Anda di halaman 1dari 6

Journal of Business and Social Development ISSN: 2289-2915

Volume 2 Number 1, March 2014: 57-62 © Penerbit UMT

PENILAIAN PENYALAHGUNAAN DADAH MENURUT FATWA ULAMA


DARI PERSPEKTIF ISLAM
(ASSESSING DRUG’S MISUSAGE ACCORDING TO ULAMA’S FATWA
FROM ISLAMIC PERSPECTIVE)

SABIR BIN ABDUL GHANI1*, FADZLI BIN ADAM1 DAN MUHAMMAD RASHIDI BIN WAHAB2
Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, 2Jabatan Usuluddin, Fakulti Pengajian
1

Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

*Corresponding author: bgq7729@yahoo.com.my

Abstrak: Islam merupakan agama yang menekankan kesucian jiwa dalam kehidupan manusia yang
bertamadun. Kesucian jiwa adalah sebahagian daripada iman yang berfungsi melahirkan individu
yang mematuhi segala syariat Islam. Masalah penyalahgunaan dadah dilihat sangat serius sejak
kebelakangan ini di seluruh dunia. Malaysia juga turut mengalami masalah ini, data penagihan dadah
pada tahun 2010 menunjukkan seramai 16,646 orang berbanding 15,736 orang pada tahun 2009.
Islam menqiaskan dadah kepada arak iaitu perkara yang memabukkan, menghilangkan kewarasan
akal dan pertimbangan diri. Oleh itu, Maqasid Syar’iyah menyamakan penglibatan individu dalam
penyalahgunaan dadah sebagai pencabulan kepada agama, akal, diri dan harta hingga menyebabkan
berlaku perlakuan yang diharamkan oleh agama. Kajian ini dikupas berdasarkan kajian perpustakaan
yang dijalankan berdasarkan kitab dan himpunan penulisan ulama dan cendekiawan terdahulu.
Kertas kerja ini mengulas perbincangan berkaitan definisi dadah dan fatwa-fatwa beberapa ulama
mengenai pengharaman najis dadah dalam ketamadunan Islam. Perbincangan juga merumuskan
kesepakatan para ulama Malaysia yang mengharamkan penyalahgunaan dadah serta keperluan
untuk memberi pendedahan meluas tentang isu ini kepada masyarakat bagi mengurangkan statistik
penagihan dadah di Malaysia.

KATA KUNCI: Dadah, Islam, fatwa ulama.

Abstract: Islam is a religion that emphasizes on the purity of the soul in a civilized human life. It is
a part of Iman that guides individual to comply with Islamic law. Recently, issues concerning drugs
addiction has become significantly serious worldwide. Malaysia as well experiencing this problem
as drug addiction data in 2010 showed a total of 16,646 compared to 15,736 people in 2009. From
Islamic perspective, drug is considered of equivalence to alcohol in term of intoxication, loss of
sanity and self-judgement. Maqasid Syar’iyah regards individual who involved in drug abuse as
committing destruction to his religion, mind, self and property; leading to many prohibited deeds.
This study based on library literature review conducted based on a compilation of the book and
scholars’ writings prior. This paper elaborates the definition of drug and Muslim scholars’ views
(fatwa) on the prohibition of drug in Islamic civilization. Discussions have concluded that Muslim
scholars in Malaysia are in consensus of the prohibition of drug and the need to expose the society
on the issue in order to reduce drug addiction statistics in Malaysia.

KEYWORDS: Drug addiction, Muslim scholars, fatwa.

Pengenalan Masalah ini dilihat mampu menjejaskan


Penyalahgunaan dadah telah menjadi satu perkembangan sistem ekonomi, politik dan
masalah serius yang dihadapi oleh setiap negara sosial bagi negara yang terlibat. Ini kerana
di dunia termasuklah di rantau Nusantara. pembangunan ketamadunan sesebuah negara
itu bergantung pada keupayaan rakyatnya

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 57 3/11/14 5:56 PM


Sabir bin Abdul Ghani et al. 58

untuk mentadbir agar negara terus mencapai Kajian Lepas


kemajuan. Jika rakyat sesebuah negara itu tidak Hukum pengharaman dadah adalah hukum yang
memiliki keupayaan, maka segala perancangan tidak jelas kerana disandarkan dengan hukum
negara terhadap pelaksanaan pembangunan pengharaman arak. Tidak terdapat hukum khusus
ekonomi, politik dan sosial pasti tidak mencapai daripada al-Quran dan al-Sunnah mengenai
matlamatnya. dadah dan jenis-jenisnya, namun hukum ini
telah ditetapkan melalui ijmak (persefahaman
Pernyataan Masalah majoriti ulama pada suatu masalah) dan qias
Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan (menghubungkan suatu perkataan yang tidak
penagih dadah di Malaysia terdiri daripada ada nas hukum syarak daripada al-Quran
kalangan bangsa Melayu yang beragama dan al-Sunnah) (Abdul Fatah, 2009) maka
Islam (Abdul Fatah, 2009). Data menunjukkan perbincangan ini dapat memberi pengetahuan
peningkatan penagih dadah pada setiap tahun. dan pemahaman tentang pengharaman dadah
Pada tahun 2010 menunjukkan seramai 16,646 dengan jelas.
orang berbanding 15,736 orang pada tahun 2009,
ini ditambah pula dengan penagihan semula Pengertian Dadah
yang meningkat pada setiap tahun selepas Dadah dalam bahasa Arab disebut sebagai
mendapat pemulihan daripada Pusat Pemulihan al-mukhaddarat berasal daripada perkataan
Penagihan Narkotik (PUSPEN) atau pusat mukhaddara iaitu benda-benda yang boleh
rawatan alternatif (AADK, 2010a). Keadaan menyebabkan hilangnya pertimbangan dan
ini mengundang persoalan adakah mereka tidak kewarasan seperti ganja dan morfin (Al-
mengetahui bahawa agama Islam melarang Marbawi, 1998). Berdasarkan kajian para
keras penganutnya daripada menyalahgunakan ulama dan ahli perubatan Islam, kesan daripada
sesuatu yang boleh membawa kerosakan pada penggunaan dadah adalah sama dengan kesan
diri termasuklah menyalahgunakan dadah. Jika meminum arak kerana boleh memabukkan dan
benar andaian ini, maka wajarlah bagi para menghilangkan kewarasan akal. Pengertian
sarjana Islam di Malaysia khususnya merangka al-mukhaddarat ini sebagai benda-benda
satu penjelasan berkaitan hukum penyalahgunaan yang memabukkan dan boleh menghilangkan
najis dadah dan disebarkan secara meluas kepada kewarasan akal dilihat bertepatan dengan sabda
masyarakat. Ini kerana didikan dan penghayatan Rasullah SAW:
agama merupakan langkah pencegahan berkesan
bagi membolehkan seseorang individu itu tidak
terjerumus dengan penyalahgunaan dadah.
Maksudnya: Setiap yang memabukkan adalah
Objektif Kajian arak dan setiap arak itu adalah haram.
Melihat kepada masalah yang dihadapi di atas, (Riwayat Muslim).
kajian ini bertujuan untuk memperincikan Menurut risalah Islam Memusuhi Dadah
berkaitan penyalahgunaan dadah. Fatwa ulama (Anti Dadah, 1993), dadah ialah bahan kimia
terdahulu dan kontemporari akan diketengahkan psikoaktif yang mempunyai kesan paling buruk
bagi memberi penjelasan terhadap fatwa- ke atas sistem saraf tubuh manusia seperti
fatwa ulama Islam mengenai penyalahgunaan menyebabkan mabuk, khayal, ketagih, dan
dadah dan turut memfokuskan dalil-dalil serta gangguan tingkah laku. Penggunaannya yang
kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh Islam berterusan akan mendatangkan bahaya dan
untuk menyatakan tentang pengharaman najis kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat,
dadah. Sebagai permulaan kepada kertas kerja negara dan agama. Takrifan ini tidak melibatkan
ini, dinyatakan terlebih dahulu pengertian dadah alkohol dan tembakau serta ubat yang merupakan
dan jenis-jenisnya. bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 58 3/11/14 5:56 PM


PENILAIAN PENYALAHGUNAAN DADAH MENURUT FATWA ULAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM 59

untuk mengesan, mencegah atau mengubati Walau bagaimanapun, sesuatu perkara


penyakit. yang disebutkan pengharamannya oleh dalil
Selain itu, dadah juga ditakrifkan sebagai lain secara khusus adalah terkeluar daripada
apa-apa bahan kimia sama ada asli atau tiruan maksud umum ayat di atas (Al-Khin, 2005)
apabila digunakan boleh mengubah fungsi termasuklah dalam bab makanan dan minuman.
badan, perasaan atau kelakuan seseorang Antara perkara yang diharamkan oleh Allah
penagih (Taib, 1988). Agensi Dadah SWT dan rasul-Nya adalah sesuatu benda yang
Kebangsaan pula mentakrifkan dadah adalah boleh memabukkan seperti arak. Antara dalilnya
bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan adalah sepertimana berikut:
tujuan perubatan yang mana penggunanya Firman Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim:
dilarang. Penggunaan bahan ini menyebabkan
seseorang sentiasa bergantung secara fizikal
dan psikologikal serta toleran yang meningkat.
Penggunaan bahan ini juga mendatangkan
bahaya dan kerosakan kepada kesihatan diri, Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!
keluarga, masyarakat dan negara (AADK, Bahawa sesungguhnya arak dan judi serta
1999b). pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, semuanya itu
Menurut kamus Komprehensif Bahasa adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh
Melayu pula dadah dapat ditakrifkan sebagai itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
ubat-ubatan atau bahan yang merosakkan atau berjaya.
membinasakan orang yang menggunakannya (Surah al-Maidah: 90).
secara berlanjutan yang akan membawa
kepada kerosakan kesihatan dan membawa Sabda Rasulullah SAW:
maut (Othman & Karim, 2005). Dadah juga
adalah bahan yang digunakan untuk ubat-
ubatan iaitu bahan yang biasanya membuatkan Maksudnya: Setiap minuman yang memabukkan
ketagihan yang digunakan sebagai ubat tidur adalah haram.
dan menyebabkan khayal atau tidak sedarkan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
diri seperti candu dan heroin (Kamus Pelajar
Terbitan Khas, 2000). Sabda Rasulullah SAW:

Kronologi Hukum Pengharaman Dadah


Menurut kesepakatan Ulama Islam, hukum asal Maksudnya: Setiap yang memabukkan adalah
terhadap sesuatu makanan dan minuman adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.
halal serta boleh dimakan atau diminum (Al- (Riwayat Muslim).
Zuhaili, 2007). Selagi mana tiada sebarang dalil Perkara utama menyebabkan pengharaman
yang melarang sesuatu makanan atau minuman arak itu ialah sifat dan kesan arak itu sendiri
itu, maka dihukum sebagai harus dan halal. yang memabukkan sehingga menghilangkan
Kenyataan ini bersandarkan kepada firman kewarasan akal berdasarkan kesepakatan
Allah SWT: umat Islam. Maka Islam telah menetapkan
Maksudnya: Dialah (Allah S.W.T.) yang kaedah dalam mengeluarkan hukum-hakam
menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi fekah bahawa boleh dikongsi pengharaman
kesemuanya. benda memabukkan itu dengan perkara lain
(Surah al- Baqarah : 22). yang memabukkan juga berdasarkan sabda
Rasulullah SAW:

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 59 3/11/14 5:56 PM


Sabir bin Abdul Ghani et al. 60

Maksudnya: Sebahagian daripada umat ku pasti memabukkan dan turut digunakan sebagai hujah
akan meminum arak yang mereka namakan kepada pengharaman dadah berdasarkan kaedah
bukan dengan nama arak. kias yang telah disepakati oleh para ulama
(Riwayat Abu Daud). sebagai salah satu sumber bagi mengeluarkan
Oleh itu, setiap perkara yang memabukkan hukum-hakam dalam Islam.
adalah jelas haram dalam Islam termasuklah
dadah. Pengharaman itu tidak bergantung pada Metodologi
nama atau jenama sesuatu benda bergantung pada Kertas kerja ini dikupas dengan menggunakan
akibat daripada penggunaan benda tersebut iaitu kaedah kajian perpustakaan berdasarkan kitab-
boleh membawa kepada kesan memabukkan kitab, penulisan ulama dan cendekiawan
sehingga menghilangkan kewarasan akal. muktabar terdahulu. Dengan ini terhasilnya
Dengan sebab ini juga, arak dan setiap kertas kerja yang mengupas berkaitan fatwa
benda yang memabukkan adalah dianggap dalam pengharaman dadah dari perspektif Islam.
sebagai najis menurut pandangan mazhab Shafie
(Al-Khin, 2005) walaupun sebilangan mazhab Fatwa Ulama Islam Terhadap Pengharaman
lagi tidak sependapat demikian. Kenyataan Dadah
bahawa setiap yang memabukkan itu adalah Menurut mantan Syeikh al-Azhar, Mahmud
najis berdasarkan firman Allah SWT: Syaltut dalam karyanya al-Fatawa menyatakan
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! bahawa ulama fekah telah bersepakat
Bahawa sesungguhnya arak dan judi serta tentang pengharaman dadah kerana memberi
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan kesan buruk kepada manusia, persekitaran
batang-batang anak panah, semuanya itu dan keturunan. Beliau turut membawakan
adalah kotor (keji). pandangan Ibn Qayyim yang mengatakan
(Surah al- Maidah : 90). bahawa termasuk dalam hukum pengharaman
arak itu adalah semua benda yang memabukkan.
Menurut Ibn Taimiyyah (Al-Ba’li, 1386 H),
Oleh itu, semua jenis dadah seperti ganja, heroin
segala benda yang memabukkan adalah dikira
dan seumpama dengannya adalah diharamkan
sebagai najis sama seperti arak. Beliau turut
oleh Islam kerana diqiaskan dengan perkara
mengumpamakan arak seperti air kencing dan
memabukkan (Mahmud Syaltut, 2004).
dadah pula seperti tahi. Oleh itu, setiap perkara
yang boleh memabukkan adalah dilarang untuk Menurut tokoh ulama kontemporari Yusuf
dimakan atau diminum sama ada dengan kadar al-Qaradhawi, semua jenis dadah seperti
sedikit apatah lagi banyak. Perkara ini dikuatkan ganja, kokain, heroin dan sebagainya lagi
lagi dengan hadith Rasulullah SAW yang mempunyai pengaruh dan kesan buruk terhadap
menyatakan: diri dan masyarakat. Pengharaman dadah
telah disepakati oleh ulama fikah sejak zaman
dahulu yang mana mereka menamakan sebagai
al-khabaith (dadah). Menurut beliau lagi, Ibn
Maksudnya: Perkara yang memabukkan dalam
Taimiyyah mengatakan bahawa ganja adalah
jumlah yang banyak maka dalam jumlah yang
haram sama ada memabukkan ataupun tidak
sedikit pun tetap haram.
dan hanya digunakan oleh orang jahat sahaja
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
sedangkan orang baik tidak menggunakannya
Berdasarkan penjelasan di atas, apa- (Al-Qaradhawi, 2007).
apa perkara yang memabukkan adalah
Menurut mantan Mufti Besar Mesir,
haram berdasarkan ilmu Usul al-Fiqh yang
Hasanain Muhammad Makhluf (2005),
menggunakan kaedah kias pengharaman
jumhur ulama berpandangan bahawa dadah
arak. Arak juga dilihat sebagai perkara yang
merupakan suatu najis yang diharamkan sama

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 60 3/11/14 5:56 PM


PENILAIAN PENYALAHGUNAAN DADAH MENURUT FATWA ULAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM 61

ada mengambilnya dengan kuantiti sedikit atau 2. Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan
banyak serta mabuk atau tidak. Banyak kesan perubatan yang sah mengikut syarak.
buruk dari pengambilan dadah yang mempunyai Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
persamaan dengan kesan arak antaranya Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama
membawa kerosakan pada diri. Bahkan kesan Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada
disebabkan penyalahgunaan dadah adalah lebih 21-23 November 2006 (www.e-fatwa.gov.my)
dahsyat daripada kesan arak. turut membincangkan Hukum Penyalahgunaan
Menurut tokoh ulama kontemporari Wahbah Dadah Jenis Syabu dan Jenis-Jenis Dadah Baharu
al-Zuhaili (Al-Zuhaili, 2007) dalam karyanya al- Yang Lain dan telah memutuskan bahawa:
Fiqh al-Islami wa Adillatuh, diharamkan semua 1. Dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis
jenis dadah seperti ganja, heroin dan lain-lain baharu yang lain mempunyai kesan mudarat
lagi kerana memberi mudharat kepada badan yang sama seperti ecstasy, katamine dan
dan akal. Beliau melihat pengharaman dadah Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
ini adalah bertepatan dengan sebuah hadith
daripada Ummu Salamah: 2. Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis
syabu dan dadah-dadah jenis baharu yang
lain adalah haram dan semua aktiviti
yang berkaitan dengan penyalahgunaan
Maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melarang dadah ini seperti menanam, memproses,
daripada setiap perkara yang memabukkan dan memiliki, menjual, mengedar, membeli
melesukan. atau membenarkan premis digunakan untuk
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad) bersubahat dengan penggunaannya adalah
Berdasarkan beberapa fatwa para ulama juga diharamkan.
Islam ini, maka jelaslah bahawa dadah
merupakan najis yang diharamkan oleh agama Rumusan
Islam. Penyalahgunaannya adalah berdosa
Pengharaman dadah dilihat kepada semua
di sisi syarak dan boleh dikenakan hukuman
benda yang memabukkan adalah haram di sisi
ta’zir menurut jumhur ulama (Wazara al-Auqaf
Islam, termasuklah semua jenis dadah sama ada
wa al-Syu’un al-Islamiyyah, 2004). Walau
dadah jenis baharu atau sebagainya. Ini kerana,
bagaimanapun, syarak memberi pengecualian
penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan
dalam beberapa keadaan tertentu seperti ketika
kesan buruk dan mudarat yang amat besar
darurat, berubat dan pembedahan dengan
kepada penagih. Bertambah jelas dengan
beberapa syarat seperti individu itu diawasi oleh
adanya dalil-dalil yang menunjukkan tentang
ahli perubatan Islam yang dipercayai (Al-Hak,
pengharaman dadah melalui kaedah qias illah
2005) .
terhadap pengharaman arak. Bahkan juga bukan
setakat mendatangkan merosakkan kepada
Keputusan Fatwa Malaysia Tentang individu penagih itu sahaja, malah kerosakan
Permasalahan Dadah ini mencakupi kerosakan kepada agama, bangsa
Selain fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama dan negara memandangkan mereka merupakan
Islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis aset berharga kepada masyarakat.
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Ini bertepatan dengan firman Allah
Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 15-16 SWT yang menyuruh manusia agar tidak
April 1982 (JAKIM, 1982) turut membincangkan mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan
mengenai Masalah Dadah dan Penyelesaiannya dan melampaui batas, seperti mana ayat berikut:
serta telah memutuskan bahawa:
Maksudnya: Wahai orang beriman! Janganlah
1. Sebarang penyalahgunaan, termasuk kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang
penyalahgunaan dadah, hukumnya haram. telah dihalalkan Allah kepada mu, dan janganlah

