Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Difteria ialah penyakit akut dan berjangkit yang bercirikan pembentukan membran

didalam tekak dan penyerapan eksotoksinnya menyebabkan kerosakan otot jantung dan tisu-

tisu saraf. Agen penyebabnya adalah ‘corynebacterium diphtheriae’ yang mengeluarkan

toksinnya yang menyebabkan nekrosis pada sel epitelium. Penyakit ini menyerang ‘upper

respiratory tract’ terutamanya pada kanak-kanak.

Jangkitan merebak melalui titisan secara langsung atau secara tidak langsung. Penyakit

ini kerap menyerang kanak2 berumur 1 hingga 5 tahun, dan menyerang pesakit yang selepas

menjalani pembedahan hidung dan tekak. Penyakit ini juga berkaitan dengan penduduk

beriklim panas dan kedudukan ekonomi sosial yang rendah. Tempoh pengeraman adalah

pendek iaitu 2-5 hari. Tempoh berjangkit dari mula dijangkiti hingga 2-3 minggu.

Cara bakteria corynebakterium diphteria ini menyerang adalah dengan menjangkiti

permukaan tonsil dan tekak. Kemudiannya menghasilkan toksin dan menyebabkan nekrosis

keatas tisu-tisu epithelium. Diikuti dengan pembentukan membran dimana didalam membran

ini bakteria terus membiak dan menghasilkan lebih banyak toksin. Toksin yang dihasilkan

menyerap ke dalam peredaran darah dan menetap didalam otot-otot jantung dan tisu-tisu saraf

dan akhirnya menyebabkan komplikasi

Simptom-simptom penyakit ini adalah demam yg sederhana, keadaan tidak bermaya

(malaise),sakit kepala dan sakit tekak, tarkikardia, nodus limfa membengkak dan sakit,

pemeriksaan kaviti oral menunjukkan membran putih kekelabuan,serta halitosis yang ketara.

Membran ini akan melekat pada permukaan yang mengalami inflamasi tersebut. Membran ini

boleh merebak hingga uvula,farinks dan seterusnya larinks. Pada peringkat larinks dijangkiti

(laryngeal diptheria) suara serak,batuk & dispnea akan kelihatan.

1
PERNYATAAN MASALAH

2
PENCARIAN LITERATURE

Pada 1878, anak Ratu Victoria, Puteri Alice dan keluarganya dijangkiti olehnya


menyebabkan dua kematian, Puteri Marie dan Puteri Alice sendiri.

Pada 1920-am terdapat sekitar 100,000 hingga 200,000 kes sifteria setiap tahun di Amerika
Syarikat, menyebabkan 13,000 hingga 15,000 kematian setiap tahun.[5] Kanak-kanak
merupakan bilangan pesakit dan kematian terbesar. Satu daripada wabak diphtheria terkenal
merupakan di Nome, Alaska; penghantaran serum pelalian 1925 ke Nome bagi penghantaran
antitoksin diphtheria kini diraikan sebagai "Perlumbaan Agung Ehsan ("Great Race of
Mercy")".

Salah satu rawatan pertama yang berkesan bagi diphtheria dijumpai pada 1880-an oleh doktor
U.S. Joseph O'Dwyer (1841–1898). O'Dwyer membangunkan tiub yang dimasukkan ke
dalam leher, dan menghalang mangsa dari tercekik akibat sarung selaput yang tumbuh pada
dan menutupi saluran udara. Pada tahun 1884 Friedrich Loeffler menjumpai organisma punca
(Corynebacterium diphtheriae.) Pada tahun 1890-an, doktor Jerman Emil von
Behring membangunkan antitoksin yang tidak membunuh bakterium, tetapi meneuteralkan
racun toksin yang dibebaska oleh bakterium kedalam tubuh. Von Behring mendapati bahawa
darah haiwan memiliki antitoksin dalamnya dan dia mengambil darah, menyingkir agen
pembekuan dan menyuntiknya ke dalam pesakit. Von Behring diberi anugerah Hadiah
Nobel pertama dalam Perubatan bagi peranannya dalam jumpaan tersebut, dan pembangunan
rawatan serum bagi difteria. (William H. Park dari Amerika dan Anna Wessels Williams; dan
ahli sains Institute Pasteur Emile Roux dan Auguste Chaillou turut secara bebas
membangunkan antitoksin difteria pada tahun 1890-an.) Vaksin berjaya pertama bagi difteria
dibangunkan pada tahun 1913 oleh Behring. Bagaimanapun, antibiotik bagi diphtheria tidak
ada sehingga jumpaan dan pembangunan dadah sulfa.

