projek pembinaan tersebut ada menggunakan dron sebagai alat pemantauan
kemajuan di tapak bina ataupun tidak. Hal ini telah menyebabkan banyak masa yang
97

perlu diambil bagi menghubungi satu persatu projek pembinaan yang ada untuk
mengenal pasti sama ada dron digunakan sebagai alat pemantauan kemajuan ataupun
tidak.

Seterusnya, maklumat berkenaan projek pembinaan yang menggunakan


perkhidmatan dron sebagai alat pemantauan kemajuan tidak dapat didedahkan. Hal
ini demikian kerana, pihak responden hanyalah pengendali dron yang diupah oleh
pihak kontraktor untuk menyediakan perkhimatan memantau kemajuan di tapak bina
dan mereka terikat untuk tidak mendedahkan maklumat klien kepada orang luar
kerana ia bersifat sulit dan peribadi.

Walaubagaimanapun, masih terdapat pihak responden yang sanggup


meluangkan masa memberikan kerjasama yang sangat baik dengan menjawab segala
persoalan yang diajukan dengan memberikan penerangan yang lebih jelas serta
memberikan beberapa cadangan berkenaan pautan di laman sesawang yang boleh
dilewati bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Hal ini sangat membantu
dalam menambahkan pemahaman bagi menjalankan kajian.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat dalam kajian ini, terdapat


beberapa cadangan bagi kajian lanjutan yang boleh dilaksanakan. Berikut merupakan
cadangan tersebut:

i. Mengenal pasti faktor-faktor yang diambil kira oleh pihak kontraktor sebelum
menggunaakan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina.
98

ii. Mengenal pasti tindakan lanjutan yang akan diambil oleh pihak kontraktor
terhadap bahan yang diperoleh hasil daripada penggunaan dron sebagai alat
pemantauan kemajuan di tapak bina.
99

RUJUKAN

Austin, K. (2015). Drones Being Used For Monitoring Construction Workers.


Retrieved from Net Orbit Blog website: http://www.net-orbit.com/blog/drones-
being-used-for-monitoring-construction-workers/
Awolusi, I., Marks, E., & Hallowell, M. (2018). Wearable technology for
personalized construction safety monitoring and trending: Review of applicable
devices. Automation in Construction, 85, 96-106.
Ayob, I. (2017, August 01). The Adoption of Drone Technology in Construction
Industry. Retrieved from Leave a Nest website: https://en.lne.st/2017/08/01/the-
adoption-of-drone-technology-in-construction-industry/
Bang, S., Kim, H., & Kim, H. (2017). UAV-based automatic generation of high-
resolution panorama at a construction site with a focus on preprocessing for
image stitching. Automation in Construction, 84, 70-80.
Bennett, F. L. (2007). The management of construction: A project lifecycle
approach. Routledge.
Bohn, J. S., & Teizer, J. (2009). Benefits and barriers of construction project
monitoring using high-resolution automated cameras. Journal of construction
engineering and management, 136(6), 632-640.
Brilakis, I., Lourakis, M., Sacks, R., Savarese, S., Christodoulou, S., Teizer, J., &
Makhmalbaf, A. (2010). Toward automated generation of parametric BIMs
based on hybrid video and laser scanning data. Advanced Engineering
Informatics, 24(4), 456-465.
Burnard, P. (1995). Interpreting text: an alternative to some current forms of textual
analysis in qualitative research. Social Sciences in Health, 1(4), 236-245.
Cavoukian, A. (2012). Privacy and drones: Unmanned aerial vehicles (pp. 1-30).
Ontario, Canada: Information and Privacy Commissioner of Ontario, Canada.
Cheok, G. S., & Stone, W. C. (1999, September). Non-intrusive scanning technology
for construction assessment. In International Symposium on Automation and
Robotics in Construction.
Christophe G., & Laurent F. (2016, June 29). A business approach for the use of
drones in the Engineering & Construction industries. Retrieved from Accenture
website: https://www.accenture.com/my-en/insight-drones-construction-service
100

Clarke, R. (2014). Understanding the drone epidemic. Computer Law & Security
Review, 30(3), 230-246.
Cooke, B., & Williams, P. (2009). Construction planning, programming and control.
Chichester, U.K.: Wiley-Blackwell.
Culver, K. B. (2014). From battlefield to newsroom: Ethical implications of drone
technology in journalism. Journal of mass media ethics, 29(1), 52-64.
Devriendt, L., & Bonne, J. (2014). UAS Mapping as an alternative for land surveying
techniques?. The International Archives of Photogrammetry, Remote Sensing
and Spatial Information Sciences, 40(3), 39.
Dittrich, J. S., & Johnson, E. N. (2002). Multi-sensor navigation system for an
autonomous helicopter. In Digital Avionics Systems Conference, 2002.
Proceedings. The 21st(Vol. 2, pp. 8C1-8C1). IEEE.
Dupont, Q. F., Chua, D. K., Tashrif, A., & Abbott, E. L. (2017). Potential
Applications of UAV along the Construction's Value Chain. Procedia
Engineering, 182, 165-173.
El-Omari, S., & Moselhi, O. (2008). Integrating 3D laser scanning and
photogrammetry for progress measurement of construction work. Automation in
construction, 18(1), 1-9.
Freimuth, H., & König, M. (2015). Generation of Waypoints for UAV-Assisted
Progress Monitoring and Acceptance of Construction Work. In 15th
International Conference on Construction Applications of Virtual Reality
(CONVR) (pp. 77-86).
González-Jorge, H., Puente, I., Roca, D., Martínez-Sánchez, J., Conde, B., & Arias,
P. (2014). UAV photogrammetry application to the monitoring of rubble mound
breakwaters. Journal of Performance of Constructed Facilities, 30(1),
04014194.
Ham, Y., Han, K. K., Lin, J. J., & Golparvar-Fard, M. (2016). Visual monitoring of
civil infrastructure systems via camera-equipped Unmanned Aerial Vehicles
(UAVs): a review of related works. Visualization in Engineering, 4(1), 1.
Hamledari, H. (2016). InPRO: Automated Indoor Construction Progress Monitoring
Using Unmanned Aerial Vehicles (Doctoral dissertation, University of Toronto
(Canada)).
Harris, F., & McCaffer, R. (2013). Modern construction management. John Wiley &
Sons.
101

Hastak, M. (1998). Advanced automation or conventional construction process?.


Automation in construction, 7(4), 299-314.
Higgins, A. (2017, May 5). Beginners Guide to Using Drones for Construction
Management. Retrieved from Connect & Construct website:
https://connect.bim360.autodesk.com/drones-for-construction-management
Hinze, J. W. (2011). Construction planning and scheduling. Pearson Higher Ed.
Irizarry, J., Gheisari, M., & Walker, B. N. (2012). Usability assessment of drone
technology as safety inspection tools. Journal of Information Technology in
Construction (ITcon), 17(12), 194-212.
Janssen, S. L. (2015). Assessing the perception of drones in the construction industry
(Bachelor's thesis, University of Twente).
Kim, S., Shin, Y., & Kim, G. H. (2014). Case study on the maintenance of a
construction monitoring using USN-based data acquisition. The Scientific World
Journal, 2014.
Lafay, M. (2015). Drones for Dummies. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons, Inc.
Lawson, S. (2017, March 28). 7 Ways Drones Are Improving The Construction
Industry. Retrieved from DroneGuru website: http://www.droneguru.net/7-
ways-drones-are-improving-the-construction-industry/
Lidynia, C., Philipsen, R., & Ziefle, M. (2017). Droning on about drones—
acceptance of and perceived barriers to drones in civil usage contexts. In
Advances in Human Factors in Robots and Unmanned Systems (pp. 317-329).
Springer International Publishing.
Lin, J. J., Han, K. K., & Golparvar-Fard, M. (2015). A framework for model-driven
acquisition and analytics of visual data using UAVs for automated construction
progress monitoring. In Computing in Civil Engineering 2015 (pp. 156-164).
Liu, P., Chen, A. Y., Huang, Y. N., Han, J. Y., Lai, J. S., Kang, S. C., ... & Tsai, M.
(2014). A review of rotorcraft unmanned aerial vehicle (UAV) developments
and applications in civil engineering. Smart Struct. Syst, 13(6), 1065-1094.
Lowe, D. R., Story, H. B., & Parsons, M. B. (2014). US Army Unmanned Aircraft
Systems (UAS)—a historical perspective to identifying and understanding
stakeholder relationships (Doctoral dissertation, Monterey, California: Naval
Postgraduate School).
Memon, Z. A., Majid, M. Z. A., & Mustaffar, M. (2006). Digitalizing construction
monitoring (DCM): An overview of Malaysian construction industry and
102

