Anda di halaman 1dari 5

‫جابتن كماجوان اسالم مليسيا‬

GAYA HIDUP DI DUNIA MEMBAYANGI


AHLI SYURGA ATAU NERAKA
11 APRIL 2008M / 04 RABIULAKHIR 1429H

:‫هلل الْ َقآئِ ِل‬


ِ ‫اَلْحم ُد‬
َْ

َّ ‫َش َه ُد أ‬ ِ ِ
‫َن ُم َح َّم ًدا‬ ْ ‫ك لَ هُ َوأ‬ َ ْ‫َش َه ُد أَ ْن الَ الَ هَ االَّ هللُ َو ْح َدهُ الَ َش ِري‬ ْ‫أ‬
‫ص ِّل َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِّ ِدنَا َو َحبِْيبِنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬ َ ‫َع ْب ُدهُ َو َر ُس ْولُهُ اَللَّ ُه َّم‬
‫اال ْخ َوةُ ال ُْم ْس لِ ُم ْو َن اَِّت ُق ْوا‬
ِ ‫ َفيا أ َُّي َها‬،‫ أ ََّما ب ْع ُد‬.‫َجم ِع ْين‬
َ َ
ِ ِ ‫آلِ ِه وأ‬
َ َ ْ ‫َص َحابه أ‬ ْ َ
.‫اهللَ َح َّق ُت َقاتِِه َوالَ تَ ُم ْوتُ َّن اِالَّ َوأَْنتُ ْم ُم ْسلِ ُم ْو َن‬

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan memperbanyakkan
beramal soleh di samping berusaha menghindarkan daripada dari dosa dan
maksiat. Yakinlah bahawa hanya orang yang bertakwa sahaja yang akan
mendapat rahmat dan kejayaan di akhirat kelak.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khutbah hari ini akan memperkatakan tentang “Gaya Hidup Di Dunia
Membayangi Ahli Syurga Atau Neraka”. Sebagai seorang Muslim kita wajib
mempercayai akan adanya syurga dan neraka yang mana setiap manusia akan
mengalaminya. Orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang
1
ingkar akan ke Neraka. Semua orang Islam yang beriman berkeyakinan
sedemikian.

Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup
dan tingkah laku kita sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli
Syurga atau telah pun tergelincir sebagai ahli Neraka.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,


Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang
selalu diisi dengan amalan soleh iaitu melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan
kebajikan dan melakukan perbuatan yang membawa kebaikan kepada
masyarakat atau manusia umumnya.

Ketahuilah sidang Jumaat sekalian bahawa setiap kebajikan atau


kejahatan yang dilakukan manusia akan dicatat, direkod dan dikumpulkan oleh
Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau
secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Kerana itulah manusia
diberi akal fikiran supai tidak terikut-ikut dengan gaya hidup binatang. Dengan
demikian amat rugilah manusia jika manusia bertingkah laku seperti haiwan.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Mukminun : 115)

Bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya


menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada
kami?.”

2
Dengan demikian kita sebagai manusia yang berakal hedaklah celik akal
dan celik mata supai kehidupan kita selari dengan ajaran Islam dan menjauhi
daripada gaya hidup yang penuh dengan budaya maksiat. Manusia yang bebas
daripada budaya maksiat akan membentuk musyarakah yang bertamadun dan
berintegriti.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi
mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu
tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi memberi sedekah kepada
orang miskin tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan seperti
rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu untuk mengelakkan kita tidak rugi atau menyesal, maka marilah
kita mengambil kesempatan dalam tempoh hidup yang pendek ini kita gunakan
untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan menghindarkan perbuatan
yang merosakkan masyarakat. Sebagai renungan kita perhatikan Hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ش َك َر‬
َ َ‫ ف‬،ُ‫َّره‬
‫َخ‬‫أ‬ ‫ف‬
َ ِ
‫ق‬ ‫ي‬
ْ ِ
‫ر‬ َّ‫ص َن َش ْو ٍك َعلَى الط‬
ْ ‫غ‬
ُ ‫د‬
َ ‫ج‬
َ ‫و‬ ٍ
‫ق‬ ‫ي‬
ْ ِ
‫ر‬ ‫ط‬
َ ِ‫"ب ْينَما ر ُجل يَ ْم ِشي ب‬
َ َ ْ ٌ َ َ َ
".ُ‫ َفغَ َف َرلَه‬،ُ‫اهللُ لَه‬

(Sahih al-Bukhari)

Bermaksud: “Seorang lelaki telah melalui sebatang jalan dan ternampak satu
ranting pokok yang berduri lalu dialihkannya ke tepi. Maka Allah melimpahkan
kasihnya kepada lelaki tersebut dan diberikan keampunan keatasnya.”

Menurut Hadis ini, walaupun menjauhkan sebatang duri daripada tengah


jalan kelihatan mudah tetapi pekerjaan berkebajikan ini dianggap oleh Allah
sebagai satu kebajikan yang besar kerana boleh mengurangkan kesusahan dan
penderitaan manusia sejagat.

3
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Minbar ini mengingatkan janganlah berangan-angan ingin memasuki
Syurga Allah SWT sedangkan usaha dan gaya hidup kita dipenuhi dengan
budaya maksiat. Oleh kerana itu, setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke
Syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal soleh
yang bersungguh-sungguh.

Sebagai persediaan menjadi manusia yang soleh maka kita perlu


mengambil langkah berikut:

Pertama : Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan,

Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan


hak-hak Allah dan hak-hak manusia,

Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu


mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang
melibatkan kepentingan manusia, dan

Keempat : Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampur adukkan


perkara yang halal dan perkara yang haram.

Firman Allah di dalam surah al-Hasyr ayat 20:

Bermaksud: “Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga. Ahli Syurga
merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”

‫ َو َن َف َعنِى َوإِيَّا ُك ْم بِ َما فِ ْي ِه ِم َن‬،‫ان ال َْع ِظ ْي ِم‬ِ ‫بَ ار َك اهلل لِى ولَ ُكم فِى الْ ُق رء‬
َْ ْ ْ َ ْ ُ َ
َّ ‫ َوَت َقبَّ َل ِمنِّى َو ِم ْن ُك ْم تِالَ َوتَهُ إِنَّهُ ُه َو‬،‫ْح ِك ْي ِم‬
،‫الس ِم ْي ُع ال َْعلِ ْي ُم‬ ِ ‫اآلي‬
ِّ ‫ات َو‬
َ ‫الذ ْك ِر ال‬ َ

4
‫س ائِ ِر الْ ُم ْس لِ ِم ْي َن‬ ‫ِ‬ ‫أَ ُق و ُل َق ولِى ه َذا وأَس تغْ ِفر اهلل ِ ِ‬
‫العظ ْي َم ل ْى َولَ ُك ْم‪َ ،‬ول َ‬ ‫َ ْ َ ُ َ َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬
‫الر ِح ْي ُم‪.‬‬
‫اسَتغْ ِف ُر ْوهُ إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر َّ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ‬
‫َوال ُْم ْسل َمات‪َ ،‬وال ُْم ْؤمنِْي َن َوال ُْم ْؤمنَات‪ ،‬فَ ْ‬

‫‪5‬‬

Anda mungkin juga menyukai