Anda di halaman 1dari 41

JENIS DAN PROSEDUR HUKUMAN

PENGERTIAN HUKUMAN

Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu


salah laku.Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman :

1.1 Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah


laku yang sebenar atau diandaikan berlaku.Ini merupakan hukuman
yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah
dilakukan.

1.2 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke


atas yang dihukum.

1.3 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan


ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif
yang menyakitkan atau menafikan sesuatu yang disukainya.

1.4 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru


Besar dan Guru ialah Pembuangan Sekolah, Penggantungan
Sekolah, Hukuman Dera (Corporal Punishment),
Penahanan(detention) dan Amaran.

JENIS-JENIS HUKUMAN
Pembuangan Sekolah

1.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana murid yang


didapati bersalah bersabit dengan mana-mana kategori salah laku
berat selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah
1959).

1.2 Seseorang murid yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku
yang mengganggu berulangkali dan didapati tidak berubah selepas
tindakan memulihnya diambil oleh Pengetua/Guru Besar atau
tingkahlakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada murid-
murid lain dan terhadap keseluruhan disiplin sekolah, tindakan yang
sesuai diambil ialah mengarahkan pembuangannya dari sekolah.

1
Penggantungan Sekolah

1.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang


murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah. Penggantungan
adalah bersifat sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan
sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.

1.2 Dalam keadaan di mana seorang murid berkelakuan liar dan


mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah manakala
menunggu hasil siasatan mengenai cara yang paling sesuai untuk
menghadapinya, Pengetua/Guru Besar berkuasa mengarahkan
penggantungan persekolahan murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.

1.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil sesuatu siasatan


hendaklah dibezakan sebagai satu hukuman yang dijatuhkan oleh
Pengetua/Guru Besar seperti diperbekalkan dalam Peraturan 8,
Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959.

1.4 Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan menghukum peluang


yang cukup untuk murid membuat penjelasan (to show case)
hendaklah diberi.

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH


MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.
1. Tujuan

1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang
sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran
Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh
20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

1. Latar belakang

1.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai
perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat
terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa
sekarang.

1. Peruntukan Undang-Undang

1.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes


perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN
61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah
memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di
sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di
bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru
Besar / Pengetua.

2
“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah
bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan
bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa
ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah
itu.”

1.1 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari
sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan
peruntukan tersebut.

“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati


dengan memuaskan hati Guru Besar
sesebuah sekolah :

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud


menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-
mana sekolah yang seseorang murid patut
digantung persekolahannya ataupun dibuang
sekolah;

1. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut


Peraturan 4 dan Peraturan 8.

1.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak
berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya
hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang
diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila
beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan
ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman
sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar /
Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman
menggantung dan membuang murid dari sekolah.

1.1 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau


pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin
ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak
memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka
itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau
nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan
menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah
keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.

3
1.1 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan
keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan
yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan
penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di
mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.

1.1 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan


tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh
Pengetua / Guru Besar.

1.1 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang


berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan
begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan
kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak
dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar
dipertahankan.

1. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian


dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.

5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa


melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.

1.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud


sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan
siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman
disiplin dijatuhkan.

1.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah


dipatuhi.

1.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir


setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu,
termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya
mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.

1.1 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh


yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika
tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau
belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-
maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.

4
1.1 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian,
tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi
yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua /
Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap
mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).

1.1 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan


dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini
bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan
saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975
mengenai perkara ini ).

1.1 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan-


Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap
kes.

1.1 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh
menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat
tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.

1.1 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-


Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga
tertuduh.
1.1 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat
rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan
hendaklah dimaklumkan dengan jelas.

1.1 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua
orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah
mengikut prosedur yang sama.

1.1 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan
membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan
tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau
menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.

1.1 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu
tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya
seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan
mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau
membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

1. Keperluan menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah,


Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.

1.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991


bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau
Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian
yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes
gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar.
Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan
bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.

5
1. Beberapa contoh surat tindakan tatatertib dan
carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat :

Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-
kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang
sekolah disertakan bersama-sama ini yang berikut :

1.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan


Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

1.1 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai


hukuman tatatertib.

