Anda di halaman 1dari 8

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM Malaysia)

Datuk Seri Hajiji Noor (KM Sabah)


Datuk Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan)
Tuan Muslimin Yahya (Timbalan Menteri Pendidikan 1)
Dato’ DR Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan 2)
Tuan Abdul Aziz bin Abdul Rashid (PPD LD)

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
(HEM)
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
 Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang
ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu. (Pekeliling Pentadbiran Bil 3/67
pindaan 1982)
 Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
 Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

2. Pentadbiran
 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru
Penolong Kanan yang lain.
 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
 Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah.
 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti
riadah dan kokurikulum diadakan.
 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan
asrama.
 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

3. Hal Ehwal Murid


 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal
murid.
 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sidang petang.
 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.
 Mengurus kemasukan kedatangan harian murid sidang pagi.
 Mengurus kemasukan penempatan dan pertukaran murid.
 Mengurus surat akuan sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil
berhenti sekolah.
 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar tatatertib dan salah
laku.
 Menyelaras dan meyediakan rekos disiplin dan laporan murid.
 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
 Merancang, menyelaras dan menyediakan pelaksanaan serta laporan program
bimbingan dan kaunseling.
 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
baru.
 Menguruskan aktiviti dan kemudahan kesihatan dan kebersihan murid dengan
sempurna seperti menguruskan kad 001/002 PKS1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan
Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan kebajikan murid.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa
dilaksanakan.
 Menyelaras hal-hal belanjawan, pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus
kira buku Skim Pinjaman Buku Teks.
 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik
Buku Bantuan.
 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
 Menyelaras ha-hal pembelajaran dan menentukan langkahlangkah keselamatan
asrama.
 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan kesihatan penghuni asrama dan mewujudkan
keceriaan asrama.
 Menyelaras penyeliaan hal makan dan dapur.

4. Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain


 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh guru besar dari masa
ke semasa.
 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.

Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)


Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab bagi
melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid
serta menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

Bidang Tugas
1) Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
2) Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan
guru dan kakitangan bukan guru.
4) Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk
yang mempunyai sidang petang.
5) Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 Senarai Tugas
1) Kurikulum
1.1 - Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.
1.2 - Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
1.3 - Memastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.
1.4 - Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat
sumber.
1.5 - Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.6 - Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru
yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
1.7 - Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
1.8 - Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
1.9 - Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian,
peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
1.10 - Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.11 - Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.
1.12 - Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta
kesesuaiannya.
1.13 - Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

 2) Pentadbiran
2.1 - Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.
2.2 - Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan
kakitangan bukan guru.
2.3 - Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat dan perangkaan.
2.4 - Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.
2.5 - Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.6 - Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 - Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit sekolah.
2.8 - Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.
2.9 - Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 - Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
2.11 - Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan keceriaan.

 3) Kebersihan dan Keindahan Sekolah


3.1 - Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan
sekolah.

 4) Keselamatan
4.1 - Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.
4.2 - Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah
Kebakaran/ Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

 5) Tugas-tugas lain


5.1 - Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
5.2 - Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar
dari semasa ke semasa.

PENOLONG KANAN KOKUM


Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan
penglibatan dan penyertaan murid
dalam aktiviti Kokurikulum.
 
•               BIDANG TUGAS
 
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan
Kokurikulum termasuk sidang
petang.
1.4 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk sidang
petang.
 
•               SENARAI TUGAS
 
2.1 KOKURIKULUM
2.1.1 Sukan Dan Permainan
2.1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.2 Mengurus permilihan peserta untuk pertandingan.
2.1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan
di dalam dan di luar
sekolah.
2.1.2 Pakaian Seragam
2.1.2.1 Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam didalam dan diluar
sekolah.
 
 
2.2 PENTADBIRAN
 
2.2.1 Menyusun / menyelaras kegiatan kegiatan Kokurikulum.
2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.
2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah
diambil.
2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.
2.2.5 Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran sekolah.
2.2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
2.2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan
pakaian seragam dan
sebagainya.
2.2.8 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta
meningkatkan tahap
pencapaian.
2.2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.
2.2.10Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan.
2.2.11Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang
berhubung dengan Kokurikulum.
2.2.12Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan
Kokurikulum dan
mengadakan latihan untuk mereka.
 
 
•               TUGAS-TUGAS LAIN
 
3.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari
masa ke semasa.
 
3.2        Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh
Guru Besar dari masa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai