Anda di halaman 1dari 2

Perbincangan isi penting dalam klip video “Wacana Ilmu 2020 Siri 1: Orang Muda dan Bahasa

Melayu Dalam Media Sosial.”

● Penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang muda di media sosial dikatakan
tidak lagi mematuhi kesantunan bahasa.
● Bahasa Melayu moden yang dicipta tidak mengikut hukum linguistik.
● Sifat orang muda kini dikaitkan dengan sikap yang gemar meneroka, mencuba perkara
baharu, mencipta perkara baharu, berani mengambil risiko.
● Penggunaan Bahasa Melayu di media sosial memperlihatkan ciri yang jelek atau bahasa
yang kurang santun.
○ Panggilan yang diberikan kepada sifat Bahasa Melayu dalam media sosial, iaitu
Bahasa Melayu Semu (bentuknya seakan-akan Bahasa Melayu tetapi ia bukan
Bahasa Melayu yang sebenarnya), Bahasa Melayu Baharu (Bahasa Melayu
yang memiliki ciri-ciri baharu) dan Kelainan Bahasa Melayu (Bahasa Melayu
yang dicampur dengan bahasa dialek atau bahasa diraja)
○ Misalnya, ringkasan perkataan dalam Bahasa Melayu yang boleh menjejaskan
kemurnian bahasa dan mengakibatkan kesukaran orang ramai untuk
memahaminya. (puteri - pu3ri)
○ Kosa kata yang sedia ada diberi makna baharu yang terhad iaitu hanya
pengguna media sosial sahaja yang dapat mengetahui maknanya. Dalam erti
kata lain, bahasa slanga.
○ Bahasa rojak iaitu gabungan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
● Penggunaan ‘emoji’ dan ‘emoticon’ merupakan ciri-ciri jelek dalam penggunaan bahasa
melayu. Kejelekan ini menyebabkan pencemaran bahasa yang tidak sepatutnya berlaku.
● Kosa kata baharu diperkenalkan, hanya difahami oleh kumpulan terhad. Kosa kata ini
dipinjam terus dari bahasa inggeris tanpa terjemahan misalnya ‘otw’,’lol’.
● Kejelekan bahasa rojak, dengan campuran bahasa inggeris telah menjadi satu norma.
● Bahasa internet ini bersifat tidak formal. Bahasa internet mematuhi tradisi linguistik dan
berperaturan. Hal ini menyebabkan bahasa internet sukar difahami oleh masyarakat
umum khususnya golongan lama.
● Bahasa melayu internet hanya difahami oleh masyarakat internet khususnya golongan
remaja.
● Contoh lain ialah ‘pm’ yang bermaksud private mesej. Ia membawa makna terdapatnya
kandungan sulit atau rahsia.
● Kewujudan perkataan lama yang diberi makna baru dan kosa kata baru dalam bentuk
slanga
● Penggunaan bahasa dalam bentuk slanga menyebabkan pemahaman terhadap Bahasa
Melayu yang terhad, iaitu dapat difahami oleh identiti golongan yang tertentu sahaja
● Amalan ini mempengaruhi cara berbahasa orang muda kini sama ada dari segi tulisan
mahu lisan.
● Kesannya, wujud jurang berbahasa antara orang muda dan golongan orang tua atau
jurang antara warga media sosial dan warga yang tidak menggunakan media sosial.
● Kehilangan kemahiran berbahasa yang tepat dan baik oleh generasi kini.
● Asas berbahasa yang baik dan betul perlu terbina secara kekal sejak kecil agar tidak
terpengaruh dengan bahasa internet.
● Penyuntingan, penyemakan dan pemantauan sangat penting semasa masyarakat
menaip teks dalam media sosial.

Anda mungkin juga menyukai