Anda di halaman 1dari 6

Tugasan Modul Asas

1. Jawapan soalan (1)

Membina hala tuju sekolah adalah peringkat yang pertama dalam membina Pelan
Pembangunan Sekolah. Peringkat pertama ini merupakan peringkat di mana pengetua
perlu laksanakan dengan memberi penekanan kepada beberapa pekara iaitu
menjelaskan Mandat, Misi dan Visi, Nilai dan Piagam Pelanggan. Pada peringkat ini
juga pengetua perlu membuat analisis persekitaran dan seterusnya memilih Bidang
Keberhasilan Utama (KRA) atau Matlamat Strategik melalui isu strategik yang
diperolehi semasa membuat analisis persekitaran .

1.1 Mengenalpasti mandat.

Mandat merupakan satu punca kuasa yang dihadirkan dalam bentuk surat kuasa atau
arahan. Kuasa ini yang perlu dipegang oleh pihak pentadbir yang bertujuan untuk
mengawal dan membimbing organisasi, Ianya merupakan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada pentadbir sekolah. Contoh yang paling mudah ialah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kerajaan dalam pendidikan, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Kerajaan, dan sebagainya
termasuk surat perlantikan sebagai penjawat awam dengan jawatan.

1.2 Membentuk dan menyemak misi sekolah.

Puan Murni boleh menyemak misi sekolah sedia ada. Jika setelah disemak, Puan Murni
boleh membuat penambahbaikan terhadap Misi sedia ada atau terus menggunakan
Misi yang lama. Dalam membentuk misi, beberapa pekara perlu diambil kira.

Misi merupakan satu pernyataan yang ringkas dan padat. Menjelaskan tentang
tanggungjawab dan tugas utama organisasi terhadap pelanggan. Ianya menjelaskan
keperluan pelanbggan yang hendak dicapai dan bagaimana ianya boleh dicapai.

1.3 Membina Visi


Menurut Kamus Dewan (2005). Misi merupakan satu pandangan yang jauh
(terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai
matlamat yang penting sesebuah organisasi. Seperti Misi, Puan Murni boleh
menggunakan visi sedia ada atau membuat penambahbaikan. Paling penting untuk
memastikan bahawa kedua dua Misi dan Visi saling berkaitan dimana, Visi bertindak
menyokong Misi. Pernyataan perlu ringkas dan padat

1.4 Membina Nilai.

Nilai ialah prinsip, standard dan tatacara tindakan seseorang dalam sesebuah
organisasi (W.G Ricky & M. Pustoy, 1999). Pemilihan nilai perlu mengambil kira factor
budaya dan persekitaran warga organisasi. Apakah nilai yang perlu ditanam dan
diamalkan oleh sekolah untuk mencapai matlamat organisasi. Nilai merupakan
kekuatan warga sekolah. Melalui nilai yang dipilih akan dapat membentuk sekolah
mengikut acuan, dan yang paling penting ianya perlu diamalkan dan dilaksanakan di
sekolah.

1.5 Piagam Pelanggan.

Piagam pelanggan merupakan janji atas perkhidmatan yang diberikan kepada


pelanggan sekolah. Iannya perlu boleh dicapai dan mengarah kepada matlamat
organisasi.

1.6 Membuat Analisis persekitaran

Proses ini sangat penting untuk Puan Murni lakukan kerana melalui analisis
persekitaran Puan Murni akan dapat mengenalpasti maklumat tentang keadaan budaya
dan amalan sekolah. Melalui analisis ini juga akan dapat membantu Puan Murni
mendapat maklumat tentang isu dan cabaran organisasi. Terdapat berbagai cara untuk
membuat analisis antaranya ialah Analisis SWOC.

1.7 Isu Strategik


Isu strategic boleh diperolehi melalui dapatan yang diperolehi melalui analisis
persekitaran. Apakah isu utama utama yang menjadi halangan kepada pencapaian misi
dan Visi sekolah. Senaraikan isu isu ini dan susun mengikut keutamaan.

Matlamat Strategik/Bidang Keberhasilan Utama (KRA)

Merupakan proses yang terakhir dalam peringkat ini. Merujuk kepada isu strategic
maka Puan Murni boleh membentuk matlamat strategic. Ianya merupakan sasaran
yang perlu dicapai oleh pihak sekolah secara keseluruhannya.

2. Soalan (2)

Sebagai seorang pengetua, Puan Murni perlu mempunyai pengupayaan untuk memiliki
Kepimpinan yang strategic dan bukan hanya sekadar pemiimpin yang cemerlang.
Antara ciri ciri Pemimpin strategic ialah berfikir secara strategic. Berfikiran strategic
merupakan kebolehan untuk meramal masa depan dan membentuk keperluan yang
boleh memenuhi kehendak masyarakat pada masa itu. Berkeupayaan untuk membina
kerangka yang lebih besar dalam perjalanan organisasi bagi mencapai matlamat.
Keputusan yang dibuat adalah hasil integrasi masa hadapan.

Beliau perlu berfikiran luas dengan mengambil kira proses secara bersistem
untuk memenuhi keperluan masa hadapan secara global. Beliau boleh melihat masa
depan organisasi pada 5 tahun akan datang. Apakah cabaran dan bagaimana system
yang dibina mampu menghadapi cabaran itu.

Puan Murni perlu mempunyai keupayaan untuk melihat lebih mendalam akan budaya
dan potensi masa depan organisasinya. Seorang pengetua tidak boleh terlalu
bergantung kepada pengalaman masa lalu, sebalik perlu mempunyai keupayaan untuk
melihat peluang yang lebih besar disebalik keadaan yang dilihat pada waktu semasa.
Kebolahan dan kekuatan yang dimiliki oleh organisasi inilah yang akan membantu
pengetua mencapai matlamat organisasi seperti. Banyak aspek aspek yang
tersembunyi seperti tingkahlaku, norma warga sekolah, persepsi mereka mahupun
konflik dalaman antara staff. Perkara perkara ini sangat penting dan perlu diambil kira
ketika membuat keputusan. Antara ciri ciri seorang yang berfikiran strategik antaranya
ialah berfikiran terbuka, menerima kepelbagaian, berfikir di luar kotak dan sebagainya.

Selain dari berfikifan strategic, seorang pemimpin perlu proaktif. Dalam merancang
pelan pembangunan sekolah, Puan Murni perlu mempunyai keupayaan untuk
meletakkan dan mengekalkan tanggungjawab kepada setiap keputusan yang dibuat.
Pematuhan kepada standard integeriti yang tinggi tanpa sebarang prejudis, ikhlas dan
jujur. Adalah perlu untuk Pn. Murni menjangkakan risiko yang mendepan, dan sedia
menerima tanpa melihat atau menujukan kegagalan itu kepada orang lain. Ia harus
dipikul bersama.

Kompetensi berfokuskan kualiti juga merupakan keupayaan yang perlu dimiliki oleh
Puan Murni. Pelan Pembangunan Sekolah perlu mengambil kira kepuasan pelanggan.
Pembentukan perancangan strategik yang mengutamakan pencapaian secara
berterusan sesuai dengan keperluan dan kehendak komuniti dan masyarakat semasa
dan akan datang.

3. Soalan (3)

Setelah melalui peringkat atau fasa yang pertama dalam proses membina hala tuju
sekolah, Puan Murni telah menyemak dan mengenalpasti bahawa bidang kokurikulum
merupakan bidang yang kritikal dalam membangunkan sekolah beliau. Puan Murni
perlu melakukan beberapa langkah yang seterusnya untuk membina Pelan
Pembangunan Sekolah mengikut bidang yang dipilih.

Proses yang seterusnya, Puan perlu bersemuka dengan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum untuk membincangkan dan menjelaskan
matlamat strategi yang beliau telah bina. Didalam perbincangan ini beberapa pekara
perlu diberi perhatian antaranya ialah dengan menjelaskan tentang matlamat organisasi
dan langkah langkah yang perlu diambil tindakan oleh Guru Penolong Kanan.

Guru Penolong kanan perlu mengunakan KRA atau matlamat strategi yang
dibina oleh pengetua untuk membina objektif pelan strategi bidang Kokurikulum.
Pengetua perlu menerangkan bahawa selain daripada membina objektif, Guru
Penolong Kanan juga perlu menetapkan KPI dan sasaran jangka pendek dan jangka
panjang. Objektif yang dibina perlulah memenuhi kriteria yang jelas.

Selain dari itu, proses yang seterusnya ialah membuat dan membina inisiatif atau
strategi yang diperlukan untuk mencapai objektif bidang. Inisiatif ini boleh diperolehi
dengan menggunakan berbagai kaedah antaranya ialah COWS Matriks. Inisiatif yang
dibentuk mesti boleh menyokong bagi mencapai objektif strategi.

Proses seterusnya ialah menerangkan kepada GPK KOkurikulum membina


Pelan Tindakan dan Pelan Operasi. GPK boleh membuat proses ini dengan melantik
kakitangan atau guru dibawah kawalannya seperti ketua bidang atau Penyelaras. Aliran
penurunan tugas dan tanggungjawab ini mestilah ditentukan terlebih dahulu bagi
memudahkan perancangan yang seterusnya.

Pengetua akan menjadualkan satu Mesyuarat Pengurusan bersama dengan


semua Guru Penolong Kanan bagi menjelaskan hala tuju dan matlamat organisasi.
Pada masa yang sama menjelaskan aliran kerja bagi penyediaan Pelan Pembangunan
Sekolah yang lengkap kepada Semua GPK.

Penetapan tarikh yang penting untuk semua GPK merangka dan mengadakan
mesyuarat bidang masing untuk menjelaskan langkah atau proses yang seterusnya
merujuk kepada Cascading KPI.

Satu Jawatankuasa Khas perlu dibuat oleh pengetua. Jawatakuasa ini


berperanan untuk memberi penerangan, memantau dan menyediakan Pelan
Pembangunan Sekolah yang lengkap hasil dari penglibatan semua guru. Antara tugas
Jawatankuasa ini ialah dengan menjelaskan secara terperinci sacara Hands On bagi
membina KRA, KPI, objektif, strategi, Pelan Taktikal, Pelan Operasi.

Dengan pengetua sebagai pengerusi, Jawatankuasa ini juga berperanan untuk


membuat pemantuan dan penilaian bagi memastikan implimentasi hala tuju sekolah
dijalankan secara berkesan. Memasukkan ke dalam takwim sekolah tarikh mesyuarat
khas untuk menilai perlaksanaan Pelan Pembangunan Sekolah.

Anda mungkin juga menyukai