Anda di halaman 1dari 2

Cahaya Graviti

Cerpen Karangan: Ihsan Ayun


Kategori: Cerpen Malaysia
Jamal masih lagi terlentang di kerusi tiga walaupun ibunya sudah 15 kali
mengejutkanya menggunakan pelbagai kaedah. Jamal mengeras akhirnya ibunya
tersedar yang mereka sudah terlambat untuk menghadiri majlis qiyamulail.
“Terpulanglah la kau jamal tidurla nak jangan bangun” kata ibu jamal sambil
bergegas pergi ke masjid.
Rumah dikunci selamat oleh ayah jamal tinggalah jamal dan 2 orang adiknya yang
kini berada di lokasi ruang tamu menikmati keenakan tidur di malam yang indah.
Jam digital bertukar nombor dari 12:00 am kepada 3:00 am. Suatu bunyi dentuman
jet ataupun mesin gergasi telah mengegarkan rumah jamal dia terbangun dan
melihat seluruh tingkap rumahnya dimasuki cahaya yang sangat terang. Dia perasan
kedua dua adiknya yang berada tidak jauh dari kakinya ditarik. Tiada tali tiada
benda yang kelihatan menarik dua orang adiknya itu dia mula panik dan
mengagahkan diri menarik kedua dua adiknya yang kini seperti ada kuasa magnet
yang menarik mereka. Adiknya tidak menjerit malah masih enak dibuai mimpi
Pintu dapur terbuka dan cahaya terang berada di mulut pintu itu. Terang sekali.
Ketika kudratnya hampir lemas dia terlepas gengaman tangan adiknya dan mereka
berdua disedut ke dalam pintu yang penuh cahaya dan lesap. Lesap sekali cahaya
yang terang yang menembusi tingkap rumahnya jamal berlari ke luar dan berteriak
meronta bantuan. Kelihatan pak lebai ketika itu dalam perjalanan ke masjid
“Lebai awangg” teriak jamal “Lebai!” sambung jamal
Lebai awang hanya berzikir dan memerhatikan ke kawasan perumahan jamal.
“Tenang anak saudaraku tidur” kata lebai awang sambil senyum diiringgi zikir dan
tahmidnya
Pak lebai berlalu dan teriakanya ditelan angin malam. Jamal melutut kesedihan dan
mula merasakan dirinya terangkat. Selang beberapa minit semakin tinggi dan tinggi
dia terapung-apung di awangan tidak boleh bergerak ke timur barat utara selatan.
Kini dia tinggi atas langit melihat cahaya yang berada di bumi. Jamal pening dek
kerana terpusing-pusing keadaanya sama seperti dia berada di angkasaraya. Persis.
Dia kini kehilangan daya graviti dan masih terapung di langit yang semakin lama
semakin jauh di atas awangan.

Dia tidak tahan terlalu pening dan nafasnya semakin lama semakin terhenti. Dia
memejam mata agar dapat bangun dari mimpi tetapi tidak berjaya diulang
perilakunya itu sebanyak 100 kali juga tidak bisa dia mula menangis hendak kembali
ke bumi kerana kini dia berada di ruangan yang penuh dengan bintik-bintik cahaya
yang indah.

Anda mungkin juga menyukai