Anda di halaman 1dari 6

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan jemputan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tn. Hj


Osman bin Hj Bakar (Ketua Bahagian Bersatu
Rompin)
dengan diiringi oleh
Tn Haji Wan Jamaludin bin Wan Bidin (Pengetua
SMA Al-Hasanah
En. Mohd Lazim bin Hj. Ahmad  (Yang Dipertua
PIBG),
Barisan Guru Penolong Kanan,
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru dan ibu bapa.
Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,
Negaraku dan Negeri
2. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan
Pahang
Allah Selamatkan Sultan Kami.
Hadirin diminta berdiri tegak dan bersedia untuk
menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
3.
Hadir Tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berbahagia,
Tn. Haji Osman bin Hj Bakar (Ketua Bahagian
Bersatu Rompin)
Yang Berusaha,
Tn Haji Wan Jamaludin bin Wan Bidin (Pengetua
SMA Al-Hasanah)
Yang Dihormati,
En. Mohd Lazim bin Hj. Ahmad (Mantan Yang
Dipertua PIBG),
Barisan Guru Penolong Kanan,
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan


selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada hari ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 tahun 2019 dan Majlis
Anugerah Kecemerlangan PT3 dan SPM tahun 2018.

Pihak majlis, merakamkan ucapan terima kasih yang tidak


terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada
Tn. Haji Osman bin Hj Bakar
kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan majlis pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah kita menadah tangan


dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang
4.
akan dipimpin oleh
Saudara Muhammad Hanif Fahmi bin Mohd Yatim
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Saudara Muhammad Hanif Fahmi bin Mohd Yatim
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kejayaan sesebuah institusi pendidikan.

Justeru, kerjasama dan komitmen antara guru dan ibu


bapa, penting dalam usaha melahirkan pelajar yang
berketerampilan.
Persembahan Nasyid Anak Felda Menjual Lokan,
Sambil sibuk kayu dikerat,
Persembahan nasyid kami sembahkan,
Untuk tatapan hadirin hadirat.

Dengan itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan


nasyid SMA Al-Hasanah.
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan
kumpulan nasyid ………………………..
Dipersilakan.
…………………………………………..

Demikianlah tadi persembahan nasyid oleh kumpulan


pelajar SMA Al-Hasanah.

Ucapan Pengetua Warga dewan yang dimuliakan,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang
Berusaha,
Tn Haji Wan Jamaludin bin Wan Bidin, Pengetua
SMA Al-Hasanah.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

----------------------------------------------------------------
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua
atas ucapan itu tadi.
Ucapan Perasmian Kini tibalah masa, untuk kita mendengar amanat dan
ucapan yang akan disampaikan oleh
6.
Tn. Haji Osman bin Hj Bakar merangkap Ketua
Bahagian Bersatu Rompin
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
2019 dan Anugerah Kecemerlangan PT3 dan SPM
2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada
Tn. Haji Osman bin Hj Bakar
atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat
dan ucapan beliau itu tadi dapat dijadikan iktibar bersama.

Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada


Cenderahati AJK PIBG AJK PIBG sesi 2018 serta penyampaian Anugerah PT3
7.
sesi 2013/2014 dan SPM 2018. Untuk itu, majlis menjemput En Mohd
Lazim bin Hj Ahmad, Yang DiPertua PIBG bersama
En. Mohd Anis bin Tajuddin, Naib Yang Dipertua
PIBG
dengan diiringi oleh En Abu Pzize bin Hassim, GPK
Pentadbiran untuk memeriahkan pentas bagi
menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah.
Cabutan Bertuah Seterusnya kita akan membuat beberapa sesi cabutan
bertuah. Diharap para hadirin dapat kekal di dalam dewan
sehingga selesai majlis.

Majlis menjemput En Wan Harun bin Wan Ali, GPK


Hal Ehwal Murid bagi menyampaikan hadiah.

1. Bagi cabutan 1, dipersilakan pemegang nombor


Penyampai hadiah :______________

2. Bagi cabutan 1, dipersilakan pemegang nombor


Penyampai hadiah :______________

3. Bagi cabutan 1, dipersilakan pemegang nombor


Penyampai hadiah :______________

Terima kasih kepada En. Wan Harun bin Wan Ali atas
penyampaian hadiah itu tadi.

8. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cabutan bertuah itu


tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung PIBG 2019 dan Anugerah Kecemerlangan PT3
dan SPM 2018.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima


kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar atas
kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Pihak majlis memohon kemaafan seandainya berlaku


sebarang kepincangan sepanjang penganjuran majlis hari
ini.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai