Anda di halaman 1dari 10

MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH RENDAH (MODUL 5) MASA


DARJAH 4 IKHTIAR HIDUP 2 JAM

HERBA TRADISIONAL DAN ASAS IKHTIAR HIDUP

1. Berdasarkan jenis-jenis herba daripada info yang telah anda pelajari, tuliskan
herba-herba tradisional yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

1. 2.

3. 4.

5. 6.

7. 8.

2. Garisi jawapan yang betul berkaitan herba.

1. Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuhan (mamalia / herba).


2 Tumbuhan herba di negara mempunyai pelbagai (nikmat / khasiat).
3. Tumbuhan herba dapat mengubati pelbagai jenis (penyakit / ubat).
4. Kita perlu memelihara hutan semula jadi agar dapat digunakan oleh
(generasi / haiwan) akan datang.

1
3. Baca maklumat di bawah dengan teliti.

 Untuk dijadikan bahan bakar ketika menghidupkan api


 Untuk berlindung ketika panas, hujan dan binatang berbisa
 Untuk memotong kayu dan objek keras
 Digunakan untuk menangkap ikan
 Digunakan ketika berada di tempat gelap
 Digunakan untuk menyalakan api
 Digunakan untuk membuat ampaian
 Digunakan untuk memotong sayur atau tali
 Boleh digunakan untuk memasak nasi

a. Mancis -

b. Parang -

c. Pisau -

d. Lampu suluh -

e. Khemah -

f. Buluh -

g. Ranting -

h. Pancing -

i. Tali -
SEKOLAH RENDAH (MODUL 5) MASA
DARJAH 5 IKHTIAR HIDUP 2 JAM

KHASIAT HERBA DAN KAEDAH MENGHIDUPKAN API


1. Tuliskan khasiat yang terkandung dalam herba-herba tradisional dalam
ruangan di bawah:

 Membunuh sel kanser.


 Mengelak kembung perut bayi.
 Sebagai pewarna dan perisa semula jadi dalam masakan.
 Menurunkan panas demam.
 menurunkan kandungan gula dalam darah.
 Untuk membuang angin dalam badan.
 mengubati sakit kepala.
 Menurunkan tekanan darah.
 Penghalau serangga perosak seperti lipas dan semut.
 Mengubat penyakit jantung.
 Mencegah kita dari keracunan makanan.
 Mengubat penyakit jangkitan kulit (panau, jerawat).

Herba Khasiat
Bawang Putih a.
b.
Bawang a.
Merah
b.
Serai a.
b.
Kunyit a.
b.
Halia a.
b.
Daun pandan a.
b.

2. Tuliskan langkah-langkah untuk menghidupkan api menggunakan mancis dan


ranting kayu.

 Susun kayu yang bersaiz besar pada unggun api mengikut saiz
nyalaan api yang anda perlukan.
 Langkah pertama ialah sediakan bahan-bahan untuk pembakaran
seperti mancis, ranting kayu, daun-daun kering, rumput kering dan
kayu api.
 sediakan umpan yang terdiri daripada rumput-rumput dan daun-daun
kering yang diramas supaya lebih lembur dan mudah dinyalakan.
 Kemudian letakkan bahan-bahan yang mudah bakar terlebih dahulu
seperti rumput, daun kering dan ranting-ranting kayu kecil ke atas
nyalaan api pada umpan.
 Bakar umpan tersebut dengan menggunakan mancis.
 Seterusnya susun ranting-rangting kayu yang bersaiz besar sedikit
untuk membesarkan nyalaan api.

a.

b.

c.

d.

e.

f.
SEKOLAH RENDAH (MODUL 5) MASA
DARJAH 6 IKHTIAR HIDUP 2 JAM

KAEDAH MEMASAK NASI DALAM BULUH

1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.

1. Potong 2 bahagian buluh mengikut panjang yang sesuai


2. Sediakan bahan-bahan iaitu buluh lemang, beras secukupnya, daun pisang, air,
bahan pembakaran (mancis, kayu api)
3. Cuci bahagian dalam buluh hingga bersih.
4. Lapik bahagian dalam buluh menggunakan daun pisang
5. Tuang air ke dalam buluh tersebut hingga 3/4 penuh
6. Masukkan beras separuh dari ketinggian buluh.
7. Tutup bahagian atas buluh menggunakan daun pisang supaya ianya tidak
dimasuki habuk.
8. Sendengkan buluh di tepi bara api
9. Pusing buluh tersebut selang beberapa minit sehingga nasi di dalam buluh
menjadi masak
10. Nyalakan api dan tunggu hingga nyalaan menjadi bara.

Susun semula langkah-langkah memasak nasi menggunakan buluh dengan


cara yang betul.
2. Tuliskan 4 haiwan hutan yang selamat untuk dimakan.

a. c.

b. d.

3. Tuliskan 4 tumbuhan hutan yang selamat untuk dimakan.

a. c.

b. d.

4. Tuliskan 2 tempat yang selamat untuk anda tidur jika tersesat dalam hutan.

a. c.

5. Dengan menggunakan bahan di bawah, buatkan sebuah lastik (menjanik)


yang boleh digunakan untuk perburuan.

a. Pemegang berbentu ‘Y’ c. Pelapik kulit (kulit / kain keras)


b. Tali getah 30cm / tiub basikal d. Tali pengikat (getah /

benang) Kemudian lukiskan gambar lastik tersebut dalam ruangan di bawah.


SEKOLAH RENDAH (MODUL 5) MASA
NOTA GURU IKHTIAR HIDUP 2 JAM

BIL AKTIVITI MASA


1. Penerapan Pendidikan Sivik 30 minit
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. dan setiap kumpulan
mencipta tepukan dan sorakan kumpulan.
(Nilai Sivik – kerjasama, kreatif, hormat-menghormati, patriotik)

2. Guru menerangkan: 60 minit


i. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa perkhemahan
ii. Peralatan yang perlu dibawa dan tidak boleh dibawa semasa
perkhemahan
iii. Cara-cara memasang khemah dan menamakan komponen
khemah
iv. Penerangan maksud, jenis-jenis tali serta kegunaannya
v. Praktikal ikatan dan simpulan:
Darjah 5 - Simpul Mati, Buku Sila, Bunga Keti
Darjah 6 - Ikatan Manok dan Seraya

3. i. Anggota kadet menyelesaikan tugasan mengikut tahap masing- 30 minit


masing (perbincangan).
ii. Wakil setiap kumpulan melaporkan hasil perbincangan
kumpulan masing-masing.

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup

Kemahiran dan ilmu ikhtiar hidup amat penting dipelajari oleh setiap individu kerana situasi
kecemasan boleh berlaku kepada sesiapan sahaja tanpa mengira waktu. Pendidikan Ikhtiar Hidup
diertikan sebagai usaha yang dilakukan oleh seseorang supaya mereka boleh terus hidup. Ilmu ikhtiar
hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan
berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Situasi-situasi cemas yang sering berlaku kepada seseorang individu ialah tersesat dalam
hutan dan terselamat dalam nahas udara atau laut. Dalam keadaan kecemasan ini, situasi yang
dialami oleh mangsa ialah kelaparan, kehausan, kesakitan, kesejukan dan kepanasan dan ketakutan.
Oleh yang demikian, mangsa perlulah memikirkan apakah tindakan yang wajar dilakukan ketika
menghadapi sutuasi ini.

Sekiranya seseorang itu mengetahui asas ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari, memungkinkan
mereka dapat bertahan lebih lama dan terus hidup sebelum menemui jalan keluar dari situasi tersebut
atau diselamatkan oleh anggota keselamatan. Ilmu asas ikhtiar hidup yang perlu dipelajari ialah kaedah
mengenalpasti tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang selamat dimakan dan kaedah untuk
membuat jerat atau perangkap (menangkap ayam hutan, burung, kancil, dan sebagainya.

Herba

Harba-herba tradisional mudah didapati sama ada di rumah mahupun di persekitaran kita.
Herba-herba tradisional ini lazimnya digunakan sebagai penyedap atau melazatkan masakan. Namun
tanpa kita ketahui, herba-herba tradisional ini mempunyai banyak khasiat dan membawa banyak
manfaat kepada kesihatan manusia. Antara herba yang biasa kita gunakan dalam masakan ialah serai,
bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, daun pandan dan sebagainya. Khasiat serai ialah ia
membunuh sel kanser dan menurunkan kandungan gula dalam darah. Daun pandan pula pewarna dan
perisa semula jadi dalam masakan dan boleh digunakan sebagai penghalau serangga perosak seperti
lipas dan semut. Halia pula amat berguna untuk membuang angin dalam badan, mengubati sakit
kepala, masalah dalam sistem pencernaan, masalah cirit birit dan sebagainya. Khasiat yang
terkandung dalam kunyit pula ialah dapat menurunkan tekanan darah, menurunkan panas demam dan
menghilangkan bau badan dari dalam.

Manakala bawang putih pula mampu mencegah kita dari keracunan makanan, mengubat
penyakit jangkitan kulit (panau), mengubati jerawat dan boleh menambah tenaga fizikal dan stamina.
Bawang merah juga boleh digunakan untuk mengelak kembung perut bayi, melegakan batuk dan
mengubat penyakit jantung. Tredapat pelbagai lagi herba hutan yang banyak membawa faedah kepada
manusia terutamanya dalam bidang kesihatan

Kaedah Menghidupkan Api

Api merupakan elemen penting dalam ikhtiar hidup. Api amat berguna untuk memasak,
sebagai pembekal haba ketiak kesejukan, sebagai sumber cahaya ketika kegelapan dan sebagai alat
untuk menakutkan haiwan, Apia mat sukar dihidupkan sekiranya kita tidak mengetahui cara-cara untuk
menyediakannya.

Langkah pertama ialah sediakan bahan-bahan untuk pembakaran seperti mancis, ranting
kayu, daun-daun kering, rumput kering dan kayu api. Kemudian, sediakan umpan yang terdiri daripada
rumput-rumput dan daun-daun kering yang diramas supaya lebih lembur dan mudah dinyalakan. Bakar
umpan tersebut dengan menggunakan mancis. Kemudian letakkan bahan-bahan yang mudah bakar
terlebih dahulu seperti rumput, daun kering dan ranting-ranting kayu kecil ke atas nyalaan api pada
umpan. Seterusnya susun ranting-rangting kayu yang bersaiz besar sedikit untuk membesarkan
nyalaan api. Dan yang terakhir, susun kayu yang bersaiz besar mengikut saiz nyalaan api yang anda
perlukan.

Masak Nasi Dalam Buluh

1. Sediakan bahan-bahan iaitu buluh lemang, beras secukupnya, daun pisang, air secukupnya,
bahan pembakaran (mancis, kayu api).
2. Potong 2 bahagian buluh mengikut panjang yang sesuai.
3. Cuci bahagian dalam buuh hingga bersih.
4. Lapik bahagian dalam buluh menggunakan daun pisang.
5. Masukkan beras separuh dari ketinggian buluh.
6. Tuang air ke dalam buluh tersebut hingga 3/4 penuh.
7. Tutup bahagian atas buluh menggunakan daun pisang supaya ianya tidak dimasuki habuk.
8. Nyalakan api dan tunggu hingga nyalaan menjadi bara.
9. Sendengkan buluh di tepi bara api.
10. Pusing buluh tersebut selang beberapa minit sehingga nasi di dalam buluh menjadi masak.

1. Ikhtiar hidup (Definisi) - adalah kemampuan seseorang menghadapi sesuatu keadaan


kesukaran hidup seperti tersesat di dalam hutan, kesusahan hidup, kesakitan akibat
kecederaan dan sebagainya.

2. Herba tradisional (rempah ratus) yang biasa ditemui dan sering digunakan dalam
masakan:
a. Bawang putih f. Daun pandan
b. Bawang merah g. Cengkih
c. Serai h. Lada hitam
d. Kunyit i. Limau kasturi
e. Halia j. Lengkuas

3. Khasiat yang terkandung dalam herba tradisional


a. Bawang putih
Mencegah dari keracunan makanan, mengubat penyakit jangkitan kulit,
mengubati jerawat dan boleh menambah tenaga fizikal dan stamina.

a. Bawang merah
Digunakan untuk mengelak kembung perut bayi, melegakan batuk dan
mengubat penyakit jantung.

c. Serai
Membunuh sel kanser dan menurunkan kandungan gula dalam darah

d. Kunyit
Dapat menurunkan tekanan darah, menurunkan panas demam dan
menghilangkan bau badan dari dalam.

e. Halia
Untuk membuang angin dalam badan, mengubati sakit kepala, masalah dalam
sistem pencernaan, masalah cirit birit.

f. Daun pandan
pewarna dan perisa semula jadi dalam masakan dan dan penghalau serangga
perosak seperti lipas dan semut.

4. Tumbuhan yang selamat untuk dimakan.


a. Nanas f. Rotan
MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM

b. Pisang g. Kelapa
c. Pucuk paku h. Kelapa sawit
d. Rebung i. Sagu
e. Cendawan putih j. Salak

5. Tumbuhan yang selamat untuk dimakan


a. Burung f. Kijang
b. Anai-anai g. Siput
c. Cengkerik h. Kerang
d. Kancil i. Ulat kayu
e. Rusa j. Landak

6. Cara mengetahui tumbuhan yang selamat untuk dimakan:


1. Tumbuhan tersebut dimakan oleh haiwan
2. Rasa terlebih dahulu tumbuhan tersebut sebelum makan

7. Tempat tidur yang selamat jika tersesat di hutan


a. Dalam gua c. Bawah pokok
b. Atas pokok d. Tempat yang tinggi (atas bukit)

8. Alat yang boleh digunakan untuk berburu dalam hutan:


a. Pancing c. Lastik
b. Lembing d. Panah

9. Akibat tidak mempraktikkan ikhtiar hidup


a. Mati kelaparan sewaktu tersesat
b. Kesejukan
c. Makan bahan beracun

10

Anda mungkin juga menyukai