Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan video yang telah ditonton, dapat ditakrifkan guru di sekolah

pendidikan khas adalah satu profesion dimana merujuk kepada kamus dewan

(2005), profesion adalah satu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan,

kecekapa serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Bekerja sebagai

seorang guru di Sekolah Berkeperluan Khas (SBK) khususnya memerlukan

satu latihan khas yang membantu memudahkan guru dalam menyampaikan

pengajaran.

Profesion juga mengandungi ciri dimana seseorang pekerja itu menggunakan

banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.

Misalnya, di SBK kurang upaya pendengaran memerlukan seseorang guru itu

menggunakan keupayaan menggunakan bahasa isyarat tangan bagi

memudahkan komunikasi dengan murid.

Manakala, profesionalisme bermaksud ciri-ciri atau atribut yang terdapat

dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Menurut Ornstein & Levine

(1993), empat atribut dalam suatu profesion adalah penguasaan ilmu yang

mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang, kod etika dan

kebenaran/persetujuan yang diberi keapda suatu profesion oleh masyarakat

untuk beroperasi.

Berdasarkan video yang ditonton, seorang guru di SBK adalah mengamalkan

profesionalisme yang tinggi dan memenuhi takrifan profesionalisme itu sendiri.

Misalnya, guru yang profesionalisme adalah guru yang mempunya latihan

ikhtisas dalam latihan perguruan. Cikgu Amril yang dikaitkan sebagai contoh
yang terbaik dalam video yang dipautkan menunjukkan beliau mempunyai

latihan ikhtisas yang baik sehingga mampu membimbing pelajar yang kurang

upaya pendengaran memahami apa yang disampaikan oleh beliau meskipun

CIkgu Amril itu sendiri adalah seorang Orang Kelainan Upaya (OKU)

pendengaran.

Jelaslah bahawa profesion dan profesionalisme amat berkait rapat dalam

sesuatu bidang yang diceburi. Profesion seorang guru atau pendidik itu

sendiri harus mempunyai profesionalisme yang tinggi kerana ia memberi

contoh dan ikutan kepada anak murid.

Anda mungkin juga menyukai