proposing prototype software.


Molla D. (2015, March 23). Drones for AEC: How every stage of a building project
can benefit from drone technology. Retrieved November 08, 2017, from
https://www.bdcnetwork.com/blog/drones-aec-how-every-stage-building-
project-can-benefit-drone-technology
Nahangi, M., & Haas, C. T. (2014). Automated 3D compliance checking in pipe
spool fabrication. Advanced Engineering Informatics, 28(4), 360-369.
Neitzel, F., & Klonowski, J. (2011). Mobile 3D mapping with a low-cost UAV
system. Int. Arch. Photogramm. Remote Sens. Spat. Inf. Sci, 38, 1-6.
O'Donnell, S. (2017, June 16). A Short History of Unmanned Aerial Vehicles.
Retrieved from Consortiq website: https://consortiq.com/media-
centre/blog/short-history-unmanned-aerial-vehicles-uavs
Odido, D., & Madara, D. (2013). Emerging technologies: use of Unmanned Aerial
Systems in the realisation of Vision 2030 Goals in the Counties. International
Journal of Applied, 3(8).
Omar, T., & Nehdi, M. L. (2016). Data acquisition technologies for construction
progress tracking. Automation in Construction, 70, 143-155.
Opfer, N. D., & PE, D. (2014). Unmanned aerial vehicle applications and issues for
construction. In 121st ASEE Annual Conference and Exposition.
Park, M. W., & Brilakis, I. (2016). Continuous localization of construction workers
via integration of detection and tracking. Automation in Construction, 72, 129-
142.
Pastor, E., Lopez, J., & Royo, P. (2006, October). A hardware/software architecture
for UAV payload and mission control. In 25th Digital Avionics Systems
Conference, 2006 IEEE/AIAA (pp. 1-8). IEEE
Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016, Bahagian XVI C.F.R. (2016)
Rebolj, D., Babič, N. Č., Magdič, A., Podbreznik, P., & Pšunder, M. (2008).
Automated construction activity monitoring system. Advanced engineering
informatics, 22(4), 493-503.
RIBA. (2007). RIBA Outline Plan of Work 2007.
Rushdi, M. S. A., Tennakoon, T. M. A., Perera, K. A. A., Wathsalya, A. M. H., &
Munasinghe, S. R. (2016, December). Development of a small-scale
autonomous UAV for research and development. In Information and
Automation for Sustainability (ICIAfS), 2016 IEEE International Conference on
103

(pp. 1-6). IEEE.