1.1 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai


hukuman tatatertib.

1.1 Lampiran D : Contoh surat gantung sekolah untuk tujuan penyiasatan


sehingga tindakan disiplin selesai.

1.1 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah


sebagai hukuman.

1.1 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang


sekolah mengikut peraturan 8

1.1 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai


hukuman.

1.1 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin menggantung


pelajar untuk tujuan buang sekolah.

1.1 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.

1.1 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.

6
Carta Aliran Prosedur Tatatertib Gantung Sekolah
Sebagai Hukuman Mengikut Peraturan 8 (a)

Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959

Mula

Pengetua / Guru Besar terima


laporan bertulis salah laku
berat murid.

Pengetua / Guru Besar


menjalankan siasatan teliti
Tidak
dan kenalpasti peraturan sekolah
benar. yang dilanggar.

Kes
tutup.
Benar.

Lapor kepada
PPD / JPN / KPM.

Pengetua / Guru Besar draf surat


pertuduhan &
akuan terima yang teratur.

Taip surat.

Buat
pembetulan.

Pengetua
Tidak / Guru Besar
semak butiran
teratur. surat.

A
A

7
Pengetua/ Guru Besar tandatangan
sendiri surat
pertuduhan.

Pengetua/Guru Besar serah surat pertuduhan kepada


murid & salinan kepada ibubapa / penjaga di depan 2
orang saksi menggunakan surat akuan terima.

Pengetua
Tiada /Guru Besar
tunggu
jawapan jawapan dalam
tempoh 14 hari

Murid diberi peluang


bela diri secukupnya

Pengetua
/Guru Besar Tak perlu
teliti jawapan
tertuduh gantung
Pengetua / Guru
Besar buat keputusan
sendiri mengikut
maklumat sedia ada

Perlu gantung

B1 B2 B3

8
B1 B2 B3

Hukuman
Pengetua / Guru Besar draf surat Mengikut
keputusan dan hukuman Peraturan
tatatertib gantung sekolah 5 & 6.
serta surat akuan terima yang
teratur.

Rujuk kes kepada


Taip. Kaunselor.

Pengetua buat
pembetulan.

Tidak / Guru Besar


semak butiran
teratur surat.
Selesai.

Pengetua tandatangan sendiri surat


keputusan dan hukuman tatatertib gantung
sekolah.
Pengetua
Salinan maklumkan
keputusan keputusan
dihantar kepada Tertuduh dan ibu bapa / penjaga terima surat gantung
PPD dan salinan dengan akuan terima di depan 2 sekolah kepada
Pendaftar orang saksi.Mereka dijelaskan Peraturan 10 pihak tertentu di
Sekolah. mengenai rayuan kepada Pendaftar Sekolah sekolah.
dan Peraturan 14 mengenai penalti ordinan
yang sama.

c
c

Tiada
Pengetua / Guru
Besar tunggu ada rayuan.
rayuan. rayuan atau tidak.
Pengetua / Guru
Besar patuh
arahan Pendaftar
Sekolah.
Murid menjalani
hukuman berjalan
selama 14 hari.

Murid belajar semula


selepas tempoh Arahan terima Sama
hukuman selesai. ada
Semula.

Aku janji
persetiaan / Arahan
jaminan bertukar
Penjaga Sekolah.

Rujuk kepada Kaunselor. sekolah.


pertukaran
Uruskan

Murid bertukar.

Selesai. Selesai.
CARTA ALIRAN PROSEDUR TATATERTIB BUANG SEKOLAH MENGIKUT
PERATURAN 8 (a), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.

Pengetua / Guru Besar dapati wujud kes


Prima Facie buang sekolah.

Pengetua / Guru Besar maklumkan


kes dengan bersurat
kepada PPD, JPN dan KPM.

Pengetua / Guru Besar draf surat pertuduhan


dengan tujuan buang sekolah dan
surat akuan terima secara teratur.

Taip Surat.

Buat pembetulan.

Tidak Pengetua / Guru Besar


teratur. semak surat pertuduhan
dengan tujuan buang sekolah
dan akuan terima
dengan teliti.

Teratur.

B
B

Pengetua / Guru Besar


Tandatangan Surat Pertuduhan
dengan tujuan buang sekolah
dan salinannya.

Pengetua / Guru
Besar edar Serah surat pertuduhan dengan
salinan surat tujuan buang sekolah kepada
pertuduhan murid dan salinan kepada ibu bapa
kepada PPD dan di depan 2 orang saksi dan
Pendaftar dapatkan Akuan Terima.
Sekolah.

Pengetua / Guru Besar


tunggu jawapan
bertulis dari tertuduh dalam
tempoh 14 hari.

Tiada
jawapan.
Ada jawapan.

Pengetua / Guru Besar buat


keputusan berdasarkan
maklumat sedia ada sahaja.
Pengetua /
Guru Besar Hukuman
timbang kes berdasarkan biasa
jawapan tertuduh.

Hukuman mengikut
Hukuman peraturan 5 @ 6.
buang
sekolah.

C1 C2 C3
C1 C2 C3

Pengetua / Guru Besar draf surat keputusan


Tatatertib Buang Sekolah Dan
Rujuk murid
Akuan Terima secara teratur.
kepada
Kaunselor.

Selesai.

Pengetua / Guru Pengetua maklum


Besar edar salinan Surat keputusan buang sekolah keputusan buang
keputusan buang diserahkan kepada murid dan sekolah kepada pihak-
sekolah kepada salinan kepada ibubapa / penjaga pihak tertentu di
PPD dan Pendaftar. dengan akuan terima di depan 2 sekolah.
orang saksi.

Pengetua tunggu rayuan


ibubapa / penjaga murid dalam
tempoh 30 hari dan
keputusan Pendaftar
Sekolah.

D2
D1
D1 D2

Pendaftar
Rayuan diterima.
Sekolah buat
keputusan.

Pengetua / Guru Besar


Rayuan urus kes mengikut
ditolak. keputusan Pendaftar
Sekolah.

Pengetua / Guru Besar


keluarkan surat
berhenti sekolah.

Selesai.
CONTOH SURAT PERTUDUHAN UNTUK TUJUAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

SMRP.TR/DLP/SULIT/(20)
16 Rabiulawal 1412
24 September 1991

Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 )


SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

Tindakan Disiplin Gantung Sekolah


Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 )
Tingkatan 5A3 Mengikut Peraturan 8 (a)
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan


Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959
bertarikh 20.2.1959, tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah
adalah terletak pada Guru Besar / Pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa kamu dengan ini dipertuduhkan


dengan tuduhan melanggar disiplin seperti berikut :

“ Bahawa kamu, Aminah Bt Hamid ( KP : A4289460 pada 10 September,


1991, lebih kurang pukul 1.25 petang, di Bilik Persediaan Fizik, Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, telah didapati
berkelakuan tidak senonoh dan sumbang dengan Encik Sabtu B Ahad,
kakitangan makmal lelaki iaitu dalam keadaan bercumbu-cumbuan. Dengan itu
kamu telah melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai tingkahlaku
sumbang, satu perbuatan salahlaku di bawah peraturan 2 (c) Bab XI, Undang-
undang dan Peraturan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja
Permaisuri, 33500 Tanjung Rambutan.”

3. Sila ambil ingatan bahawa saya sebagai Pengetua bertanggungjawab


terhadap disiplin murid-murid pernah memberi amaran secara bertulis kepada
kamu kerana didapati berpegangan-pegangan tangan dengan Encik Sabtu B.
Ahad kakitangan makmal yang sama melalui surat bil (17) dalam siri yang sama
bertarikh 1 Jun, 1991. Kamu juga telah melalui sesi kaunseling dengan Guru
Bimbingan & Kaunseling sekolah mengenai perkara yang sama, tetapi kelakuan
kamu tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4. Di bawah peraturan 8 (a), sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan


sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin dan ketenteraman sekolah, di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, Tanjung Rambutan, kamu boleh
digantung dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah terhadap pertuduhan
yang tersebut di atas.

5. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah


terhadap pertuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut digantung
dari sekolah atau tidak, kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan
secara bertulis terhadap pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14)
hari dari tarikh kamu menerima surat ini.

6. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh
empat belas (14) hari seperti para 5 diatas, saya akan membuat keputusan
berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan
tersebut dan keputusan yang akan saya buat itu adalah gantung sekolah.

7. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan.

8. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini dengan menggunakan borang
akuan terima yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

1. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
Ipoh.

1. Hamid B Bidin
No. 2254 Rumah Awam,
Taman Cempaka,
35500 Tanjung Rambutan
AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___

___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________
CONTOH SURAT KEPUTUSAN GANTUNG SEKOLAH
SEBAGAI HUKUMAN TATATERTIB.

Aminah Bt Hamid ( KP : A 4289460 ) SMP.TR/DP/SULIT/(23).


SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan. 6 Rabiulakhir 1412
14 Oktober 1991
Tindakan Disiplin Dengan Tujuan Gantung
Persekolahan Aminah Bt Hamid
( KP : A4289460 ) Tingkatan 5A3 Mengikut
Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya SMPP/TR/DP/SULIT/(20) Bertarikh 24 September 1991. Saya telah
menimbang jawapan bertulis kamu dan berpuas hati bahawa kamu telah melakukan
perbuatan yang dipertuduhkan dan bersalah terhadap pertuduhan melanggaar disiplin
tersebut.

2. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan
di atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan
disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan,
kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan keputusan ini
berkuatkuasa daripada tarikh surat ini.

3. Kamu dengan ini digantung persekolahan selama 14 hari dan tidak dibenarkan
berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri, 35500 Tanjung Rambutan
dengan serta merta dari 14 - 27 Oktober, 1991. Sekiranya kamu tidak mematuhi
perintah yang dibuat ini atau melanggar perintah ini kamu boleh dikenakan penalti
Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Dispilin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan
dengan tidak lebih daripada RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja ), atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara.

4. Sila tandatangani akuan terima surat keputusan gantung sekolah ini dengan
menggunakan surat akuan terima yang dinyatakan bersama-sama ini.

t.t.
( SOLEHA BT OSMAN )
Pengetua,
SMK Raja Permaisuri,
35500 Tanjung Rambutan,
Perak Darul Ridzuan.

s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

1. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

1. Hamid B Bidin
No. 2254 Rumah Awam,
Taman Cempaka,
35500 Tanjung Rambutan
AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___

___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________
CONTOH SURAT GANTUNG SEKOLAH UNTUK TUJUAN
PENYIASATAN SEHINGGA TINDAKAN TATATERTIB SELESAI.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA


BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(1)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan 26 Ogos, 1991

Tindakan Gantung Sekolah


Rusli Bin Abdul ( KP : 900102-10-5391 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran


( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959
bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada
pengetua sekolah.

1. Oleh itu dalam menjalankan kuasa saya di bawah Peraturan tersebut, sebagai
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, 35500
Tanjung Rambutan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959,
saya berpuas hati bahawa untuk tujuan mengekalkan disiplin dan kententeraman di
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan,
bahawa kamu, Rusli Bin Abdul, digantung daripada persekolahan mulai 26 Ogos, 1991
sehingga tindakan disiplin terhadap kamu selesai bagi pertuduhan seperti yang berikut :

“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP : A1234567 ) pada


23.8.1991 jam lebih kurang pukul 10.00 pagi,
berhampiran dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semsta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, telah menumbuk guru kamu, iaitu Encik
Sabtu B. Ahad seorang guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, dengan itu kamu telah melakukan
perbuatan tidak menghormati guru satu perbuatan
salahlaku, di bawah Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-
Undang dan Peraturan Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan.”

1. Sekiranya kamu tidak mematuhi perintah yang dibuat ini, atau melanggar
perintah ini, kamu boleh dikenakan penalty Peraturan 14, Peraturan-Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, iaitu dikenakan denda tidak lebih daripada
RM1,000.00 ( Ringgit Malaysia seribu sahaja), atau penjara tidak lebih daripada
enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut.

1. Sila tandatangan akuan terima surat gantung persekolah ini


menggunakan borang Lampiran J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.

s.k.

1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

1. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinata,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

1. Encik Abdul Bin Abdullah


Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan
AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___

___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________
Lampiran E.

CONTOH SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG


SEKOLAH.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA


BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(2)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 16 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 26 Ogos, 1991

Pertuduhan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah


Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Mengikut Peraturan 8 (a) Peraturan-Peraturan Pelajaran
( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini memaklumkan, di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pelajaran


( Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/1959 bertarikh 20.2.1959
bahawa tanggungjawab disiplin terhadap murid-murid sekolah adalah terletak pada
pengetua sekolah.

2. Saya dengan ini memaklumkan bahawa, kamu dengan


ini dipertuduhkan dengan tuduhan melanggar disiplin seperti
berikut :

“ Bahawa kamu, Rusli B, Abdul ( KP :


A1234567 ) pada 23.8.1991 jam lebih
kurang pukul 10.00 pagi, berhampiran
dengan Makmal Fizik, Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semsta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan, telah
menumbuk guru kamu, iaitu Encik Sabtu
B. Ahad seorang guru di Sekolah
Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah, 35500 Tanjung
Rambutan, dengan itu kamu telah
melakukan perbuatan tidak menghormati
guru, satu perbuatan salahlaku, di bawah
Peraturan 5 (B) Bab XI, Undang-Undang
dan Peraturan Sekolah Menengah
Kebangsaan Alam Semsta, Bendang
Basah, Tanjung Rambutan.”
3. Dibawah peraturan 8 (a), Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,
Sekiranya didapati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan disiplin
dan ketenteraman di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah,
Tanjung Rambutan, kamu boleh dibuang dari sekolah sekiranya kamu didapati bersalah
mengikut pertuduhan yang tersebut di atas.

4. Untuk membolehkan saya membuat keputusan sama ada kamu bersalah terhadap
tuduhan yang tersebut di atas dan sama ada kamu patut dibuang sekolah atau tidak,
kamu dengan ini dikehendaki mengemukakan jawapan secara bertulis terhadap
pertuduhan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh kamu menerima
surat ini.

5. Jika sekiranya tiada apa-apa jawapan diterima daripada kamu dalam tempoh
empat belas (14) hari seperti yang tersebut di atas, saya akan membuat keputusan
berdasarkan apa-apa maklumat yang ada pada saya mengenai pertuduhan tersebut dan
keputusan yang akan saya buat itu mungkin keputusan buang sekolah.

6. Jawapan bertulis kamu itu hendaklah dialamatkan kepada :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semsta,
Bendang Basah,
35500 Tanjung Rambutan.

7. Sila tandatangan akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran
J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.

( KHAMIS BIN JUMAAT )


Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.

s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

1. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

1. Encik Abdul Bin Abdullah


Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan
AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___

___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

CONTOH SURAT KEPUTUSAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM SEMESTA
BENDANG BASAH
35500 TANJUNG RAMBUTAN.

SMS/BB/S/SULIT/1/(3)
Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 )
Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta 30 Safar 1412
3550 Tanjung Rambutan. 9 September, 1991

Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Sekolah


Rusli Bin Abdul ( KP : A1234567 ) Tingkatan 3A6
Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959.

Saya dengan ini merujuk kepada pertuduhan melanggar disiplin terhadap kamu melalui
surat saya kepada kamu SMS/BB/S/SULIT/1/(2) bertarikh 26.8.1991.

2. Setelah menimbangkan jawapan bertulis kamu yang telah kamu kemukakan, saya
telah berpuas hati bahawa kamu telah melakukan perbuatan yang dipertuduhkan dan
bersalah terhadap pertuduhan melanggar disiplin tersebut.

3. Oleh kerana kamu telah didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dinyatakan di
atas, saya berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan mengekalkan
disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Semesta, Bendang Basah, Tanjung
Rambutan, kamu dengan ini dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan dan keputusan ini berkuatkuasa serta-
merta.

4. Kamu dengan ini adalah dibuang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam
Semesta, Bendang Basah, Tanjung Rambutan mulai 19.9.1991.

5. Mengikut Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan


Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, tuan boleh merayu
terhadap keputusan membuang sekolah anak tuan Rusli bin
Abdul mulai daripada 19.9.1991 kepada Pendaftar Sekolah-
Sekolah seperti alamat di atas dalam tempoh 30 hari
selepas menerima surat ini.

