Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

PROF. MADYA DR. KHAIRUL AZMAN BIN MOHAMAD SUHAIMY


DEKAN PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

SEMPENA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA PERSATUAN


PASCASISWAZAH PENGAJIAN GENERIK UTHM

GOOGLE MEET

9.00 PAGI, 11 SEPTEMBER 2021 (SABTU)

Bismillahirahmanirrahim

Terima kasih kepada Saudara Pengacara Majlis

SALUTASI…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdulillah, marilah bersama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya maka diberi
kesempatan kepada kita semua untuk berkumpul secara atas talian
Google Meet pada hari ini bagi meraikan Majlis Annual Grand Meeting
Pascasiswazah Generik UTHM dan Penyampaian Watikah Pelantikan
Persatuan Baharu.

2. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan merakamkan


syabas dan tahniah kepada semua Ahli Majlis Tertinggi Persatuan
Pascasiswazah Pengajian Generik atau singkatannya (GENERIC
UTHM), yang terdiri daripada para pelajar pascasiswazah Pusat
Pengajian Umum dan Kokurikulum kerana telah berjaya menganjurkan
program ini sekaligus menyempurnakan majlis mesyuarat ini sebentar
sahaja lagi.

3. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahli


Jawatankuasa pelaksana dan semua ahli persatuan atas dedikasi yang
tinggi sehingga mesyuarat ini dapat diadakan pada hari ini. Harapan
saya semoga mesyuarat ini berjalan lancar dengan jayanya.

4. Sesungguhnya, saya amat berbesar hati atas komitmen yang telah


ditunjukkan oleh Majlis Tertinggi GENERIC UTHM untuk menjayakan
mesyuarat ini dengan menghimpunkan jawatankuasa pelajar
pascasiswazah PPUK. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada
barisan Majlis Tertinggi yang telah bertungkus-lumus untuk
menjayakan mesyuarat ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

5. Mengimbas kembali detik awal penubuhan persatuan ini yang


ditubuhkan pada 25 Februari 2021 yang terdiri daripada 36 orang
pelajar pascasiswazah. Bukanlah satu perkara mudah untuk
mewujudkan persatuan baharu dengan jumlah pelajar yang terhad.
Namun, dengan kesungguhan dan dedikasi dari pelajar pascasiswazah
Generik, penubuhan ini berjaya dilaksanakan. Saya amat berbangga
dengan semangat berpasukan yang diterapkan dan diamalkan oleh ahli
jawatankuasa pelaksana. Syabas diucapkan!
6. Dengan tertubuhnya persatuan GENERIK UTHM, maka telah diadakan
Majlis Pelancaran Persatuan GENERIC UTHM dan Penyampaian
Watikah Pelantikan yang bertujuan untuk memperkenalkan GENERIC
UTHM sebagai sebuah persatuan yang mewakili para pelajar ijazah
sarjana dan ijazah kedoktoran yang melanjutkan pengajian di PPUK.
Ia juga bertujuan untuk mengiktiraf tugas dan tanggungjawab wakil
pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi Persatuan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

7. Sebagaimana kita sedia maklum, mesyuarat ini bertujuan untuk


membubarkan Majlis Tertinggi Persatuan GENERIK UTHM serta
melantik Majlis Tertinggi yang baharu. Sejujurnya saya ingin
menzahirkan perasaan yang cukup berbangga dengan pelbagai
program yang dijalankan oleh persatuan ini. Atas usaha dan kerja
keras barisan jawatankuasa persatuan, program akademik berjalan
seiring dengan pengajian pelajar.

8. Sambutan yang cukup memberansangkan membuktikan bahawa


persatuan ini merupakan antara persatuan yang aktif dan berjaya
melaksanakan program-program yang berimpak tinggi. Saya gembira
kerana program-program ini bercirikan penerapan budaya ilmu,
menggalakkan program pembelajaran berterusan dan mementingkan
peningkatan kemahiran untuk semua pelajar. Program yang dijalankan
bukan sahaja untuk pelajar malah pensyarah juga turut serta untuk
menambahkan pengetahuan.

9. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas kesemua program


yang dijalankan dari persatuan. Bermula dari awal pengurusan
program sehinggalah ke akhirnya menunjukkan komitmen dari segi
masa, tenaga dan semangat berpasukan. Pelbagai platform digunakan
untuk menyampaikan maklumat kepada kesemua pelajar agar
program ini mendapat manfaat yang sewajarnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

10. dengan perlaksanaan program yang disediakan sebelum ini diharap


memberi banyak manfaat kepada pelajar untuk menyetai aktiviti yang
disediakan. Selain itu, program-program itu juga dilaksanakan agar
kita dapat menyediakan satu platform bagi menghubungkan dan
merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Saya yakin dengan
komimen dan usaha yang berterusan daripada barisan jawatankuasa
ini kita akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik malah saya
berharap ianya dijadikan garis panduan yang berguna kepada bakal
pemegang jawatankuasa Majlis Tertinggi yang baharu.

11. Untuk membolehkan persatuan ini terus relevan, kepimpinan yang


bijak dan dinamik merupakan antara kunci utama. Ahli yang menerajui
kepimpinan dalam persatuan ini merupakan tonggak pemangkin
perubahan yang berperanan besar bagi membentuk masa depan
persatuan. Justeru itu, komitmen, kreativiti, inovasi dan kebijaksanaan
harus digunakan sebagai pemangkin agar persatuan terus maju.
Setiap pandangan ahli hendaklah dijadikan input ke arah
penambahbaikan dan kecemerlangan persatuan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

12. Saya berharap agar para pemegang ahli jawatankuasa yang baharu
dapat menggalas tanggungjawab yang diberi dengan baik dan
berkualiti. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Majlis Tertinggi persatuan yang telah berusaha untuk
menubuhkan persatuan dan menjayakan kesemua program dengan
jaya. Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh jawatankuasa telah
terbukti dengan pelbagai program yang dilaksanakan dengan jayanya.

13. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima
kasih kepada Majlis Tertinggi GENERIC UTHM di atas jemputan ini.
Saya ucapkan selamat bermesyuarat, semoga pemilihan ahli
jawatankuasa berjalan dengan teratur, adil dan saksama. Saya
berkeyakinan ahli yang dipilih kelak terdiri daripada mereka yang boleh
bekerja sebagai satu pasukan. Kepada mereka yang dipilih,
laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

14. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.
Tanpa sokongan dan kerjasama tuan-tuan, program sebegini tidak
akan boleh dilaksanakan dengan jayanya.
15. Dengan lafaz Bismillahirramnirrahim, saya dengan sukacitanya
melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Persatuan
Pascasiswazah Pengajian Generik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai