Anda di halaman 1dari 12

Akademika 89(Isu Khas/Special Issue), 2019: 151-162

https://doi.org/10.17576/akad-2019-89SI-13

Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu


Herbal Remedies in the Malay Tib
Siti Fatimah Abd Aziz & Yusmilayati Yunos

ABSTRAK

Manuskrip ilmu perubatan tradisional Melayu merupakan sumber peribumi yang penting untuk
mengungkapkan ketinggian pengetahuan orang Melayu tentang pelbagai jenis bidang ilmu. Masyarakat
Melayu mempunyai amalan-amalan tradisi berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Pengetahuan dan
pengalaman mengenainya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain, sama ada
melalui tulisan ataupun lisan. Pada dasarnya tumbuh-tumbuhan herba menjadi sumber utama dalam sistem
perubatan tradisional kerana berpotensi dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit tertentu. Oleh itu,
antara tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti jenis herba yang dinyatakan dalam Kitab Tib
MS 174 yang mencerminkan kearifan masyarakat Melayu. Seterusnya menjelaskan khasiat dan beberapa
kaedah penggunaan herba dalam merawat penyakit yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Penulisan
ini menggunakan kaedah filologi yang melibatkan proses transliterasi teks daripada tulisan Jawi ke tulisan
rumi. Seterusnya analisis kandungan teks dilakukan bagi melihat beberapa jenis herba, khasiat dan kaedah
rawatan penyakit. Dapatan penulisan ini menunjukkan antara herba yang digunakan untuk merawat penyakit
termasuklah akar jarak, akar teratai, daun sambung nyawa, bawang putih dan lada hitam. Herba-herba ini
digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit mata, sakit gigi, sakit mulut, mulut busuk, kencing tidak lawas,
sakit bisa dan racun, miang dan demam. Kitab Tib MS 174 dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan
kepada bidang Tib Melayu. Selain itu, penulisan ini juga dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat
tentang keistimewaan dan khasiat herba yang menjadi bahan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Kata kunci: Herba; Kitab Tib MS 174; penawar; perubatan tradisional Melayu; tumbuhan

ABSTRACT

Manuscripts of traditional Malay medicine are an important source of indigenous peoples to express the height
of Malay knowledge about the various fields of knowledge. The Malay community has traditionally related
medical and health practices. Knowledge and experience from one generation to another, either through
writing or oral. Basically, herbal plants are a major source of traditional medicine systems because of the
potential for a cure for curing certain diseases. Hence, the purpose of this writing is to identify the type of
herbs described in Malay Tib of MS 174 which reflects the wisdom of the Malay community. It further explains
the efficacy and uses of herbs in treating diseases practiced by the Malay community. This writing uses a
phonological method involving text transliteration process from Jawi script to roman writing. Furthermore,
analysis of textual content is done to see some types of herbs, nourishment and disease treatment methods.
The findings show that among herbs used to treat diseases include the roots, the lotus roots, the leaves of
life, the garlic and the black pepper. These herbs are used to treat headaches, sore eyes, toothache, mouth
ulcers, foul mouth, old urine, pain and poison, mesothelioma and fever. Kitab Tib MS 174 is able to contribute
knowledge to Malay Tib. In addition, this writing can also inform the public about the benefits and benefits
of herbs that are the treatment of various types of diseases.

Keywords: Herbs; Kitab Tib MS 174; bidder; traditional Malay medicine; plants
152 Akademika 89(Isu Khas)

PENGENALAN perubatan dan botani. Justeru itu, tujuan penulisan


ini ialah untuk:
Perubatan Melayu adalah sejenis bidang perubatan 1. Mengenal pasti jenis herba yang terdapat dalam
yang menggunakan herba dan bahan dari alam Kitab Tib MS 174 yang mencerminkan kearifan
sekeliling sebagai satu kaedah rawatannya. Ia masyarakat Melayu.
bukanlah sesuatu yang baru malah telah popular 2. Menjelaskan khasiat dan beberapa kaedah
berabad lamanya oleh masyarakat Melayu. Ia penggunaan herba yang diamalkan oleh
merupakan terapi pengubatan yang telah di akui masyarakat Melayu dalam merawat penyakit.
dan memiliki kekuatannya yang tersendiri. Hal ini
kerana perubatan yang berasaskan alam semula jadi
ini mudah didapati dan agak mudah di amalkan. METODOLOGI KAJIAN
Orang tua-tua zaman dahulu telah menjalankan
percubaan demi percubaan, dalam merawat pelbagai Penulisan ini menggunakan metode kualitatif
jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Ilmu berdasarkan data yang terwujud secara berteks,
perubatan ini telah diturunkan dari generasi ke sebaliknya bukan data berasaskan angka atau
generasi secara lisan. Perubatan tradisional Melayu statistik. Data ini dikumpulkan melalui pelbagai
ini memiliki daya tarikan yang tersendiri, kerana ia cara seperti penentuan objek, klasifikasi data
memberikan perhatian khusus pada setiap pesakit. dan pengumpulan data. Objek penulisan ini
Ubat-ubatan tradisional ini memberikan reaksi menggunakan teks Kitab Tib MS 174 yang diperoleh
yang berbeza antara satu orang dengan orang lain. daripada koleksi Perpustakaan Universiti Malaya
Namun, satu ubat juga boleh digunakan untuk yang bertulisan tangan menggunakan bahasa Jawi
menyembuhkan pelbagai kelompok gejala atau dan beberapa istilah Arab dan ayat daripada Al-
penyakit yang berbeza. Kini, banyak kajian serta Quran. Tahap pengumpulan data dalam penulisan
penulisan tentang perubatan ini telah dilakukan ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan yang
sehingga sedikit sebanyak telah menambah akan dibahagi kepada tiga klasifikasi iaitu:
golongan celik ilmu tentangnya. 1. Utama: Meliputi buku yang berkait langsung
Secara umumnya, ilmu yang diperoleh secara dengan topik kajian ini iaitu berupa manuskrip
formal yang dapat dilihat melalui manuskrip ini kitab tib tradisional.
adalah ilmu tasawuf dan ilmu fiqah. Sementara 2. Sokongan: Meliputi buku-buku yang berkaitan
ilmu sains dan teknologi menerapkan ilmu belayar. secara langsung dengan kajian ini, iaitu
Selain itu, manuskrip ini turut menyampaikan ilmu merangkumi pembacaan artikel-artikel daripada
tradisional iaitu alam ghaib, azimat, tangkal dan jurnal, akhbar dan majalah, dokumen awam,
mantera, ilmu pengasih, ilmu kebal, doa penawar, tesis serta beberapa buah buku terbitan yang
takbir, raksi jodoh, ilmu syahwat dan ilmu berahi, berkaitan. Maklumat yang berkaitan dengan
gerak tubuh manusia, cara menyurat azimat dan cara tajuk penyelidikan dikumpulkan dan digunakan
mengetahui usul hujan atau kemarau. Khazanah sebagai panduan dan bahan rujukan untuk
yang mengandungi pelbagai bidang ilmu ini dirakam memahami dengan lebih mendalam tentang
dengan baik dalam bentuk tulisan tangan, beraksara permasalahan yang dikaji.
Jawi yang cantik dan iluminasi yang berwarna- 3. Pelengkap: Meliputi buku-buku yang berkaitan
warni. Khazanah ilmu perubatan ini membuktikan secara tidak langsung dengan kajian ini dan
kearifan masyarakat lampau dalam bidang tersebut. temu bual yang dijalankan secara langsung
iaitu menemu bual tokoh yang terlibat dengan
perubatan tradisional. Kaedah ini bertujuan
OBJEKTIF KAJIAN untuk mengukuhkan dan melengkapkan
maklumat yang berkaitan dengan ilmu perubatan
Manuskrip Melayu merupakan warisan ilmu para masyarakat Melayu misalnya yang menyentuh
cendekiawan Melayu yang ditinggalkan untuk aspek kepercayaan, doa dan amalan dalam
dibaca dan dikembangkan oleh generasi Melayu perubatan Melayu itu sendiri.
yang seterusnya. Sungguhpun begitu, situasi bidang
penulisan manuskrip Melayu tidak seperti penulisan Penulisan ini menggunakan naskhah manuskrip
manuskrip di dalam kerajaan Islam yang lain, di MS 174yang diperoleh di Perpustakaan Universiti
mana pilihan subjek penulisan manuskrip lebih luas Malaya. Sebagai data kajian manuskrip ini
dan lebih mendalam terutamanya bidang astronomi, mengandungi 42 halaman bertulis dan purata
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu 153

