Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi Maqasid Syariah Menjaga Akal Dalam Mendepani Cabaran Penyalahgunaan

Dadah Sintetik

OBJEKTIF KAJIAN

Melihat kepada penyalahgunaan dadah yang semakin serius dan membawa impak
negatif kepada kehidupan manusia, kajian ini bertujuan untuk membanteras gejala
penyalahgunaan dadah sintetik dalam kalangan individidu, masyarakat dan
DAPATAN 1

FAKTOR KELUARGA DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH

Mutakhir ini, masalah gejala penyalahgunaan dadah semakin meruncing di negara


kita sejak akhir-akhir ini. Peranan keluarga amat penting dalam konteks menjaga akal
anak-anak supaya tidak terjerumus ke dalam kancah penagihan dadah. Faktor keluarga
amat mempengaruhi emosi dan fizikal anak-anak. Kurangnya kasih sayang antara ibu
bapa dan anak anak merupakan antara punca utama berlakunya kejadian ini.Hal ini
kerana mereka terlalu sibuk mengejar kemewahan di dunia yang semakin pesat dengan
teknologi-teknologi canggih ada masa ini. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli
akan anak anak mereka boleh membuatkan anak-anak akan merasa diri mereka tidak
diberi perhatian dan disayangi. Senario ini mampu membuktikan anak-anak
memberontak dan mengambil inisiatif untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
diingini keluarga mereka demi untuk meraih perhatian ibu bapa mereka. Sikap ibu bapa
yang melepaskan tanggungjawab mereka dalam sebuah institusi kekeluargaan demi
mengejar impian serta kemewahan dalam hidup menyebabkan anak-anak kurang masa
bersama orang tuanya

Anda mungkin juga menyukai