Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS BUKU

JUDUL BUKU : RICH DAD’S CASHFLOW QUADRANT / CAPAI KEBEBASAN KEWANGAN (EDISI
BAHASA MELAYU)

Penulis: Robert T. Kiyosaki

Menerusi buku Rich Dad’s Cashflow Quadrant ini, Robert mendedahkan rahsia bagaimana ilmu
kewangan mampu membantu kita mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bekerja keras, malah
membayar cukai yang sedikit berbanding mereka yang berhempas pulas bekerja siang dan malam.

Penulis buku ini iaitu Robert Kiyosaki mencabar dan mengubah cara berfikir penduduk dunia
dalam soal kewangan. Beliau adalah seorang usahawan, pendidik dan pelabur yang percaya, dunia
ini memerlukan lebih ramai usahawan yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.

Penulis berkongsi perjalanan peribadinya menuju kebebasan kewangan dalam cara yang
dapat membangkit emosi dan semangat para pembaca. Antara prinsip teras dan mesej beliau seperti
‘ rumah kita bukanlah aset’, ‘melabur untuk aliran tunai’, dan ‘golongan penyimpan adalah golongan
yang rugi’. Beliau juga merupakan pengasas The Rich Dad Company iaitu sebuah syarikat pendidikan
kewangan dan pencipta permainan CASHFLOW.

Pandangan peribadi beliau tentang nasihat ‘lapuk’ seperti pergi ke kolej, cari pekerjaan yang
bagus, menyimpan wang, bebaskan diri daripada hutang, melabur untuk jangka panjang dan
melakukan pempelbagaian sudah menjadi nasihat yang ketinggalan zaman dalam Zaman Maklumat
yang serba pantas ini. Falsafah dan mesej ayah angkat beliau mencabar keadaan sedia ada dan
status quo. Pengajaran yang beliau sampaikan mendorong kita agar celik kewangan dan memainkan
peranan aktif dalam melabur demi masa hadapan sendiri.

Buku ini sejujurnya sangat memberi inspirasi kepada saya, lebih-lebih lagi apabila mengajar
subjek Matematik silibus baru iaitu Matematik Pengguna: Simpanan dan Pelaburan Tingkatan 3.
Selain untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian bagi kegunaan sendiri dan menambah keyakinan
dalam dunia pelaburan buku ini juga sangat bermotivasi untuk dikongsikan kepada para pelajar saya.
In sha Allah..

Anda mungkin juga menyukai