setiap halaman mengandungi 48 baris untuk setiap Sehubungan itu jika diteliti, dalam falsafah ubat
halaman. Bahasa yang digunakan adalah bahasa herba, campuran pelbagai jenis bahan jika dilakukan
Melayu dan menggunakan tulisan Jawi lama dan dengan formulasi yang betul akan memberi kesan
diselitkan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu ubat mengikut tujuan yang dikehendaki. Justeru
bagi tujuan perubatan. Kajian ini tidak berbentuk itu, tumbuhan yang tidak memberi kesan yang kuat
penyuntingan teks atau melihat teks yang asli tetapi sebagai penawar apabila digunakan satu jenis sahaja
meneroka isi kandungan teks dan berbentuk analisis boleh memberi kesan yang kuat dalam campuran
kandungan. Manuskrip ini diisi dengan hal-hal pelbagai jenis tumbuhan tertentu. Sebaliknya ada
berkaitan dengan: tumbuhan yang memberi kesan yang kuat atau kesan
1. Ilmu belayar racun apabila digunakan satu jenis sahaja. Walau
2. Ilmu tasawuf bagaimanapun, kesan itu boleh dikurangkan dalam
3. Ilmu fiqah campuran yang betul dan menjadi ubat herba yang
4. Alam ghaib mujarab (Ong Hean Chooi 2006: 2).
5. Azimat, tangkal dan mantera
6. Ilmu pengasih
7. Ilmu kebal DAPATAN DAN PERBINCANGAN
8. Doa penawar
9. Takbir mimpi Manusia dan alam tidak dapat dipisahkan. Flora
10. Hubungan suami isteri dan fauna yang menjadi sebahagian makhluk tuhan
11. Raksi jodoh di alam ini menjadi pelengkap kepada kehidupan
12. Gerak tubuh manusia manusia, hubungan antara kedua-dua makhluk
13. Cara menyurat azimat tuhan ini bersifat simbiosis dan saling melengkapi.
14. Cara mengetahui usul hujan/kemarau Tumbuhan kaya dengan air, karbohidrat, protein,
lemak, fiber, mineral dan vitamin. Pengambilan
daripada sumber alam semula jadi ini dalam menu
KONSEP HERBA harian secara berterusan dapat memperkaya nutrisi
untuk kebaikan kesihatan minda dan fizikal. Kajian
Perkataan herba dalam konteks sains tumbuhan saintifik mendapati bahawa tumbuhan mengandungi
(botani) bermakna sebarang tumbuhan yang tidak bahan kimia yang bermanfaat untuk merawat
berkayu atau hanya sedikit berkayu, berbeza pelbagai jenis penyakit, di samping mengandungi
daripada tumbuhan renek atau pokok berkayu. racun yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Perkataan herba dalam ubat herba bermakna semua Justeru, pengetahuan tentang penggunaannya
jenis tumbuhan yang digunakan sebagai ubat, sebagai ubat herba wajarlah diketahui.
termasuklah tumbuhan renek, berkayu, kulat atau Walaupun perubatan moden sememangnya
alga. Perkataan herba dalam penggunaan umum menjadi tumpuan utama untuk setiap penyakit,
di negara Barat pula merujuk kepada semua jenis tetapi khasiat dan kelebihan rawatan pengubatan
tumbuhan yang berguna sebagai ubat, perisa, tradisional sama ada dari sudut amalan, atau
rempah dan pewangi (Ong Hean Chooi 2006: 2). penggunaan herba-herba juga tidak sepatutnya
Konsep herba merangkumi semua bahagian dipinggirkan. Misalnya kajian yang dilakukan oleh
dalam tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada akar, Jurry Foo@Jurry et al. (2014) menjelaskan tentang
batang, daun, pucuk, buah, kulit, putik, bunga dan konsep kelestarian terhadap tumbuhan ubatan
isi daripada tumbuhan tersebut boleh dimakan atau dan potensinya untuk memenuhi keperluan pada
digunakan untuk tujuan rawatan. Hal ini turut diakui masa kini dan akan datang. Kini masyarakat telah
oleh Aminah Haji Juraimi (2011), namun beliau melihat tumbuhan ubatan yang digunakan secara
menyatakan keperluan bahagian tumbuhan tersebut tradisional menjadi satu bentuk rawatan alternatif
bergantung kepada jenis-jenis tumbuhan tertentu kepada perubatan moden. Oleh itu, sekiranya
dan jenis penyakit yang perlu dirawat. dilakukan kajian dan diperbanyakkan usaha untuk
Penerangan konsep-konsep tersebut mempromosikan khasiat herba ini, pasti ia juga
memperlihatkan herba terdiri daripada pelbagai akan membuka minda masyarakat tentang perkara
jenis tumbuhan dan setiap bahagian tumbuhan ini malah mungkin satu hari nanti, penggunaan
itu boleh digunakan untuk tujuan rawatan dan herba boleh dijadikan satu alternatif utama dalam
kesihatan tetapi bergantung kepada dos yang perubatan (Faisal@Ahmad Faisal & Nurul Wahidah
diperlukan bagi merawat sesuatu jenis penyakit. 2012).
154 Akademika 89(Isu Khas)

