Anda di halaman 1dari 28

PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Masalah ini telah berlaku sejak
ratusan tahun lalu. Sebenarnya, dadah yang menjadi ubat penahan sakit sebenarnya
tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah timbul apabila manusia
menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan diri mereka. Antara dadah
yang terdapat di dunia ini ialah heroin, marijuana, morfin, ganja, dan syabu.

Banyak negara menjadikan dadah sebagai musuh utama negara. Hal ini
disebabkan penyalahgunaan dadah mengakibatkan pelbagai masalah kepada
masyarakat dan negara. Seorang penagih dadah yang hidup dalam ketagihan boleh
mengakibatkan masalah jenayah seperti mencuri atau merompak semata-mata untuk
mendapatkan wang supaya dapat membeli dadah. Mereka yang tidak dapat
diselamatkan daripada ketagihan juga akan menjadi sampah masyarakat. Malah ada
yang menjadi tidak siuman.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 1


Sekiranya disenaraikan satu persatu, keburukan yang dibawa oleh dadah adalah
sangat banyak. Oleh itu, penyalahgunaan dadah harus diatasi. Cara mengatasi yang
utama ialah pendidikan mengenai bahaya dadah. Pendidikan ini kelak mengelakkan
remaja terjerumus dalam dadah. Pendidikan patut dilakukan oleh ibu bapa dan guru.

Kempen kesedaran yang lebih berkesan haruslah diadakan dari masa ke masa
oleh pihak kerajaan dan swasta. Pelbagai aktiviti hendaklah diadakan semasa kempen
ini berlangung dan aktiviti itu hendaklah melibatkan kumpulan remaja yang sering
menjadi sasaran mudah para penjual dadah.

Para penjual dadah sama ada pembekal atau pengedar pula hendaklah dijatuhi
hukuman yang berat seperti gantung sampai mati. Hukuman yang diterima oleh mereka
akan dapat membuka mata orang yang baru berjinak-jinak dengan dadah. Mereka akan
berasa ngeri untuk melakukan perbuatan itu.

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan dadah


juga berpunca daripada banyak faktor. Namun terdapat banyak cara untuk mengatasi
penyalahgunaan ini. Kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak
menjadi lemah.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 2


SEBAB-SEBAB
BERLAKU
PENYALAHGUNAAN
DADAH

Keinginan untuk
mencuba sesuatu Terpengaruh dengan
perkara baru rakan-rakan

Ibu bapa mengabaikan


Tekanan akibat tanggungjawab terhadap
masalah peribadi anak-anak

Kurang kesedaran
buruk terhadap kesan Pihak berkuasa bersikap
dadah sambil lewa

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 3


SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MASALAH
PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor. Faktor
pertama ialah keinginan mencuba sesuatu perkara yang baru. Keinginan ini akan
menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu bergaul dengan penagih kerana mereka
boleh terpengaruh dan mudah pula untuk mereka mendapatkan bekalan dadah.
Kebiasaannya keinginan ingin mencuba ini hadir apabila seseorang itu mula melihat
keseronokan yang akan dikecapi apabila mencuba dadah tanpa sedikit pun memikirkan
terhadap kesan sampingan yang bakal dialami oleh mereka. Pengaruh dari media
eletronik seperti menonton rancangan-rancangan yang tidak sepatutnya ditayangkan di
televisyen juga menjadi salah satu faktor mengapa individu tersebut bersikap ingin
mencuba.

Selain itu, tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut
mendorong seseorang itu untuk menyalahgunakan dadah.. Apabila tekanan emosi
keterlaluan, kemurungan berlaku hingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan
tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka
lupa kepada tekanan yang dihadapi. Mereka mungkin berfikir bahawa dengan
mengambil dadah, segala masalah dan tekanan yang dialami dapat beransur pulih
seperti biasa. Tidak pernah sedikit pun terdetik di hati mereka untuk mencari jalan
keluar yang lebih baik selain daripada terjerumus di kancah pengambilan dadah ini.

