Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Migrain adalah keadaan neurologi yang boleh menyebabkan pelbagai gejala. Selalunya
disifatkan oleh sakit kepala yang kuat dan melemahkan. Gejala mungkin termasuk loya,
muntah, kesukaran bercakap, mati rasa atau kesemutan dan kepekaan terhadap cahaya dan
suara. Migrain sering berlaku dalam keluarga dan mempengaruhi semua peringkat umur.

Diagnosis sakit kepala migrain ditentukan berdasarkan sejarah klinikal, gejala yang
dilaporkan dan dengan mengesampingkan sebab lain. Kategori sakit kepala migrain yang
paling biasa adalah mereka yang tidak mempunyai aura (sebelumnya dikenali sebagai
migrain klasik).

Migrain boleh bermula pada masa kanak-kanak atau mungkin tidak berlaku hingga awal
dewasa. Wanita lebih cenderung daripada lelaki mengalami migrain. Sejarah keluarga adalah
salah satu faktor risiko yang paling biasa untuk menghidap migrain.

Migrain berbeza dengan sakit kepala yang lain. Ketahui mengenai pelbagai jenis sakit kepala
dan bagaimana untuk mengetahui apakah sakit kepala anda mungkin migrain.

1
Penyataan masalah
Orang menggambarkan kesakitan migrain sebagai:

 Berdenyut
 Berlubang
 Berdebar
 Melemahkan

Ia juga boleh terasa seperti sakit yang kusam dan stabil. Rasa sakit mungkin bermula dengan
ringan, tetapi tanpa rawatan akan menjadi sederhana hingga parah.

Kesakitan migrain paling kerap mempengaruhi kawasan dahi. Biasanya di satu sisi kepala,
tetapi boleh terjadi di kedua sisi atau pergeseran.

Sebilangan besar migrain berlangsung sekitar 4 jam. Sekiranya mereka tidak dirawat atau
tidak bertindak balas, mereka boleh bertahan 72 jam hingga seminggu. Pada migrain dengan
aura, rasa sakit mungkin bertindih dengan aura atau mungkin tidak pernah berlaku semuanya.

2
Pencarian literature/ubat-
ubatan
Paracetamol

Tindakan: mekanisma yang tepat bagaimana ia menghalang sakit kepala migrain tidak
diketahui.

Dos: orang dewasa – 500-1000mg tid (ter in die) 3 kali PO, tidak melebihi 4g/day

Peadiatrik – tidak melebihi 500mg/day

Kontraindikasi: alahan kepada paracetamol

Elakkan beri kepada: fungsi hepatic terganggu, kehamilan, penyusuan

Interaksi dengan: barbiturates, carbamazepines, rifampin, sulfinpyrazone

- Peningkatan risiko hepatotoksisitas


- Mengurangkan kesan terapeutik

Anthicholinergics

- Berkurangnya keberkesanan

Ergotamine Tartrate (Ergostat 2mg)

Tindakan: mengecutkan salur darah kranial, mengurangkan denyutan arteri kranial.

Dos: 1 tab (2mg) sublingual (selepas serangan migrain pertama), boleh diulang 1 atau 2 kali
jika perlu, jangan melebihi 3 tab/hari atau 10mg/minggu

Kontraindikasi: alahan terhadap penyediaan ergot, penyakit vascular peripheral, hipertensi


yang teruk, kehamilan, menyusu

Kesan sampingan: mual, muntah, cirit-birit, dahaga, ketagihan, kebas, bradikardia

3
Nasihat: untuk penggunaan jangka Panjang – vasokonstriksi saluran darah di jari kaki, tangan
dan kaki yang besar menyebabkan gangrene. Penyempitan saluran darah ke retain mata
menyebabkan kebutaan.

Interaksi dengan: beta blockers – kemungkinan gangrene peripheral, Macrolide antibiotics,


protease inhibitor, anti-fungal (azole) – risiko kesan toksik yang serius

Methysergide (sansert)

Tindakan: menghalang kesan serotonin yang terlibat dalam mekanisma ‘vascular headache’.

Dos: 2mg tid(ter in die) PO, boleh digunakan selama 6 bulan, diikuti dengan tempoh bebas
dadah 3-4 minggu

Kesan sampingan: retroperitoneal fibrosis (jangka Panjang) – menekan ureter

- Tisu penghubung
- Tisu paru-paru
- Aorta
- Vena cava inferior

: mual, muntah, cirit-birit, pedih hulu hati, sakit perut, imsomnia, pening,

edema

Kontraindikasi: alahan terhadap ubat, penyakit vascular pheripheral, hipertensi yang teruk,
penyakit paru, kehamilan, penyusuan

Interaksi dengan: ergot alkaloids, nicotine – meningkatkan vasokonstriksi

Narcotic analgesics – analisis analgesic aktiviti

4
Propranolol (Inderal)

Tindakan: bertindak ke atas CNS untuk mengurangkan ‘sympathetic outflow’ dan


vasoconstrictor tone. Mekanisme yang tepat untuk mencegah sakit kepala migrain tidak
diketahui.

Dos: permulaan – 40-80mg/hari (dos dibahagi)

Maintenance – 160mg/day

Kontraindikasi: alahan terhadap beta-blocker, sinus bradikardia, asma bronkial, kehamilan

Kesan sampingan: orthostatic hypotension, drowsiness, gastric pain, bradycardia, respiratory


distress, chronic heart failure.

