Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

PRKA2045 - PRAKTIKUM

JURNAL MINGGU 2

Nama : NUR EZZATI BINTI MOHAMAD SHAADI


No. K/P : 930724-03-5438
Angka Giliran : 2020022400098
Program : PDPP ( KDC )
Ambilan : OKTOBER 2020
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2 SEKOLAH RENDAH
Nama Pensyarah : DR NARAWI BIN ABU BAKAR
JURNAL REFLEKTIF MINGGU 2

BILANGAN JURNAL : 2/10


MINGGU PRAKTIKUM : 2
TARIKH PERISTIWA : 2 SEPTEMBER 2021
TAJUK JURNAL : RESPON MURID

1) ISU YANG DIFOKUSKAN


Hari ini (2 September 2021) saya telah menghadapi masalah kurang respon
daripada murid dan ibu bapa dalam menyiapkan tugasan yang diberi dan juga
menghadiri kelas di dalam Google Meet. Saya dapati semasa kelas di atas
talian, bilangan peserta semakin berkurang. Sehubungan dengan itu, bilangan
murid yang menghantar tugasan yang sudah siap juga berkurang.

2) ANALISIS ISU
Masalah ini timbul pada minggu ini kerana kampung yang murid-murid saya
tinggal iaitu Kampung Baru telah mendapat arahan PKPD iaitu Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan akibat pandemik Covid-19 yang melanda
sekarang ini. Oleh itu, kebanyakan murid saya tidak dapat menjalani PDPR
dengan sepenuhnya disebabkan oleh capaian internet yang lemah di kampung
itu. Pada kebiasaannya, ibu bapa akan membawa anak-anak mereka keluar ke
kawasan yang terdapat liputan internet yang lebih bagus. Oleh kerana PKPD ini,
mereka tidak dapat keluar dari rumah, dan susah untuk menjalankan aktiviti
PDPR seperti sedia kala.

3) KAJIAN LAMPAU YANG BERKAITAN ISU (LITERATURE REVIEW) :


Sebelum ini saya telah menghadapi masalah seperti ini, hal ini kerana Kampung
Baru sudah 3 kali mendapat arahan PKPD. Hal ini mengganggu proses PDPR
berjalan dengan lancar. Tetapi, setelah habis PKPD, saya menghubungi semula
ibu bapa dan murid, untuk terus membuat langkah susulan berkenaan opik yang
telah ketinggalan.

4) CADANGAN PENYELESAIAN ISU :


Saya perlu lebih banyak menyediakan bahan pengajaran untuk Tindakan
susulan apabila ibu bapa dan murid sudah bebas daripada PKPD supaya murid
tidak tercicir dalam semua topik pelajaran. Saya juga boleh membantu mereka
dari segi data internet sama aa membeli data untuk mereka atau pergi melawat
mereka bila berkesempatan.

TEMPOH PENYELESAIAN :
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh selepas PKPD. Hal ini
kerana masa untuk menyelesaikan masalah ini agak sukar untuk dijangka, dan
usaha yang lebih akan dilakukan.

5) TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu jika terdapat
sebarang kekacauan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan lancar dengan keadaan yang bersesuaian. Saya akan mencari jalan
supaya murid tidak tercicir walaupun menghadapi pelbagai masalah dan isu
semasa.

Anda mungkin juga menyukai