Saadatseresht, M., Hashempour, A. H., & Hasanlou, M. (2015). UAV
photogrammetry: a practical solution for challenging mapping projects. The
International Archives of Photogrammetry, Remote Sensing and Spatial
Information Sciences, 40(1), 619.
Saad, I. M. H. (2000). The project reporter: multimedia progress reporting for
construction projects. In Construction Congress VI: Building Together for a
Better Tomorrow in an Increasingly Complex World (pp. 1165-1176).
Shiau, Y. C., & Wang, W. C. (2003). Daily report module for construction
management information system. In Proceedings of the 20th International
Symposium on Automation and Robotics in Construction (pp. 603-609).
Snow, C. (2016). The Truth About Drones in Construction and Infrastructure
Inspection. Skylogic Research2016.
Soman, R. K., Raphael, B., & Varghese, K. (2017). A System Identification
Methodology to monitor construction activities using structural responses.
Automation in Construction, 75, 79-90.
Son, H., & Kim, C. (2010). 3D structural component recognition and modeling
method using color and 3D data for construction progress monitoring.
Automation in Construction, 19(7), 844-854.
Tatum, M. C., & Liu, J. (2017). Unmanned Aircraft System Applications in
Construction. Procedia Engineering, 196, 167-175.
Valavanis, K. P. (Ed.). (2008). Advances in unmanned aerial vehicles: state of the art
and the road to autonomy (Vol. 33). Springer Science & Business Media.
Vergouw, B., Nagel, H., Bondt, G., & Custers, B. (2016). Drone Technology: Types,
Payloads, Applications, Frequency Spectrum Issues and Future Developments.
In The Future of Drone Use (pp. 21-45). TMC Asser Press.
Watson M. (2016, November 08). The Best 5 Drones for Construction. Retrieved
from Construct Digital website: http://construct-digital.uk/latest/top-6-drones-
construction/
Wilson, R. L. (2014, May). Ethical issues with use of drone aircraft. In Proceedings
of the IEEE 2014 International Symposium on Ethics in Engineering, Science,
and Technology (p. 56). IEEE Press.
Yang, J., Park, M. W., Vela, P. A., & Golparvar-Fard, M. (2015). Construction
performance monitoring via still images, time-lapse photos, and video streams:
104

Now, tomorrow, and the future. Advanced Engineering Informatics, 29(2), 211-
224.
Zubair, A. M., Zaimi, M., Majid, A., & Mushairry, M. (2006). A systematic
approach for monitoring and evaluating the construction project progress.
Journal of the Institution of Engineers Malaysia, 67(3), 26-32.
105

LAMPIRAN A

SENARAI NAMA RESPONDEN:

1. Muhammad Fauzi Bin Abd Kadir (TRANS RESOURCES SDN BHD)


TRC Business Centre,
Jalan Andaman Ukay,
6800 Ampang, Selangor

2. Siddiq Rafee Bin Ramli (DRONECULT)


Dronecult,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Contact@dronecult.photography / 012-2513464

3. Muhamad Afzal Bin Abdul Ghani (AVAPMY PRODUCTION)


No 19-1A, Jalan Putra 9,
Putra Kajang Commercial Center,
4300 Kajang, Selangor
avapmy@gmail.com / 018-2929196

4. Yunus Wahab (AVERAGE DRONE RC)


2-0-1, PV10 Platinum Condo,
Jalan Danau Saujana 2,
Setapak 53300, Kuala Lumpur
Yunus_wahab@yahoo.com / 019-2754641

5. Husni Faiz (BIP STUDIO)


19-1A, Jalan Putra 9,
Putra Kajang Commercial Center,
4300 Kajang, Selangor
Mezerwi@yahoo.com / 013-2505732
106

LAMPIRAN B

BORANG TEMU BUAL BERSTRUKTUR

TAJUK PENYELIDIKAN
DRON SEBAGAI ALAT PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

OBJEKTIF KAJIAN:
1) Untuk mengenal pasti cabaran utama mengendalikan dron sebagai alat
pemantauan kemajuan di tapak bina.
2) Untuk mengenal pasti langkah-langkah mengatasi cabaran mengendalikan dron
sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina.

