Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya
Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara
kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya
Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,


 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa
yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya
ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

YA ALLAH,

Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan
ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH

berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan
menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu
Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

Ya ALLAH

kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak
kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.
Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah
mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
YA ALLAH

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara
perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini
juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang
cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH

Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya
Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai