Anda di halaman 1dari 21

1

ETIKA KEPIMPINAN ISLAM DAN ISU PEMBANGUNAN DI MALAYSIA :


SATU ANALISIS

“ Etika Kepimpinan Islam Dan Isu Pembangunan Di Malaysia : Satu Analisis “, dalam
Prosiding Seminar Kepimpinan Islam Peringkat Antarabangsa, anjuran APIUM,
pada 10-11 Julai 2007, hlm 34-47.

Kertas kerja ini bakal menganalisis secara kritikal tentang etika kepimpinan Islam
yang dikaitkan dengan isu dan realiti pembangunan di Malaysia. Untuk mencapai objektif
ini, kertas kerja ini dirangka khusus mengandungi beberapa bahagian utama
1. Pengenalan – kemunculan konsep etika kepimpinan di dalam era globalisasi.
2. Rasionaliti Diwujudkan Etika Kepimpinan Politik Islam Di Malaysia
3. Isu Kepimpinan Dan Pembangunan Dalam Senario Politik Di Malaysia
4. Krisis Kepimpinan Politik Dan Kaitannya Dengan Program Pembangunan.
a. Isu kepimpinan dan kaitannya dengan golongan yang terlibat dalam
pengubalan dasar di Malaysia; aktor politik, kakitangan kerajaan dan swasta,
NGO, penanggung risiko (rakyat biasa) dan golongan muda.
b. Kepentingan ideologi pembangunan di Malaysia.
c. Dimensi dan neraca kejayaan pembangunan.
d. Krisis kepimpinan dan kaitannya dengan program pembangunan.
5. Etika kepimpinan Islam alternatif : satu analisis.
6. Kesimpulan.

Bakal disediakan oleh,

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,


Prof. Madya Dr Idris Awang &
Prof Madya Mohd Kamil Abdul Majid
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Telepon : 019-3009740/ 012-3192177.
Email : rahimin_afandi@hotmail.com
2

ETIKA KEPIMPINAN POLITIK ISLAM DAN ISU PEMBANGUNAN DI


MALAYSIA : SATU ANALISIS

Oleh,

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim,


Prof. Madya Dr Idris Awang &
Prof Madya Mohd Kamil Abdul Majid
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Telepon : 019-3009740/ 012-3192177.
Email : rahimin_afandi@hotmail.com

PENGENALAN

Dewasa ini, isu kepimpinan politik Islam serta kaitannya dengan program
pembangunan negara telah menjadi semakin penting, memandangkan perkaitan antara
kedua dilihat akan mampu memacu pertumbuhan pembangunan Malaysia dengan lebih
terurus. Apa yang agak langka perbincangannya di dalam kajian keilmuan Islam semasa
adalah bagaimanakah etika ataupun garis panduan kepimpinan politik perlu dibangunkan
demi mematangkan kepimpinan politik Islam. Untuk mencapai objektif ini, kertas kerja
ini antara lainnya bakal memperincikan isu kepimpinan politik Islam yang dikaitkan
dengan program pembangunan. Di akhir perbincangan, tumpuan khusus akan difokuskan
kepada usaha membangunkan etika kepimpinan politik Islam alternatif.

RASIONALITI DIWUJUDKAN ETIKA KEPIMPINAN POLITIK ISLAM DI


MALAYSIA

Di peringkat pemahaman asas, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa usaha


mewujudkan intellect discourse tentang etika kepimpinan politik Islam di Malaysia boleh
dikatakan sebagai keperluaan mendesak. Hal ini boleh dijelaskan dengan beberapa sebab
utama, seperti;
1. Tokoh politik (aktor politik) merupakan golongan terpenting yang menentukan
sesuatu dasar di Malaysia bagi menjana program pembangunan di Malaysia. Tanpa
dokongan daripada golongan ini sesuatu program pembangunan sosio-ekonomi
negara bakal gagal,1 yang menyebabkan mereka patut dijadikan sasaran utama untuk
proses pendidikan. Aktor politik perlu dimatangkan bagi menjana pertumbuhan
pembangunan yang mampan di Malaysia. Lagipun, dalam konteks Malaysia,

1
Jamaie Hamil, UMNO Dalam Politik Dan Perniagaan Melayu, Bangi : Penerbit UKM, 2004, hlm 72-
80.
3

golongan ini sering diagung-agungkan sebagai idola dan penaung kepada aktiviti
positif di dalam masyarakat.2
2. Dinamisme aktor politik yang mewakili golongan etnik terbesar (Melayu, China dan
India) di Malaysia.3 Untuk konteks masyarakat Melayu misalnya, parti PAS dan
UMNO adalah parti Islam-Melayu yang cukup berpengaruh sehingga berjaya
memegang kuasa dan tampuk pemerintahan bagi menjalankan program pembangunan
Islam. Hal ini boleh dilihat daripada program pembangunan yang dijalankan di
peringkat pusat (Islam kerajaan) dan negeri Kelantan dan Terengganu (Islam
bangkangan)4 Kedua parti ini boleh menjadi agen terpenting untuk perpaduan umat
Melayu di Malaysia. Amatlah malang sekali seandainya potensi perpaduan ini
dibazirkan, Malaysia perlu dikekalkan sebagai kawasan majoriti Islam dan bukannya
sebagai kawasan minoriti Islam.
3. Aktor politik di Malaysia dikesan mempunyai pelbagai masalah dalam bidang
kepimpinan politik Islam. Aktor politik ataupun Islam politik sering dikatakan
sebagai penyebab utama kepada kemunduran umat Islam, seperti kronisme dan taasub
kepartian. Hal inilah yang menyebabkan lahirnya pendekatan non-partisan sebagai
kaedah menanggani kelemahan yang dimiliki oleh pendekatan politik. Hal ini amat
malang sekali memandangkan pendekatan politik juga penting untuk tujuan
penetapan sesuatu dasar dan penguatkuasaan undang-undang Islam di dalam
masyarakat.5

ISU KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN DALAM SENARIO POLITIK DI


MALAYSIA

Tidak ada suatu isu yang paling signifikan dalam perbincangan pemimpin politik
di Malaysia melebihi isu pembangunan. Ianya sering dijadikan sebagai isu utama dalam
setiap perhimpunan parti dan pilihanraya-yang dapat dianalisis melalui hasil kajian yang
dilakukan sejurus selepas sesuatu pilihanraya tamat. 6 Jika dilakukan sorotan sejarah, kita
akan mendapati isu kepimpinan dan pembangunan ini berkembang mengikut pola yang
tertentu.
Pertama, program pembangunan telah menjadi agenda, matlamat dan ideologi utama
negara Malaysia selepas merdeka. Apa yang dimaksudkan dengan ideologi utama
negara;7

2
Untuk kupasan yang cukup bernas dalam soal ini sila lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan Di
Malaysia ; Ke Arah Satu Kefahaman Baru, Kuala Lumpur, 2001, hlm 125-129.
3
Jamaie Hamil, “ Dinamika Kepimpinan Politik UMNO “, Dalam Ed. Ghazali Mahyudin, Demokrasi
Kepimpinan Dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia, Bangi : Penerbit UKM, 2006, hlm 108-110.
4
Maklumat Lanjut Boleh Didapati Dalam Mohd Izani Mohd Zain, Islam Dan Demokrasi : Cabaran
Politik Muslim Kontemporari Di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2005.
5
Maklumat lanjut boleh di dapati dalam Auni Haji Abdullah, Hisbah Dan Pentadbiran Negara, Kuala
Lumpur, 2000, hlm 10-15.
6
Husain Muhammad, “ Mereka Berani Bersuara : Karya-Karya Popular Tentang Politik Malaysia “, dalam
dalam ed. Oleh Mohd. Razali Agus Pembangunan dan dinamika masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur :
Utusan publication, 2000, hlm 244-257.
7
Sity Daud, “ Negara Dan Ideologi Pembangunan “, Dalam Ed. Ghazali Mahyudin, Demokrasi
Kepimpinan Dan Keselamatan Dalam Politik Malaysia, Bangi : Penerbit UKM, 2006, hlm 161-163.
4

a) Pembangunan menjadi wacana utama pemerintah baik dalam dokumen rasmi


ataupun dalam pelbagai kenyataan yang dikeluarkan.
b) Wacana pembangunan dijadikan retorika untuk melegitimasikan tindakan
pemerintah dan menjadi alat untuk memobilisasi rakyat serta menyatupadukan
mereka supaya bergerak menyokong pemerintah,
c) Kejayaan dan kegagalan pemerintah diukur berdasarkan prestasinya untuk
membawa perubahan berancang ke atas masyarakat dan mencapai angka-angka
pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan dalam dokumen perancangannya.
d) Pembangunan dijadikan alasan untuk menuntut taat setia dan kepatuhan rakyat
kepada pemerintah agar terdapat kestabilan politik bagi mengalakkan
pengumpulan modal.

