Anda di halaman 1dari 2

Tutorial Minggu 3

EDUP2132 : PROFESIONAL KEGURUAN

Teori Keprihatinan (Fuller,1969) keprihatinan didefinisikan sebagai tanggapan guru


atau sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan
oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya. Peringkat keprihatinan
dibahagikan kepada tiga iaitu diri, tugas dan impak. Sebagai seorang guru yang
sangat baharu dalam profesion keguruan, pada peringkat keprihatinan terhadap
tugas ini memberikan satu impak yang sangat besar. Pada peringkat ini, saya perlu
tahu cara bagaimana boleh mengendalikan tugas pengajaran dengan baik. Guru
novis seperti saya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat terbatas. Hal
ini telah menjadi satu batu pengahalang dalam melaksanakan pengajaran.
Pengetahuan kaedah pengajaran yang diperolehi adalah hanya dari zaman
persekolahan hingga ke menara gading dapat dikatakan sebagai kaedah pengajaran
tradisional dimana guru itu sendiri hanya menerangkan isi pembelajaran tanpa
melibatkan murid.

Penghalang yang dikesan ini telah saya perbaiki sedikit demi sedikit berkat
ilmu yang diperolehi semasa menuntut di IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
Cara pengajaran yang lebih interaktif dan inovatif seperti penglibatan murid
sepenuhnya dalam proses PdP dan penggunaan ICT dalam pengajaran memberikan
sedikit keyakinan dalam menjalankan pengajaran. Bertugas di sekolah jenis
kebangsaan (SJK) memberikan cabaran juga kepada komunikasi antara guru
dengan murid. Jurang komunikasi itu menjadikan timbul beberapa kaedah
pengajaran yang diubah suai mengikut tahap penguasaan setiap murid dalam kelas.
Penggunaan medium ICT banyak membantu dalam melancarkan proses PdP. Tugas
seorang guru itu tidak terhalang pada penyampaian dalam kelas sahaja bahkan ia
juga merangkumi penyediaan video permainan interaktif berkaitan dengan tajuk
pembelajaran. Contohnya, penggunaan aplikasi Wordwall banyak membantu dalam
memudahkan pemahaman murid berkaitan tajuk pembelajaran.

Penggunaan aplikasi yang tersedia ini juga dapat membantu masalah


kekurangan masa sepanjang tempoh PdP dimana murid dapat mengakses aplikasi
itu mengikut kesesuaian dan keperluan murid itu sendiri. Selain interaktif,
penggunaan aplikasi ini juga membantu dalam menyediakan bahan bantu mengajar
yang lebih inovatif. Misalnya, murid dapat memahami penggunaan kata ganda penuh
dalam ayat dengan merujuk permainan Minecraft. Kesesuain pemilihan aplikasi ini
juga membantu guru dalam menggunakan cara yang terbaik digunakan untuk PdP.

Teori Keprihatinan ini telah memberikan secara jelas tentang masalah atau
sesuatu pemikiran seorang guru. Peringkat keprihatinan ini memecahkan tentang
masalah yang difikirkan dan dapat dirancang cara penyelesaiannya dengan mudah

Anda mungkin juga menyukai