Ujian Schick, dicipta antara 1910 dan 1911, merupakan ujian bagi menentukan samaada
seseorang lemah atau tidak kepada jangkitan difteria. Ujian ini dinamakan sempena
penciptanya, Béla Schick (1877–1967), doktor bayi Amerika kelahiran Hungary. Kempen
besar-besaran lima tahun diselaras oleh Dr. Schick. Sebagai sebahagian daripada kempen
tersebut, 85 juta kepingan risalah diedarkan oleh Syarikat Insurans Metropolitan Life dengan
rayuan kepada ibubapa bagi "Selamatkan anak anda dari diphtheria." Vaksin dibangunkan
dalam dekad berikut, dan kematian mula menurun dengan banyaknya pada tahun 1924.

3
PENEMUAN/PROSEDUR

Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya
secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan
masalah menelan ("disfagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang
termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak
menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit
mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu" (bull neck). Kes ini
biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin
mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas
("takikardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan
darah rendah  mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria
termasuk kardiomiopati [2] dan neuropati periferi (sensory type).[3] Bentuk luka difteria sering
kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria
bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

4
PERBINCANGAN/HUJAH

DIFTERIA

 Difteria merupakan sejenis jangkitan bakteria yang menjejaskan lapisan mukosa


bahagian tekak dan hidung. Jangkitan membawa maut ini juga mudah berjangkit.
Namun demikian difteria boleh dicegah menerusi suntikan vaksin. Kanak- kanak
merupakan golongan paling mudah terdedah dengan penyakit ini terutamanya yang
belum mendapat vaksinasi DTaP.
 Selain itu, orang tua yang dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas juga berisiko
tinggi untuk dijangkiti difteria disebabkan sistem imun mereka yang lemah pada usia
yang lanjut.

KOMPLIKASI

Penyakit difteria ini sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh membawa kepada banyak
komplikasi yang membahayakan. Antara komplikasi yang dimaksudkan ialah seperti:

 ‘Myocarditis’. Ini merupakan sejenis keradangan pada otot jantung.


 ‘Paralysis’. Ini akan menyebabkan anggota badan yang terjejas hilang upaya
pergerakkan
 Kerosakan ginjal

Komplikasi yang berikutan sangat berbahaya dan merupakan kes kecemasan yang
memerlukan rawatan segera.

TANDA-TANDA DIFTERIA

Terdapat beberapa gejala difteria yang harusnya dikenal pasti supaya dapat dikesan dengan
awal dan diberi keutamaan dalam rawatan. Antara tanda berikutan penyakit difteria ialah
seperti:

 Demam
 Menggigil kesejukan
 Kelenjar bengkak pada bahagian leher
 Batuk yang kuat dan seolah-olah seperti menyalak
 Sakit kerongkong

5
 Kulit menjadi kebiruan
 Air liur meleleh
 Selaput berwarna kelabu yang terlekat pada lelangit, lidah atau tonsil

RAWATAN DIFTERIA

Difteria merupakan keadaan yang sangat serius dan memerlukan rawatan serta merta. Antara
rawatan yang dapat diberi ialah :

1. Suntikan anti toksin. Kaedah rawatan ini diberi untuk segera menghilangkan toksin
dalam aliran darah yang dibebaskan oleh bakteria tersebut.
2. Antibiotik. Doktor juga akan memberikan ubat antibiotik untuk membantu
membasmikan bakteria dalam badan.
3. Bermalaman di hospital. Untuk memastikan Difteria tidak merebak kepada orang
ramai, individu terbabit akan dikuarantinkan sehingga jangkitan tersebut sembuh
sepenuhnya.

