Anda di halaman 1dari 2

Ahli kumpulan:

1.Ain Mardhiyah binti Rahmat


2.A’Aisyah Qistina binti Md Arifin
3.Nur Iffah Shahirah binti Mahazer

KESAN BURUK MENINGGALKAN SOLAT

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan perkara yang diwajibkan ke atas


setiap orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu dan
mempunyai rukun-rukun yang ditentukan. Tanpa solat, banyak kesan buruk yang
melanda kehidupan kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini.

Antara kesan buruk meninggalkan solat ialah kehidupan seseorang akan berada
dalam keadaan kucar-kacir. Hal ini berlaku disebabkan oleh seseorang itu jauh
daripada rahmat dan keredhaan Allah. Segala ibadah lain yang dilakukan juga tidak
dapat menenangkan hati. Golongan ini juga merupakan golongan yang dicabut Nur
(cahaya) pada wajahnya jika dia merupakan seorang mukmin. Orang-orang yang
beriman juga menentang golongan ini.

Seterusnya, kesan yang lain pula iaitu balasan di dunia, Allah akan menghilangkan
ataupun menarik kembali berkat dan rahmat daripada usaha dan rezekinya.Allah juga
akan mencabut Nur cahaya bagi orang-orang mukmin daripada wajahnya.Selain
daripada itu, individu itu juga akan tidak disukai dan dibenci oleh masyarakat dan
orang-orang yang beriman.Bagi azab di akhirat kelak, hisab atau timbangan amalan ke
atas mereka yang meninggalkan solat fardhu lima waktu akan menjadi sangat berat dan
sukar.Oleh itu,kita mestilah sentiasa menjaga solat dan solat di awal waktu.

Kesan buruk yang selanjutnya bagi orang Islam yang meninggalkan solat adalah
mendapat seksaan ketika menghadap mati. Insan tersebut akan mati dalam kehinaan
kerana masa hidupnya tidak menunaikan solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Disamping itu, dia juga akan mati dalam keadaan yang sangat kelaparan dan dahaga
walaupun telah diberi makan dan minum yang secukupnya. Terdapat juga siksaan
sewaktu alam kubur iatu Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya dan
Allah akan jadikan kuburnya dalam keadaan yang gelap. Dia juga akan disiksa
sehinggalah tibanya hari kiamat. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab
didalam neraka dengan azab siksaan yang pedih lagi keras.
Justeru Allah berfirman dalam kalamNya yang bermaksud “Kemudian mereka
di gantikan oleh keturunan–keturunan yang mencuaikan sembahyang serta
menurut hawa nafsu (melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi
azab (dalam neraka)”. [Surah Maryam 19:59]. Dalam ayat ini membawa
maksud bahawa solat merupakan perkara yang wajib bagi setiap mukmin. Jika
tidak dapat melakukannya maka akan mendapat kesan yang buruk dalam
kehidupan serta saat kematian.

Anda mungkin juga menyukai