Secara kasarnya terdapat empat gagasan yang mencorak program pembangunan di


Malaysia; Rukunnegara, DEB, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari. Teras kepada falsafah
pembangunan negara adalah Rukunnegara. Berikutan dari penerimaan Rukun negara itu,
perancangan pembangunan Malaysia telah menjalan DEB selama dua puluh tahun (1970-
1990) DEB telah membuahkan hasil serampang dua mata; iaitu membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat.8 Setelah tamat DEB, gagasan Wawasan 2020 yang
kemudiannya dikuti dengan gagasan Islam Hadhari mula diperkenalkan, yang jika diteliti
keempat dokumen ini, ianya merupakan kesinambungan dari hasrat negara ini bagi
menjana proses pembangunan negara yang lebih terarah. Berbanding dengan DEB,
gagasan Wawasan 2020 dan Islam Hadhari lebih menjuruskan kepada usaha menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju yang berasaskan kepada acuan Malaysia
sendiri.9

Kedua, timbul kritikan terhadap konsep pembangunan Malaysia sebelum era tahun
1970an yang lebih berorientasikan kepada model barat, sehingga melahirkan persepktif
pembangunan Islam. Apa yang pastinya, kritikan ini yang dikeluarkan oleh serangkaian
sarjana Melayu-Islam bersama dengan pelbagai NGO Islam, tetap menyetujui program
pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, dengan menyuntik idea pembangunan
Islam. Dalam tempoh masa ini, kita dapat mengesan beberapa perkembangan positif yang
berkaitan dengan pengenalan konsep pembangunan Islam, iaitu;
1) Wujudnya sejumlah besar bahan kajian (literature) yang berkaitan dengan konsep
pembangunan Islam. Ianya bukan setakat dapat memperkayakan kajian tentang
konsep pembangunan Islam, bahkan turut dijadikan rujukan utama untuk program
pembangunan di Malaysia.
2) Pengenalan konsep pembangunan Insan/ modal Insan yang mendapat dokongan kuat
pihak kerajaan. Konsep PI ini lebih dikhususkan kepada golongan pentadbir dan
golongan yang terlibat dengan decision making di dalam perkhidmatan kerajaan dan
swasta. Trend dan konsep PI ini timbul di Malaysia pada era tahun 1970-1980an, juga
disebabkan oleh kesedaran sesetengah golongan pemikir Melayu terhadap kegagalan
system pembangunan sumber manusia ala barat di dalam melahirkan golongan
pekerja yang seimbang di antara kelulusan yang tinggi dengan pencapaian saksiah
8
Abdul Rahman Aziz, Falsafah Pembangunan, Sintok : Penerbit UUM, 2004, Hlm 31-33.
9
Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Islam Hadhari Sebagai Wahana Ilmu Untuk Kecemerlangan Umat Islam
Di Malaysia “, Dalam Risalah Khas Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427 H,
Putrajaya : Jakim, 2006
5

diri yang baik.10Kesedaran ini timbul dengan begitu meluas sekali dimankinkan
dengan dua faktor yang utama, pertamanya, keghairahan pihak pentadbir Melayu
sendiri untuk merujuk kepada penyelesaian Islam terhadap masalah krisis nilai dan
penyelewengan kolar biru yang berlaku di dalam perkhidmatan awam, 11 keduanya,
kebanjiran buku-buku reformasi Islam daripada luar negeri samada dalam bentuk teks
yang asal ataupun terjemahan di Malaysia.12
Pada peringkat awalnya, program PI ini telah dijalankan oleh badan perundingan
swasta yang kemudiannya telah diterapkan secara bersepadu oleh INTAN sendiri di
dalam program latihan pembangunan dan perkembangan kerjaya untuk kakitangan
kerajaan. Apa yang boleh dibanggakan, program PI anjuran INTAN ini telah turut
diperkukuhkan asasnya dengan bantuan daripada beberapa orang sarjana Melayu-
Islam yang ternama, seperti Muhammad Kamal Hassan, Syed Muhammad Naqiubb
al-Attas, Wan Mohd Nor Wan Daud dan sebagainya. 13 Gagasan PI ini dalam bentuk
asas, kaedah operasi dan penilaian telah diterbitkan di dalam beberapa buah buku asas
yang dipakai untuk semua program latihan dan kerjaya anjuran INTAN dan jabatan
kerajaan yang lain.
Dalam banyak hal, program PI ini mengandungi beberapa elemen yang utama;
 Penggunaan sepenuhnya teori jalinan roh, jasad dan akal dalam melahirkan
pekerja yang tinggi nilai akauntabilitinya di dalam menjalankan sesuatu
perkerjaan sebagai ibadah, bagi memperolehi kejayaan (Falah) dan mengelakkan
kerosakan (khusran).14
 Penggunaan kerangka ilmu akhlak dan tasawuf bagi tujuan pembersihan jiwa
(Tazkiyah al-Nafs) seseorang pekerja melalui pelbagai formula ala tasawuf
seperti menanamkan kepentingan budaya ilmu, Muhasabah, Tafakur, zikir,
taubat, kepentingan sifat Mahmuddah (terpuji) dan keburukan sifat Mazmumah
(tercela), Qiyamul lail dan sebagainya.15Apa yang jelasnya, pengamalan
formula-formula ini dapat mendidik dan membangunkan potensi elemen jasad
dan roh manusia yang merupakan punca utama kepada pembentukan emosi
manusia, menjadikannya lebih tenang dan seimbang.16
 Menanamkan peranan Allah di dalam mengatur kehidupan manusia, yang mana
dalam banyak hal telah menjadikan ujian fizikal, pikiran dan emosional sebagai
10
Mohd. Kamal Hassan, “ Renungan Tentang Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia : Menghadapi
Cabaran Abad ke-21 “, dalam Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia : Cabaran Abad ke-21,
Skudai : UTM, 2000, hlm 24-25.
11
Ibid., hlm 23.
12
Fred R. Von Der Mehden, Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The
Middle East, Florida, 1993, hlm 83-85.
13
Lihat dua artikel oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, pada mulanya merupakan teks syarahan perdana yang
diberikan di INTAN dan kemudiannya diterbitkan dalam Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Sikap
Bertanggungjawab (Mas’uliah) Dari Sudut Agama, Sejarah Dan Pendidikan “, dalam Jurnal Pemikir,
Oktober-Disember, 2000 dan “ Insan Baik Teras Kewarganegaraan “, dalam Jurnal Pemikir, Januari-Mac,
1996.
14
Mohd. Sahar Sidek, “ Pengurusan Organisasi Dari Persepktif Islam “, dalam Pengurusan dalam Islam,
Kuala Lumpur :Persatuan bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, 1996, hlm 143-145.
15
Yusoff Mohamad, Bina Insan : Satu Analisis Kaedah, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1989, hlm 30-
38.
16
Muhd. ‘Uthman el-Muhammady, “ Manusia Sebagai Khalifah Di Bumi “, dalam Tasawwur Islam :
Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan, Kajang : IPI, 2002, hlm 23.
6

kaedah utama untuk menguji dan mendidik manusia agar menjadikannya


sebagai insan yang teguh kekuatan fizikal, mental dan spiritual.17

Ketiga, timbulnya perbincangan tentang neraca penilaian terhadap proses


pembangunan yang setakat ini telah dijalankan oleh pihak kerajaan. Ianya telah
ditimbulkan oleh para sarjana akademik dan tokoh politik, membabitkan antara lainnya
tentang kayu ukur bagi menilai kejayaan ataupun kegagalan sesuatu program
pembangunan;
 Adakah agihan pendapatan negara dapat dibahagikan secara seimbang kepada
semua lapisan masyarakat.18
 Kenapakah dimensi pembangunan perlu ditumpukan kepada sektor ekonomi
semata-mata sehingga melupakan dimensi sosio-politik.19
 Adakah nikmat ataupun manafaat yang diharapkan daripada program
pembangunan diterima ataupun tidak oleh golongan sasaran.20
 Adakah program pembangunan dapat menyediakan kepada rakyat keperluan asas
seperti life-sustenance (makanan, perumahan, kesihatan dan perlindungan), self-
esteem (peluang pekerjaan, pendidikan yang bermutu dan kemajuan sosio-
budaya) dan freedom from servitude (kebebasan individu untuk memilih dan
bebas daripada sebarang belenggu dan pergantungan kepada orang lain).21
 Adakah program pembangunan dapat memupuk semangat jati diri, perpaduan
dan patriotisme di kalangan rakyat.22
 Adakah program pembangunan dapat menjaga keseimbangan ekologi.23

Keempat, akibat daripada pengaruh gerakan kesedaran Islam di era pasca kebangkitan
Islam, kita dapat menyaksikan beberapa perkembangan positif yang menunjukkan
kematangan politik manusia Melayu-Islam. Di antaranya;

