Anda di halaman 1dari 5

PERLAKSANAAN BAGI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1.1 Tenaga Pengajar.


1.1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (lo co parentis) kepada semua
murid.
1.1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua bentuk tindakan
dan keputusan yang dibuat.
1.1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang rasa serta penuh
kasih sayang.
1.1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM’.
1.1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan sebagai “GURU
DISIPLIN” pada setiap masa.

1.2 Kemasukan Murid.


1.2.1 Sekolah menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
1.2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran dan Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan data peribadi murid dikemaskini
dengan lengkap dan terkini.
1.2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.
1.2.4 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Aturcara
Majlis:
i. Pengesahan pendaftaran.
ii. Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah.
iii. Penetapan kelas (Tahun 1 berdasarkan ujian Diagnostik).
iv. Pengagihan buku Teks.

1.3 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.


1.3.1 Semua murid perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan di dalamnya
pada setiap masa.
1.3.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
1.3.3 Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher semasa perhimpunan setiap hari Isnin.
1.3.4 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga Tahun 6.
1.3.5 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
i. Pencalonan oleh guru disiplin/guru kelas dengan persetujuan Guru Besar/GPK Hem.
ii. Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah.
iii. Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
iv. Majlis watikah pelantikan.
1.3.6 Murid yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah.
1.3.7 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “nasihat dan bimbingan” (Unit Bimbingan dan
Kaunseling) dalam menangani permasalahan disiplin murid di mana semua murid yang
melakukan kesalahan akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi
bimbingan dan hanya akan diambil tindakan selepas tiada perubahan sikap murid terlibat.
1.3.8 Memastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral
seperti berikut; ponteng sekolah, merokok, pergaduhan, kelakuan lucah, membuli, kurang
ajar atau biadap dan merosakkan harta benda sekolah atau awam (VANDALISME).
1.3.9 Ibu bapa murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil ke sekolah untuk tujuan
makluman dan penyelesaian masalah dan laporan akan disediakan bagi tujuan rekod dan
rujukan.
1.3.10 Bagi kesalahan serius pihak sekolah akan meminta nasihat dan merujuk kepada pegawai
perhubungan sekolah (polis) bagi tujuan penyelesaian masalah.
1.3.11 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Antara program
yang boleh digunapakai:
i. Program Sekolah Penyayang
ii. Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Sekolah
iii. Program Sambutan Majlis-majlis Perayaan
1.3.12 Memastikan semua murid mematuhi dan mengamalkan peraturan-peraturan sekolah yang
telah ditetapkan.
1.3.13 Membantu murid dalam masalah disiplin supaya menjadi insan yang dihargai oleh semua
guru dan kakitangan sekolah.

1.4 Ponteng Sekolah.


1.4.1 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala tindakan akan diambil
seperti berikut:
a) Surat Amaran Pertama
Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak
datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh (10)
murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.
b) Surat Amaran Kedua
Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah tujuh (7)
hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah
dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-
turut.
c) Surat Amaran Ketiga
Surat Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa
komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut
juga untuk murid yang telah ditandai (O) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-
turut.
d) Buang Sekolah
Selepas tempoh empat belas (14) hari ponteng sekolah daripada tarikh
penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas
dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-turut, murid boleh
dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga bahawa murid
telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid tidak boleh
diterima semula selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar.

1.4.2 Penghantaran surat-surat adalah seperti jadual berikut:

Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P)


Surat
Berturut-turut Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama
Amaran Ketiga 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari lagi selepas Amaran Terakhir
Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut

1.4.3 Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk simpanan ke
dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh:
i. Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh GPK HEM
ii. Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh GPK HEM
iii. Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh GPK HEM
iv. Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar.
1.4.4 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau
menulis surat kepada pihak sekolah (guru kelas) atau menelefon ke sekolah untuk
memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga
hari berturut-turut akan dicatat sebagai ponteng sekolah.

1.5 Perlaksanaan Program Kesihatan.


1.5.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik melalui program-program
yang dirancang seperti:
i. Pemeriksaan Gigi dan Mata
ii. Pemeriksaan Kesihatan
iii. Program RMT dan makanan seimbang di kantin sekolah
iv. Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
v. Ceramah dan Kempen
vi. Suntikan
vii. Sambutan Bulan Kecergasan anjuran panitia PJK
1.5.2 Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan
matlamat perlaksanaannya seperti berikut:
i. Bilangan murid yang terlibat.
ii. Pemilihan murid yang tepat.
iii. Penyediaan menu yang berkhasiat.
iv. Pemilihan dan pemantauan menu yang disediakan oleh penyedia makanan.
v. Memantau kebersihan dalam penyediaan menu RMT mengikut kriteria yang
ditetapkan.
1.5.3 Memastikan murid menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut:
i. Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
ii. Berinteraksi dengan kawan-kawan dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan.
iii. Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
iv. Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari pusat sumber atau pusat akses.
1.5.4 Memastikan pengurusan kantin mematuhi perkara-perkara berikut:
i. Persekitaran sentiasa bersih.
ii. Semua pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
iii. Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
iv. Penyediaan makanan adalah secara dimasak sendiri.
v. Penyediaan tong sampah yang mencukupi keperluan.
1.5.5 Mewujudkan tabiat sayang dan sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut:
i. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
ii. Gotong-royong.
iii. Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah secara spontan bila
ianya dijumpai.
iv. Tidak membuang sampah merata-rata.
1.5.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa atau penjaga dan
merekodkannya dalam buku rekod kesihatan murid.
1.5.7 Ibu bapa atau penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di
sekolah.
1.5.8 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital/klinik, tanpa menghubungi penjaga
terlebih dahulu bagi kes-kes kecemasan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar.
1.5.9 Pihak sekolah akan berusaha membantu murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan
seperti penyakit jantung berlubang, kanser, rabun dan penyakit kronik lain.
1.5.10 Memastikan murid di sekolah ini mengamalkan “BUDAYA HIDUP SIHAT”.
1.6 Pelaksanaan Program Kebajikan Murid.
1.6.1 Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid adalah berdasarkan data dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM).
1.6.2 Antara bantuan yang layak diperolehi oleh murid adalah seperti:
i. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT);
ii. Rancangan Makanan Tambahan (RMT);
iii. Program Susu 1 Malaysia (PS1M);
iv. Pakaian dan Kasut Sekolah;
v. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan eKasih;
vi. Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
1.6.3 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui
jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah.
1.6.4 Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua
bentuk bantuan dan sumbangan kepada murid di sekolah ini.
1.6.5 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi murid yang bermasalah demi menjaga
maruah murid berkenaan.
1.6.6 Semua guru terutama guru kelas mesti sentiasa peka terhadap kemurungan, reaksi tidak
normal murid bagi mengesan masalah serius yang mungkin dihadapi oleh murid.

1.7 Pelaksanaan Sesi Kaunseling dan Motivasi.


1.7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut:
i. Sesi kaunseling Individu.
ii. Sesi kaunseling Berkelompok.
iii. Kem Jati Diri.
iv. Khemah Ibadat.
v. Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.

1.8 Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar.


1.8.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai
pihak seperti:
i. Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
ii. Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
iii. Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
iv. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.

1.9 Pelaksanaan Program 3K.


1.9.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan, kesihatan dan keselamatan
dengan menerapkan kepada murid dan komuniti setempat.
1.9.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat
sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
1.9.3 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti:
i. Program Kesedaran dan Kepimpinan Bebas Dadah – Ceramah Anti Dadah.
ii. Pertandingan Melukis Poster.
iii. Pertandingan Memasak Menu Sihat.
iv. Kuiz Mingguan 3K.
v. Pameran Kesihatan dan Anti Merokok.
vi. Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok.
vii. Program Kitar Semula.
viii. Program Ceramah PDRM.
ix. Pemeriksaan Kesihatan Guru-Guru dan Staf Sokongan.
1.9.4 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui
Latihan Kawad Kecemasan.
1.9.5 Mengadakan sesi ceramah dan pameran dari pihak-pihak tertentu seperti AADK, Pejabat
Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam dan PDRM berkaitan perkara berikut:
i. Keselamatan jalan raya.
ii. Jenayah juvana.
iii. Pertolongan cemas.
iv. Penyalahgunaan dadah dan inhalan.

1.10 Program Bulan Patriotisme


1.10.1 Menanam semangat cintakan negara di kalangan murid-murid.
1.10.2 Mengingati semula peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air.
1.10.3 Menghayati erti kemerdekaan tanah air.

1.11 Program Kerohanian dan Pembangunan Insan (KPI).


1.11.1 Program diatur setiap kali sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti:
i. Awal Muharram.
ii. Ihya Ramadhan.
iii. Maulidur Rasul.
iv. Israk dan Mikraj.
v. Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
1.11.2 Program sambutan hari istimewa seperti:
i. Hari Bapa.
ii. Hari Ibu.
iii. Hari Guru.
iv. Harijadi Murid.
v. Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Anda mungkin juga menyukai