Anda di halaman 1dari 8

Wednesday, May 26, 2010

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERTUNANGAN (MASTER


OF CEREMONY TEXT)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillahirabbil 'alamin

wa bihi nasta’in(u)

Wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah

Sayyidina Muhammadin(w) Wa ‘ala alihi wasahbihi wan(w) wa lah

Rabbishrahli sadri wayassirli amri

Wahlul ‘uqdata(m) min(l)-lisani

Yafqahu qauli

Subhanakala ‘ilmalana illa ma 'allamtana

Innaka antal ‘alimul-hakim

Tuan puan yang dirahmati Allah sekaliannya

Saya bagi pihak tuan rumah dengan rasa berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan puan dalam
majlis yang tidak sepertinya ini.

Mari kita mulai majlis dengan Ummul-Kitab, al-Fatihah…

Mudah-mudahan dengan niat kita yang tulus ikhlas semata-mata mengharapkan Keredaan-Nya,
majlis ini bakal dilimpahi Barakah, Inayah, keampunan dan Rahmah-Nya jua.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya mohon keizinan majlis untuk memimpin maksud perjumpaan
kita seterusnya.

(Pantun)

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Ilahi persetujuan telah kita sepakati


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

(pantun)

Terima kasih atas segala-galanya. Allah jua yang membalas budi baik tuan puan.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang. Marilah kita berdoa agar Allah memudahkan segala
urusan yang kita atur sebentar tadi.

Andainya terdapat keperluan untuk sebarang perubahan, pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi
kedua-dua belah pihak.

Sebagai tanda kesyukuran, saya dengan rasa hormat menjemput al-fadil Ustaz _________________
bagi memimpin bacaan doa.

(Doa)

Akhirul-kalam, saya memohon kemaafan tuan puan sekiranya terdapat apa-apa jua kekurangan bagi
pihak diri saya sepanjang pengendalian majlis. Kita sudahi dengan tasbih Kifarah dan surah al-Asr.

Seterusnya tuan puan dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

Wabillahi taufiq wal hidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

JURUCAKAP BERTUNANG MASIH MUDA


5:04 PM Tip Kahwin No comments

Bulan 6 2013 menjadi pengalaman pertama saya untuk menjadi jurucakap pada majlis bertunang adik ipar,
memandangkan bapa dia melepaskan tanggungjawab ini kepada saya. Hampir 5 bulan lagi majlis tu tapi dari
sekarang dah rasa risau, agak nyer apa la yang nak dicakapkan pada majlis tu. Maklumlah, yang tukang cakap
ni pun masih muda, belum sampai umur 40 lagi. Risau jugak kalau sebelah pihak pengantin perempuan tu
jurucakapnya semua orang senior/jauh lebih tua dari saya. Adoiii....macam mana nak cakap ni. Bukan benda
main-main ni, benda serius ni...

Apa agaknya yang selalu dibincangkan dalam majlis pertunangan ni haaa.....Rasanya antara yang penting yang
selalu dibincangkan:

1) Tujuan datang bertandang ke rumah pihak perempuan (walau dah tahu tapi kena cakap juga)
2) Wang hantaran berapa ribu?
3) Tempoh pertunangan berapa lama?
4) Wang Mas kahwin berapa RM
5) Tarikh anggaran kenduri kahwin jika pertunangan itu sekejab.
6) Mohon persetujuan dari kedua-belah pihak
7) Lagi apa ??

Kalau sebelah pengantin perempuan itu letak harga hantaran RM10000, perlu ke pihak pengantin lelaki ni mintak
kurang? kena tawar-menawar pulak kat situ, macam mana nak cakap tu, segan pun ada. Harap bakal pengantin
lelaki & perempuan dah bincang perkara-perkara penting seperti di atas tu dengan keluarga masing-masing,
senang sikit upacara majlis tu nanti.

Yang risaunya, nanti pihak perempuan kata, apa orang muda bercakap ni, tak der wakil orang tua sikit ker...
Tu macam mana nak jawab tu....

SKRiP Menyunting

MAJLIS PERTUNANGAN
MUHAMMAD AL-HAKIM & NADIAH
25 DEC 2010 (SABTU)

BAHAGIAN PERTAMA

1. Bismillah . . .
2. Doa berbicara lancar :

. . . atau doa-doa lain yang sesuai.


3. Syukur kepada Allah s.w.t & selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w . . .
4. Saya mewakili abang saya Encik Abd Kadir Saleh sekeluarga untuk menyampaikan salam kepada
Encik . . . . . sekeluarga, semoga dilindungi Allah dunia dan akhirat.
5. Saya membawa amanah untuk disampaikan, kata orang > > >

Cantik memanjat pohon ara,


Nampaknya cantik berseri laman;
Besar hajat tidak terkira,
Hendak menyunting bunga di taman.

