Anda di halaman 1dari 15

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN KESIHATAN

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

RUKUN NEGARA i

FALSAFAH PENDIDIKAN ii

KATA PENGANTAR iii

PENDAHULUAN iv

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1


PERALIHAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 7


TINGKATAN 1

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 13


TINGKATAN 2

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 19


TINGKATAN 3

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 26


TINGKATAN 4

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN 34


TINGKATAN 5
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai


perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara

ii
KATA PENGANTAR

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang Guru perlu sentiasa peka terhadap tahap
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran kesihatan murid dengan mengambil kira
yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni kesepaduan ilmu, nilai dan amalan. Pengajaran
dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan pembelajaran dirancang supaya dapat
dan menyediakan murid menghadapi arus melahirkan murid yang bijak menjaga
globalisasi serta ekonomi berasaskan kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
pengetahuan pada abad ke-21.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran ini banyak pihak terlibat terutama guru,
dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai pensyarah maktab dan universiti serta pegawai
aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan Kementerian Pendidikan, dan individu yang
menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun mewakili badan-badan tertentu.
dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid.
Huraian ini diharap akan dapat membantu guru Kepada semua pihak yang telah memberikan
merancang dan melaksanakan pengajaran dan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga
pembelajaran secara berkesan. terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini,
Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
pembelajaran, guru diharap dapat memberi
penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara
belajar, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
masteri, pembelajaran secara kontekstual,
pembelajaran secara konstruktivisme,
pembelajaran akses kendiri dan kajian masa
depan. Di samping itu, nilai murni dan semangat ( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN )
patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Pengarah
Semua elemen ini diharapkan dapat memberi Pusat Perkembangan Kurikulum
keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam
kehidupan harian dan dunia pekerjaan

iii
PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDAHULUAN

Matlamat Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan disusun mengikut
meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap tiga tunjang utama iaitu :
positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. 1. Kesihatan Diri dan Keluarga
Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan
Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses
berterusan.
Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan menekankan amalan Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
gaya hidup yang sihat. Pendekatan yang dicadangkan bagi kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.
mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui peningkatan
pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi: 2. Gaya Hidup Sihat
Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti
x Penglibatan murid secara penghayatan ilmu kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah
x Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat laku berisiko secara berterusan.
x Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik,
sebagai bukti pembelajaran pengurusan stres, kemahiran merancang,
pemakanan, penyalahgunaan bahan dan
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan pencegahan penyakit.

Selain dokumen Sukatan Pelajaran, guru juga perlu 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
merujuk kepada dokumen Huraian Sukatan Pelajaran. Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara
mengandungi perincian kurikulum untuk Kurikulum berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahap I dan II serta Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). berjangkit, keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.

iii
PENDIDIKAN KESIHATAN

Kandungan Buku Ini

Buku ini mengandungi objektif dan perincian kurikulum Lajur Bidang/Unit Pembelajaran merangkumi tajuk dan
Pendidikan Kesihatan untuk sekolah rendah. subtajuk yang terdapat pada setiap tunjang pembelajaran.
Guru boleh menambah tajuk di mana perlu mengikut
Objektif bagi setiap tahun diberi untuk membantu guru kesesuaian murid, alatan, dan persekitaran.
merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
ini dengan lebih tepat dan berkesan. Lajur Hasil Pembelajaran mengandungi tiga aras iaitu Aras
1, 2 dan 3.
Perincian kurikulum untuk setiap tahun dipersembahkan x Aras 1 adalah aras yang paling mudah dan dapat
mengikut tiga lajur seperti berikut : dilakukan oleh semua murid
x Aras 2 adalah pemeringkatan dari Aras 1 bagi
sesetengah murid.
Bidang Hasil Cadangan Aktiviti x Aras 3 pula adalah aras yang tinggi, lebih sukar dan
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri untuk murid yang
mempunyai kadar pembelajaran yang lebih cepat.

Setiap murid mesti menguasai hasil pembelajaran pada


Aras 1. Bagi murid yang mempunyai kebolehan dan
keupayaan adalah digalakkan untuk menguasai Aras 2 dan
Aras 3. Setiap aras yang dilalui oleh murid menunjukkan
tahap kemampuan seseorang murid dan kreativitinya.

Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran ini boleh dirujuk oleh


guru bagi mencapai hasil pembelajaran. Guru juga boleh
mencadangkan aktiviti pembelajaran lain atau menambah
aktiviti mengikut kebolehan murid.

iv
PENDIDIKAN KESIHATAN
Cadangan Taburan Tajuk dan Waktu Pengajaran

TAHAP I/ TAHAP II/ *KEL. TINGKATAN


TUNJANG TAJUK TAHUN TAHUN PER.
PEMBELAJARAN 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5
WAKTU PENGAJARAN

Kesihatan Diri 12 12 12 6 6 6 6 6 6 6 5 5

Kesihatan Diri dan Keluarga Perasaan 6 6 6 2 2 - - - - - 2 2

Kekeluargaan 10 10 10 3 3 3 3 3 3 3 2 2

Pemakanan 6 6 6 3 3 3 3 4 4 4 4 4

Gaya Hidup Sihat Pengurusan Konflik dan Stres - - - - - 2 2 2 2 2 2 2

Penyalahgunaan Bahan 3 3 3 2 2 2 2 2 2 2 2 2

Keselamatan 5 5 5 2 2 2 2 4 4 4 4 4

Kebersihan dan Keselamatan


Persekitaran Penyakit Berjangkit - - - 4 3 4 4 - - - - -

Pertolongan Cemas - - - 2 3 2 2 3 3 3 3 3

Jumlah 42 42 42 24 24 24 24 24 24 24 24 24

* KEL. PER. : Kelas Peralihan

Nota : Cadangan agihan masa di atas boleh dijadikan rujukan untuk merancang rancangan tahunan mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan

v
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5

OBJEKTIF AM

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 5, murid dapat :

1. Mengetahui tujuan pemeriksaan kesihatan berkala untuk menjaga kesihatan diri;

2. Memahami akibat perlakuan seks sebelum kahwin;

3. Menjelaskan implikasi isu-isu kekeluargaan;

4. Memahami fungsi vitamin dan mineral serta kesan pengambilan nutrien tambahan yang berlebihan;

5. Menjelaskan cara-cara menguruskan stres;

6. Memahami akta dan undang-undang dadah di Malaysia;

7. Mengetahui barangan dan alatan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri; dan

8. Menunjuk cara dan mengaplikasikan cara memberi bantu mula kepada mangsa yang patah, keracunan dan lemas.

34
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5

TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

CADANGAN AKTIVITI
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1. Kesihatan Diri. Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi


Pemeriksaan fizikal dan klinikal secara Murid dapat : mencapai hasil pembelajaran. Guru juga
berkala dapat membantu dan mengesan boleh mencadangkan aktiviti pembelajaran
masalah kesihatan bagi mengekalkan ARAS 1 lain mengikut kebolehan murid.
kesihatan. x Menyatakan jenis-jenis pemeriksaan /
(a) Saringan kesihatan: ujian dalam saringan kesihatan. x Menyediakan folio murid.
(i) Ujian tekanan darah x Menyatakan taraf kecergasan dan
(ii) Ujian air kencing makanan berkhasiat yang boleh x Merujuk pelbagai media.
(iii) Ujian Elektrocardiogram(E.C.G.) meningkatkan kesihatan diri.
(iv) Ujian mengesan kanser payu x Menyediakan poster.
dara. ARAS 2
(v) Ujian pap smear x Menjelaskan faedah melakukan x Melawat klinik kesihatan dan pusat
saringan kesihatan. kecergasan.
(b) Permasalahan fizikal: x Mengenalpasti pemilihan aktiviti
(i) obesiti kecergasan dan makanan yang dapat
(ii) cacat meningkat dan mengekalkan tahap
(iii) keluarbiasaan postur kesihatan.
(iv) keluarbiasaan orthopedik
(v) jerawat ARAS 3
x Menghubungkait sains dan kemajuan
(c) Penjagaan kesihatan: teknologi kecergasan dan makanan
(i) taraf kecergasan yang dapat meningkat kesihatan dan
(ii) pemakanan kecergasan.

34
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
CADANGAN AKTIVITI
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

2. Perasaan. Murid dapat:


Perubahan perasaan yang dialami oleh
seseorang mestilah dihadapi dengan ARAS 1
bijak. x Menyatakan cara-cara menangani x Perbincangan dalam kumpulan.
masalah emosi remaja.
Memahami perasaan x Menyatakan faktor-faktor luaran yang x Lakonan.
(i) Cara-cara menangani masalah mempengaruhi perasaan remaja.
emosi x Main peranan.
x Luahan perasaan ARAS 2
x Kaunseling x Membincangkan cara-cara mengatasi
x Aktiviti riadah masalah emosi remaja.
x Rawatan pakar
ARAS 3
x Menunjuk cara membantu dan empati
kepada rakan yang bermasalah emosi.
3. Kekeluargaan.
Institusi kekeluargaan akan tergugat ARAS 1
akibat daripada timbulnya isu x Perbincangan dalam kumpulan.
x Menyenaraikan faktor yang boleh
kekeluargaan seperti masalah
menggugat ketenteraman keluarga.
perkahwinan dan pengabaian tanggung - x Kajian kes.
x Menyenarai risiko yang mungkin dihadapi
jawab ibu bapa.
akibat seks di sebelum nikah.
Perlakuan seks sebelum kahwin boleh x Menyediakan folio murid.
menyebabkan gangguan fizikal dan x Mengenal pasti akibat seks tidak normal.
emosi yang berpanjangan. x Menyaksikan kes-kes perceraian.
ARAS 2
(a) Isu kekeluargaan x Membincangkan tindakan yang boleh
(i) Perkahwinan: diambil untuk mengatasi isu-isu
x Poligami perkahwinan.
x Perceraian
x Membincang implikasi perselisihan
faham, poligami dan perceraian ke atas
keluarga.