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 61 3/11/14 5:56 PM


Sabir bin Abdul Ghani et al. 62

kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah Al-Qaradhawi, P. D. (2007). Al-Halal wa al-


tidak menyukai orang yang melampaui batas. Haram fi al-Islam. Kaherah: Maktabah
(Surah al- Maidah: 87). Wahbah.
Menyedari hakikat masalah dadah yang Al-Zuhaili, P. D. ( 2007). Al-Fiqh al-Islami wa
kian rumit dan kompleks ini, kerjasama antara Adillatuh Juz. 4. Damsyik: Dar al-Fikr.
orang ramai dengan pihak berkuasa kerajaan Anti Dadah, P. P. (1993). Islam Memusuhi
adalah sangat diharapkan bagi mengatasi Dadah. Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan
permasalahan umat kita ini. Semua dilihat pihak Negara, Jabatan Perdana Menteri.
mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
dimainkan dalam mendidik anggota masyarakat Ghafar Taib, A. (1989). Dadah dan
tentang bahayanya najis dadah. Jika perkara ini Pencegahnnya di Malaysia. Kuala Lumpur:
dapat difahami, ia akan memberikan natijah PAM Publishing (M) Sdn. Bhd.
bahawa permasalahan dadah ini bakal menemui JAKIM, J. K. (1982, April). Fatwa Dadah.
penghujungnya. Retrieved Januari 19, 2011, from http://
www.e-fatwa.gov.my.
Rujukan Jamaludin, A. (2009). Salah Guna Dadah
AADK, A. A. (2010). Laporan Agensi Anti Sebab, Akibat, Cegah dan Rawat. Serdang:
Dadah Kebangsaan 2010. Malaysia: Agensi Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Anti Dadah Kebangsaan. Mahmud Syaltut, a.-I. a.-A. ( 2004). Al-Fatawa:
AADK, A. A. (1999). Laporan Dadah Malaysia. Dirasah li Muskilat al-Muslim al-Muasir
Kuala Lumpur: Agensi Anti Dadah fi Hayatih al-Yaumiyyah al-Ammah.
Kebangsaan. Kaherah: Dar al-Syuruk.
Abdul Fatah, S. (2009). Proses Pemulihan Mohamed, M. N. (2009). Penyalahgunaan
Penggunaan Dadah Melalui Pendekatan Dadah Aspek Undang-undang, Pemulihan,
Pusat Pemulihan Pondok Remaja Inabah Rawatan & Pencegahan. Batu Caves: EDU
Kedah dan Terengganu. Tesis Phd . system Sdn. Bhd.
Malaysia, Terengganu: Universiti Malaysia Othman, A., & Karim, N. S. (2005). Kamus
Terengganu. Komprehensif Bahasa Melayu. Penerbit
Al-Ba’li, B. a.-D. (1386 H). Mukhtasar al- Fajar Bakti Sdn.Bhd. Malaysia, Selangor:
Fatawa al-Misriyyah li Ibn Taimiyyah. Herald Printers Sdn. Bhd.
Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyyah. Pustaka, D. B. (2000). Kamus Pelajar Terbitan
Al-Edrus, U. (1995). Hidupku Sejernih Embun Khas. Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan
Tanpa Dadah, Tanpa Arak, Tanpa Rokok. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Ramli, W. A. (1986 b). Selangkah ke Kubur.
Minda. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Al-Hak, S. J.-H. (2005). Buhuth wa Fatawa Bhd.
Islamiyyah fi Qadaya Muasirah. Juz. 3. (2009). Terjemahan al-Quran
Kaherah: Dar al-Hadith. al-Karim Rasm Uthamani dalam Bahasa
Al-Khin, M. a.-B. (2005). Al-Fiqh al-Manhaji Melayu. Batu Caves, Selangor, Malaysia:
ala Mazhab al-Imam al-Shafie. Juz. 1. Al-Hidayah House of Qur’an Sdn. Bhd.
Damsyik: Dar al-Qalam. Taib, A. G. (1988). Dadah Strategi dan Kawalan
Al-Marbawi, M. I. (1998). Kamus Idris al- di Sekolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Marbawi Arabi - Malayuwi. Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.
Dar al-Nukman.

Journal of Business and Social Development Volume 2(1) 2014: 57-62

7. Penilaian Penyalahgunaan.indd 62 3/11/14 5:56 PM

Anda mungkin juga menyukai