6. Ya! menyunting bunga untuk anak saudara saya yang bernama Muhd AlHakim Bin Abd KAdir
7. Rombongan peminangan ini berhasrat untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak
perempuan :
8. Pertama sama ada peminangan meminang anak gadis yang bernama Nadiah ini diterima dengan
rela hati tanpa paksaan.
9. Kedua persetujuan wang hantaran semasa majlis pernikahan sejumlah SDG $8,000 tunai, bersih.
10. Ketiga saya menyerahkan sebentuk cincin tanda ikatan pertunangan.
11. Keempat menyerahkan beberapa dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan.
12. Saya berhenti seketika untuk memberikan peluang pihak perempuan untuk menjelaskan empat
perkara yang saya telah saya utarakan tadi. Persilakan . . .

Ucapan balas wakil pihak perempuan > > >

BAHAGIAN KEDUA

1 Membalas dengan serangkap pantun :

Orang membelat di tepi pantai,


Banyak dapat ikan tembakul;
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita doakan sudah terkabul.

2 Alhamdullilah syukur apa yang dihajatkan telah dipersetujui oleh pihak perempuan.
3 Pertunangan ini akan berlangsung selama antara setahun hingga dua tahun. Namun kita doakan
agar dapat dipercepatkan. Insya-Allah tahun depan!
4 Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak
kesampaian, semoga tali persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa
yang diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas.
5 Namun begitu marilah kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya
kekal selamanya.

Ucapan balas wakil pihak perempuan > > >


Bacaan doa selamat ringkas > > > sama ada pihak lelaki atau pihak perempuan

BAHAGIAN KETIGA

Bila hendak pulang selepas menjamu selera :

1 Syukur alhamdullilah >

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

2 Saya mengambil kesempatan memohon maaf jika tersalah bahasa dan tingkah laku rombongan
kami serta mengucapkan terima kasih ke atas tuan rumah sekeluarga yang sudi menerima
kedatangan kami dan menjamu kami semua dengan hidangan yang menyelerakan.
3 Saya mewakili rombongan peminangan ini meminta diri untuk berangkat pulang dan
menyampaikan salam dari pihak perempuan dan hasil persetujuan kita kepada abang saya, bahawa
permingannya telah diterima.
4 Saya akhiri dengan wabillahi taufik walhidayah . . . .

Angkat barang hantaran &


Selawat ramai-ramai > > > Salallah ala-Muhammmad . . .

# Tip-Tip > > >


1. Aturcaranya mungkin berubah ikut suasana > Bijak untuk ubahsuai ayat dan isi
2. Untuk pantun tulis di nota kecil > senang dirujuk / atau skip jika tidak sesuai - ikut keadaan
3. Untuk doa juga tulis di nota kecil > senang rujuk jika terlupa (hafal lebih baik)
4. Untuk elakkan gementar cakap jangan tengok orang > tengok barang hantaran
5. Selamat Berjaya !
6. Terima Kasih !!

dialog majlis merisik + bertunang.


ini saya copy and paste dari sini.
Merisik & Meminang

paling ringkas hari ini. Ahab 4 Februari. ni hanyalah intisari. lebih kurang dialognya begini:

Wakil pihak Perempuan (WP)(duduk disebelah kiri WL): (beri salam). saya telah diwakilkan
oleh tuan rumah iaitu Dato’..& Datin..bagi pihak perempuan, mengalu2kan kedatangan
rombongan pihak lelaki… jadi dipersilakan pihak lelaki mengkhabarkan hajat kedatangan hari
ini.

Wakil pihak Lelaki (WL)(duduk ditengah2 susunan hantaran dulang lelaki): (bismillah.
solawat. fatihah. salam. terima kasih. taaruf). saya ni wakil pihak lelaki (kemudian
disebutkan nama Pn… ibu kpd …setelah diingatkan oleh PTeh)…sebenarnya semua dah tahu
dah maksud kami. kedua pihak telah berhubung sebelum ni. maklumlah zaman sekarang ini,
ada telefon ada emel lagi. banyak perkara telah disepakati. tapi sebagai syarat kami teruskan
juga dengan rasmi. adapun hajat kami yang khas ialah utk bertanyakan sama ada puteri
tuan rumah ini yg bernama …. sudahkah berpunya?

WP: nasib baik dah bagitahu nama. kalau tidak nak bertanya jugak tadi puteri yg mana
[lihat, kita mesti jelas targetnya]. jadi sukalah dikhabarkan bahawa …. masih lagi belum
berpunya.

WL: alhamdu.. kalau begitu, kami ingin memetik bunga kata org dulu2, tapi yg senangnya
ialah kami inginlah meminang ….. untuk anak kami…..

WP: kami dengan besar hati menerima peminangan pihak tuan.

WL: Alhamdu..kalau begitu, kami nak tanya tentang wang hantaran pulaklah. berapakah
wang hantarannya?

WP: sebelum kita bincang tentang wang hantarannya, pihak kami nak tahu apa tanda
pinangan ini.

WL: oh ya. maafkan kami. ni ada 2 bentuk cincin, 1 cincin merisik (belah rotan), 1 cincin
bertunang (apa2 ajalaj). minta ibu bakal pengantin lelaki (BPL) bukakan dan tunjukkan cincin
ni. (maka bergegaslah ibu BPL datang membuka dan menunjukkan cincin tersebut. lepas tu
ibu BPL bergegas pula masuk ke dalam bilik bakal pengantin perempuan (BPP) untuk
menyarungkan cincin tersebut kepada bakal menantunya bersaksikan kaum keluarga sebelah
perempuan. sementara itu kedua2 belah pihak bersembang cara bebas. sehinggalah dulang
cincin dikembalikan ke tempat asalnya ditengah ruang tamu).

