Anda di halaman 1dari 11
BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 MAKLUMAT DAN RUJUKAN TAMBAHAN 1.1.1 PERATURAN KESELAMATAN Pengurusan keselamatan yang baik dan bersistematik dapat mengelakkan kemalangan dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi. Kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian atau kejadian di luar jangkaan, Oleh itu semua murid perlu mengutamakan keselamatan yang telah ditetapkan di dalam Bengkel RBT. UTAMAKAN KESELAMATAN SAFETY FIRST O09 BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Kemalangan boleh dielakkan dengan cara mematuhi peraturan: a. Peraturan Keselamatan Diri: Pastikan rambut Nk Pca N pre ai cree Rr) Penne net ery ke dalam api Bone enc Reston IVES cunt i Poetics leher ke dalam \ ke dalam apron \ Cie CUCL Uy NN Per Bei Patuhi semua rrr Ponte) cmon ad Por GEC Por Gee OE Ea cae b. Peraturan Keselamatan Bengke 1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru. 2. Dilarang membawa beg ke dalam bengkel. 3. Pastikan semua pintu dan tingkap terbuka supaya bengkel mempunyai cahaya yang cukup dan pengudaraan yang balk. 4, Minta kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan dan bahan. 5. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan cermat 6. Beritahu guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan. 7. Bersihkan tempat kerja dan bengkel setelah selesai, ‘melakukan aktiviti 8. Bersihkan dengan segera jika terdapat sebarang tumpahan dilantai ‘9. Matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 c. Peraturan Keselamatan Peralatan dan Bahan Peraturan Peralatan dan Bahan 4. Gunakan alatan dan bahan mengikut prosedur. y 2, Gunakan bahan dengan bethemah dan cermat. 3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan ‘simpan di tempat yang betul. 4, Beritahu guru jika berlaku kerosakan atau I kehilangan alatan. Thinner 5, Dilarang menggunakan bekas bahan beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar untuk dijadikan bahan projek. 6. Minta bantuan guru jika terdapat sebarang keraguan ketika menggunakan alatan dan bahan semasa membuat aktiviti Kit alatan t stata fangan Syelek Renee nae Uk Ee Panel alatan tangan BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.2 SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN Tidak Dibenarkan Merokok Kawasan yang dilarang untuk merokok. Bahan Beracun Bahan yang dilabel dengan simbol ini dikategorikan sebagai racun kerana ia menyebabkan kemudaratan atau kematian. Alat Pemadam Api Alat pemadam api berfungsi sebagai langkah memadam dan mengawal kebakaran kecil Bahan Mudah Terbakar Bahan yang mudah terbakar apabila terkena percikan api Lantai Licin Murid perlu berhati- hati masa menggunakan kawasan ini BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Tanda Keluar Tanda untuk menunjukkan laluan keluar daripada bengkel. Utamakan Keselamatan Tanda peringatan kepada pengguna bengkel supaya sentiasa mengutamakan keselamatan. 10 BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.3 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN DI BENGKEL Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja sama ada sengaja atau tidak sengaja. Antara kemalangan yang biasa berlaku di dalam bengkel ialah luka ringan akibat terkena benda tajam dan renjatan elektril, Guru dan murid perlu sentiasa bersedia sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. Antara langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel ialah seperti berikut: 1. Cara Merawat Luka Ringan Bersinkan luka dengan antiseptik. ‘Sapukan luka dengan iodin Balutkan luka dengan kain kasa (gauze) dan plaster. a BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel. 2. Cara Merawat Mangsa Renjatan Elektrik 1 2. Matikan suis utama bekalan elektrik. Pisahkan mangsa dari punca kejutan Jangan menyentuh mangsa. dengan menggunakan kayu kering atau tali kering. 3. Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan berudara. Kemudian longgarkan pakaiannya, s Beri bantuan pernafasan sekiranya perlu. Dapatkan bantuan daripada anggota perubatan 2 BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Alatan Bantuan Kecemasan Sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel, murid perlu tahu di mana peti pertolongan cemas diletakkan. Peti pertolongan cemas perlu ada dalam setiap bengkel RBT. Ini penting bagi persediaan sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel. Antara bahan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas ialah: EMERGENCY FIRST AID KIT PETI PERTOLONGAN 1. Peti pertolongan cemas digunakan untuk merawat luka atau kecederaan ringan, 2. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan senang untuk digunakan, 3, Peti pertolongan cemas perlu mempunyai ubat- ubatan, bahan rawatan luka dan kecederaan seperti a b, 9. Ubat luka lodin Kain pembalut luka Kapas Kain anduh Gunting Plaster 4, Murid perlu mendapat nasihat dan panduan guru sebelum menggunakan ubat-ubatan dan bahan rawatan. B BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 1.1.4 AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL CADANGAN AKTIVTI Hot Seating (Kerusi Panas) PAK 21 Guru dan murid akan berbincang berkenaan amalan kebersihan bengkel dan penyelenggaraan alatan. i. Kebersihan Bengkel Bengkel yang bersih dan teratur dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Kerja pembersihan bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar berpandukan jadual tugas murid, Apakah yang akan berlaku sekiranya bengkel dibiarkan bersepah? Bincangkan amalan kebersihan di bengkel mengikut gambar A dan gambar B. Gambar A Gambar B BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 Peralatan dan bahan menjahit ii, Penyelenggaraan Peralatan Semua peralatan perlulah disenggara dan dijaga supaya dalam keadaan baik, tahan lama serta mudah di ambil apabila diperlukan a, Menyelenggara Pen 3D (3 Dimensi) Bersihkan bahagian tip pen 3D dengan menggunakan span basah. Buang lebihan bahan mencetak daripada lubang pen 3D. Simpan pen 3D di dalam bekas yang disediakan. Peringatan: Bahan mencetak perlu disimpan di tempat kedap udara untuk menjamin jangka hayat bahan mencetak tersebut. b. Menyelenggara Gunting 1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus yang sesuai 2. Bersihkan gunting dengan kain atau dengan berus. 3, Sapu gunting dengan sedikit minyak pelincir bagi melindunginya daripada berkarat dan melincirkan bahagian yang bergerak. 4, Simpan gunting pada panel alatan 15 BUKU PANDUAN PENGAJARAN KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4 ¢. Membersihkan Pisau Cuci pisau dengan segara setelah digunakan Basuh dengan air sabun menggunakan span lembut. Bilas dan lapkan sehingga kering. Simpan di tempat yang disediakan 1.1.6 RUMUSAN KESAN MENGABAIKAN AMALAN KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL PUNCA, KESAN Masuk bengkel tanpa kebenaran guru. Murid mungkin akan tercedera semasa menggunakan alatan tanpa pengawasan guru Membawa beg masuk ke dalam bengkel Ruang kerja akan menjadi sempit dan aktiviti sukar dilakukan. Membawa keluar alatan daripada bengkel. Alatan akan hilang dan rosak Bermain dan bergurau di dalam bengkel Murid akan mengalami kemalangan dan kecederaan. Guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan isu sekiranya murid mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel. Mendokumentasi keselamatan dan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi ialah proses merekodkan semua perkara atau maklumat berkaitan dengan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. Dalam dokumentasi juga boleh dicatatkan berkenaan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi boleh dibuat dalam bentuk Slide pembentangan, fail atau buku skrap. 16

Anda mungkin juga menyukai