1) Timbul kesedaran perpaduan di kalangan parti-parti politik Melayu di atas wadah


perpaduan agama, berhadapan dengan cabaran luar dan dominasi politik golongan
bukan Melayu.24 Dalam pertemuan muzakarah di tahun 2002 yang dilangsungkan di
Dewan Bahasa dan Pustaka, semua titik perpecahan umat Melayu-Islam yang
17
Mohd. Kamal Hassan, “ Nilai-nilai Universal Islam Tentang Kesejahteraan Masyarakat “, dalam Ilmu
Dan Kecemerlangan - Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur : IKIM, 1994, hlm 111-114.
18
Chamhuri Siwar, “ Paradigma Pembangunan : Meneliti Hubungan Pertumbuhan Ekonomi, Penglobalan,
Kegawatan Ekonomi Dan Pembasmian “, Dalam Ed. Misran Rokimin Falsafah Dan Peradaban
Pembangunan, Bangi : Penerbit UKM, 2002, hlm 119-145.
19
Muhammad Abu Bakar, “ Pendirian dan pembangunan : Islamisasi dan isu-isu semasa, dengan rujukan
kepada tugas generasi ulul Albab dalam abad ke-21 “, dalam Islam Dan Masyarakat Maju, Kuala
Lumpur, 1993, hlm 39-48; Muhammad Syukri Salleh, “ Pembangunan untuk manusia atau manusia untuk
pembangunan : analisis tentang manusia dalam pembangunan berteraskan Islam “, dalam Konsep Dan
Pelaksanaan Pembangunan Berteraskan Islam, Pulau Pinang, 1990, hlm 32-35
20
Che Su Mustaffa, “ Penerimaan Idea-Idea Pembangunan Di Kalangan Masyarakat Melayu : Satu Analisis
Teori Difusi “,dalam ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu, Sintok : Sekolah
Pembangunan Sosial, UUM, 1996, hlm 69-80
21
Abdul Rahman Aziz, Falsafah Pembangunan, hlm 19-22.
22
Abdul Rahman Aziz, Pemugaran Semangat Patriotisme Untuk Pembangunan, Sintok : Penerbit
Uum, 2004.
23
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rumaya Juhari, Pengantar Pembangunan Manusia : Perspektif
Ekologi, Serdang, Penerbit UPM, 2004, hlm 10-16.
7

merangkumi sifat hormat kepada dominasi barat, taasub kepada parti dan kejahilan
telah dipersetujui dan dicerakinkan dengan cukup terperinci oleh parti-parti politik
Melayu.25
2) Berlaku perubahan tren di dalam soal pemilihan ketua politik orang Melayu (PAS dan
UMNO) kepada bentuk yang lebih terbuka dan berasaskan kriteria Islam. Hal ini
boleh dilihat daripada perubahan pendekatan pemilihan ketua politik warisan
tradisional yang biasanya terhad kepada kelas bangsawan dan ulamak semata-mata 26,
kepada golongan professional Melayu yang menjanjikan bentuk pemikiran yang lebih
dinamik.27
3) Isu-isu akhlak Islam telah dijadikan kriteria utama di dalam pemilihan ketua politik
Melayu. Pelbagai cabaran telah mula dilakukan terhadap pendekatan pemilihan ketua
yang lebih berasaskan kepada kepentingan kebendaan semata-mata. Apa yang
jelasnya, sifat sesetengah tokoh korprat Melayu baru yang menceburi bidang politik
untuk tujuan mendapatkan pulangan projek yang menguntungkan telah secara serius
mula dicabar. Setiap ketua yang inginkan diri mereka diterima bertanding untuk
sesuatu jawatan politik perlu menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai asas untuk
menunjukkan keabsahan kepimpinan mereka.28
4) Sifat penerimaan parti politik Islam Melayu (PAS) terhadap konsep pilihanraya
berasaskan sistem demokrasi dan sekali gus menolakkan pendekatan revolusi.29 Apa
yang jelasnya, parti PAS tidak bersikap pasif di dalam menerima pakai system ala
demokrasi ini, tetapi telah bertindak mengkaji dan menerangkan kesesuaiannya
dengan ajaran Islam itu sendiri.30
5) Sifat keberanian masyarakat Melayu untuk menyatakan protes terhadap sesuatu dasar
dan pendekatan yang tidak dipersetujui ataupun dilihat bertentangan dengan nilai-
nilai Islam. Hal ini boleh dilihat dengan cukup jelas daripada kemenangan parti PAS
di dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1999 yang berjaya menawan negeri Kelantan
dan Terengganu - diakibatkan kononnya kerana isu kepincangan perjalanan

24
Hal ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah MP bukan Melayu di dalam parlimen Malaysia yang
semakin bertambah kuat akibat dari pertentangan sesama parti orang Melayu-Islam, lebih-lebih lagi dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 1995 dan 1999. Lihat data yang amat mendukacitakan ini di dalam Shukri
Ahmad, “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat Islam
Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Dari Tahun 1950an hingga 1990an “, dalam Jurnal Usuluddin, bil.
14, 2001, hlm 110-111.
25
Abdul Rahman Embong, “ Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam “,
dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa
Dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, hlm 10-11.
26
lihat Shaharuddin Maaruf, Konsep Wira Dalam Masyarakat Melayu, Singapura: Pustaka Nasional,
1993, hlm 99-116.
27
Maklumat lanjut tentang hal ini boleh didapati dalam Ahmad Fawzi Mohd. Basri, “ Perubahan Nilai
Dalam Budaya Politik Melayu “, dalam ed. Oleh Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Nilai Orang Melayu,
Sintok : Sekolah Pembangunan Sosial, UUM, 1996, hlm 90-101.
28
Ibid.
29
M.R.J. Vatikiotis, Political Change In Southeast Asia- Trimming The Banyan tree, London :
Routledge, 1996, hlm 162.
30
Syed Ahmad Hussein, “ Muslim Politics And The Discourse On Democracy “, dalam ed. Oleh Francis
Loh Kok Wah and Khoo Boo teik, Democracy In Malaysia : Discourses And Practices, Richmond,
Surrey : Curzon Press, 2002, hlm 96-97.
8

pentadbiran negara serta isu penindasan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah
dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan.31
6) Pengaruh Islam yang lebih progressif telah dilihat menyerap masuk ke dalam kedua-
dua parti politik Melayu, yang menjadikannya lebih relevan kepada kehendak Islam
masyarakat Melayu.32 Sebagai contohnya, UMNO telah dianggap sebagai parti politik
Islam yang terbesar di dunia,33 yang sering diabsahkan dengan sokongan kuat
daripada beberapa orang tokoh ulamak Islam di peringkat antarabangsa, yang secara
terang-terangan menyokong kuat setiap dasar yang bercorak Islam yang dilaksanakan
untuk kepentingan umat Islam.34
7) Isu-isu yang menyentuh persoalan Islam dan pembangunan kerap menjadi isu utama
yang perlu diperhatikan dengan lebih serius oleh kedua buah parti politik Islam, demi
untuk menjadikan mereka sebagai parti yang diterima ramai oleh kalangan pengundi
Islam di Malaysia.35 Hal ini boleh dilihat daripada perubahan sikap pengundi Melayu
baru yang terdiri dari golongan professional yang telah menganggotai parti PAS
kerana tertarik dengan pendekatan Islam bentuk moden yang diperjuangkan oleh parti
ini, dan sekali gus menolak dakwaan bahawa parti PAS adalah parti orang kampung
dan lulusan agama semata-mata.36 Begitu juga halnya dengan parti UMNO, yang
telah turut dianggotai oleh kalangan lulusan agama dan golongan professional Melayu
yang mendokong perjuangan bagi meningkatkan martabat umat Islam.37

KRISIS KEPIMPINAN POLITIK DAN KAITANNYA DENGAN PROGRAM


PEMBANGUNAN.