6. Sila tandatangani akuan terima surat pertuduhan ini menggunakan borang Lampiran
J seperti yang disertakan bersama-sama ini.

t.t.
( KHAMIS BIN JUMAAT )
Pengetua,
Sek. Men. Kebangsaan Alam Semesta,
35500 Tanjung Rambutan.

s.k.
1. Pendaftar Sekolah-Sekolah
Jabatan Pendidikan Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh.

1. Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Kinta,
Lebuh Cator,
30450 Ipoh.

1. Encik Abdul bin Abdullah


Rumah Awam Seri Melati,
35500 Tanjung Rambutan
AKUAN TERIMA

Saya _______________________________________________________

pemegang Kad Pengenalan Nombor _______________ mengaku telah

menerima surat bil _________________________ bertarikh _________

pada hari ini ______ ___________200___

___________________
( Tandatangan )

Saksi :

1. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________

2. Tandatangan : _______________________________

Nama : ____________________________________

Jawatan : ___________________________________

No. Kad Pengenalan : __________________________

Alamat : ____________________________________

_______________________________________________
HUKUMAN DERA / ROTAN
(CORPORAL PUNISHMENT)

1. Hukuman dirotan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.


2. Tertakluk kepada peraturan 5, hukuman dirotan hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
(a) dirotan ditapak tangan; atau
(b) dirotan dipunggung dengan berlapikkan pakaian.
3. Hukuman rotan adalah dilarang dilaksanakan di khalayak ramai atau
perhimpunan sekolah.
4. Hukuman rotan hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang guru sebagai
saksi.
5. Rotan yang digunakan hendaklah rotan yang ringan berukur lilit tidak
melebihi 3 sentimeter manakala panjangnya tidak melebihi 1 meter.
6. Bilangan rotan tidak melebihi tiga kali.
7. Hayunan rotan hendaklah dengan kekuatan yang sederhana tanpa
mengangkat tangan melebihi paras bahu orang yang melaksanakan
hukuman supaya tidak melukakan kulit murid itu.
8. Selepas mengenakan satu rotan, orang yang melaksanakan hukuman
hendaklah mengangkat rotan dan tidak menariknya.

HUKUMAN PENAHANAN ( DETENTION )

Hukuman diletakkan dalam kelas tahanan hendaklah dilaksanakan seperti


berikut:
(a) di bilik darjah atau mana-mana bilik yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
disiplin;
(b) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 45 minit bagi satu kesalahan
disiplin;
(c) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu
pembelajaran;
(d) membuat apa-apa kerja sekolah atau pembelajaran yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa disiplin; dan
(e) di dalam pengawasan guru yang ditetapkan.

DENDA

Hukuman menjalankan aktiviti yang bersifat pendidikan dan pembentukan disiplin


murid hendaklah dilaksanakan seperti berikut:
(a) dilaksanakan dalam kawasan sekolah sahaja;
(b) dalam waktu persekolahan dan seboleh-bolehnya di luar waktu
pembelajaran;
(c) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi 1 jam bagi satu kesalahan
disiplin;
(d) tidak membebankan murid secara fizikal;
(e) terhad kepada harta benda sekolah sahaja;
(f) terhad kepada aktiviti-aktiviti di dalam kawasan sekolah; dan
(g) di dalam pengawasan dan penyeliaan guru yang ditetapkan.

2. Senarai aktiviti bersifat pendidikan sahsiah, sosial dan kemasyarakatan dan tidak
bersifat punitif yang boleh dikenakan sebagai hukuman:
(a) membersihkan bilik darjah;
(b) membersihkan bilik guru;
(c) membersihkan bilik-bilik khas;
(d) membersihkan dewan;
(e) membersihkan padang;
(f) membersihkan kawasan sekolah (termasuk mengutip sampah);
(g) menyusun perabot sekolah;
(h) menyusun kerusi meja untuk sesuatu majlis sekolah;
(i) menyusun kerusi meja di musim peperiksaan;
(j) mengemas papan kenyataan;
(k) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah yang tidak melibatkan
orang luar;
(l) membantu sekolah menganjurkan hari penyampaian sijil dan
penghargaan;
(m) membantu sekolah menganjur hari sukan;
(n) membantu guru menyediakan peralatan pendidikan jasmani;
(o) membersih dan mengemas setor sukan;
(p) membaca buku dan membuat sinopsis; dan
(q) membantu sekolah melaksanakan projek sekolah bagi menceria dan
mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah, seperti melukis mural,
mengadakan taman atau kebun, menjaga kolam ikan.

