Anda di halaman 1dari 10

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21

Selasa, Januari 13, 2015 Hal Guru 5 comments


Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan
perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin
bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah
10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.

Ciri pembelajaran abad ke 21

1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer

4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran

5. Persekitaran yang kondusif


- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Pelajar faham dan mematuhi


arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam
landasan yang betul

7. Saling hormat menghormati


- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran


mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab
dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja

10. Pembelajaran kolaboratif


- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21


Isnin, Januari 12, 2015 Hal Guru 9 comments
Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang
pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.

Contoh susunatur kelas abad ke 21


3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave. Campfire adalah konsep yang
memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah
ruang pembelajaran sesama rakan yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah
ruang pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.

Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh dan keperluan yang perlu
ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal! ;)

Anda mungkin juga menyukai