Pembentangan tentang krisis kepimpinan politik sering mengundang rasa tidak


senang di kalangan banyak pihak, samada parti pemerintah ataupun pembangkang. Kedua
belah pihak sering menganggap tindakan ini sebagai kritikan yang harus ditentang habis-
habisan tanpa mengambilkira elemen positif yang dibawa oleh pengkritik terbabit. Bagi
pihak kerajaan, ianya sering dianggap sebagai golongan yang tidak berterima kasih
kepada apa yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan sehingga sampai dikatakan sebagai
pengkianat negara. Hal yang sama ditanggapi oleh parti pembangkang Islam khususnya
yang terjebak dengan sindrom Self Truth Claim, di mana para pengkritik akan dianggap
sebagai menafikan keunggulan ajaran Islam itu sendiri. Hal ini amat malang sekali,
memandangkan memang wujud perbezaan yang ketara antara ajaran Islam yang suci

31
Ibid., hlm 100.
32
Hal ini boleh dilihat daripada isu-isu Islam yang sering ditimbulkan dalam Perhimpunan Agung UMNO
di tahun-tahun 1980-1990an. Lihat Syed Ahmad Hussein, “ Muslim Politics And The Discourse On
Democracy “, hlm 87.
33
Zulkifli Abd. Ghani, “ Gerakan Dakwah : Satu Takrifan Semula Untuk Melahirkan Islam Yang
Progressif “, dalam Himpunan kertas kerja Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu Islam,
Kuala Lumpur : DBP, 2002, hlm 257-258.
34
New Straits Times, 24 March 1997: 1.
35
Muhammad Abu Bakar, “ Polemik Negara Islam Dan Pembudayaan Politik Di Malaysia “, dalam
Himpunan Kertas Kerja Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Kuala Lumpur :
DBP, 2002, hlm 161-174.
36
Syed Ahmad Hussein, “ Muslim Politics And The Discourse On Democracy “, hlm 99.
37
Ibid., hlm 87-88.
9

murni, dengan pendekatan parti politik yang dicampuri dengan kepentingan dan sentuhan
manusia yang serba tidak sempurna.
Mengikut kupasan para sarjana, sesuatu kepimpinan politik yang efektif perlu
menjalankan beberapa peranan yang utama;38
1) Perencanaan – menetapkan misi, visi dan wawasan yang ingin dicapai oleh
seseorang pemimpin, dan dalam soal kepimpinan politik Islam ianya perlu
didasarkan kepada prinsip-prinsip keislaman yang baku.
2) Pengorganisasi – pemilihan anggota yang terpilih untuk dipertanggungjawabkan
dengan sesuatu tugas politik ataupun pembangunan. Dalam soal ini, secara
langsung ianya perlu didasarkan kepada kriteria ilmu dan amanah keagamaan.
3) Pengarahan – memberikan garis panduan dan pertunjuk tentang apa yang perlu
dimainkan oleh setiap ahli bersesuaian dengan visi dan misi yang ditetapkan.
4) Pengawasan- seseorang pemimpin perlu meneliti keberkesanan sesuatu program,
motivasi dan amaran seandainya ianya gagal berfungsi dengan baik.
5) Pengembangan – perlu menjalankan analisa SWOT ataupun post mortem dengan
apa yang telah dijalankan bagi proses pengembangan dan penambaikan setiap
program yang sedia ada. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang
pemimpin itu mengamalkan sikap syura, terbuka kepada kritikan, memilih
penasihat yang betul dan berpandangan jauh.

Berasaskan kepada sirah Rasulullah, amalan pendidikan kepimpinan yang diamalkan


meliputi beberapa pendekatan yang utama;39
1) Kepimpinan melalui teladan- di mana Rasulullah sendiri sebagai living model dan
insan yang maksum mengamalkan sendiri ciri-ciri kepimpinan Islam yang terpuji
yang boleh dilihat/dipelajari oleh para sahabat. Baginda tidak mengamalkan sikap
double standard yang hipokrit di peringkat peribadi beliau sendiri seperti mana
diamalkan oleh sesetengah pemimpin biasa.
2) Melatih pengikutnya dengan memberikan penekanan kepada kepentingan ilmu
melalui;
 Pendedahan kepada pengalaman yang sebenar, bukan setakat teori bahkan
membabitkan praktikal itu sendiri. Hasil daripada peristiwa sebenar ini,
pengikutnya bakal memetik iktibar yang bermanafaat. Hal ini boleh dilihat
daripada peristiwa Hijrah, perjanjian Hudaibiyah dan serangkaian peperangan
yang diikuti bersama Rasulullah.
 Pendidikan amalan hati
 Pembinaan akhklak yang terpuji.

Merujuk kepada kerangka asas di atas, seandainya dilakukan analisa terhadap isu
kepimpinan politik Islam di Malaysia, kita akan mendapati memang wujud beberapa
elemen kelemahan yang amat ketara sekali. Antaranya;

38
H. Zainal Abidin, Sosiosophologi : Sosiologi Islam Berbasis Hikmah, Bandung : Pustaka Setia, 2002,
hlm 60-76; M. Fahri, “ Rasulullah Dan Strategi Pengembangan Sumber Daya Manusia “, Dalam
Ulumuddin, no 2, bil 1X, 2006, hlm 247-262.
39
Ibid.
10

Pertama, ketiadaan amalan budaya ilmu di kalangan pemimpin politik di


Malaysia. Mengikut penjelasan Wan Mohd Nor Wan Daud, budaya ilmu ini terdiri dari;40
1. Tindakan menjadikan pencarian ilmu itu sebagai matlamat utama kehidupan
melebihi semua matlamat lain seperti matlamat mencari harta benda dan
pengaruh.
2. Tindakan yang menghargai semua bentuk ilmu pengetahuan samada ianya
tergolong dalam ilmu fardu Ain ataupun Fardu Kifayah.
3. Tindakan yang menghargai semua bentuk sumber ilmu merangkumi sumber
wahyu, alam semesta, diri manusia sendiri dan juga akal yang waras serta
terpimpin.
4. Terlibat secara langsung dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penyebaran
ilmu pengetahuan.
5. Bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan
ilmu yang salah serta hawa nafsu.
6. Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak yang
mulia. Tidak ada gunanya, seseorang itu memperolihi pencapaian akademik yang
tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.
7. Bersikap hormat-kritis terhadap pandangan sarjana silam dengan perkiraan dan
neraca kebenaran yang berteraskan sumber wahyu.
8. Bersikap selektif terhadap semua bentuk ilmu pengetahuan menggunakan
pendekatan tauhid.
9. Bertindak mengamalkan semua ilmu yang dimiliki secara bersepadu.
10. Proses pencarian ilmu seperti belajar dan meluaskan pembacaan dijalankan
seumur hidup.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kesemua ciri-ciri budaya ilmu ini jarang
ataupun tidak dimiliki oleh kalangan pemimpin politik Islam di Malaysia. Walaupun
kempen meningkatkan minat membaca di anjurkan oleh para pemimpin politik, ternyata
hal ini sendiri kurang dihayati sendiri oleh seseorang pemimpin itu sendiri.
Kedua, fenomena pemilihan ahli ataupun anggota penting bukan dibuat berasaskan
kepada pencapaian prestasi, tetapi lebih berasaskan kepada faktor kronisme ; siapa yang
lebih menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada ketua. Tren ini untuk
jangka masa panjang telah mencetuskan bibit fanatisme yang amat parah. Bagi
Muhammad Kamal Hassan,41 tren ini kemudiannya mewujudkan amalan hamba-tuan atau
penaung-pelanggan (patron-client): Tanda-tanda: penerusan tradisi taat setia hamba-tuan
(slave-master), penaung-pelanggan (patron-client) yang berlebihan, kepatuhan dan
penyanjungan kepada pemimpin/ketua mendapat balasan lumayan, perbezaan pendapat
dianggap penentang dan penderhaka yang membawa padah, mengakibatkan kehilangan
kerasionalan, objektiviti, kekreatifan berfikir, kewarasan dan kebijaksanaan di kalangan
mereka yang terdidik (ilmuwan dan muda bestari) yang akhirnya membantut kemajuan
kreativiti, kebebasan dan peningkatan berfikir di kalangan umat Islam yang akan
membawa kepada kebekuan, ketinggalan zaman dan kemunduran,

40
Wan Mohd Nor Wan Daud, “ Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun “, dalam Jurnal
Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, 1990, hlm 51-67.
41
Muhammad Kamal Hasan, Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In
Malaysia, Kuala Lumpur : ABIM, 1996, hlm 233
11

Rentetan daripada tren ini juga telah melahirkan segolongan barisan pelapis
pemimpin politik yang melihat bidang politik sebagai medium utama untuk mendapat
kekayaan segera dan menonjolkan kehidupan mewah yang melampau. Hal ini
diterangkan oleh Muhammad Kamal Hasan sebagai42 ;
 Pandangan dan pegangan liberal-sekular:
Tanda-tanda: untung/manfaat wang dan harta benda diutamakan; nilai, hukum dan
amalan agama dihadkan di majlis dan tempat agama sahaja dan tidak boleh masuk
di dalam perkiraan bisnes (walaupun haram seperti judi, riba’, arak, hiburan
haram) kerana keuntungan dan pendapatan lumayan diutamakan,
 Gaya hidup menunjuk-nunjuk dan berlagak:
Tanda-tanda: menagih kemewahan, perhiasan yang mahal, keinginan
bersetanding dengan golongan atasan, penimbunan harta tanpa keinsafan
berzakat, menghadiahi tokoh-tokoh berpengaruh demi muslihat tertentu, jurang
perbezaan sosial meluas,

Ketiga, elemen pengarahan tugas yang tidak jelas dan jarang diikuti oleh anggota
parti. Sebagainya contohnya kita dapat memberi beberapa perkembangan seperti;
 Walaupun memang wujud pelbagai Jawatankuasa khusus bagi menanggani
permasalahan rakyat, ianya tidak berfungsi dengan baik dan sering
diselewengkan untuk kepentingan diri dan puak sendiri. Hal ini berlaku dalam
program PPRT.
 Wujud penyakit politik wang. Tanda-tanda: pembelian undi untuk jawatan dalam
parti dan kerajaan berleluasa menjelang setiap pilihan raya dan pemilihan parti,
juga gejala rasuah politik oleh golongan berkepentingan, amalan tidak beretika
dan kaedah ugutan, pemerasan dan kekerasan politik ala-Machiavellian,
hubungan simbiosis antara syarikat besar dengan tokoh politik.
 Projek pembangunan tidak sampai kepada sasaran (rakyat) terpaksa melalui
orang tengah, tokoh politik di peringkat tempatan – contohnya bantuan bencana
alam seperti Tsunami dan banjir di TTDI, Kuala Muda Kedah, Johor Baharu dan
sebagainya.

