Anda di halaman 1dari 2

DIFTERIA

1. Apakah itu Difteria?

Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem


pernafasan. Jangkitan ini disebabkan oleh Corynebacterium
diphtheriae. Bakteria yang dijangkiti oleh
virus corynebacteriophage akan mengeluarkan toksin
difteria. Ia akan menjangkiti tekak (tonsil, farinks, larinks,
hidung) dan kadangkala selaput mukus lain, kulit ,
konjunktiva dan kemaluan.

2. Bagaimana Difteria tersebar?

Jangkitan difteria tersebar dari manusia kepada manusia


melalui titisan cecair dan sentuhan fizikal.

3. Berapa lamakah tempoh pengeraman?

2 hingga 5 hari atau lebih lama. Jangkitan adalah teruk


dan boleh mengancam nyawa. Komplikasi adalah sepanjang
hayat bagi individu yang tidak mendapat imunisasi
secukupnya. Risiko meningkat di kawasan yang sesak dan
mempunyai tahap sosioekonomi yang rendah.

4. Apakah Tanda dan Gejala yang boleh di dapati sekiranya


dijangkiti oleh Difteria?

Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan


terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar
tekak. Pesakit juga akan berasa sukar menelan kerana
tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan
farinks dan bengkak pada kelenjar leher. Bagi kes yang
teruk, leher menjadi bengkak dan edema.

5. Apakah komplikasi yang boleh ada selepas dijangkiti


Difteria?

Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta


miokarditis. Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan
(motor periferi) serta deria dan radang pada jantung
(miokarditis)

6. Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?

Penyakit ini dapat dicegah melalui pengambilan


pelalian/vaksin. Vaksin yang akan diberi ialah Toksoid
Difteria. Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan,
pelalian akan diberi ketika kanak-kanak berumur 2, 3 dan
5 bulan. Seterusnya dos tambahan akan diberi ketika
berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Anda mungkin juga menyukai