Perkataan herba dalam konteks sains botani dan kematu digunakan untuk membunuh cacing
merujuk kepada jenis tumbuhan yang tidak berkayu dalam perut kanak-kanak.
atau hanya sedikit berkayu, berbeza daripada Selain itu, dalam Mujarabat Melayu juga
tumbuhan renek atau pokok yang terlalu berkayu. dinyatakan khasiat yang didapati daripada beberapa
Apabila perkataan herba dan ubat digabungkan jenis bahan seperti damar mata kucing, belerang,
maka ia membina frasa ubat herba. Herba yang minyak zaitun, celak, cekur, lengkuas, kulit kayu
dimaksudkan di sini merujuk kepada apa sahaja jenis manis, daun emas, rambut jagung, ramuan padi
tumbuhan yang digunakan sebagai ubat termasuklah ketaman (tangkal padi), kulit jambu hutan, sena
tumbuhan renek, pokok berkayu, kulat, alga dan Makkah, daun kancing baju, kapur, buah pala, gigi
rumpair (Ong Hean Chooi 2004). Ilmu perubatan dan hati buaya dan tanduk rusa.
tradisi Alam Melayu kaya dengan etnobotani yang Dalam Senjata Hikmah (1968) pula,
merupakan cabang etnosains yang penting. Alam pengarangnya menyenaraikan beberapa jenis
Melayu kaya dengan khazanah herba sama ada penyakit dan kaedah pengubatannya. Antara
botani yang melibatkan tumbuh-tumbuhan yang penyakit yang dimaksudkan termasuklah pelupa,
ditanam dan diusahakan dalam kegiatan pertanian termakan racun, haru ayam, penyakit biya lembu,
serantau. Haiwan turut menjadi unsur perubatan senak medu, kepenatan, karang, cacing rambu,
yang penting. Racun dan bisa haiwan seperti ular terkena api, batuk, sawan api, ruam kanak-kanak,
mempunyai penawar tertentu dalam seni perubatan demam kepialu, resdung, sakit kepala dan muntah.
serantau. Alam tumbuhan, hasil bumi, haiwan dan Manakala dalam manuskrip MS 174 ini,
sumber alam menjadi sebahagian daripada sumber pengarang mencatatkan berbagai-bagai jenis
perubatan Melayu. Mereka menggunakan sumber bahan yang digunakan untuk merawat penyakit
tersebut untuk merawat beberapa jenis penyakit. tertentu mahupun bahan yang digunakan dalam
Terdapat bahan yang digunakan secara tunggal dan proses pengubatan dan cara-cara untuk membuat
ada pula yang perlu diadunkan daripada ramuan tangkal, azimat ataupun wafak. Bahan-bahan yang
tersebut mengikut nisbah tertentu. digunakan terdiri daripada bahan flora, fauna atau
Masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan bahan-bahan lain. Bahan yang digunakan misalnya
sebagai bahan pengubatan sejak zaman berzaman madu, timah hitam, beras, tanah liat putih, kulit
sesuai dengan kekayaan alam ini dengan pelbagai kambing, ikan puyu, ayam dan beras pulut. Bahan
jenis tumbuhan herba. Binatang ternakan, binatang yang terdiri daripada tumbuhan pula adalah akar
liar, burung dan unggas juga mempunyai khasiat jarak, akar sara-sara, akar majrung dan akar bunga,
yang tersendiri. Misalnya, pengarang Pati Rahsia akar hempedu, akar sakti, akar teratai, akar tuba,
mencatatkan keistimewaan burung belatuk cerang akar melur, akar mala pahit/melada pahit. Selain
untuk digunakan dalam seni perubatan tradisi itu, tumbuhan lain adalah daun jumpa kurun, daun
seperti untuk menguatkan ingatan, menahan darah, sembung hadah, daun kecubung hitam, daun sepulih,
lemah anggota kaki, membersihkan muka, mata daun saga, daun baron, daun gedangsa, sirih bertemu
kelabu, dan beberapa khasiat lain (Mat Rofa Ismail urat, cira hitam, bawang putih, bawang merah, limau
2009). kapas, limau purut, jimpalan cina, biji kani, jintan
Dalam Mujarabat Melayu (1883) pula, hitam/habbatus sauda, keladi, kepala sari, kepala
diceritakan tentang khasiat telur ayam (khususnya lempoyang dan bunga mala susu. Seterusnya adalah
ayam hitam), madu, susu kambing, minyak sapi, pucuk dan bunga ubi sari, pinang, riang, lada, halia,
biji sawi, manjakani, bawang putih, bawang merah, lada hitam, jering, tersa, sudu-sudu dan kulat badak.
jemuju, kharsani, kesturi, biji kapas, minyak jarak Bahan-bahan lain pula terdiri daripada santan, lenga,
dan seumpamanya untuk kekuatan lahir dan batin tahi kambing, tahi ayam, air beras, air susu badan,
seseorang lelaki. Bulu arnab yang dibakar boleh telur ayam, garam, cuka dan kapur barus.
digunakan untuk menahan luka berdarah. Hempedu Aishah@Eshah (2013) menyatakan kualiti
arnab bersama madu dan kepala dadih yang tawar hidup seseorang individu selalunya dinilai daripada
boleh merawat kemandulan wanita. Arnab juga sudut kewangan, kesihatan, pemakanan dan
sering digunakan untuk merawat penyakit karang, persekitaran. Kualiti hidup menurun apabila berlaku
melambatkan pertumbuhan uban, mata yang kurang masalah kesihatan, pemakanan, pekerjaan, jenayah,
jelas dan lain-lain. Cabai jawa digunakan untuk tekanan perasaan, pencemaran persekitaran fizikal
menghilangkan kahak, sejuk dalam perut dan dan bencana alam. Kemampuan mendapatkan
penyakit dalam telinga. Selain itu, kulit kayu camar penjagaan kesihatan yang terbaik sebenarnya tidak
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu 155

menjamin seseorang itu bebas daripada penyakit bahan misalnya akar sakti lima, akar teratai, akar
dan kesakitan apabila persekitaran tempat kediaman tuba lima, akar melur putih, halia, bawang merah,
mereka tercemar dan kadar jenayahnya tinggi. bawang putih. Setelah itu, bahan-bahan ini diasah
Berkait dengan hal itu,manusia tidak dapat lari dari dan dicampurkan dengan air limau nipis. Ramuan
masalah kesihatan diri yang menghalang kita secara ini kemudian diminum selama tiga hari iaitu pada
langsung mahupun secara tidak langsung. Contoh waktu pagi.
masalah kesihatan secara langsung adalah seperti
sakit perut, sakit gigi, sakit kepala, sakit sendi dan
sakit tulang manakala contoh bagi masalah kesihatan
secara tidak langsung pula adalah miang pada kulit,
mulut berbau, badan berbau, keguguran rambut
dan sebagainya. Pada tahap yang tidak terkawal,
masalah ini boleh menyebabkan kemurungan
sehingga menjejaskan masalah kesihatan secara
langsung. Berikut dinyatakan beberapa jenis herba
dan khasiatnya kepada kesihatan manusia.

AKAR MELUR PUTIH


RAJAH 1. Pokok Bunga Melur Putih
Akar melur putih digunakan merawat penyakit
Sumber: Kajian Lapangan 2017
resdung. Caranya adalah dengan menyediakan
beberapa bahan misalnya akar sakti lima, akar teratai,
akar tuba lima, akar melur putih, halia, bawang DAUN SEPULIH
merah, bawang putih. Setelah itu, bahan-bahan ini Daun sepulih (Fagraea racemosa jack ex wallich)
di asah dan dicampurkan dengan air limau nipis. mempunyai beberapa khasiat. Dalam masyarakat
Ramuan ini kemudian diminum selama tiga hari Melayu, tumbuhan ini biasanya dikaitkan dengan
iaitu pada waktu pagi. Berikut adalah gambar bunga kegunaannya untuk wanita yang baru melahirkan
melur putih. anak misalnya digunakan sebagai pelapik tungku.
Jika diteliti resdung merupakan sejenis Berdasarkan manuskrip MS 174 , daun sepulih
penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga digunakan untuk merawat demam panas. Caranya
sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. adalah dengan merebus daunnya dan dijadikan
Resdung, juga dikenali sebagai sinusitis/ jangkitan sebagai air mandian kanak-kanak yang demam. Hal
sinus atau rinosinusitis, adalah keradangan pada demikian dinyatakan seperti berikut:
sinus yang menunjukkan gejala/tanda. Tanda dan
gejala yang biasa termasuk lendir tebal dalam hidung, “Sebagai lagi pula rajin ambil daun sepulih dan daun
hidung tersumbat, dan sakit pada muka. Tanda dan saga dan balik angin dan bilangan dan balik sampai dan
gejala lain mungkin termasuk demam, sakit kepala, yasla disakul afiat olehnya kembang basal ambil daun
sagu. Maka jampikan air putih pada tubuh orang sakit
kurang deria bau, sakit tekak dan batuk. Batuk
itu maka lagi daun baron sia-sai dia atau segantang atas
sering lebih teruk pada waktu malam. Komplikasi tubuh nescaya keringlah tubuh tiadalah kembang basal...”
yang serius jarang berlaku. Resdung juga boleh (MS 174: 26).
disebabkan oleh jangkitan, alahan, pencemaran
udara, atau masalah struktur dalam hidung. Hal ini Petikan di atas menerangkan mengenai khasiat
turut dinyatakan dalam MS 174, iaitu akar melur putih daun sepulih. Misalnya, air rebusannya dijadikan
digunakan untuk mengubati penyakit resdung. air mandian untuk anak-anak yang demam panas.
Daunnya dipanaskan dan diletakkan pada bahagian
“Bab dan ini ubat sedung. Dan ambil akar sakti lima dan
dada dan perut untuk merawat malaria dan jenis
akar teratai dan akar tuba lima dan akar melur putih dan
demam panas yang lain. Selain itu, daunnya juga
halia dan bawang merah dan putih dan air limau nipis.
Semuanya asah dan minum sapa tiga pagi insya-Allah dapat dijadikan penawar bisul pada kaki. Caranya
afiat...” (MS 174: 28). adalah dengan menumbuk lumat daun sepulih
kemudian ditempelkan pada tempat berkenaan.
Petikan di atas menunjukkan akar melur putih Untuk merawat kepala yang berasa sejuk, daunnya
digunakan untuk merawat penyakit resdung. dihancurkan dan dicampurkan tembakau kemudian
Caranya adalah dengan menyediakan beberapa dihisap seperti rokok. Selain dari itu, daun dan kulit
156 Akademika 89(Isu Khas)

pokok sepulih direbus lalu air rebusan ini diminum Daun sirih hijau mempunyai banyak khasiat.
sebagai tonik untuk pemulihan selepas demam panas Kandungan zat yang terdapat di dalam daun sirih
dan merawat sakit pada bahagian badan (antara hijau ini menyebabkan sirih hijau sangat dikenali
rusuk dengan pinggul). dalam dunia perubatan tradisional. Daun sirih dapat
mengurangkan batuk, menghilangkan bau badan,
menyembuhkan kesan terbakar, mengubati bisul,
merawat mata yang gatal dan merah, mengelakkan
gusi berdarah, mengubati nafas berbau dan merawat
keputihan.
Manuskrip MS 174 menunjukkan daun sirih
dapat meredakan demam. Hal demikian dinyatakan
seperti berikut:
“Summa bab ini ubat demam. Ambil cira hitam dan
bawang putih dan merah dan limau kapas dan daun jumpa
kurun. Maka perahkan ke dalam hidung afiat olehnya.
RAJAH 2. Daun Sepulih Sebagai lagi ubat demam dan juga kura, ambil sirih
bertemu urat maka surat dengan besi Al-Rahman maka
Sumber: Kajian Lapangan 2017 dibaca ayat...” (MS 174: 27).

SIRIH
Petikan tersebut menjelaskan cara merawat demam
dengan mencampurkan cira hitam dengan bawang
Antara khasiat yang terdapat pada daun sirih (piper putih, bawang merah, daun jumpa kurun dan daun
betle L.) adalah antiseptik, antikulat, mengurangkan sirih bertemu urat. Bahan-bahan ini kemudiannya
radang, meredakan batuk dan menghilangkan gatal. dibacakan ayat Al-Rahman. Hal demikian hampir
Selain itu juga, daun sirih turut digunakan untuk sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat
mengubati bronkitis, batuk, keputihan, hidung Melayu sejak dahulu lagi iaitu menggunakan daun
berdarah, bau badan, ulser, radang mata merah, sirih untuk meredakan demam. Caranya adalah
jerawat dan payudara bengkak. dengan mengambil tujuh helai daun sirih, kemenyan
Daun sirih ada beberapa jenis, iaitu daun sirih sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Bahan-
merah, daun sirih hijau dan daun sirih hitam. Namun bahan ini kemudian digiling halus dan tampalkan
yang popular adalah daun merah dan daun sirih di dahi. Kaedah ini dilakukan dua kali sehari,
hijau. Pada dasarnya, dapat dinyatakan dikatakan dipercayai dapat menghilangkan demam dan sakit
bahawa teknik merebus daun sirih merupakan cara kepala selepas bersalin. Untuk merawat demam
yang paling bagus meskipun di beberapa tempat panas pula, di ambil tiga helai daun sirih kemudian
ditemukan cara dengan kaedah mengunyahnya. diramas ke dalam semangkuk air bersih bersama
Selain bersifat antiseptik, sirih merah juga buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan.
boleh digunakan untuk merawat penyakit diabetes. Ramuan ini dijaramkan pada kepala dan dilakukan
Caranya adalah dengan meminum air rebusan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
daun sirih setiap hari dan ini akan menurunkan
kadar gula dalam darah hingga ke paras normal.
Dibandingkan dengan berbagai-bagai tanaman ubat
lainnya, manfaat rebusan daun sirih dikatakan lebih
banyak. Misalnya, air rebusan daun sirih merah
digunakan untuk mengubati keputihan. Bagi wanita,
keputihan merupakan keadaan yang sangat tidak
menyenangkan. Selain itu, daun sirih juga dapat
merawat penyakit dalam kalangan kaum lelaki iaitu
sifilis. Caranya adalah dengan meminum air rebusan
daun sirih sebanyak tiga kali sehari. Selain daripada
itu juga, air rebusan daun sirih yang dicampurkan
dengan gula batu dapat menyembuhkan gejala
RAJAH 3. Daun Sirih
bronkitis. Caranya adalah dengan meminum air
rebusan tersebut sebanyak dua kali sehari. Sumber: Kajian Lapangan 2017
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu 157

BAWANG PUTIH

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum


merupakan tumbuhan berumpun yang bersiung-
siung, di mana tiap siungnya terbungkus dengan
kulit tipis. Bahan kimia yang terdapat pada bawang
putih ialah sativine dan allicin. Sativine adalah
bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat
pertumbuhan sel. Allicin pula mempunyai khasiat
antibiotik. Bawang putih berfungsi sebagai
antibiotik iaitu memusnahkan bakteria, virus, ameba
dan mikroorganisma berbahaya lain.
Ia juga merupakan antibiotik semula jadi
yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga
ianya mampu memusnahkan sebahagian organisma
RAJAH 4. Bawang Putih
yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling
kuat. Namun, tidak seperti ubat biasa, bawang putih Sumber: Kajian Lapangan 2017
tidak memberikan kesan sampingan berbahaya.
Oleh itu, bagi mereka yang menghidap selesema, HALIA
flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain
yang berjangkit, maka bawang putih baik adalah Halia (Zingiber officinale Roscoe) adalah sejenis
penyelesaiannya. Bagi jangkitan dalam telinga, tanaman purba. Asal usul tanaman halia tidak dapat
minyak bawang putih yang dititik ke dalam telinga dipastikan. Ada yang mengatakan tanaman halia
dikatakan ramuan perubatan yang berkesan. berasal dari dataran Asia Tropika, yang merangkumi
Kebaikan dan kelebihan yang terdapat pada bawang India hingga ke China. Dengan itu adalah dipercayai
putih disebut dalam Kitab Tib MS 174 iaitu: bahawa masyarakat India dan China adalah yang
mula-mula menggunakan halia. Terdapat juga
“Summa bab ini ubat demam. Ambil cira hitam dan kenyataan yang mengatakan halia berasal dari
bawang putih dan merah dan limau kapas dan daun jumpa
Amerika Selatan.
kurun. Maka perahkan ke dalam hidung afiat olehnya”.
Secara tradisional, halia banyak digunakan
“Sebagai lagi ubat demam dan juga kura. Ambil sirih untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit
bertemu urat maka surat dengan besi al-rahman. Maka seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk,
dibaca ayat kursi tiga kali jangan bernafas. Maka kembung perut, tergeliat, bengkak, gatal, muntah,
ditiupkan kepada sirih beri makan dan demikian ubat taun dan cirit-birit. Sebaliknya rizom halia muda
demam...” (MS 174: 23).
digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan
“Mulut busuk ketika berkata-kata sebab banyak basah dan ringan, minuman dan halwa. Halia muda digunakan
jahat penyakit di dalam tubuh. Ubatnya maka ubat ambil kerana serabutnya yang lembut dan halus. Dalam
bawang putih dan juga bawang merah dipinis lumat-lumat manuskrip MS 174, halia antara bahan-bahan yang
keduanya. Maka bubuh air madu maka makan pagi-pagi digunakan untuk membuat ramuan bagi penyakit
sebelum makan apa-apa lagi atau makan sebelum hendak resdung. Hal ini dapat dilihat dalam manuskrip MS
bendar afiat” (MS 174: 28).
174 iaitu:
Berdasarkan petikan tersebut, bawang putih dapat “Dan ini ubat sedung. Dan ambil akar sakti lima dan
merawat demam dan membantu menghilangkan bau akar teratai dan akar tuba lima dan akar melur putih dan
mulut. Hal demikian sama seperti yang diamalkan halia dan bawang merah dan putih dan air limau nipis.
oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu untuk Semuanya asah dan minum sampai tiga kali pagi Insya-
mengatasi masalah tersebut. Caranya adalah dengan Allah afiat. Sebagai lagi ini ubat sedung...” (MS 174: 28).
menghidu bawang putih dan memakan bawang putih
Menurut MS 174, cara untuk menyediakan ubat
setiap pagi dengan madu sebelum sarapan. Bawang
resdung adalah dengan menyediakan beberapa
putih berupaya mencuci darah dan menyingkirkan
bahan herba iaitu akar sakti lima, akar teratai, akar
bahan beracun, termasuk logam berat dari dalam
tuba lima, akar melur putih, halia, bawang merah,
tubuh.
bawang putih dan limau nipis. Bahan-bahan ini
kemudian di asah dan diminum selama tiga hari
iaitu pada waktu pagi.
158 Akademika 89(Isu Khas)