Keempat, elemen pengawasan yang lemah. Mengikut perkiraan kepimpinan politik,


demi untuk sokongan daripada anggota, pengawasan dan penguatkuasaan disiplin yang
terlalu tegas (strict) tidak boleh dilakukan. Hal ini secara langsung bakal menjejaskan
usaha seseorang pemimpin untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh yang dimilikinya.
Untuk jangka masa panjang, tren ini menyebabkan pemilihan anggota yang kurang
berwibawa tetapi setia kepada ketua bakal menjejaskan reputasi pemimpin dan parti yang
diwakili. Tren ini boleh dilihat daripada sikap salah laku anggota parti tetapi kebal
daripada tindakan disiplin, di peringkat pusat dan akar umbi.
Kelima, elemen pengembangan parti politik yang agak lemah. Ianya merujuk kepada
pembangunan sistem politik yang lebih telus, terbuka dan adil. Apa yang jelasnya, dalam
kontek Malaysia semasa, masih lagi terdapat beberapa elemen kelemahan di dalam
program pembangunan sistem politik seperti43;
42
ibid
43
Jamaie Hamil, UMNO Dalam Politik Dan Perniagaan Melayu, Bangi : Penerbit UKM, 2004, hlm 126-
131
12

 Tindakan seseorang ketua yang enggan turun daripada sesuatu jawatan politik
demi untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh yang dimiliki, walaupun mutu
kepimpinannya sudah tidak relevan lagi untuk konteks zaman moden..
 Wujudnya elemen feudalisme dalam soal pemilihan pemimpin- jawatan penting
hanya berkisar dan dimiliki oleh sesuatu keluarga bangsawan politik yang
khusus.
 Sikap konservatisme ataupun ingin mengekalkan status quo kuasa mendorong
proses pengembangan idea baru tidak dapat berkembang dengan baik. Apatah
lagi, sesetengah pemimpin politik enggan mengambil golongan cerdik pandai
sebagai anggota parti kerana takut akan mencabar kuasa yang dimilikinya.
 Wujudnya fenomena pemilihan elit politik yang berasaskan kepada elemen
kekerabatan dan status ekonomi (Korporat) melebihi faktur kebolehan sebenar
yang mungkin dimiliki dari kalangan masyarakat awam.
 Golongan ulamak hanya bertindak sebagai alat justifikasi kepada program yang
dijalankan oleh elit politik.
 Wujudnya pengaruh sistem ekonomi Kapitalisme yang tinggi dirujuk kepada
meluasnya fenomena elit politik berkerja untuk menjaga kepentingan elit
ekonomi daripada menjaga kepentingan masyarakat massa.
 Fenomena pemilihan ketua lebih berasaskan kepada budaya politik wang.
 Fenomena kegiatan elit politik yang tidak berpandukan kepada satu set undang-
undang dan peraturan yang jelas, yang menyebabkan mereka mengatasi undang-
undang dan bukannya tertakluk kepada undang-undang.
 Fenomena campurtangan elit politik yang berlebihan di dalam bidang
penguatkuasaan undang-undang.
 Fenomena perpecahan masyarakat Melayu daripada kalangan parti pemerintah
ataupun parti pembangkang, walaupun kedua-duanya menganut dan
mengamalkan ajaran Islam yang sama. Kedua-duanya lebih menekankan agenda
yang terlalu politiking terhadap sesuatu isu yang timbul yang menyebabkan
keduanya tidak dapat bersatu bagi menghadapi dominasi politik golongan bukan
Melayu di Malaysia.44

Keenam, wujudnya elemen yang terlalu politiking di kalangan parti Islam. Ianya
boleh diperincikan antara lainnya;
 Sikap Eksklusif (tertutup) yang tidak mahu menerima pandangan yang berasal
daripada luar, khususnya parti pemerintah. Bagi mereka, hanya pandangan
kumpulan mereka sahaja yang paling betul dan menafikan hal ini kepada
golongan lain. Mereka mengamalkan sikap skeptik terhadap semua program
pembangunan kerajaan, walaupun ianya terang-terangan mempunyai nilai tambah
yang baik bagi program pembangunan Islam.45
 Mementingkan medan politik untuk tujuan perjuangan Islam dan
menguatkuasakan sistem undang-undang Islam yang sejati. Selain daripada
medium politik, mereka menafikan kepentingan bidang lain seperti pendidikan
44
Shukri Ahmad, “ Implikasi Pengaruh Ulama Terhadap Halatuju Perubahan Pemikiran Politik Masyarakat
Islam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Dari Tahun 1950an hingga 1990an “, dalam Jurnal
Usuluddin, bil. 14, 2001, hlm 110-111
45
Husin Mutalib, Islam And Ethinicity In Malay Politics, Singapura, 1990.
13

sebagai kaedah untuk memperjuangkan ajaran Islam. Mereka memandang


kebanyakan kerajaan umat Islam sebagai penyokong sistem sekularisme yang
diasaskan oleh dunia Barat, yang harus ditentang habis-habisan. Selain daripada
medium politik, mereka menafikan kepentingan bidang lain seperti pendidikan
sebagai kaedah untuk memperjuangkan ajaran Islam.
 Tidak mengemukakan jalan penyelesaian secara mikro terhadap masalah dan
mengambil sikap simplistik yang mendakwa jalan penyelesaian masalah dapat
dibuat dengan mudah, dengan cara merujuk kepada Quran dan sunnah, tanpa
disertakan dengan blueprint yang lengkap yang lebih sesuai dengan realiti
Malaysia moden.46
 Mengambil sikap dan kaedah berfikir ala pembenaran sebagai lawan kepada
kaedah berfikir ala autokritik47yang mempersalahkan semua perkara kepada pihak
kerajaan tanpa menganggap saham kesalahan mereka juga patut diambilkira. Apa
yang lebih teruk lagi, sikap ini diperburukkan lagi dengan semangat fanatik
kepartian yang mendakwa masalah sosial ini wujud disebabkan proses pemodenan
yang dijalankan di Malaysia.48 Bagi golongan ini, cara dan kaedah terbaik untuk
mengatasi isu ini adalah dengan mengamalkan pendekatan backward looking,
kembali kepada zaman silam yang lebih murni sifatnya.49
 Sikap taasub dan mentaqdiskan kepada seseorang ulamak, seolah-olah ianya
merupakan kata-kata suci yang wajib diikuti, tanpa menyedari ianya dibuat
berdasarkan kepada tafsiran akal manusia yang bersifat relatif. 50 Terdapat
kecenderungan masyarakat yang memberikan tumpuan yang lebih kepada
persoalan politik kepartian mengatasi persoalan intelektualism. Hal ini telah
diamalkan oleh semua parti politik, yang mana untuk jangka panjangnya telah
mengajar masyarakat untuk bersikap fanatik, bisu dan tidak peka dengan pendapat
yang benar yang diberikan oleh parti politik lain. Hal ini ditegaskan oleh Abdul
Rahman Embong dengan katanya, “ apabila faham kepuakan berasaskan parti
menguasai pemikiran seseorang pengikut, maka kebenaran itu dilihat berasaskan
apa yang ditafsirkan oleh parti dan pemimpinnya......Mereka tidak diasuh untuk
berfikir secara kreatif, kritis dan strategik di luar bingkai kepentingan politik.
Kesannya mereka tidak mampu berjiwa besar dan berfikiran luas untuk
mengangkat jiwa dan minda mereka melepasi kepentingan partisan tadi untuk
melihat secara keseluruhan."51
ETIKA KEPIMPINAN ISLAM ALTERNATIF : SATU ANALISIS.
46
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur :
DBP, 2001, hlm 61-83 dan 155
47
Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Pemikiran Reformis Melayu semasa : satu analisis “, dalam
Seminar Kebangsaan Bahasa dan Pemikiran Melayu 2002, Anjuran Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, pada 18-19hb Jun 2002.
48
Abdul Rahman Embong, “ Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam “,
dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, hlm 10-11.
49
Abu Bakar Hamzah, Al-Imam: Its Role In Malay Society 1906-1908, Kuala lumpur, 1981, hlm 54-55.
50
Lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Konsep Fiqh Malaysia untuk tamadun Alam Melayu Alaf baru :
suatu analisa terhadap kepentingannya “ dalam Jurnal Pengajian Melayu, v. 13, 2003, hlm 58-70.
51
Abdul Rahman Embong, “ Faktor Ideologi Politik Dan Budaya Dalam Penutupan Minda Melayu Islam “,
dalam Persidangan Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka, pada 29-31 Januari 2002, hlm 10-11.
14

Dalam bahagian ini, kita akan mencadangkan beberapa etika ataupun pendekatan
yang perlu diamalkan oleh barisan kepimpinan politik Islam di Malaysia. Mengikut
kerangka pemahaman Islam, yang bersesuaian dengan sifat ajaran Islam sebagai suatu al-
Din (way of life), semua perkara dalam kehidupan perlu ditanggani mengikut garis
panduan yang betul berasaskan agama Islam.52 Penetapan garis panduan ini amat
dititikberatkan agar proses kefahaman, penghayatan dan corak interaksi ala Islam dalam
kehidupan, yang membabitkan tiga bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah
(ibadat), sesama makhluk dan alam sekitar (muamalah)53 dapat dilakukan dengan cara
yang betul dan beradab.54 Kepentingan tentang garis panduan ini jelas terserlah apabila
terdapat sebahagian besar sarjana Islam yang menuliskan karya-karya tentang formula
dan paradigma yang betul dalam soal kepimpinan politik.55
Memanglah diakui umat Islam mempunyai sejumlah besar khazanah Fiqh Siyasi
yang menerangkan tentang etika kepimpinan politik Islam. Semua kupasan yang
diberikan oleh fuqaha silam yang berupa syarat-syarat kepimpinan politik masih lagi
boleh dipakai, yang perlu ditokok tambah agar ianya lebih bersesuaian dengan realiti
Malaysia semasa. Terdapat keterangan yang boleh diberikan untuk menerangkan kenapa
hal ini perlu dilakukan;
1. Kupasan, formula dan syarat fuqaha silam adalah berasaskan kepada realiti Timur
Tengah menggunakan latar belakang sosio-historis abad pertengahan Islam, di mana
tamadun umat Islam begitu gemilang, sedangkan realiti semasa menyaksikan kuasa
besar barat yang menguasai seluruh dunia secara dominan, lebih-lebih lagi dengan
kedatangan era globalisasi.56
2. Permasalahan Malaysia sedikit sebanyak memerlukan sentuhan sarjana Malaysia
sendiri yang lebih memahami realiti masyarakat dan iklim politik di Malaysia yang
agak rencam dan selalu berubah.
3. Akibat realiti kelemahan umat Islam sedunia dalam segenap aspek kehidupan telah
menyebabkan sebilangan besar masyarakat merasa skeptik dengan formula fuqaha
silam per se.57 Hal ini ditambah pula dengan wujudnya sebilangan besar pemimpin
politik Islam sendiri yang terpengaruh dengan fahaman sekularisme dan mengidap

52
Lihat sebagai contohnya Mohd Zariat Abdul Rani, “ Islam sebagai al-Din : beberapa pengamatan
terhadap pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam Jurnal AFKAR, bil. 4, 2003, hlm 29-62.
53
Lihat sebagai contohnya Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali, Etika alam sekitar daripada
persepktif Islam, timur dan barat, Kuala Lumpur : Penerbitan PTS , 2002, hlm 118-135.
54
Lihat Hamid Fahmy Zarkasyi, “ Islam sebagai pandangan hidup “, dalam (edit) Hamid Fahmy Zarkasyi,
Tantangan Sekularisasi dan Liberalisasi di dunia Islam, Surabaya : Penerbit Khairul Bayan, 2004, hlm
1-28.
55
Yusof Qardawi, Pedoman bernegara dalam perspektif Islam, terj. Oleh Kathur Suhardi, Jakarta :
Pustaka al-Kautsar, 1999.
56
Rahimin Affandi Abdul Rahim, " Menangani Cabaran Globalisasi : Satu Analisis Terhadap Pemikiran
Reformis Semasa ", Dalam (Edit Oleh Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin Abd. Mukti Dan Che Zarrina
Sa'ari) Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
APIUM, 2004, hlm 213-238.
57
Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Islam Dan Dan Isu Penterjemahan Dalam Era Globalisasi “, dalam
(edit) Hamedi Mohd Adnan, Penerbitan Malaysia-Indonesia : Mengukuhkan Jaringan Penerbitan
Serantau, Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2006, hlm 151-164
15

penyakit. mentality watak tertawan, sikap yang terlalu pro nilai-nilai barat dikalangan
sesetengah kalangan masyarakat di Malaysia. Antara sikap utama golongan ini;58
 sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat.
 Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani
persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.
 Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering
taasub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat.
 tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan
kepada mereka daripada sumber barat.
 Tidak menyedari kelemahan sikap tertawan mereka.

Sebagai lanjutan kepada sikap tertawan ini yang rata-ratanya dihidapi oleh
pelbagai kalangan masyarakat, timbul beberapa persoalan sistem nilai yang masih
gagal ditonjolkan secara tuntas di dalam masyarakat, yang terdiri dari;59
 Masalah kurangnya sifat bersungguh-sungguh (sense of urgency) dalam
melakukan sesuatu perkara.
 Kurangnya ditonjolkan kepentingan sifat malu (sense of shame) di dalam
masyarakat. Apa yang sepatutnya dirasakan malu tidak ditonjolkan, sebaliknya
ianya cuba ditengelamkan.
 Kurangnya masalah kebertanggungjawaban (sense of accountability).
 Meluasnya gejala keruntuhan moral dan rasuah di dalam masyarakat.

Cadangan etika kepimpinan politik Islam ini dikemukakan untuk dijadikan garis
panduan yang patut diikuti oleh setiap pemimpin politik Islam, seperti mana halnya
dengan garis panduan ataupun kod etika professionalisme yang ditetapkan oleh pelbagai
profesion moden.60 Di antara etika dan pendekatan yang mungkin boleh dicadangkan;

1. Perlu memahami erti dan matlamat kepimpinan politik secara holistik; sebagai agen
penyelesaian masalah masyarakat dan pembawa perubahan/pembangunan, yang
disertakan dengan amanah dan tanggungjawab yang besar. Ianya bakal dihisab dan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.61
2. Perlu mengamalkan dan dipandu dengan budaya ilmu dalam setiap tindakan dan
keputusan yang dilakukan. Mengikut perseptif Islam, semua tindakan dan masalah
akan lebih bermakna seandainya dipandu dengan ilmu pengetahuan, 62 termasuklah
dalam soal kepimpinan politik itu sendiri. Sebagai contohnya, dengan panduan ilmu
beberapa perkara membabitkan kepimpinan akan terhasil;
58
Syed Hussein al-Attas, “ Watak tertawan di negara membangun “, dalam edit oleh Mohamad Daud
Mohamad Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, Kuala lumpur : DBP, 2005, hlm 2-7.
59
Ibid, hlm 8-10.
60
Wan Mohd Nazman Wan Mahmud, “ Peranan Etika Dalam Muamalat Islam “, Dalam Ed. Ahmad
Muhammad Said, Pembangunan Watak Bangsa : Pemerkasaan Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan,
Kajang : Kolej Dar Al-Hikmah, 2005, hlm 146-148
61
H. Zainal Abidin, Sosiosophologi : Sosiologi Islam Berbasis Hikmah, Bandung : Pustaka Setia, 2002,
hlm 60-76
62
Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Ilmu dan kepimpinan Islam “, dalam (edit) Nor Raudah Siren,
Dakwah Islam semasa : konsep dan pelaksanaan, Kuala Lumpur : penerbit UM, 2006, hlm 25-38.
16