35
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
CADANGAN AKTIVITI
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

(ii) Keibubapaan: ARAS 3


x Pengabaian x Menilai akibat isu kekeluargaan dan seks
x Keganasan tidak normal terhadap kesejahteraan
x Sumbang muhrim masyarakat.

(b) Akibat seks tidak normal:


(i) Definisi
x Hubungan sejenis
x Berbilang pasangan
x Biseksual

(c) Seksualiti
(i) Akibat seks sebelum nikah:
x mengandung
x keruntuhan moral
x mencemarkan nama baik
keluarga
x masa depan yang gelap
x mengulangi perbuatan
terkutuk
x pembuangan anak
x penyakit STD (kelamin)
x HIV/ AIDS

36
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT

BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Pemakanan
Nutrien tambahan terdapat dalam dua Murid dapat:
bentuk iaitu semulajadi dan sintetik.
Fungsinya membantu mengekalkan ARAS 1
kesihatan optimum. x Menyatakan sumber-sumber vitamin x Menyediakan poster.
dan mineral dalam makanan.
(a) Nutrien tambahan x Menyediakan folio murid.
(i) Vitamin ARAS 2
(ii) Mineral x Menerangkan fungsi vitamin dan x Perbincangan dalam kumpulan kecil
mineral. tentang zat makanan tambahan.
(b) Kesan pengambilan nutrien
tambahan berlebihan ARAS 3
x Membincangkan kesan pengambilan
nutrien tambahan yang berlebihan.

2. Pengurusan Konflik dan Stres ARAS 1


Stres boleh berpunca daripada kurang x Menyatakan perkara-perkara bagi x Perbincangan dalam kumpulan kecil.
bersedia menghadapi alam dewasa. persediaan menghadapi alam dewasa.
x Menyediakan laporan ringkas berkaitan
(a) Persediaan menghadapi alam ARAS 2 dengan pengurusan stres.
dewasa x Menjelaskan punca stres dalam
(i) Definisi alam dewasa menghadapi alam dewasa. x Ceramah pakar remaja.
(ii) Punca stres menghadapi
alam dewasa ARAS 3
(iii) Cara mengatasi x mengenal pasti cara mengatasi stres
dalam menghadapi alam dewasa.

37
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3. Penyalahgunaan bahan Murid dapat:


Akta dan undang-undang mengenai
dadah di Malaysia diadakan bagi ARAS 1
membendung kegiatan dadah daripada x Menyatakan akta dan undang-undang x Perbincangan dalam kumpulan kecil.
berleluasa. dadah di Malaysia.
x Menggunakan rujukan pelbagai media
(a) Akta dan undang-undang dadah di ARAS 2 berkaitan dengan akta dan undang-
Malaysia x Menerangkan kesalahan dan hukuman di undang dadah di Malaysia.
bawah akta dan undang-undang dadah di
(b) Peruntukan dalam akta Malaysia. x Merujuk buku Akta Undang-undang
Dadah di Malaysia.
ARAS 3
x Membuat inferens penguatkuasaan akta x Forum.
dan undang-undang dadah di Malaysia.

38
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
JANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Keselamatan Murid dapat:


Pengguna berhak mendapatkan
barangan dan perkhidmatan pada harga ARAS 1
yang berpatutan. x Mengenal pasti barangan dan x Perbincangan dalam kumpulan kecil.
perkhidmatan kesihatan mengikut
(a) Kepenggunaan dan perkhidmatan keperluan diri. x Ceramah kepenggunaan.

(i) Barangan dan alatan ARAS 2 x Hari pengguna di sekolah.


x Hak-hak pengguna x Menjelaskan kriteria barangan dan
perkhidmatan mengikut keperluan diri.

ARAS 3
x Membincang peranan diri dalam
menentukan hak sebagai pengguna.

2. Pertolongan cemas ARAS 1


Bantu mula adalah rawatan awal yang x Menyatakan prosedur bantu mula bagi x Menunjuk cara.
diberikan kepada mangsa yang cedera patah, keracunan, tercekik dan lemas.
seperti patah, keracunan ,lemas dan x Menyediakan folio individu berkaitan
tercekik. ARAS 2 dengan bantu mula.
x Menerangkan jenis rawatan bagi patah,
(a) Bantu Mula keracunan, tercekik dan lemas. x Kajian kes.
(i) Patah
(ii) Keracunan ARAS 3 x Menonton video.
(iii) Tercekik x Menganalisis jenis rawatan bantu
(iv) Lemas mula yang diperlukan bagi patah, x Folio.
keracunan dan lemas.
x Menunjuk cara prosedur bantu mula bagi
patah, keracunan, tercekik dan lemas

39

Anda mungkin juga menyukai