Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KO SARANGAPANY

JALAN PAYA BESAR,09600 LUNAS KEDAH


TEL:04-4840220 KBD 5061
EMAIL: sjktjlnpayabesar.kbb@gmail.com

MODUL PDPR
TAHUN 6
TP 4
TARIKH: 20.09.2021

3.3.3 Membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul.

Selamat pagi murid-murid,

Gambar di bawah menunjukkan suasana di kelas.


Tuliskan enam ayat yang lengkap tentang aktiviti di kelas dalam buku latihan.

a. menyapu e. menolong
b. mengelap f. menampal
c. mengangkat g. melipat
d. memadam
TARIKH: 22.09.2021

5.1.5 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata adjektif, kata adverba,
kata penguat, dan kata penegas mengikut konteks dengan betul. TP 4

A. Bulatkan kata adjektif

pokok manis boling sepupu tebal pendek

rendah gemuk memancing membimbing pedas riuh sedap

B. Lengkapkan ayat dengan kata adjektif yang betul.

pedas lazat cantik berkhasiat nipis nyaring

1. Penyanyi itu disukai ramai kerana suaranya yang


semasa menyanyi lagu.

2. Emak memasukkan sayur dan ikan dalam masakannya supaya makanan petang nanti

3. Buku itu tetapi mahal harganya.

4. Air kelapa muda memang untuk diminum pada


musim panas.

5. Adik Vennila yang itu belajar di Taman


Kanak-Kanak.

6. Varuni berasa kerana tergigit cili api.


TARIKH: 27.09.2021

3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera dengan
TP 3
menggunakan ayat yang gramatis.

Selamat pagi murid-murid,

Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

TERSURAT (ambil dari grafik) TERSIRAT (fikir...apa kesannya)

bersenam (1) badan akan mengeluarkan peluh (a)

makan makanan seimbang (2) mendapat zat yang mencukupi (b)

mendapat rehat secukupnya (3) badan akan segar (c)

menjaga kebersihan (4) tidak mudah mendapat penyakit (d)

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri. Antara cara menjaga kesihatan diri

adalah dengan (1). Dengan bersenam, (a).

Selain itu, cara menjaga kesihatan diri adalah (2)

supaya (b). Kita juga

perlu (3) supaya

(c).

Seterusnya, cara menjaga kesihatan terakhir ialah

(4) supaya kita (d).


TARIKH: 29.09.2021

5.2.2 Memahami dan menggunakan pelbagai jenis kata ganda dalam pelbagai TP 4
situasi dengan betul.

1. Isi tempat kosong dengan kata ganda yang betul.

kekabu pepohon dedaun kekabu kekacang


lelabu bebiri kekisi dedahan bebola

(a) Amir suka makan sup ikan.

(b) Bantal yang berisi amat lembut sekali.

(c) Syazmi menyapu kering yang gugur dari pohon manggis itu.

(d) Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan sayong yang

digunakan untuk menyimpan air minuman.

(e) Banyak rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

2. Garisi jawapan dengan kata ganda separa yang betul.

(a) Anda boleh cuba membela beberapa ekor ikan pelaga atau gapi untuk mengelakkan
pembiakan ( jejentik, rerama, pepijat ) di takung air.

(b) ( Pepijat, Jejentik, Lelabah ialah sejenis serangga yang suka duduk di celah-
celah tilam dan bantal.

(c) Jurutera itu menggunakan ( jejari, sesiku, pepara ) untuk melukis sudut 90 darjah.

(d) Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan ( jejari, jejantas, jambatan ) di jalan raya
yang sibuk itu.

(e) Fuad meminta pekerja kedai basikal itu menggantikan (rerantai, jejari, reroda)
basikalnya yang bengkok.
TARIKH: 04.10.2021

I
3.7.1 Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran dengan betul. TP 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Tulis semula karangan yang lengkap.

Majlis hari jadi

588, Lorong 2/A,

Taman Sejati Indah,

08100 Bedong,

Kedah.

10.02.2021

Menemui sahabatku yang tinggal di Pulau Pinang. Semoga anda berada dalam keadaan sihat.
Saya berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.

Ahmad,

Tujuan saya surat ini adalah untuk saudara ke majlis


hari jadi saya. Saya akan hari jadi saya yang ke -12 25 Februari
2021 ini.

Beberapa untuk majlis hari jadi sedang dilakukan. Antaranya ialah


menghias dan baju baru. hari jadi saya akan diadakan di
rumah saya pada pukul malam. Saya akan berasa sekiranya
saudara datang ke majlis hari jadi saya.

Saya agar saudara ke majlis hari jadi saya. Saya akan


menanti kehadiran saudara.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Siva A/L Maniam)

lapanMajlis menyambut berharap


menulismembeli datang gembira
persiapanmenjemput pada rumah
TARIKH: 06.10.2021

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk TP 4
membuat keputusan dengan memberikan alasan.

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SJK(C) Nan Ya, Johor telah mengadakan hari sukan pada 12 April 2021 yang lalu.
Hari sukan ini diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap murid
di samping menyatupadukan warga sekolah. Hari sukan ini telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Datuk Ong Ka Chuan tepat pukul 9.00 pagi. Temasya sukan kali ini
bertambah meriah dengan warna-warni rumah sukan yang terdiri daripada Rumah
Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti acara lompatjauh, lontar peluru, lompat


tinggi dan acara balapan. Acara kemuncak ialah acara tarik tali antara rumah sukan.
Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah. Lai Wei Xian telah dinobatkan

a. Bilakah SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan?


SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan pada

b. Apakah tujuan hari sukan tersebut diadakan?


Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah untuk

c. Siapakah yang dinobatkan sebagai olahragawati sekolah?


TARIKH: 11.10.2021

3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera dengan menggunakan ayat
yang gramatis TP 4

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memupuk semangat kejiranan.


Tulis ulasan tentang cara-cara memupuk semangat kejiranan tersebut dalam bentuk
perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.
TARIKH: 13.10.2021

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat
keputusan dengan memberikan alasan. TP 4

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Seni tulisan Cina dianggap unik kerana tulisannya menggambarkan kemurnian dan kualiti

seseorang ahli kaligrafi.

Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan dakwat, berus dan kertas khas. Alat dan

bahan ini bukan sesuatu yang mudah digunakan untuk menulis seni tulisan Cina. Setiap tulisan

yang dihasilkan ada nilai yang tersendiri.

Seni kaligrafi Cina ada pelbagai gaya dan bentuk. Pada umumnya, terdapat lima bentuk

kaligrafi Cina, iaitu Zhuan Shu, Li Shu, Kai Shu, Xing Shu dan Cao Shu.

Pihak Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan Persatuan Seni Tulis Malaysia (PSTM) turut

mermartabatkan seni warisan tulisan Cina. Mereka menganjurkan siri PameranKaligrafi

Malaysia. Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga menjadikan aktiviti menulis kaligrafi Cina

untuk mengcungkil bakat ahli kaligrafi muda.

a. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan ,

dan .

b. Apakah keunikan seni tulisan Cina?

c. Terdapat 5 bentuk kaligrafi Cina. Tuliskan 2 bentuk daripadanya.


TARIKH: 18.10.2021

3.7.1 Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran dengan betul. TP 4

Lengkapkan karangan di bawah dengan menggariskan perkataan yang sesuai. Salin semula
ayat-ayat ini supaya menjadi satu karangan yang lengkap.

Hobi Saya

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang. Setiap (ahli / anggota /

orang) ada hobi.

Hobi saya ialah (membaca / menulis / mengulangkaji) buku. Saya dapat banyak

faedah (untuk/dengan/pada) membaca. Saya membaca buku pada masa (senang / tenang /

lapang).

Membaca (menambahkan / menyebabkan / memberikan) ilmu pengetahuan kepada

saya. Saya selalu (membeli / mengambil / meminjam) buku dari perpustakaan. (Dia / Kamu /

Saya) meminjam buku-buku seperti buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain.

(Sifat / Tabiat / Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya

dapat (mengajar / mempelajari / memperbaiki) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak

membantu dalam (ajaran / pengajaran / pelajaran) saya. Saya dapat mengulangkaji pelajaran

dengan (padat / singkat / senang).

Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya / selama-lamanya /

sesungguh-sungguhnya).
TARIKH: 20.10.2021

3.3.3 Membina dan menulis jawapan secara kritis dan kreatif dengan betul. TP 4

Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika di dapur.

Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang aktiviti di dapur tersebut.

a. menuang e. memasak
b. memotong f. membantu
c. meletakkan
d. membubuh
TARIKH: 25.10.2021

3.7.1 Menghasilkan perenggan yang kohesi dan koheran dengan betul. TP 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Tulis semula karangan yang lengkap.

Cara-cara Mengisi Masa Lapang

Masa lapang boleh diisi dengan pelbagai cara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada
masa lapang. Masa memberikan banyak faedah kepada kita.

Kita boleh membaca pada masa lapang. Jika banyak membaca, kita akan dapat menulis
dengan baik. Kita boleh membaca buku cerita dan
khabar.

Hobi juga dapat mengisi masa lapang. Contohnya, mengumpul setem, berkebun dan
pokok bunga. Aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan
pengalaman kita.

Di samping itu, pada masa lapang kita boleh membantu ibu bapa. Antara
yang boleh kita buat adalah , membersihkan
rumah dan menjaga adik di rumah.

Selain itu, kita juga boleh tempat-tempat pada


masa lapang. Contohnya, zoo, muzium dan sains.

Masa lapang harus diisi dengan kegiatan yang .Janganlah


biarkan masa dengan sia-sia sahaja.

berfaedah terbuang melawat

pusat pertolongan kawasan

menarik menanam mengemas

karangan surat lapang


TARIKH: 27.10.2021

3.3.2 Mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda baca, TP 4
penggunaan imbuhan, penggunaan kata, dan struktur ayat.

Edit teks di bawah dari aspek ejaan, tanda baca dan imbuhan. Salin
semula teks.

Murid-murid Tahun Enam sekolah kebangsaan taman kenanga telah mengikuti bengkel

cara-cara mengatasi masalah sttres. Dalam bengkel itu, murid-murid didedahkan tentang

ponca-ponca berlaku stres Dan cara-cara mengatasinya. Penceramah undangan berjaya

menyampaikan ceramahnya dengan baik. Murit-murit mula memahami cara-cara untuk

mengatasi stres dan mula mengetahui bahawa masalah stres perlu Diatasi dengan segara

agar tidak menyebabkan masalah tekanan mentel. Para peserta bengkel diucapkan terima

kasih kepada guru yang berjaya menganjurkan bengkal tersebut.

Anda mungkin juga menyukai