Anda di halaman 1dari 2

Hukum Jihad

Fardhu ‘Ain

Para ulama berpendapat bahwa hukum jihad menjadi fardu ain pada tiga situasi berikut.

Pertama : Apabila pasukan Muslimin dan pasukan orang-orang kafir bertemu dan sudah saling
berhadapan di medan perang, maka tidak boleh seseorang mundur atau berpatah balik.

Sebagaimana firman Allah S.W.T: “Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika
itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak
menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan
dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk
tempat kembali”

Kedua : Apabila musuh menyerang dan mengepung di sebuah negara kaum Muslimin yang selamat,
maka wajib bagi penduduk negara tersebut keluar memerangi musuh (demi mempertahankan tanah
air) kecuali wanita dan kanak-kanak.

Ketiga : Apabila imam meminta suatu kaum atau menentukan beberapa orang untuk berangkat
perang, maka wajib berangkat.

Fardhu Kifayah

Berdasar QS. An Nisa 95 menunjukkan bahwa Jihad adalah fardu kifayah, maka orang yang duduk
tidak berjihad tidak berdosa sementara yang lain sedang berjihad. ketetapan ini demikian adanya
jika orang yang melaksanakan jihad sudah memadai(cukup) sedangkan jika yang melaksanakan jihad
belum memadai (cukup) maka orang-orang yang tidak turut berjihad itu berdosa.Dan jihad ini
diwajibkan kepada laki-laki yang baligh, berakal, sehat badannya dan mampu melaksanakan jihad.
Dan ia tidak diwajibkan atas:anak-anak, hamba sahaya, perempuan, orang pincang, orang lumpuh,
orang buta, orang kudung, dan orang sakit.

UNSUR-UNSUR JIHAD

HIJRAH

• Hijrah yang bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat lain juga membawa
maksud perpindahan daripada suatu kepada suatu keadaan lain.

• Pada masa kini, jihad dikaitkan dengan hijrah daripada aspek kesungguhan dalam melakukan
perpindahan serta perubahan daripada suatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih
baik.

PERJUANGAN

• Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang habis-habisan untuk meningkatkan sesuatu
matlamat.

• Jihad merangkumi aspek yang luas dengan tidak tertumpu kepada aspek peperangan bersenjata
sahaja.

• Jihad tidak terikat dengan perjuangan yang bersifat fizikal, tetapi turut dapat dilihat dalam bentuk:
a) Perjuangan dalam diri sendiri untuk menegakkan syariat Allah SWT.

b) Perjuangan terhadap orang lain.


PENGORBANAN

• Jihad menuntut pengorbanan, sama ada dari sudut material (harta), fizikal (jasad dan nyawa) dan
rohani.

• Jihad harta bermaksud manusia perlu menjadikan harta sebagai alat utama untuk melakukan jihad.
Jihad dengan harta secara tidak langsung akan dapat:

a) Membangun diri manusia menjadi maju.

b) Membangun masyarakat dalam semua bidang.

c) Menjadikan umat Islam disegani dan dihormati.

• Antara jihad secara rohani ialah kesungguhan melawan hawa nafsu dan keberanian menyatakan
kebenaran sama ada dengan lisan maupun pena.

SYAHID

• Secara etimologi, syahid bermaksud saksi, menyaksikan dan disaksikan.

• Dalam mazhab imam al-Syafie, syahid terbahagi kepada tiga, iaitu:

a) Syahid dunia dan akhirat – mereka yang terbunuh ketika berperang dengan golongan kuffar, dan
berniat semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

b) Syahid dunia – mereka yang terbunuh ketika berperang dengan tujuan untuk mendapatkan harta
rampasan perang, walaupun disertai dengan niat untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

c) Syahid akhirat – mereka yang mati akibat runtuhan, kebakaran, lemas, taun, ibu yang mati ketika
melahirkan anak dan mereka yang dibunuh secara kejam.

Anda mungkin juga menyukai