WP: jadi cincin ni pemberianlah ye!

WL: ya! cincin tu pemberian dari pihak lelaki. tiada tuntutan lagi.
((sepatutnya sebagai tanda jadi, WL menyerahakn cincin tersebut kpd WP).

WP: mengenai hantaran, pihak perempuan minta RM10k.

WL: oleh kerana dah ada pebincangan awal, pihak kami tiada halangan dan bersetuju dengan
jumlah hantaran tersebut.

WP: tunailah ye.

WL: ye, tunai.

WP: kalau begitu mana dia bayangan wang hantarannya?

WL: ada. tu dia dalam dulang bersama cincin. five plus five (1 keping wang 5 ringgit dan 5
keping wang seringgit digubah menjadi setangkai bunga. RM10 semuanya, membanyangkan
wang hantaran sebanyak RM10k)

Mak BPP: (mengambil bunga tersebut dan ditunjukkan kpd semua). ni dia adat org johor
(dengan senyum dan sangat gembira)(dikhabarkan pula oleh kaum wanita pihak lelaki yang
mak BPP tak makan, katanya dah kenyang kerana menerima menantu. begitulah sebuah
kegembiraan dari sebuah perkahwinan yg bakal diadakan).

WP: bagaimana pulak dengan tempoh.

WL: mengenai tempoh ni, kita serah kpd pihak perempuanlah. kami suka pernikahan
dilakukan secepat mungkin. tapi bergantunglah kpd tarikh bila pihak perempuan nak buat
kenduri. sebab pihak perempuan yang akan buat kenduri lebih dulu.

(berlakulah perbincangan. semak kalendar. mak BPP adalah guru, mintak nak buat Ahad 19
Ogos, awal cuti sekolah. sebelah lelaki pulak pada Sabtu 15 Ogos, akhir cuti sekolah. semua
setujuuuu).

WL: kalau begitu, selesailah perkara utama yang nak dibincangkan. ada sesiapa sebelah
lelaki yang nak tambah? (diam aje, tiadalah tu).

WP & Bapa BPP: yg detail2 bincang kemudianlah. (termasuklah bilangan dulang lelaki
sebanyak 7 dulang di hari kenduri perkahwinan. akad nikah mungkin lebih awal, Jumaat
malam Sabtu, 17 Ogos)

WL: ada satu lagi. nak bagitahu kami pun bawakan hadiah pemberian BPL utk kakak BPP.
mana dia? (sebab ada 2 kotak yg sama, satu kain baju pengantin perempuan satu lagi
hadiah utk kakak BPP. setelah diperiksa, ditunjukkanlah kandungan kotak tersebut).
WP: baguslah bagitahu. ini pemberian ye.

WL: ye pemberian.

WP: terima kasihlah. kalau tak ada apa2 lagi kita berdoalah sebagai tanda kesyukuran kpd
Allah. (Berdoa. mohon pengantin selamat disatukan, bahagia dunia akhirat, mempunyai anak
yg ramai yang soleh yg mendoakan ibubapanya dll).

Bapa bakal pengantin perempuan (BBPP): jemputlah makan.

Mak bakal pengantin perempuan: Embah, mari nak perkenalkan ni. (dalam hal ni kita serah
kpd embok (makteh) sebab ndee wong jowo. iso ngomong jowo. aku orak reti ngomong
jowo. nasib baik ada wakil wong jowo, bertambahlah kemeriahannya).

(oleh kerana semua tak berginjak lagi, WL pun mencadangkan mas kahwin ikut selangor,
RM80. BBPP dan WP pun mengesahkan — lebih murah maharnya lebih baik menurut
sunnah).

(sesi bergambar semakin rancak. sebenarnya sejak turun kereta semasa sampai lagi
sampailah balik)

(pihak lelaki menghantar 5 dulang + 1 dulang persalinan utk kakak pengantin. datang
dengan 5 kereta + 1 kereta datang kemudian. kebetulan..! Dulang pihak lelaki diletak di
tengah ruang tamu. selepas selasai perbincangan, pihak perempuan mengeluarkan 7 dulang
balasan beriringan dgn dulang lelaki. pertukaran kandungan dulang dibuat setelah selesai
makan sebelum rombongan lelaki pulang)

(janji Melayu: pihak lelaki janji 10:30 pg, tapi sampai pukul 11 lebih sikit di desa Moccis, Sg
Buluh. balik kira2 pukul 12.45 tghari)

(siapa, siapa, siapa? kemudianlah cerita) (yeh dan yam sempat agaknye, nana balik lg ka
tahun ni? studi, studi, studi, jgn stido stido stido. he3)

(siapa pulak yg kena merisik utk yeh bulan ??? ni? spekulasi je kot!)

Anda mungkin juga menyukai