RAJAH 5. Halia RAJAH 6. Bawang Merah


Sumber: Kajian Lapangan 2017 Sumber: Kajian Lapangan 2017

BAWANG MERAH LADA HITAM

Bawang merah selalunya digunakan sebagai perencah Lada hitam (Piper nigrum) merupakan penawar
dan penyedap masakan. Akan tetapi, bawang merah homeopati sejak awal abad ke sembilan belas.
juga bermanfaat bagi kesihatan manusia. Terdapat Walau bagaimanapun, ia bukanlah remedi utama
beberapa khasiat bawang merah untuk kesihatan dalam senarai remedi-remedi homeopati. Salah satu
antaranya adalah untuk mengawal tekanan darah, khasiat yang disebutkan di dalam Utusan Malaysia
menyembuhkan sembelit, menurunkan kolesterol, (9 April 2002) terdahulu ialah kemampuannya
meredakan sakit tenggorokan, menurunkan mengubati pening kepala. Kenyataan yang umum
risiko diabetes, mengurangi risiko gangguan itu memang biasa dengan tabiat merawat yang
hati, mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengidentifikasikan ubat dengan jenis sakit atau
mengatasi buasir. Berdasarkan manuskrip MS 174, penyakit.
didapati tumbuhan bawang merah ini digunakan Tentang kegunaannya sebagai ubat melawaskan
untuk merawat masalah bau mulut. Hal demikian kencing, keterangan simptom dalam perubatan
dinyatakan seperti berikut: homeopati yang boleh membantu menunjukkan
“Faedah ini ubat mulut busuk ketika berkata-kata sebab kesesuaiannya ialah apabila terdapat simptom-
banyak basah dan jahat penyakit di dalam tubuh. Ubatnya simptom berikut iaitu rasa terbakar di dalam
maka akan ubat ambil bawang putih dan juga bawang pundi dan saluran kencing, sukar untuk kencing,
merah dipinis lumat-lumat keduanya. Maka bubuh air ataupun apabila pundi kencing rasa penuh dan
madu, maka makan pagi-pagi sebelum makan apa-apa membengkak. Pesakit mungkin rasa hendak kencing
lagi atau makan sebelum hendak bendar afiat” (MS 174: tetapi kerap kali kencing tidak keluar. Di dalam MS
28). 174, dinyatakan ramuan untuk mengubati penyakit
Petikan tersebut menjelaskan cara merawat masalah resdung dengan menggunakan lada hitam sebagai
mulut berbau adalah dengan mengambil bawang salah satu bahan. Hal ini boleh dilihat di dalam teks
putih dan bawang merah kemudian dipinis lumat- di bawah:
lumat dan dicampurkan dengan madu. Ramuan “Faedah ini ubat siang. Maka ambil akar mantera api
ini dimakan pada sebelah pagi sebelum sarapan. dengan daun dan bunga juga kulit dan lada hitam bawang
Hal demikian sama seperti yang diamalkan merah dan putih dan beli dan jintan hitam lumur pada
oleh masyarakat Melayu dalam penggunaan perut afiat insya-Allah afiat...” (MS 174: 28).
bawang merah iaitu bahan ini boleh dijadikan Petikan di atas adalah cara untuk mengubati sakit
ubat untuk mengatasi masalah bau mulut. Berikut perut, iaitu dengan mengambil akar mantera api,
adalah gambar pokok bawang merah (Allium daun, bunga dan kulit berserta lada hitam, bawang
cepa var. Aggregatum). merah, bawang putih, dan jintan hitam. Untuk
meredakan sakit perut, ramuan ini hendaklah
dilumurkan pada perut.
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu 159

untuk mengubati sakit mulut dan gigi. Kandungan


astringen dalam manjakani juga dapat mengekalkan
kebersihan mulut dan membantu mengawal kulit
kering dan berminyak. Untuk rawatan kronik ulser
amalan meminum minuman manjakani juga boleh
meredakan kesakitan.

