Anda di halaman 1dari 1

Kamu dan keluarga telah bercuti di sebuah tempat pada cuti persekolahan yang lepas.

Tulis sebuah
karangan tentang percutian kamu itu.
Pendahuluan:
- bercuti di Pulau Langkawi
- membuat persediaan yang rapi
- menaiki kereta
Isi-isi penting:
- lihat banyak pengunjung – bermain di tepi pantai - bermandi-manda - bermain layang-layang
- bina istana pasir – baldi
- menikmati bekalan makanan - ibu dan bapa bersiar-siar – menghirup udara segar –
mengambil gambar pemandangan -
- waktu malam – makan ikan bakar – restoran penduduk tempatan – banyak pilihan –
Penutup:
- bersiap-siap untuk pulang – membeli cenderamata – kenang-kenangan
- pada cuti yang akan datang dapat pulang –

Pada cuti persekolahan yang lepas, saya telah bercuti di Pulau Langkawi bersama-sama dengan ahli
keluarga saya. Sebelum bertolak ke sana, kami telah membuat persediaan yang rapi. Kami pergi ke
sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.
Sebaik sahaja sampai, kami dapat lihat banyak pengunjung di sana. Kami sekeluarga bermain
di tepi pantai. Abang saya bermandi-manda dengan riang manakala kakak saya bermain layang-
layang di tepi pantai. Adik-adik saya pula membina istana pasir dengan menggunakan sebuah baldi.
Setelah penat bermain dan mandi-manda, kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang
disediakan oleh ibu. Pada waktu petang, ibu dan bapa bersiar-siar di tepi pantai sambil menghirup
udara yang segar. Ramai pengunjung turut mengambil gambar pemandangan yang cantik di sana.
Pada waktu malam, kami sekeluarga makan ikan bakar di sebuah restoran penduduk
tempatan. Terdapat banyak pilihan makanan laut di sini dan harganya sangat murah. Kami berasa
sangat gembira kerana dapat menikmati makanan laut yang sedap.
Pada keesokan hari, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Sebelum balik, kami juga sempat
membeli cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan. Kami berharap pada cuti yang akan datang
dapat pulang ke Pulau Langkawi lagi.

Anda mungkin juga menyukai