Penyalahgunaan juga disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap kesan


buruk yang akan menimpa mereka yang ketagih dadah. Sudah pasti banyak remaja
yang tercicir dari sekolah atau yang berasal dari luar bandar tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang kesan buruk dadah. Manakala pelajar-pelajar
yang berpeluang untuk menuntut ilmu di sekolah pula tidak mengambil peluang untuk
mendengar nasihat yang diberikan oleh golongan pendidik sebaiknya. Ada juga guru-
guru di sekolah yang hanya bersikap alpa. Mengabaikan tanggungjawab untuk

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 4


mendidik anak bangsa di sekolah. Sikap hanya ingin makan gaji haruslah dihapuskan
dalam diri setiap pendidik. Nasihat yang tidak putus-putus kepada para pelajar untuk
menjauhi najis dadah ini haruslah sentiasa diberi. Terapkan sikap benci dadah dan
kesan buruk yang bakal dihadapi sekiranya mengambil dapat dalam Pengajaran &
Pembelajaran (P&P).

Cabaran yang diberikan oleh rakan-rakan untuk mencuba dadah juga turut
menjadi faktor seseorang itu mencuba dadah. Pada mulanya, mungkin mereka berasa
terpaksa kerana ingin menjaga nama baik dan kononnya menjaga maruah mereka.
Namun begitu, pada akhirnya mereka lemas ke kancah dadah. Mereka mula merasa
seronok dan terus terjerat dalam penyalahgunaan dadah ini. Pengaruh rakan-rakan
sangat menjadi berlakunya masalah ini.

Selain itu, dasawarna ini ibu bapa terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga
sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Wang lebih
penting pada mereka dan akhirnya kebajikan anak-anak dibiarkan begitu sahaja.
Mereka tidak langsung ingin mengambil tahu dengan siapa anak-anak mereka
berkawan, atau dengan siapa anak mereka keluar bersama. Akhirnya apabila
menyedari anak-anak mereka terlibat ke kancah penyalahgunaan dadah ini, baru ingin
menyesal kerana tidak pernah mengambil tahu tentang anak-anak mereka sebelum ini.

Akhir sekali, sikap sambil lewa yang dimainkan oleh pihak berkuasa. Walaupun
kes dadah ini semakin berleluasa, namun tiada sebarang tindakan pun yang diambil
oleh pihak berkuasa. Tiada tindakan yang sewajarnya juga dikenakakan oleh pihak
berkuasa kepada pesalah-pesalah. Sepatutnya, tindakan yang lebih keras perlu
dikenakan serta merta kepada pesalah seperti hukuman sebat, hukuman penjara serta
denda yang tinggi.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 5


JENIS
EMOSI

SERONO
K MALU

TERDESA
K

MALU

TERPAKS
A

MARAH
MINAT
SEDIH

SAKIT

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 6


JENIS-JENIS EMOSI YANG DIHADAPI OLEH
INDIVIDU TERSEBUT

SERONOK, SEDIH, TERPAKSA, TERDESAK, MALU, SAKIT,


MARAH, MINAT, TAKUT

Kebiasaannya, individu yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan


dadah ini terlibat dalam jenis-jenis emosi seperti berasa seronok,
sedih terpaksa, terdesak, malu, sakit, marah, minat dan takut

SERONOK
Individu ini merasa bahawa pengambilan dadah ini menyeronokkan kerana apabila
mengambil dadah, segala tekanan yang dihadapi dapat dilupakan. Mereka memilih
jalan ini tanpa berfikir tentang kesannya tetapi hanya memikirkan keseronokan apabila
mengambil dadah.

SEDIH
Apabila mereka merasa sedih, mereka mula mencari sesuatu untuk mengubati
kesedihan mereka. Apabila kesedihan sukar dan tidak dapat dilupakan, mereka mula
ingin mencuba dadah kerana berharap agar kesedihan itu dapat dilupakan.

TERPAKSA
Singkat pemikiran menyebabkan mereka merasakan pengambilan dadah
merupakan jalan terbaik bagi mereka untuk melupakan semua tekanan. Oleh itu,
mereka terpaksa mengambil dadah sebagai jalan penyelesaian.
Selain itu, ada sesetengah individu yang terpaksa mengambil dadah apabila
mereka dicabar oleh rakan-rakannya. Oleh kerana tidak mahu malu serta pantang
dicabar, akhirnya mereka terpaksa mencuba dadah.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 7


TERDESAK
Mereka mula terdesak untuk mengambil dadah apabila tidak ada lagi jalan yang lebih
baik untuk mereka melepaskan tekanan.

MALU
Pengambil-pengambil dadah kebanyakkannya ingin berjauhan dari khayalak ramai
kerana mereka malu dengan diri mereka sendiri. Inilah punca mengapa ramai penagih
dadah yang merempat di jalanan.

SAKIT
Cara mengambilan dadah terbahagi kepada pelbagai cara. Antaranya ialah melalui
suntikan, pil dan sebagainya. Melalui suntikan, meraka akan berasa sakit. Namun,
akibat tidak boleh membuang gian mereka terhadap dadah, rasa sakit dilupakan.

MARAH
Akibat rasa marah dan tertekan dengan masalah peribadi, kerja atau keluarga, mereka
mula memilih untuk mengambil dan mencuba dadah. Daripada sikap marah dan singkat
pemikiran, akhirnya mereka lemas ke dalam kancah dadah.

MINAT
Apabila melihat rakan-rakan mengambil dadah, mereka mula berminat untuk
mencubanya. Sesetengah pihak mula berminat dengan dadah kerana terpengaruh
dengan cerita-cerita di televisyen yang memaparkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya
di pra tontonkan.

TAKUT
Apabila sudah mengambil dadah, mereka mula berasa takut. Namun, ada juga yang
tidak berasa takut malah tidak serik-serik mengambilnya lagi.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 8


DEFINISI KOMPETENSI KECERDASAN

Kompetensi kecerdasan emosi terbahagi kepada dua iaitu kompetensi personal


iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Yang kedua
kompetensi sosial, iaitu kesedaran sosial (empati) dan kemahiran sosial.

KESEDARAN
KENDIRI KESEDARAN
SOSIAL
KOMPETENSI
(EMPATI)
PENGURUSAN KOMPETENS KECERDASAN KOMPETENS
KAWALAN I PERSONAL EMOSI I SOSIAL
KENDIRI
KEMAHIRAN
MOTIVASI SOSIAL
KENDIRI

Kompetensi personal terdiri daripada subkompetensi-subkompetensi berikut, iaitu


kesedaran kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu
juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri.
Dengan demikian individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan
membawa kesejahteraan kendiri.

Individu yang mempunyai memiliki kompetensi ini biasanya sedar emosi yang
dirasakan dan biasanya. Individu ini juga sedar akan kaitan antara perasaan dan
pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga sedar bagaimana emosinya
mempengaruhi prestasinya. Individu ini juga mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai
dan matlamat hidup dan sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri. Bersikat reflektif
dan belajar dari pengalaman serta terbuka kepada maklum balas yang jujur atau
perspektif baru atau pembelajaran berterusan atau perkembangan diri atau semuanya.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 9


Individu yang memliki kompetensi juga biasanya berupaya menunjukkan unsur
kecindan dan perspektif-perspektif lain tentang diri sendiri. Mereka juga berkeyakinan,
berketrampilan dan disedari kehadirannya seta berani mengeluarkan pandangan yang
kurang popular dan mempertahankan sasuatu yang betul disamping berkebolehan
membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan tekanan.

PERANAN KOMPETENSI KECERDASAN


EMOSI

Peranan Kompetensi Kecerdasan emosi adalah yang pertamanya, untuk membantu


individu mengenali emosi mereka sendiri dan mengetahui kesannya. Individu itu dapat
membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mampu mempunyai keyakinan diri dalam diri
mereka. Melalui Kompetensi Kecerdasan emosi ini, kita mapu mengawal emosi kita
dengan baik dan berkeyakinan.

Selain itu, Kompetensi Kecerdasan Emosi ini juga berperanan untuk memblehkan
individu itu mampu menguruskan kawalan kendiri seperti bersikap amanah, tekun
melakukan kerja, berkebolehsuaian, dan inovasi. Ini bererti setiap individu itu mampu
menguruskan emosi destruktif, dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti
serta bertanggungjawab atas prestasi diri sendiri.

Selain itu, peranan kompetensi kecerdasan emosi ini juga adalah melatih seseorang
melakukan motivasi kendiri. Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek
seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Tiap-tiap aspek tingkah
laku ini juga membentuk sesorang individu dari segi pengurusan personal.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 10


Membuat Penerapan nilai-
kempen “Kami nilai murni dalam
Pengajaran dan
Benci Dadah” Pembelajaran
(P&P)
BAGAIMANA CARA ANDA SEBAGAI
SEORANG GURU UNTUK MEMBANTU
MENGATASI MASALAH
PENYALAHGUNAAN DADAH?

Menegur anak Seorang guru perlu


didik dengan menjadi pendengar
cara yang betul yang setia kepada
anak didiknya

Seorang guru
perlu menjadi
sebagai seorang
“role model”

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 11


BAGAIMANA CARA ANDA SEBAGAI SEORANG GURU UNTUK
MEMBANTU MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN
DADAH?
Guru merupakan insan bergelar pendidik yang bertindak membentuk anak-anak
didiknya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.
Seorang guru harus sentiasa bersikap tidak putus asa untuk mendidik anak bangsa.
Guru memainkan peranan yang sangat penting di sekolah kerana tanpa guru, tidak
akan lahirlah insan-insan berjaya.

Seperti yang kita ketahui, masa pelajar lebih banyak dihabiskan di sekolah
berbanding masa mereka di sekolah. Oleh itu, pihak sekolahlah yang perlu memainkan
peranan mereka dalam mendidik dan mencorakkan nilai dalam diri anak bangsa. Oleh
itu, bagaimanakah caranya kita sebagai seorang guru untuk mendidik anak bangsa
supaya tidak terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah ini?

Yang pertama, sebagai seorang guru, kita tidak boleh lari dari mendidik anak-anak
didik menjadi insan berguna. Penerapan nilai-nilai murni dalam pembelajaran dan
pengajar dapat membantu dalam mengatasi masalah ini. Guru perlu menerangkan
tentang bahayanya dadah kepada anak didiknya. Penerapan nilai-nilai murni ini dapat
diselitkan dalam mana-mana subjek yang diajar oleh guru.

Seterusnya, selain mendidik, guru juga harus menjadi pendengar yang setia
kepada para pelajarnya. Mungkin ada sesetengah daripada anak didik kita yang
mempunyai masalah sendiri di rumah atau di mana-mana. Kebiasaanya, seseorang itu
memilih dadah sebagai penyelesaian masalah kerana mereka berfikir bahawa tiada
jalan lain untuk membuatkan masalah mereka dapat diselesaikan. Oleh itu, sebagai
guru, kita perlu mendengar apa sahaja masalah yang ingin diceritakan oleh murid-
murid. Kita juga perlu mengambil berat tentang hal-hal anak didik kita. Sedikit
sebanyak, kita dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 12


Selain itu, guru-guru juga perlulah menjadi role model kepada anak didiknya.
Seseorang guru itu perlu memiliki sifat yang terpuji untuk menjadi seorang guru
contohnya seperti berbudi pekerti, suka membantu, menunjukkan sifat yang baik, lemah
lembut dalam pertuturan dan sebagainya. Kebiasaannya, murid-murid suka meletakkan
gurunya sebagai idola. Apa sahaja yang dikatakan oleh gurunya sentiasa tepat bagi
mereka. Oleh itu, tunjukkanlah nilai-nilai positif kepada anak didik agar dapat diikuti oleh
anak didik kita. Dengan itu, masalah ini dapat diselesaikan kerana apabila murid-murid
memiliki nilai yang terpuji,mereka sendiri dapat menghindari daripada berlakunya
masalah ini.

Sekiranya didapati ada dalam kalangan anak didik kita yang sudah terjerumus
dalam masalah penyalahgunaan dadah ini, guru haruslah menegur anak didiknya
dengan cara yang betul. Dalam menasihati juga ada adatnya. Kita perlulah menegur
dengan cara yang betul sehingga dapat diterima oleh anak didik kita. Tunjukkan sikap
mengambil berat kepada anak-anak didik kita.

