Anda di halaman 1dari 2

Latihan Minggu 11 (Kuliah)

1. Kenal pasti jenis ayat majmuk berikut dan tuliskan jenis ayat majmuk
tersebut.
a. Pelajar lelaki Sekolah Kebangsaan Pekan Tamparuli bermain bola
sepak tetapi pelajar perempuan mereka bermain bola jaring.
b. Wanita yang bertongkat itu nenek saya.
c. Dia menyatakan bahawa adiknya terjatuh di longkang.
d. Abu pergi mendaki Bukit Botak pada hari Ahad dengan anak-
anaknya.

Jawapan
Soalan 1
a. Ayat majmuk gabungan
b. Ayat majmuk pancangan relatif
c. Ayat majmuk pancangan komplemen
d. Ayat majmuk pancangan keterangan
2. Analisis ayat-ayat berikut kepada ayat kecil dan ayat besar.
a. Ustaz Abdullah memimpin bacaan doa selamat yang panjang.
b. Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah cuti sepanjang tahun
lepas.
c. Rabiatul Adawiyah memberi makan kucing kesayangannya pada
hari hari agar cepat membesar.
d. Apabila berhadapan dengan sebuah lorong kecil, lori itu pun
berhenti.

Jawapan
Soalan 2

a. Ayat besar : Ustaz Abdullah memimpin bacaan doa


selamat
Ayat kecil : bacaan doa selamat panjang
Kata hubung relatif : yang

b. Ayat besar : Dia mengatakan sesuatu


Ayat kecil : Dia tidak pernah cuti sepanjang tahun
lepas
Kata hubung komplemen : bahawa

c. Ayat besar : Rabiatul Adawiyah memberi makan kucing


kesayangannya
Ayat kecil : Hari-hari agar cepat membesar
Kata hubung keterangan (waktu): pada

d. Ayat besar :lori itu berhadapan dengan sebuah lorong kecil


Ayat kecil : lori itu pun berhenti
Kata hubung keterangan(waktu) : apabila

Anda mungkin juga menyukai