Anda di halaman 1dari 2

Selasa 28 September 2021

Laporan Lawatan Ke Muzium Negara

Pada 25 September 2021,yang lalu, Persatuan Sejarah telah mengadakan


lawatan sambil belajar ke Muzium Negara Kuala Lumpur. Sebanyak 30 orang murid
dan 5 guru penasihat telah menyertai lawatan ini.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat kesan-kesan sejarah dan


khazanah bangsa. Selain itu, lawatan ini diharap dapat menambahkan pengetahuan
dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan ahli.

Rombongan kami bertolak dari pekarangan sekolah pada pukul 7.00pagi


dengan menaiki bas yang disewa khas. Semua peserta rombongan kelihatan
sangat gembira.

Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 9.00pagi. Ketibaan kami disambut
oleh pegawai bertugas, Encik Hadif bin Hisyam. Beliau memberi taklimat ringkas
kepada kami semua. Setelah itu, beliau membawa kami melihat bahan-bahan
sejarah sambil memberi penerangan tentang sistem pemerintahan beraja, peralatan
dan senjata tradisional masyarakat Melayu terdahulu.

Sebelum pulang, kami mengambil gambar di sekitar muzium sebagai


kenang-kenangan. Kami bertolak pulang pada pukul 5.00 petang. Kami gembira
kerana memperoleh pelbagai maklumat tentang sejarah negara.

Pada tahun hadapan, persatuan merancang untuk mengadakan lawatan ke


muzium lain pula.

Laporan disediakan oleh, 28 SEPTEMBER


2021

Puvaniswary
(PUVANISWARY NADARAJAN)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Cheng.

Anda mungkin juga menyukai