NAMA : NUR ADIBAH BINTI ABD LATIFF


KURSUS : SARJANA MUDA SAINS PEMBINAAN
NO. MATRIK : A14BE0101
PENYELIA : DR HAMIZAH LIYANA BINTI TAJUL ARIFFIN

Segala maklumat yang diberikan akan digunakan untuk tujuan akademik sahaja
107

BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN

1) Nama Responden :

2) Jawatan Responden :
3) Nama Syarikat :
4) Alamat Syarikat :

5) Tandatangan & cop syarikat:

Sila tandakan [ / ] bagi kotak yang bersesuaian

6) Pengalaman mengendalikan dron dalam industri pembinaan

1 – 3 tahun [ ]
4 – 6 tahun [ ]
7 – 9 tahun [ ]
> 10 tahun [ ]

7) Jenis projek yang pernah dilaksanakan (boleh tanda lebih satu)

Perumahan [ ]
Bangunan [ ]
Jalan raya [ ]
Kerja awam [ ]
Lain-lain, sila nyatakan:
108

BAHAGIAN B: CABARAN MENGENDALIKAN DRON SEBAGAI ALAT


PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan dibawah sebagai cabaran bagi
mengendalikan dron sebagai alat pemantauan kemajuan di tapak bina? Sila tandakan [/]
pada kotak dibawah.
1 – Sangat tidak setuju 3 – Tidak pasti 5 – Sangat setuju
2 – Tidak setuju 4 – Setuju

Bil. Penyataan 1 2 3 4 5

1. Masa penerbangan dron menjadi terhad


disebabkan oleh bateri dron yang tidak tahan
lama.

2. Penerbangan dron boleh tergendala disebabkan


oleh keadaan cuaca yang tidak menentu.

3. Kemungkinan dron yang diterbangkan boleh


menyebabkan kerosakan kepada harta benda.

4. Individu yang berada di tapak bina terdedah


kepada kecederaan jika dron yang dikendalikan
mengalami kegagalan.

5. Dron yang diterbangkan berkemungkinan


berlanggar dengan jentera yang ada di tapak bina.

6. Dron yang diterbangkan berkemungkinana


melakukan pencerobohan terhadap hak privasi
orang lain.
109

Bil. Penyataan 1 2 3 4 5

7. Memastikan dron dalam keadaan selamat


sebelum dron boleh diterbangkan.

8. Pemilihan jenis dron yang sesuai penting untuk


mencapai matlamat pemantauan kemajuan di
tapak bina.

9. Pelepasan atau permit yang diperlukan terlebih


dahulu sebelum dron boleh diterbangkan dalam
kawasan tapak bina.
110

BAHAGIAN C: LANGKAH MENGATASI CABARAN MENGENDALIKAN


DRON SEBAGAI ALAT PEMANTAUAN KEMAJUAN DI TAPAK BINA

1) Bagaimanakah anda mengatasi masalah masa penerbangan dron yang terhad


disebabkan oleh bateri dron tidak tahan lama?

2) Bagaimanakah anda mengatasi cabaran mengendalikan dron dalam keadaan yang


berangin dan hujan?

3) Bagaimana anda mengelak daripada menyebabkan kerosakan pada harta benda


apabila mengendalikan dron dikawasan tapak bina yang sesak?

4) Apakah langkah yang diambil apabila perlu menerbangkan dron dikawasan


tumpuan pekerja di tapak bina?

5) Bagaimanakah anda memastikan dron yang dikendalikan tidak berlanggar


dengan jentera di tapak bina yang sedang bergerak?
111

6) Bagaimanakah anda mengelak daripada melakukan pencerobohan hak privasi


orang lain yang terdapat disekeliling tapak bina ketika melakukan kerja-kerja
pemantauan?

7) Apakah prosedur yang anda perlu patuhi bagi memastikan dron dalam keadaan
selamat sebelum boleh diterbangkan?

8) Apakah perkara yang anda pertimbangkan dalam menentukan jenis dron yang
bersesuaian untuk kerja-kerja pemantauan di tapak bina?

9) Apakah yang anda perlu lakukan bagi mendapatkan permit mengendalikan dron
dalam kawasan tapak bina?

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMAT DAN KERJASAMA

Anda mungkin juga menyukai