Interaksi dengan: verapamil, indomethacin, ibuprofen, piroxicam, barbiturates

5
Penemuan
Seseorang pesakit diputuskan sebagai mengidap migrain bedasarkan gejala-gejala yang khas
seperti di atas, setelah doktor berpuas hati daripada pemeriksaaan fizikal bahawa pesakit
tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Tidak ada ujian yang khusus untuk
migrain. Kadang-kadang pesakit juga boleh mendapat sakit kepala yang lain sebagai
tambahan kepada sakit migrain. Doktor yang merawat seharusnya bertanyakan semua tanda-
tanda secara terperinci untuk membuat diagnosa yang betul. Jika terdapat ketidakpastian,
ujian-ujian seperti pemeriksaan darah atau imbasan kepala (scan) perlu dibuat untuk
memastikan tiada punca sakit kepala yang lain.

6
Perbincangan
A. Sakit kepala

Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan
sebagai ‘berdenyut. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala.
Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang
sepenuhnya selepas 4-72 jam. Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau
sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti
apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali
dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam
seminggu.

Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain,
kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka
lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan
kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

B. Aura

Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15
minit. Contoh-contoh aura ialah:

Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilangan sebahagian daripada


penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang
merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan

Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan

Masalah pertuturan

Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran

Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera
yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit
kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala

7
hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah,
murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

C. Faktor pencetus:

Migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor pencetus:

Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang


mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin
yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising,
dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
Psikologi: Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya.
Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan,
tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang
dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine)
Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit,
contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun
mereka mengambil keju dan coklat.

8
Cadangan
Rawatan

Rawatan migrain boleh dibahagikan kepada rawatan akut dan rawatan pencegahan. Pesakit
adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan rawatan.

a. Rawatan akut:

Tujuan rawatan akut ialah untuk memberikan kelegaan yang segera. Ubat penahan sakit
haruslah diambil secepat mungkin apabila tanda-tanda sakit kepala baru bermula, untuk
mengurangkan tahap kesakitan atau menghilangkan sakit secara sepenuhnya. Contoh-contoh
ubat penahan sakit ialah paracetamol (Panadol), mefenamic acid(ponstan), ibuprofen,
diclofenac(voltaren), naproxen(synflex) dan sebagainya.

Rawatan ini boleh diulangi beberapa jam kemudian jika tiada kelegaan. Namun begitu, ubat-
ubat ini tidak harus digunakan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala
menjadi lagi teruk jika digunakan berlebihan. Pesakit juga perlu berwaspada dengan kesan-
kesan sampingan ubat penahan sakit sebelum mengambilnya, contohnya masalah gastrik dan
alahan terhadap ubat sebegini.

Untuk loya dan muntah, pesakit boleh mengambil ubat penahan muntah. Ubat penahan
muntah dalam bentuk mudah larut lebih senang diserap oleh badan. Contoh ubat penahan
muntah ialah metoclopramide (maxolon) dan prochlorperazine (stemetil).

Ubat daripada kumpulan triptan (contohnya sumatriptan) boleh diambil jika ubat penahan
sakit tidak berkesan. Ubat-ubat ini adalah khas untuk migrain dan biasanya ia berkesan untuk
mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Pesakit haruslah mengambil dos pertama
dengan awal semasa sakit baru bermula, untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Ergot alkaloid seperti cafergot juga digunakan dalam serangan migrain yang teruk, tetapi ia
haruslah dielakkan bagi golongan yang berumur, ibu yang mengandung dan pesakit yang
mempunyai masalah jantung.

9
b. Rawatan pencegahan

Rawatan pencegahan membantu untuk mengurangkan tahap kesakitan serta kekerapan


serangan migrain. Ia diberikan apabila sakit kepala menjadi terlalu kuat atau terlalu kerap,
dan mula mengganggu aktiviti seharian atau pekerjaan pesakit. Ia haruslah diambil setiap hari
secara berterusan, walaupun sakit kepala tidak berlaku pada hari tersebut. Rawatan boleh
dihentikan selepas 3 atau 6 bulan jika sakit kepala adalah terkawal.

Contoh-contoh rawatan pencegahan adalah pizotifen (sandomigran), flunarizine(sibelium),


propranolol, sodium valproic (epilim) dan sebagainya. Pilihan ubat adalah berdasarkan
kesesuaian dan kesan-kesan sampingan yang dihadapi oleh setiap pesakit.

c. Rawatan tanpa ubatan

Selain mengambil rawatan ubatan, pesakit juga dinasihatkan mengambil rawatan tanpa
uabtan untuk mengurangkan serangan migrain seperti ‘relaxation training’, menangani stress,
mengelakkan faktor pencetus seperti cahaya yang terang, setengah makanan dan minuman,
stress dan kurang tidur.

10
Rumusan
Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh menggangu kehidupan seharian. Pesakit
digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin
kualiti hidup yang lebih baik.

11
Rujukan
http://www.myhealth.gov.my/en/migrain/

https://www.healthline.com/health/migraine#pain

https://www.sciencedaily.com/releases/2012/03/120320114516.htm

12

Anda mungkin juga menyukai