 Ilmu bakal menyedarkan seseorang pemimpin dengan dengan amanah dan


tanggungjawab yang bakal dipersoalkan oleh Allah.63
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin memahami konsep Amar makruf
nahi Munkar yang wajib diterapkan dalam perancangan sesuatu program
pembangunan.64
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin sentiasa melakukan muhasabah
dirinya walaupun penuh dengan kesibukan seharian.65
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin berhati-hati di dalam memilih
penasihat ataupun ahli yang benar-benar mampu (berdasarkan perkiraan ilmu)
yang bakal membantunya menjayakan sesuatu program pembangunan.66
 Ilmu bakal menjadikan seseorang pemimpin itu tajam daya artikulasi (kritikal) di
dalam menanggani setiap isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin untuk mengamalkan kaedah
pemikiran yang sihat dan bertepatan dengan lunas-lunas Islam.67
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin untuk mengamalkan kaedah
penyelesaian konflik di dalam organisasi yang diwakili.68
 Ilmu bakal mendorong seseorang pemimpin mengetahui faktor kemusnahan yang
merosakkan sesuatu tamadun, yang bakal dijauhinya sebaik mungkin.
 Ilmu bakal menyedarkan seseorang pemimpin tentang cita durjana yang bakal
mengagalkan sesuatu program pembangunan. Ianya terangkum antara lainnya
dengan pengamalan sifat munafik, sukakan kemewahan yang melampau,
kezaliman dan amalan rasuah.
3. Perlu mengelakkan sikap yang terlalu politiking dalam menanggani sesuatu isu yang
membabitkan kepentingan negara. Ini termasuklah isu permasalahan dalaman negara
yang bakal menjejaskan pencapaian pembangunan, yang memerlukan kedua pihak,
parti pemerintah dan pembangkang sama-sama bersatu untuk mengatasinya. Hal ini
antara lainnya termasuklah isu keruntuhan moral, dadah, peningkatan kadar jenayah,
keruntuhan rumahtangga orang Melayu, kemiskinan, pengaruh budaya kuning,
pencemaran alam, penurunan semangat patriotisme di kalangan muda dan banyak
lagi.
4. Perlu menyokong dasar pembangunan negara yang berteraskan perpaduan dan
gagasan Islam Hadhari. Memanglah diakui sokongan ini perlu dibuat secara bertapis,
dengan cara sama-sama mengemukakan cadangan bernas yang dapat memberikan
63
Nor ’Azzah Kamri, ” Pengurusan Sumber Manusia Menurut Perspektif Islam : Falsafah Dan Etika
Pelaksanaan ”, Dalam Ed. Ab. Mumin Ab. Ghani, Dimensi Pengurusan Islam : Mengurus Kerja Dan
Mengurus Modal Insan, Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2006, hlm 88-96
64
Mohd Hafiz Mahaiyadin, “ Kepimpinan Politik Dan Keterikatannya Dengan Moraliti Menurut Perspektif
Islam ’, Dalam Ed. Ahmad Muhammad Said, Pembangunan Watak Bangsa : Pemerkasaan Nilai-Nilai
Murni Dalam Pendidikan, Kajang : Kolej Dar Al-Hikmah, 2005, hlm 95-117.
65
Nor ’Azzah Kamri, ” Pengurusan Sumber Manusia Menurut Perspektif Islam : Falsafah Dan Etika
Pelaksanaan ”, hlm 95.
66
Ahmad sufyan che abdullah, ” kepimpinan islam dalam tuntutan era globalisasi ”, dalam Ed. Ab. Mumin
Ab. Ghani, Dimensi Pengurusan Islam : Mengurus Kerja Dan Mengurus Modal Insan, hlm 166-178
67
Rahimin Affandi Abdul Rahim, “ Memperkasakan Budaya Berfikir Islam : Satu Analisa “, dalam Jurnal
Afkar, bil. 3, 2002, hlm 57-80
68
Mohd Rizar Muwazir, ” Konflik Dan Organisasi Perniagaan : Pendekatan Pengurusan Islam ”, dalam Ed.
Ab. Mumin Ab. Ghani, Dimensi Pengurusan Islam : Mengurus Kerja Dan Mengurus Modal Insan,
Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2006, hlm
17

nilai tambah kepada dasar tersebut. Seperti mana diakui oleh para sarjana Islam luar
negara,69 kita dapat mengesan beberapa keistimewaan daripada gagasan Islam hadhari
ini, seperti;70
 Ianya merupakan prinsip asas yang tidak bersifat rigid, tetapi terbuka untuk
diperinci dan ditafsirkan lagi, selama ianya tidak bertentangan dengan semangat
asasnya; melahirkan tamadun Malaysia moden yang berteraskan prinsip Islam.
 Ianya berasaskan aspirasi moden yang bersesuaian dengan reality Malaysia.
 Ianya mementingkan paradigma pembangunan yang bersepadu di antara
kepentingan dunia dan akhirat.
 Penekanan yang diberikan oleh Islam Hadhari ini adalah bersifat holistic
membabitkan kesemua aspek yang diperlukan untuk sesuatu program
pembangunan mampan.
 Ianya bersesuaian dan dipersetujui oleh semua penduduk Majmuk di Malaysia.

5. Perlu menjauh semua bentuk tindakan yang bersifat melampau di dalam gerakan. Hal
ini antara lainnya;71
 Extremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan
melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.
 Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan sendiri adalah
yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak benar dan mesti ditolak.
 Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan
melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan
bahkan menolak sekeras-kerasnya pendapat orang lain.
6. perlu mempertingkatkan perpaduan umat Melayu-Islam dan mengelakkan bibit
perpecahan di kalangan masyarakat amnya dan anggota parti khususnya.. Sayugia
memaklumi bahawa punca terbesar yang mencetuskan bibit perpecahan di Malaysia
adalah disebabkan oleh faktur perbezaan fahaman politik.72 Kita patut merasa malu
dengan realiti perpaduan politik yang diamalkan oleh kalangan politikus di Britain.
Walaupun dalam banyak hal, parti pemerintah dan pembangkang di Britain
bertelingkah tentang isu-isu tertentu, tetapi apabila membabitkan kepentingan negara
seperti dasar luar negara dan serangan terhadap Iraq pada tahun 1998, kedua belah
pihak bersatu menyokong rancangan tersebut. Usaha seperti ini yang menyaksikan
perpaduan di antara parti pemerintah dan pembangkang di Malaysia memang ada,
tetapi ianya masih lagi kecil dan membabitkan isu terpencil. Antara contohnya adalah
isu pelancaran DEB, penolakan status imuniti kepada raja-raja Melayu, sokongan
terhadap nasib rakyat Bosnia dan Palestin dan muzakarah di DBP.

69
H. Faisal Ismail, “ Islam Hadhari Dalam Pembinaan Tamadun Masa Kini “,dalam Seminar
Antarabangsa Islam Hadhari, Anjuran APIUM, pada 24-25hb November 2004.
70
Rahimin Affandi Abd Rahim, " Islam Hadhari : Teori Dan Aplikasi Di Malaysia ", Dalam Seminar
Antarabangsa Mengenai Agama Sebagai Wadah Keharmonian Negara Dan Masyarakat, Anjuran
UKM Dengan Kerjasama Universitas 17 Augustus Surabaya (UNTAG), di UNTAG, Surabaya, pada 24hb.
Ogos 2004.
71
Hashim Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala
Lumpur : Penerbit UM, 2004, hlm 232
72
Zulkiple Abd Ghani, “ Kematangan Politik Dan Implikasinya Pada Kegiatan Dakwah “, Dalam Ed.
Zulkiple Abd Ghani, Dakwah Dan Etika Politik Di Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 2005,
hlm 99-109.
18

7. Perlu mengambilkira realiti masyarakat tempatan di Malaysia yang bersifat majmuk.


Tiga contoh boleh diberikan untuk menjelaskan hal ini;
 Demi untuk mengekalkan survival politik Melayu, berhadapan dengan tekanan
politik daripada pihak bukan Melayu, pihak pemerintah Melayu dalam
kebanyakan pembentukan dasar negara masih lagi mengekalkan prinsip ketuanan
Melayu yang berasaskan kepada Islam. Mengikut Wan Mohd Nor Wan Daud,73
prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab yang utama; pertamanya,
sifat awal dan ketinggian tamadun Tanah Melayu yang telah dibina oleh manusia
Melayu, keduanya; nisbah pergorbanan dan darah manusia Melayu yang telah
banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu menghadapi
penjajahan kuasa luar dan akhirnya ketiga, sifat tolenrasi dan kesudian manusia
Melayu menerima bersama golongan bukan Melayu untuk tinggal menetap di
Tanah Melayu. Maksudnya, walaupun pihak berkuasa politik Melayu cuba
menerapkan prinsip politik ala pluralism demi untuk memastikan perpaduan
semua kaum di Malaysia, tetapi asas jati diri dan ketuanan Melayu yang
berteraskan Islam masih tetap secara teguh dipertahankan.
 Bertepatan dengan teori Ibn Khaldun yang “ menegaskan masyarakat sebagai
suatu organism yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan
berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan
tersusun dapat dilakukan “, pihak kerajaan telah berjaya memajukan masyarakat
Melayu dengan cukup holistik. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat
semacam kefahaman dan sifat yang stereotaip yang dinisbahkan kepada orang
Melayu, iaitu orang Melayu adalah suatu bangsa yang malas, fatalis, takut dan
menolak segala bentuk perubahan. Malangnya hal ini yang pada mulanya
dikemukakan oleh penjajah British telah turut diakui oleh beberapa sarjana
tempatan Melayu sendiri.74
Selepas terjadinya peristiwa 13 mei 1969, didorong oleh semangat ingin
mengekalkan status ketuanan bangsa Melayu, kita dapat melihat bagaimana teori
sifat-sifat buruk orang Melayu yang disogokkan oleh penjajah British telah mula
dicabar, apabila pihak kerajaan telah menjalankan suatu bentuk perancangan
pembangunan (sponsored social change ) dengan nama Dasar Ekonomi Baru. Di
bawah DEB ini, perancangan pembangunan yang tersusun di dalam beberapa
sektor terpenting, seperti ekonomi, sosial dan pendidikan telah diberikan
penekanan utama.
Bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun, kita
mendapati bahawa perancangan pembangunan ala DEB ini telah mampu
membawa perubahan yang berkesan kepada orang Melayu, khususnya di dalam
memberi peluang yang lebih selesa dan adil kepada orang Melayu untuk berubah
melalui dua sektor yang utama iaitu pendidikan dan ekonomi. 75 Hasilnya, serba
sedikit nisbah negatif yang dikaitkan dengan orang Melayu telah mampu dikikis,
lebih-lebih lagi dengan lahirnya sejumlah golongan terpelajar Melayu dan
golongan BCIC ( Bumiputera Commercial and Industrial Community) yang agak
73
Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang
Lebih Sempurna, hlm 112-114.
74
Abdul Rahman Aziz, Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia, Petaling Jaya, 2000, hlm 90-92.
75
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim, “ Citra Islam Dalam Pembentukan
Manusia Melayu Moden Di Malaysia : Suatu Analisa “, Jurnal Pengajian Melayu, v. 15, 2005, hlm 19-51
19

