Anda di halaman 1dari 12

1.

Ikan

Dipercayai kaum Cina sering memilih ikan sebagai menu utama


semasa makan besar kerana sebutannya dalam bahasa Cina iaitu yú
membawa maksud tuah, kelimpahan dan keuntungan pada tahun
yang mendatang. Kadangkala ayam dan itik juga dihidangkan
sebagai menu tambahan.

Salah satu menu ikan yang popular adalah ikan kukus. Ikan yang
dipilih akan dimasak bersama beberapa bahan penting seperti
bawang merah dan saderi diiringi daun salad, yang mana setiap
bahan yang digunakan juga membawa maksud tertentu.

Ikan kukus memberi makna tuah yang melimpah-ruah. Bawang


merah dan saderi membawa maksud kebijaksanaan, dan daun salad
adalah simbolik kepada kesuburan.

Ikan juga dikatakan membawa maksud lebihan yang masih ada di


hujung tahun. Mereka percaya jika ada lebihan begini, pada tahun
berikutnya lebihan itu boleh digandakan dan menjadi lebih banyak
2. Ladu

Ladu (dumpling) ialah menu klasik Cina yang berbentuk bot dan
bujur yang sering disajikan semasa Tahun Baru, membawa makna
kekayaan.

Menurut lagenda, jika seseorang itu makan ladu dengan banyak


semasa Tahun Baru, maka akan banyaklah juga wang yang akan
diperoleh pada Tahun Baru tersebut.

Ladu mengandungi inti seperti daging cincang dan sayuran yang


dihiris halus dan dibalut dengan doh nipis elastik lalu digoreng,
dibakar, dikukus atau direbus. Inti lain seperti udang yang
dicincang, ikan, isi ayam atau daging juga turut digunakan.

3. Popia
Popia juga antara menu yang sering disediakan. Membawa maksud
kekayaan, popia sebenarnya adalah hidangan dim sum Kantonis
yang berbentuk silinder berintikan sayur, daging atau bahan-bahan
yang manis, yang dibalut dengan doh nipis lalu digoreng hingga
keemasan. Popia merupakan menu yang popular di Timur China.

4. Kek Beras Pulut


Menu lain yang turut disajikan adalah kek beras pulut (niangao).
Menurut kepercayaan kaum Cina, niangao memberi maksud
‘semakin tinggi setiap tahun’.

Tinggi boleh memberi makna kepada peningkatan keuntungan


dalam bisnes atau kualiti hidup yang semakin baik. Antara bahan
utama yang digunakan dalam kek beras pulut adalah beras pulut,
gula, sengkuang Cina, kurma Cina dan daun teratai.

5. Bebola Pulut Manis


Seterusnya menu popular lain adalah bebola pulut manis
(tangyuan), yang membawa maksud kesatuan keluarga. Bentuk
tangyuan yang bulat memberi simbolik keluarga yang berkumpul
dan bersatu.

6. Mi Panjang Umur
Mi panjang umur (longevity noodle) pula dihidangkan bagi
melambangkan kebahagiaan dan umur yang panjang. Kepanjangan
mi dan cara penyediaannya dipercayai adalah simbolik kepada si
pemakan.

Mi ini lebih panjang daripada mi yang biasa dan dibiarkan tidak


dipotong. Kaedah yang digunakan untuk memasak mi ini
termasuklah digoreng atau direbus lalu dimakan bersama sup.

7. Buah-Buahan
Buah-buahan juga tidak ketinggalan dihidangkan semasa makan
besar atau sepanjang Tahun Baru. Buah yang sering dihidangkan
adalah limau, oren dan limau bali kerana bentuknya yang bulat
serta warnanya yang ‘keemasan’ memberi makna kekayaan dan
‘penuh’. Dengan memakan banyak buah-buahan ini juga dikatakan
dapat menjemput lebih banyak tuah dan kejayaan.

Snek turut dihidangkan semasa perayaan ini. Antara makanan yang


menjadi pilihan adalah kurma merah, kacang tanah yang direbus
lalu digoreng, buah longan kering yang dihiris dan dibuat teh, biji
bunga matahari, biji tembikai atau biji labu, gula-gula dan kek
kukus.

Juadah pemanis mulut yang menjadi pilihan pula antaranya kek


span kukus, kuih bebola bijan, doh pintal yang digoreng dan biskut
walnut.

PENGENALAN
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan


dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang
sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi
menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih


bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan
tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut,
dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul
merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh
orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima
belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun
Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Pakaian Tradisional  Masyarakat


Cina
SAMFOO 

membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa


dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju
yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar.
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar.
CHEONGSAM

Sejarah  kehadiran kaum Cina bermula dengan


berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan,
diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran
mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan
corak pakaian tradisional yang kemudiannya
disesuaikan dengan suasana tempatan.
 

Ikon Dan Hiasan


Ikon Makna Ilustrasi

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan.


Sajian berhias yang memaparkan ikan juga
dapat dilihat. Ikan
Ikan melambangkan lebihan atau simpanan
tambahan supaya ada lebih untuk hidup
pada baki tahun. Ikan berpadu dengan
pepatah Cina niánnián yǒuyú (年年有餘).[10]

Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo)


melambangkan wang dan/atau
kemewahan. Jongkong
Jongkong 
berbentuk Yuanbao ini merupakan
perantara pertukaran piawaian di China
zaman silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini


biasanya berbeza daripada tanglung yang
digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan.
Tanglung ini berwarna merah dan selalunya
Tanglung berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang
digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina
untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-
terang, berwarna-warni, dan berbagai-
bagai saiz dan bentuknya.

Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan


ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi
Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-
hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru,
simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun


Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa
pukulan gendang yang kuat dan bunyi
Tarian simbal yang memekakkan serta wajah singa
singa yang menari dengan agresif sekali boleh
mengusir puaka jahat. Tarian singa juga
dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Cai Shen (財神; 财神) merupakan dewa


kekayaan yang disembah orang agar
Cai Shen
memperoleh tuah dan berkat pada malam
Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Anda mungkin juga menyukai