Anda di halaman 1dari 2

EBOLA

Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang
menyerang manusia disebabkan oleh virus Ebola. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan
dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit
dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan
kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan
pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas
merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku
dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas
dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak dan sakit kepala. Kebiasaanya diikuti rasa loya,
muntah-muntah dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada Ketika
ini, sesetengah orang mengalami masalah pendarahan.

Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan
wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. Pada tanggal 28
Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang
mangsa telah disahkan meniggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6
kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan
sehingga sekarang.

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang
sangat berbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini dikenal pasti sangat cepat
menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak
lambakan setinggan dan Kawasan fakir miskin. System perkhidmatan perubatan ternyata
sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.
Virus tersebut mungkin dijangkiti melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan
binatang yang dijangkiti (kebiasaanya monyet atau keluang). Penyebaran melalui udara
belum pernah didokumenkan dalam persekitaran semula jadi. Keluang dipercayai membawa
dan menyebarkan virus tersebut tanpa dijangkiti. Apabila jangkitan manusia berlaku,
penyakit ini boleh merebak di kalangan manusia. Penakat lelaki mungkin boleh menyebarkan
melalui air mani selama hamper dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit-
penyakit lain yang mempunyai gejala yang serupa seperti malaria, taun dan lain-lain demam
berdarah viral terlebih dahulu dikecualikan. Untuk mengesahkan diagnosis sampel darah diuji
untuk antibody viral, RNA viral, atau virus itu sendiri.

Pencegahan termasuklah mengurangkan penyebaran penyakit dari monyet atau babi


yang dijangkiti kepada manusia. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa haiwan itu bagi
jangkitan dan membunuh serta melupuskan bangkai-bangkai dengan betul jika wabak
tersebut ditemui. Memasak daging semasaknya dan memakai pakaian perlindungan apabila
mengendalikan daging juga dapat membantu, seperti memakai pakaian perlindungan dan
mencuci tangan apabila berada di sekitar orang yang menghidapi penyakit tersebut. Sampel
cecair badan dan tisu penghidap penyakit Ebola perlu ditangani dengan amat berhati-hati.

Tiada rawatan khusus untuk penyakit Ebola, usaha untuk membantu orang-orang
yang dijangkiti termasuklah sama ada dengan memberi terapi rehidrasi oral (air yang sedikit
manis dan masin untuk diminum) atau cecair intravena.

(472 patah perkataan)

Rujukan

1. https://www.aljazeera.com/program/episode/2014/3/29/ebola-how-far-
away-is-a-cure/
2. https://www.who.int/en/news-room/fact-sheets/detail/ebola-virus-disease
3. https://ec.europa.eu/commission/presscorner/detail/en/IP_14_345
4. https://news.un.org/en/story/2014/03/464972-un-agency-urges-vigilance-
amid-ebola-outbreak-guinea-sierra-leone-and-
liberia#.UzX25_iPHwk.twitter

Anda mungkin juga menyukai