Guru-guru juga boleh membuat kempen “Kami benci dadah” di sekolah agar
pelajar dapat didedahkan dengan lebih terperinci tentang bahayanya dadah. Kempen
ini boleh dilakukan dengan memanggil agensi anti dadah untuk dapat ke sekolah dan
mengadakan kempen, program ceramah dan pameran. Dengan ini, murid dapat melihat
sendiri dengan lebih jelas tentang apa itu dadah.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 13


MODEL-MODEL KECERDASAN EMOSI YANG TERLIBAT
DALAM PERMASALAHAN INI
Terdapat 3 jenis model KE yang utama. Model tersebut model-model tersebut ialah:

1-model Reuvan Bar-On (EQ-i)


2- model Mayer & Salovey (4 Branch Model)
3-model Goleman (ECI)
Antara model yang yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah ini ialah model
Mayer & Salovey

MODEL ABILITI KECERDASAN EMOSI

Salovey dan Mayer (1990) mentakrifkan Kecerdasan Emosi sebagai keupayaan


menggunakan maklumat tersebut untuk menjadi panduan atas pemikiran dan
tindakannya.

Selepas beberapa kajian terkini, definisi Kecerdasan Emosi Salovey dan


Mayer yang asal telah diubahsuai kepada ‘keupayaan mempersepsi emosi, integrasi
emosi dan memudahcarakan pemikiran, memahami emosi dan meregulasi emosi
untuk perkembangan personaliti’.

Maka Model Abiliti Kecerdasan Emosi yang dibentuk oleh Salovey dan Mayer
adalah berlandaskan kepada empat jenis ability (keupayaan) iaitu:

Keupayaan mengenal pasti dan menganalisis emosi


1. Persepsi emosi dalam muka, gambar, suara dan artifak budsys,
termasuk keupayaan mengenal pasti emosi diri.

Keupayaan menggunakan emosi untuk


2. Aplikasi emosi memudahkan pelbagai aktiviti kognitif, misalnya
pemikiran dan penyelesaian masalah.

3. Pemahaman emosi Keupayaan memahami bahasa emosi dan


menghargai perhubungan yang kompleks antara
emosi.

Pengurusan emosi Keupayaan meregulasi emosi diri dan orang lain


4.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 14


Oleh kerana Model Salovery dan Mayer merangkumi empat jenis aktiviti, model
mereka dikenali sebagai Model Empat Cabang Kecerdasan Emosi.

Rajah 1.1 berikut mengilustrasikan secara ringkas Model Empat Cabang Kompetensi
Kecerdasan Emosi sebagaimana yang disarankan oleh Salovey dan Mayer.

Persepsi &
Ekspresi
Emosi

Pengenalpastian
Pengurusan Kecerdasan Penggunaan
Emosi Emosi Emosi

Pemahaman
Emosi

1.1. Model Empat Cabang Kompetensi Kecerdasan Emosi Mayer & Salovey

Menurut Mayer & Salovey, kecerdasan emosi individu boleh ditinjau daripada
tingkah laku dan tindak balasnya. Oleh itu, kompetensi kecerdasan emosi yang
berlandaskan empat cabang literasi emosi individu boleh ditentukan melalui
prestasinya, iaitu keupayaan mempersepsi dan mengekspresi, mengaplikasi, memahi
dan mengurus emosinya.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 15


Jadual 1.2 berikut menyatakan secara ringkas Rubrik Kompetensi Kecerdasan Emosi
seseorang individu mengikut cabang literasi emosi.

Cabang Literasi Emosi Kompetensi Kecerdasan Emosi


1. Persepsi dan Ekspresi  Keupayaan mengenalpasti dan
Emosi menunjukkan ekspresi dengan
tepat
2. Penggunaan Emosi  Keupayaan menggunakan emosi
secara membina dalam proses
membuat keputusan yang wajar.
3. Pemahaman Emosi  Keupayaan memahami maksud
yang sebenar terhadap pelbagai
emosi di dalam situasi nyata, agar
boleh menggunakannya untuk
membina komunikasi berkesan
dalam interaksi sosial.
4. Pengurusan Emosi  Keupayaan mengurus emosi
supaya literasi emosi daripada
aspek personal dan sosial dapat
dipertingkatkan.

Inventori Berasaskan Model Abiliti Kecerdasan Emosi

Untuk mengukur kompetensi kecerdasan emosi berdasarkan Model Abiliti itu, beberapa
inventori telah dibina untuk tujuan tersebut. Salah satu inventori antara mereka yang
baru-baru dibentuk ialah Mayer-Salovery-Curuso.

KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 16
Dalam konsep kecerdasan emosi, kompetensi bermaksud kecekapan atau kelayakan
untuk menguruskan kecerdasan emosi diri dengan sempurna.

Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensi merupakan cirri


potensi seorang individu yang membolehkannya menghasilkan prestasi yang
tinggi untuk sesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situasi.

Menurut Whiddett dan Hollyfords (2003), kompetensi boleh ditakrifkan


sebagai tingkah laku yang didemonstrasikan oleh individu secara efektif atas
kerja yang ditugaskan di bawah konteks organisasinya.

Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitan dengan prestasi yang


cekap dan tinggi atas kerja yang ditugaskan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 17


LAMPIRAN

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 18


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 19
REFLEKSI

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 20


SITI AQILAH BT MOHD ZAID
(910802-08-5206)

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan


limpah kurnianya akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja berasaskan ilmu (KKBI) ini
dalam masa yang ditetapkan. Banyak pengalaman yang telah saya dapati sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini. Ada yang menyeronokkan dan ada juga beberapa
masalah yang berlaku sepanjang menyiapkan kerja ini. Namun begitu, walau pelbagai
onak, duri dan cobaan yang harus saya tempuhi, saya merasa bersyukur ke hadrat
Illahi kerana dapat menghantar kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan.

Pertama, saya ingin mengucapkan syukur kehadrat ilahi kerana walaupun keadaan
kesihatan saya tidak berapa sihat ketika saya menyiapkan kerja ini,namun akhirnya
dapat juga saya melaksanakannya perlahan-lahan. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih tak terhingga kepada Puan Rose kerana banyak memberi dorongan dan
memberi tunjuk ajar kepada kami dengan baik sekali. Saya juga berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar kepada
beberapa perkara yang saya kurang faham.

Bagi saya, tugasan ini sangat menarik dan bagus.. Pertamanya adalah kerana
kerja kursus ini dilaksanakan secara berkumpulan. Kumoulan saya terdiri daripada saya
sendiri, Athirah Zahari dan Siti Zur Aida. Oleh itu, kerja dapat dihasilkan dengan lebih
mudah kerana melalui kesepekatan tiga individu di dalam kumpulan kami, kami dapat
menghasilkan kerja kursus yang lengkap serta dapat menghantar kerja kursus ini pada
masa yang ditetapkan.

Dalam tugasan ini kami diminta untuk mencari vedio, gambar atau risalah yang
berkaitan dan kemudiannya kami perlu untuk member penilaian derta komen
berdasarkan video tersebut. Bagi saya, tugasan ini agak menarik kerananya ia
menggunakan sesuatu visual untuk dipertontonkan. Tugasan ini juga agak mudah untuk
dilakukan kerana ia lebih kepada KBKK.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 21


Selain itu, melalui tugasan ini, saya juga sudah semakin faham tentang mengenai
Kompetensi kecergasan Emosi dengan lebih terpperinci lagi. Jika kerja seperti ini tidak
diberi, kemungkinan agak sukar untuk saya melakukan ulang kaji sendiri. Kerja ini boleh
dikatakan agak mudah berbanding kerja kursus yang lain kerana soalan tertumpu
kepada gejala masalah yang umum. Oleh itu, bagi saya tugasan ini sangat berkesan
dalam melatih minda pelajar serta menambahkan ilmu pengetahuan tentang konsep
KKE, cara mengatasi masalah penyalahgunaan dadah serta peranan KKE dalam
menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, saya menyarankan agar kerja kursus seperti ini
patut diteruskan lagi kepada para pelajar yang lain. Bertanya jika tidak faham amatlah
penting dalam menyiapkan tugasan ini. Malah, maklumat yang pelbagai dari banyak
sumber perlu dicari untuk menghasilkan satu hasil kerja yang memuaskan.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 22


ATHIRAH BINTI ZAHARI
910520-12-7148

Saya dan ahli kumpulan saya iaitu Siti Aqilah binti Mohd Zaid dan Siti Zuraida binti
Ahmad telah menerima satu tugasan daripada pensyarah saya iaitu Pn.Rose Arope dalam
subjek Kecerdasan Emosi .Tugasan ini memerlukan kami mengkaji sesuatu isu dan
membincangkan tentang emosi – emosi responden yang terlibat dalam isu tersebut. Isu yang
menarik minat kami adalah mengenai isu yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia iaitu
isu penyalahgunaan dadah.Semasa kami mencari maklumat tentang isu tersebut terdapat
banyak maklumat yang membuatkan kami tidak dapat tidur malam kerana mangsa-mangsa
yang bergelumang dengan najis dadah ini tidak pernah memikirkan tentang dirinya malahan
mereka lebih sanggup menyuntik diri mereka berulang kali tanpa merasa sakit kerana diri
mereka yang telah dikuasai oleh kekuatan rasa dadah tersebut.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami dapat mempelajari dan mengetahui dengan
lebih jelas lagi tentang jenis-jenis emosi yang wujud dikalangan manusia ini. Jika sebelum ini
saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang subjek ini, tetapi kini dapat mengetahuinya
dengan lebih jelas lagi .

Untuk menyiapkan tugasan ini, kami terpaksa bertungkus lumus untuk mencari
maklumat yang berkaitan dengan isu penyalahgunaan dadah ini. Kamk sering membuat rujukan
di perpustakaan dan juga melalui pensyarah-pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini. Kami
juga telah mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan lain dalam membantu kami untuk
menyiapkan tugasan ini.Disamping itu juga kami turut membuat kajian tentang kes-kes
penyalahgunaan dadah dengan lebih terperinci lagi melalui beberapa media masa contohnya
seperti surat khabar,majalah,televisyen dan lain-lain lagi.

Akhirnya, setelah berpenat lelah dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam waktu
yang ditetapkan. Saya bersyukur kerana dengan adanya tugasan seperti ini, ia dapat
meningkatkan kemahiran saya dalam subjek ini dan mengambil iktibar tentang apa yang kami
kaji iaitu yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah

Sekian,terima kasih.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 23


SITI ZUR AIDA BT AHMAD
910716-14-6930

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana hanya dengan berkat dan izin-Nya
akhirnya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Kerja Khusus Pendek, Kompetensi
Kecerdasan Emosi di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
semester 3. Setinggi penghargaan buat pensyarah subjek, Pn. Rose Arope yang
banyak membantu dalam memberi taklimat dan penerangan yang lengkap serta jelas
untuk kerja khusus ini. Tanpa beliau, saya yakin kerja khusus ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Kerja khusus yang ditugaskan secara berkumpulan ini berkaitan dengan muat
turun video, petikan gambar atau rencana berkaitan kes-kes yang berlaku akibat
ketiadaan kecerdasan emosi dan perlu dinilai serta dikomen dengan lebih jelas dan
terperinci. Sebab-sebab berlaku tingkah laku tersebut, jenis-jenis emosi yang dihadapi
juga perlu dihuraikan. Seterusnya, peranan kompetensi kecerdasan emosi dan cara
seorang guru membantu mengatasi masalah tersebut juga perlu diambil kira bagi
menyiapkan kerja khusus ini.

Pada mulanya, saya merasa tugasan yang diberikan ini agak berat
memandangkan kurangnya ilmu dan pengalaman saya berkaitan dengan subjek
kecerdasan emosi ini. Tetapi, Alhamdulillah, dengan adanya sumber-sumber yang baik
dan mudah didapati, saya akhirnya sedikit demi sedikit memahami apa yang cuba
diterangkan beserta konsep atau model-model yang berkenaan sepert Model Mayer &
Salovey, Model Goleman & Boyatzis dan model-model dari islam dan barat yang lain.