6
CADANGAN / PENYELESAIAN

 Difteria boleh dicegah melalui penggunaan vaksin. Vaksin untuk difteria dikenali


sebagai DTaP yang dapat melindungi individu daripada tiga jenis bakteria iaitu
difteria, tetanus and pertussis. Vaksin ini diberikan kepada kanak-kanak semasa
mereka berumur 2, 3 , 5 serta 18 bulan.
 Vaksin ini hanya boleh bertahan selama 10 tahun. Oleh itu, pakar perubatan
mengesyorkan pemberian vaksin tersebut sekali lagi pada umur 12 tahun.
 Kesimpulannya, ibu bapa harus memastikan anak mereka diberikan vaksin difteria
bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Hal ini kerana bimbang kesihatan
anak akan terjejas sejak kecil lagi dan mereka tidak akan dapat menjalankan
kehidupan yang normal.

Antara langkah lain untuk mencegah penyakit difteria ini ialah seperti:

 Mendapatkan rehat yang secukupnya


 Banyakkan minum air masak
 Elakkan makan makanan yang masam, berempah, rangup dan pedas
 Elakkan minum minuman berkafein dan beralkohol

7
RUMUSAN

Risiko untuk mendapat penyakit difteria ini dapat dikawal dengan mengamalkan

kebersihan diri dan mengambil pemakanan yang bersih dan sihat. Pesakit dapat mencegah

penyakit ini dari penularan dengan cara mengelak dari berada di tempat awam atau berada di

tempat yang sesak. Kebersihan diri adalah penting untuk mengurangkan risiko jangkitan

dengan memakai mask, menutup hidung ketika bersin, mengikut langkah-langkah membasuh

tangan dengan betul. Pendidikan kesihatan adalah penting kepada masyarakat untuk

mengenali penyakit difteria melalui simptom-simptom yang dialami. Seseorang individu itu

perlu mendapatkan diagnosa awal sekiranya mendapati simptom-simptom penyakit difteria.

Hal ini akan membantu pesakit untuk mengesan penyakit difteria dan mendapat rawatan

susulan dengan segera supaya bakteria itu tidak merebak kepada individu lain dan tidak

menyebabkan bakteria menjadi teruk dan menyebabkan kematian.

8
RUJUKAN

1.  Ryan KJ, Ray CG (editors) (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th).


McGraw Hill. m/s. 299–302. 
2. ^ Panjat ke:a b Havaldar, PV (2000). "Diphtheritic myocarditis: clinical and
laboratory parameters of prognosis and fatal outcome". Ann Trop
Paediatr. 20 (3): 209-15. 
3. ^ Panjat ke:a b Solders, G (1989). "Diphtheritic neuropathy, an analysis based
on muscle and nerve biopsy and repeated neurophysiological and autonomic
function tests".  J Neurol Neurosurg Psychiatry. 52 (7): 876-80. 
4. ^ Office of Laboratory Security, Public Health Agency of
Canada Corynebacterium diphtheriae Diarkibkan 2008-06-04 di Wayback
Machine Material Safety Data Sheet. January 2000.
5. ^ Panjat ke:a b Atkinson W, Hamborsky J, McIntyre L, Wolfe S, eds.
(2007). Diphtheria.  in:  Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable
Diseases (The Pink Book) (PDF) (ed. 10). Washington DC: Public Health
Foundation. m/s. 59–70.
6. ^ "United States mortality rate from measles, scarlet fever, typhoid, whooping
cough, and diphtheria from 1900–1965". HealthSentinel.com. Diarkibkan
daripada yang asal pada 2008-05-14. Dicapai pada 2008-06-30.
7. http://www.doctoroncall.com.my/soalan/diptheria-tanda-tanda-difteria

LAMPIRAN

9
10

Anda mungkin juga menyukai