RAJAH 7. Lada Hitam


Sumber: Kajian Lapangan 2017

MANJAKANI

Manjakani (Quercus infectoria Oliv)telah digunakan


secara meluas sebagai bahan dalam perubatan
tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang RAJAH 8. Pokok Manjakani
Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia Sumber: Kajian Lapangan 2015
dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM
oleh orang-orang Mesir Purba. LIMAU PURUT
Antara kegunaan lain manjakani dalam
pengubatan adalah untuk petua awet muda. Ini Limau purut (Citrus hystrix) adalah tanaman yang
kerana manjakani mengandungi antioksidan iaitu berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia,
dapat melambatkan proses penuaan sel. Selain itu, Indonesia dan Thailand. Selain berkesan sebagai
ia juga dapat mencegah gejala kencing manis dan penggalak antitumor atau pencegah kanser,
lelah kerana mengandungi asid galik. Selain dari limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci
itu, manjakani dapat mencegah barah payudara dan rambut. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan
rahim kerana mengandungi antioksidan yang tinggi. sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk
Biji manjakani pula dapat merawat otot-otot di penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat
dalam faraj. Selain itu, astringen juga mengecutkan luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta
semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya merangsang peredaran darah.
selepas bersalin. Astringen dalam manjakani juga Selain itu, buah limau purut turut digunakan
boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat. sebagai agen pembersih. Dalam perubatan
Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan, tradisional, air buah limau purut digunakan dalam
ia dapat melawaskan pembuangan air besar. jampi. Ia dipercayai mampu untuk mengalih
Selain itu, manjakani juga berkhasiat membantu semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
menghilangkan sakit gigi dan bengkak mulut. Hal Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat
ini dinyatakan dalam manuskrip MS 174 iaitu: anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang
“Faedah ubat sakit mulut dan gigi dan dalam bahawa pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda
fikat bengkak mulut ubat sebab banyak sejak di dalam alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan
seriranya atau sebab minum airnya yang sejuk itulah. meningkatkan nafsu makan. Selain itu, daun limau
Tatkala sudah mekar maka asah ubat ambil biji kani dan purut boleh digosokkan pada gusi dan gigi bertujuan
katah fuli asah dengan cuka yang masam maka bubuh untuk menyihatkan gigi. Limau purut juga dikatakan
padanya insya-Allah afiat...” (MS 174: 28). dapat memberi kesegaran, keamanan dan melegakan
Berdasarkan petikan tersebut, cara untuk merawat migrain.
sakit mulut dan gigi adalah dengan mengasah buah Dalam MS 174, diceritakan faedah atau kelebihan
manjakani dan dicampurkan cuka. Ramuan ini yang terdapat pada limau purut. Ini disebut di dalam
kemudiannya dibubuh pada kawasan yang sakit. teks iaitu:
Hal demikian sama seperti yang diamalkan oleh “Demikian ubat demam. Ambil daun gedangsa dan limau
masyarakat Melayu dalam penggunaan manjakani [k](p)urut panan dan [d][e]limau kapas diminumnya.
160 Akademika 89(Isu Khas)

Sebagai lagi ubat kura diambil jimpalan cina diminum. Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga
Jika sangat hangat tiada ditahan maka diminum sena[p] didapati di Caribbean, khususnya di Granada.
(f)as pulih hangatnya itu. Disurat lagi ubat kura disurat Hasil dari biji pala ini digunakan sebagai
pada p[i](e)tang”(MS 174: 27). rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis
Petikan tersebut menghuraikan limau purut yang seperti kek dan masakan yang menggunakan susu.
digunakan untuk mengubati demam kura (sekejap Kedua-dua biji buah pala mengandungi minyak
sejuk sekejap panas). Caranya adalah dengan pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Sejenis
meminum air limau purut setiap hari sehingga minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh
sembuh. Berikut adalah gambar limau purut yang dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan
juga dikenali sebagai jeruk Purut (Indonesia), Bai sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan
makrut (Thailand) atau Keiffer lime; Kafir lime minyak wangi. Berikut antara manfaat buah dan
(Inggeris) adalah sejenis tumbuhan yang berasal biji pala bagi kesihatan iaitu:
dari keluarga Rutaceae. 1. Mengurangkan bengkak pada gusi dan
mengubati sakit gigi
2. Menambah darah dan melancarkan peredaran
darah
3. Mengurangkan sakit telinga
4. Menjaga kesihatan mata dan menjernihkan
penglihatan atau pandangan
5. Mengubati masalah susah tidur (insomnia)
6. Mengubati sakit perut
7. Sebagai antioksidan
8. Meringankan sakit kepala dan pening
9. Mengatasi rasa mual
10. Mengatasi masuk angin
11. Penambah tenaga dan stamina
12. Melancarkan sistem pencernaan

Dalam MS 174, di nyatakan tentang khasiat yang


terkandung dalam buah pala seperti berikut:
“Fasal bab ubat lazat kita jamak dengannya perempuan
iaitu pertama kulit kayu manis dan bunga cengkih
dan bunga pahala dan buah dan tahi burung merpati
dan haram tempurung dan kapur barus dan ubat hina
yang iaitu dan tulang [h]ayam hitam dibakar beri ia api
hangu[h](s) mudah kita hendak giling. Beri lumatnya,
maka ambil sudah lumat-lumat dan kita ambil air tawa
RAJAH 9. Limau Purut sedikit [j](c)ampur dengan barang tersebut tadi ambil
kita hendak jimak dengan isteri maka kita sapu di kepala
Sumber: https://www.google.com/ zakar kita Insya-Allah afiat.” (MS 174: 40)
search?q=pokok+limau+purut&tbm
Petikan di atas menjelaskan khasiat buah pala yang
BUAH PALA terkandung dalam MS 174, iaitu digunakan bagi
tujuan hubungan suami isteri. Melalui teks tersebut,
Buah pala (nutmeg) ialah satu jenis tumbuhan tropika cara yang digunakan bagi tujuan ini adalah dengan
yang pokoknya malar hijau. Pokok ini dikatakan menyediakan kulit kayu manis, bunga cengkih,
berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah bunga pala, buah dan tahi burung merpati dan
pala penting untuk dijadikan sebagai rempah. kapur barus. Bahan-bahan ini kemudiannya digiling
Terdapat beberapa produk komersil dihasilkan oleh sehingga lumat. Setelah itu, ramuan ini dicampurkan
pokok pala, iaitu minyak pati, oleoresin tersari, dan dengan sedikit air dan disapu pada zakar sebelum
mentega buah pala. Spesies yang paling penting berhubungan badan. Berikut adalah gambar buah
dari segi perdagangan ialah pokok pala biasa atau pala atau nutmeg (Myristica Fragran).
harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada
Khasiat Herba dalam Kitab Tib Melayu 161

Bahagian-bahagian yang digunakan sebagai ramuan


ubatan dalam manuskrip ini terdiri dari bahan-bahan
tumbuhan iaitu dari pelbagai bahagian misalnya
bahagian akar, daun, buah, bebawang/rizom, bunga,
batang, biji dan air.
Dapat dirumuskan bahawa perubatan
tradisional Melayu merupakan sebahagian daripada
kebudayaan Melayu yang penting. Hal ini kerana ia
membuktikan bahawa orang Melayu sejak zaman
dahulu mempunyai tahap pemikiran yang tinggi
dalam mengkaji kelebihan dan khasiat sesuatu
bahan kandungan yang terdapat dalam flora.
Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh-tumbuhan
herba sememangnya penting dalam perubatan
Melayu. Kesedaran dari segenap lapisan masyarakat
RAJAH 10. Buah Pala untuk menghargai sumber alam semula jadi yang
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Buah_pala menyediakan pelbagai jenis tumbuhan herba. Kitab
Tib merupakan salah satu sumber ilmu Melayu
Penggunaan herba sebagai rawatan alternatif yang wajar diberi perhatian kerana di dalamnya
mendapat sambutan dalam masyarakat dan terkandung berbagai ilmu berkait perubatan
menyumbang terhadap pengembangan bidang herba dan ilmu lain seperti yang telah dijelaskan
perubatan tradisional. Kementerian Tenaga, pada bahagi awal penulisan ini. Dengan adanya
Teknologi Hijau dan Air ( KeTTHA ) meyakini kajian-kajian seperti ini dalam Alam Melayu,
teknologi hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan banyak penyakit dapat disembuhkan dengan asbab
alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap menggunakan bahan semula jadi misalnya; daun,
kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, batang, bunga, akar pokok dan rizom.
serta bebanan kos dalam usaha menangani kesan
negatif daripada pembangunan. Teknologi hijau RUJUKAN
juga berperanan sebagai alternatif dalam usaha
Abdul Ghani Hussain. 2015. MSS 2999 Kitab Tib:
meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan Pandangan dan Tafsiran Perubatan Moden
alam (Karmilah & Jamilah 2014). Secara tidak Terhadap Manuskrip Perubatan Melayu. Kepong:
langsung teknologi hijau ini juga merupakan satu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
cara pelestarian flora yang melibatkan tumbuhan Aishah@Eshah Haji Mohamed. 2013. Perubahan sosial,
herba. kesihatan dan kualiti hidup di Wilayah Metropolitan
Lembah Klang-Langat. Akademika 83(1):11-24.
Aminah Haji Juraimi. 2011. Khasiat tumbuhan. Temu
KESIMPULAN bual, 21 Mac.
Anisah Barakbah. 2007. Ensiklopedia Perbidanan
Penggunaan tumbuhan herba perlu dilakukan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
dengan teliti memandangkan penggunaan tumbuhan Distributors.
yang silap akan mengundang masalah yang serius Ashman Rauf Ahmad. 1968. Senjata Hikmah. Malaysia:
sehingga membawa kepada kematian. Kesejahteraan Sulaiman Press.
diri manusia bergantung kepada keadaan tubuh Che Aniha Che Isahak. 2008. 99 Herba. Selangor: Alaf
21.
badan yang seimbang. Manusia yang bermasalah
Haliza Mohd Riji. 2005. Prinsip dan Amalan dalam
kesihatan akan kehilangan keseimbangan dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
badannya. Dalam hal ini pengubatan dilakukan bagi Universiti Malaya.
memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan Harun Mat Piah. 2014. Kitab Tib MSS 2515 Perpustakaan
seimbang. Dalam keadaan tubuh tidak seimbang Negara Malaysia: Kajian Teks dan Suntingan.
ini juga bukan sahaja pesakit akan mengalami Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
kesakitan pada fizikalnya tetapi ketika itu amat Harun Mat Piah. 2015. Ilmu perubatan Melayu tradisional
mudah badannya diresapi oleh makhluk ghaib dari naskhah-naskhah lama. International Journal of
yang suka mengganggu kesejahteraan manusia. the Malay World and Civilisation (Iman) 3(3): 3-17.
162 Akademika 89(Isu Khas)

Harun Mat Piah. 2017. Kitab Tib Muzium Terengganu: Ong Hean Chooi. 2006. Tanaman hiasan khasiat
Edisi dan Huraian Teks. Kepong: Institut makanan dan ubatan. Kuala Lumpur: Utusan
Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Publication & Distributors.
Indu Bala Jaganath & Lean Teik Ng. 2000. Herbs: The SB Osman. 1997. Herba: Perubatan Komplementari.
Green Pharmacy of Malaysia. Kuala Lumpur: Kota Bharu: Dian Darulnaim.
Vinpress. Siti Fauziah Yusof. 2010. Tumbuhan Ubatan Liar di
John Cammarata M. D. 2000. A Guide to Herbal Sekeliling Anda. Selangor: Ar-risalah Product.
Remedies. Kuala Lumpur: SAM Publishing Sdn. Wendy Hutton. 1998. Tropical Herbs & Spices of
Bhd. Malaysia & Singapore. Singapore: Periplus Editions.
Jurry Foo@Jurry F. Michael, Mustafa Omar, Ahmad Zuraida Mamat. 2011. Herba Berizom. Kuala Lumpur:
Aldrie Amir & Abdul Latiff Mohamad. 2014. Perpustakaan Negara Malaysia.
Faktor kelangsungan pasaran tumbuhan ubatan
di Tamu Pantai Barat Sabah: Satu tinjauan awal.
GEOGRAFIA Malaysian Journal of Society and Siti Fatimah Abd Aziz
Space 10 (2): 115-126. Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu
Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad. 2014. Impak Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
pemerkasaan teknologi hijau terhadap amalan Universiti Kebangsaan Malaysia
pengamal perhubungan awam hijau di Malaysian 43600 UKM Bangi
Green Technology Corporation (GreenTech Selangor, Malaysia
Malaysia). Akademika 84(3):29-39. E-mail: ctfatimah.abdaziz@gmail.com
Kitab Tib MS 174. Koleksi Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Yusmilayati Yunos (corresponding author)
Mohd. Tarmizi Kamson. 2008. Herba Warisan. Kuala Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Mujarabat Melayu. 1883. Pulau Pinang: Percetakan Universiti Kebangsaan Malaysia
Darul Muarif. 43600 UKM Bangi
Nasnan Jajuli. 2013. Herba Berpotensi di Malaysia. Selangor, Malaysia
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. E-mail: yusmila@ukm.edu.my
Ong Hean Chooi. 2004. Buah: Khasiat Makanan &
Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Received: 10 November 2018
Distributors. Accepted: 27 Febuari 2019

Anda mungkin juga menyukai