Terima Kasih juga saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya yang lain iaitu Siti
Aqilah dan Athirah yang banyak bertungkus-lumus bersama-sama bagi mencari
maklumat daripada pelbagai sumber bagi menyiapkan kerja khusus yang diberikan ini.
Sesungguhnya, kerjasama yang diberikan amat membantu.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 24


Selain daripada itu, kemudahan dalam mencari maklumat berkaitan Kecerdasan
Emosi ini juga agak mudah kerana terdapat pelbagai sumber yang dapat dirujuk seperti
media cetak dan media elektronik memandangkan tajuk yang diberikan ini meluas.

InsyaAllah, segala maklumat dan ilmu yang saya peroleh dalam proses
penyediaan kerja khusus pendek ini akan saya cuba manfaatkan pada masa akan
datang terutamanya profesion yang akan ceburi ialah dalam bidang keguruan yang
sangat memerlukan Kecerdasan Emosi yang baik bagi melahirkan generasi yang
berkualiti. Segala yang baik insyaAllah akan saya jadikan pedoman dan segala yang
buruk akan saya jadikan teladan.

Sekian, Terima Kasih.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 25


BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KHUSUS
NAMA PELAJAR : SITI AQILAH BT MOHD ZAID

: SITI ZUR AIDA BT AHMAD

: ATHIRAH BT ZAHARI

KUMPULAN : PPISMP SEMESTER/PERINGKAT : 3

MATA PELAJARAN : KECERDASAN EMOSI

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN ROSE BT AROPE

TARIKH PERKARA YANG KOMEN T/TANGAN


DIBINCANGKAN PELAJAR
9/8/2010 Kertas tugasan diberi oleh
pensyarah. Pensyarah
menerangkan tentang kerja
kursus.
15/8/2010 Mencari bahan seperti buku-
buku di pusat sumber.

22/8/2010 Mencari bahan di internet.


Berbincang bersama rakan-
rakan dan mengagihkan kerja
sesame rakan kumpulan.

1/9/2010 Menyiapkan tugasan mengikut


tajuk yang diagihkan
9/9/2010 Mengumpul semua bahan dan
menggabungkan maklumat
yang diperoleh

19/9/2010 Mengemas kini dan


menyemak semula semua
maklumat di dalam tugasan
kerja kursus serta membuat
pembetulan

23/9/2010 Tugasan dihantar pada


pensyarah.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 26


JADUAL PELAKSANAAN KERJA KHUSUS
NAMA PELAJAR : SITI AQILAH BT MOHD ZAID

: SITI ZUR AIDA BT AHMAD

: ATHIRAH BT ZAHARI

KUMPULAN : PPISMP 3F

MATA PELAJARAN : KECERDASAN EMOSI

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN ROSE AROPE

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN


9/8/2010 Kertas tugasan diberi oleh pensyarah.
Pensyarah menerangkan tentang kerja
kursus.

15/8/2010 Mencari bahan seperti buku-buku di


pusat sumber.

22/8/2010 Mencari bahan di internet.


Berbincang bersama rakan-rakan dan
mengagihkan kerja sesame rakan
kumpulan.

1/9/2010 Menyiapkan tugasan mengikut tajuk yang


diagihkan
9/9/2010 Mengumpul semua bahan dan
menggabungkan maklumat yang
diperoleh

19/9/2010 Mengemas kini dan menyemak semula


semua maklumat di dalam tugasan kerja
kursus serta membuat pembetulan

23/9/2010 Tugasan dihantar pada pensyarah.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 27


BIBLIOGRAFI
1-Noraini Ahmad. (2000) Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur.Utusan Publications Sdn.
Bhd.
2- Azizi Yahaya. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd
3-A.J. Michael. (2006).Kompetensi Kecerdasan Emosi.Selangor. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
3- Penyalahgunaan Dadah.Dilayari pada 22 Ogos 2010 di URL
www.sioloon.com/...isu.../penyalahgunaan-dadah-t8627.htm

4-Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dilayari pada 1 September 2010 di URL www.scribd.com

5-Tanggungjawab dan Peranan Guru. Dilayari pada 13 September 2010 di URL

www.scribd.com/doc/.../tanggungjawab-dan-peranan-guru

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI 28

Anda mungkin juga menyukai