besar jumlahnya.76 Berbanding dengan dasar pilih kasih dan social reproduction
yang diamalkan oleh penjajah British yang kemudiannya menghasilkan
penindasan secara halus terhadap orang Melayu, DEB ini dilihat telah memberi
peluang yang lebih luas untuk orang Melayu melakukan mobiliti sosialnya ke
arah yang lebih baik. Ini membawa maksud bahawa seperti mana ditegaskan oleh
Ibn Khaldun, setiap masyarakat yang paling teruk sekalipun akan mampu berubah
dan berkembang seandainya perancangan pembangunan yang lebih teliti dan
tersusun dilakukan.
 Teori Ibn Khaldun tentang perpaduan sejati di dalam masyarakat Islam
bergantung kepada gabungan antara semangat Asabiyyah dan agama. Merujuk
kepada semangat asabiyyah, ianya tidak patut dikutuk memandangkan
kewujudannya merupakan fitrah semula jadi anugerah Allah, sepertimana fitrah-
fitrah lain yang pasti dimiliki oleh setiap manusia. Apa yang pastinya, salah
ataupun tidak sesuatu semangat asabiyyah ini bergantung sepenuhnya dengan
sikap sesuatu bangsa itu mempergunakan fitrah ini di dalam kehidupan, samada
bersesuaian dengan kehendak syarak ataupun tidak.
Ketepatan teori ini ternyata betul jika dilihat dalam konteks masyarakat di Alam
Melayu. Dalam sudut yang pertama, masyarakat Melayu di rantau Alam Melayu
telah memandang semangat asabiyyah ataupun nasionalisme ini yang dikenali
dengan semangat cintakan bangsa dan tanah air sendiri, sebagai sesuatu yang suci
dan amat perlu untuk meneruskan ketuanan bangsa Melayu di rantau Alam
Melayu.77 Cumanya, dalam konteks Malaysia, di tahun-tahun 1970-1980an telah
wujud suatu kecenderungan yang dibawa oleh PAS yang mengambil sikap
simplistik memusuhi semangat Nasionalisme ini, yang disamakan dengan
semangat asabiyyah sempit yang dikutuk keras oleh Islam. Pendekatan ini diambil
pada dasarnya bukan berasaskan kepada kerangka pemahaman Islam yang
sebenar seperti mana diperjuangkan oleh pejuang nasionalis yang awal, tetapi
lebih bermatlamatkan kerana tujuan politik bagi memburukkan parti UMNO. Tak
hairan lah kalau pandangan sempit PAS ini telah ditolak oleh kebanyakan sarjana
di Malaysia, termasuklah oleh kalangan gerakan Islam sendiri.
8. Perlu mengamalkan sikap selektif terhadap formula pembangunan barat. Kita sering
menyatakan keunggulan formula Islam, termasuklah dalam soal kepimpinan dan
merendah-rendahkan formula pembangunan barat. Namun apa yang menjadi
masalahnya : kenapakah negara dan kepimpinan umat Islam masih berada dalam
keadaan yang amat mundur, dilihat dari segi kualiti dan integriti, berbanding dengan
masyarakat barat. Bahkan sebaliknya pihak barat yang lebih menonjol dalam soal
membangunkan pelbagai teori kepimpinan moden, termasuklah yang mengabungkan
antara pendekatan kebendaan dan spiritual. Dalam soal ini, beberapa perkara perlu
diberikan perhatian ataupun imput berguna untuk proses berfikir bagi umat Islam;
 Teori dan formula pembangunan barat adalah cukup dinamik dan sentiasa
berubah.78

76
Abdul Rahman Aziz, Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia, hlm 94-101.
77
Rahimin Affandi Abd Rahim, “ Analisis sejarah Dakwah dan jalinan intelektuaal rantau Malaysia-
Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara
(UMSU), Bangi, 2003, hlm 47-74.
20

 Realiti masyarakat dan kepimpinan politik barat yang lebih telus dan demokratik.
(civil society).
 Barat amat menitikberatkan dalam soal penjagaan sistem ekologi dunia.
 Realiti kepimpinan politik barat yang lebih suka berpegang kepada hasil R&D
yang dijalankan oleh para ilmuan.
 Tahap kemajuan ekonomi masyarakat barat yang lebih maju, khususnya
membabitkan penguasaan dunia barat terhadap seluruh system di dunia, antara
lainnya kerana dunia barat memiliki kecanggihan ilmu pengetahuan dan
seterusnya mampu mendominasi semua elemen kehidupan dunia moden,
merangkumi;79
 Barat memiliki dan mengendalikan system perbankan antarabangsa dunia,
seperti IMF, World Bank dan bank-bank gergasi Multinasional.
 Barat mengawal mata wang utama dunia, US dolar menjadi pengukur nilai
wang antarabangsa.
 Barat adalah pasar dan pelanggan utama barangan dunia.
 Barat membekalkan kebanyakan daripada barangan siap dunia.
 Barat mendominasi pasaran modal antarabangsa.
 Barat mendominasi kepimpinan moral dunia yang sentiasa perlu dirujuk oleh
Negara bangsa yang lain.
 Barat berkeupayaan melakukan campurtangan ketenteraan yang besar ke atas
mana-mana Negara bangsa.
 Barat mengawal laluan maritime antarabangsa dunia.
 Barat melaksana program penyelidikan dan pembangunan teknikal (R&D)
yang terkedepan di dunia.
 Barat terkedepan dalam system pendidikan S&T dunia.
 Barat mendominasi akses ke ruang angkasa dunia.
 Barat mendominasi industri aeroangkasa dunia.
 Barat mendominasi industri, system dan kandungan media kominikasi dan
hiburan dunia yang menyemai nilai-nilai budaya, falsafah dan pemikiran
mereka secara global.
 Barat mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia.
 Barat mendominasi system operasi dan perisian computer dunia.
 Barat mendominasi bahasa kominikasi luas dunia terutamanya bahasa Inggeris
iaitu bahasa inti peradaban barat.

Tegas Hashim Musa lagi, Amerika Syarikat sebagai tamadun teras barat kini
mendahului Negara-negara lain di dunia dalam pelbagai bidang kira-kira 20 tahun ke
hadapan, seperti;
 Mendahului bidang teknologi.
 Memiliki sifat keusahawanan yang tinggi.

78
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Embong, Pembangunan Dan Kesejahteraan :
Agenda Kemanusiaan Abad Ke-21, Syarahan Perdana Jawatan Professor, Pada 26 September 2003,
Bangi : Penerbit UKM, 2003.
79
Hashim Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat, Kuala
Lumpur : Penerbit UM, 2004, hlm 191-192.
21

 Setiap lapisan rakyatnya digalakkan membuat eksperimen dan inovasi yang


bermula daripada kosong. Contohnya, apa yang dijalankan oleh Microsoft dan
Dell Computers.
 Membenarkan tenaga muda dalam organisasi bersuara dan memimpin jika
berupaya.
 Berjaya memupuk dan memanafaatkan akal fikiran tenaga muda yang aktif dan
produktif untuk kemajuan organisasi dan komuniti.

KESIMPULAN.

Anda mungkin juga menyukai