Anda di halaman 1dari 2

Masalah bercinta dalam kalangan remaja ini juga memberikan impak yang besar iaitu dari segi

kesihatan fizikal dan mental mereka serta berlakunya penderaan antara pasangan. Menurut Rosmah
Dain (2016), terdapat banyak kes yang dilaporkan di mana teman lelaki bertindak untuk memukul
teman wanita dan sebagainya. Hal ini demikian menyatakan bahawa sesetengah percintaan di usia
muda ini bukanlah kegembiraan malah kesakitan. Selain itu, masalah bercinta ini akan dapat
mendorong remaja untuk melakukan perbuatan keji seperti seks bebas, pergaulan berdua-duaan
dan lain-lain lagi sekiranya mereka kekurangan ilmu agama. Anak yang selalu diajarkan dengan
Pendidikan agama akan lebih memikirkan dalam memulakan Langkah kehidupan. Apabila mereka
tersilap Langkah dari batas-batas agama, mereka akan sedar akan kesalahan kerana didikan agama
yang terdapat dalam diri mereka yang menjauhkan mereka dari perkara terlarang ( Ahmad
Redzuwan Mohd Yunus, 2003)
Rosmah Dain. (2016). Kerana Cinta Sanggup Membunuh, Utusan Malaysia.
http://repo.uum.edu.my/17153/1/MY_1959_20160126_N_UM_SUP_pg10_14b471.pdf

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam, Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=TtYS464qMuAC&oi=fnd&pg=PA1&dq=penderaan+dalam+percintaan&ots=R7-
MVSJcdY&sig=gQqbqLNefly5yNhjiMJypYXdX-8&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Anda mungkin juga menyukai