3. Walau apa pun peruntukan perenggan 1 dan 2, hukuman yang dikenakan di


bawah Bahagian ini tidak boleh termasuk apa-apa kerja yang lazimnya, atau
boleh, dijalankan oleh pekerja sekolah.
4. Sekiranya denda yang melibatkan wang, Pengetua/Guru Besar hendaklah
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan
seseorang murid untuk membayar denda itu.Untuk sesuatu denda itu
mendatangkan kesan praktikal adalah penting denda itu sejajar dengan wang
sakunya.

Hukuman Amaran

1.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua/Guru Besar atau


guru yang diberi kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis
salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu.

1.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan


hukuman yang lebih berat lagi selepas itu.

1.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2 dan 3 bagi


kategori salah laku ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori
salah laku sederhana dan Amaran Keras bagi kategori salah laku
berat.
CONTOH SURAT AMARAN KES DISIPLIN
SMK JENGKA 21,
FELDA JENGKA 21,
26400 BANDAR JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR
Kepada:

Ibu Bapa/ Penjaga Murid,

..............................................................

..............................................................

Tuan / Puan,

AMARAN DISIPLIN PERTAMA / KEDUA / KETIGA/ AMARAN KERAS


Nama Murid :
No. KP :
Tingkatan :

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

2. Anak / anak jagaan tuan / puan seperti di atas telah melakukan salah laku berikut :

3. Sehubungan dengan itu, anak/ anak jagaan tuan / puan telah diambil tindakan dengan
diberi Amaran 1/ Amaran 2/ Amaran 3/ Amaran Keras. Anak / anak jagaan tuan / puan juga telah
dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah untuk khidmat nasihat agar dapat
mengubah kelakuannya, namun kelakuannya tetap tidak berubah seperti yang diharap-harapkan.

4. Tindakan disiplin yang lebih berat akan dikenakan sekiranya anak/ anak jagaan tuan/
puan masih berterusan melakukan salah laku disiplin sekolah.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.....................................................
( )
Pengetua
SMK Jengka 21, Felda Jengka 21

Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
TATACARA TINDAKAN DISIPLIN BAGI KESALAHAN PONTENG SEKOLAH
1. Guru hendaklah mengenal pasti sebab-sebab murid tidak hadir ke sekolah
dengan menghubungi ibu bapa, sama ada secara bertulis atau melalui
telefon (dengan catatan panggilan telefon dalam Buku Kedatangan).

2. Jika murid tidak hadir ke sekolah, guru hendaklah mengambil langkah-


langkah berikut:

(a) memastikan murid yang tidak hadir memberikan surat doktor atau
surat ibu bapa dengan tandatangan yang sah bagi menjelaskan
ketidakhadiran murid;

(b) murid yang tidak hadir selama dua hari atau lebih tanpa surat doktor
dikehendaki membawa ibu bapa berjumpa dengan Guru Besar atau
Pengetua, melainkan jika terdapat bukti yang nyata bahawa
ketidakhadiran murid adalah atas sebab-sebab yang munasabah;

(c) pemberian surat amaran kepada ibu bapa mengenai ketidakhadiran


murid seperti berikut:
Surat Bilangan hari tidak Bilangan hari tidak
hadir berturut-turut hadir tidak berturut-
turut

Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10


Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari selepas
Pertama Amaran Pertama
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari selepas
Kedua Amaran Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas 20 hari selepas
Amaran Terakhir Amaran Terakhir
Jumlah hari tidak 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-
hadir turut
(d) Pengiraan hari bagi ketidakhadiran berturut-turut termasuklah hari
cuti hujung minggu dan umum yang jatuh sepanjang tempoh
ketidakhadiran itu.

(e) Ketidakhadiran murid dikira sepanjang tempoh murid berdaftar di


sekolah tersebut dan bilangan hari ponteng sekolah dalam suatu
tahun persekolahan hendaklah dibawa ke tahun persekolahan yang
berikutnya.

3. Dalam Jadual ini “ibu bapa” termasuklah ketua warden bagi murid yang
menghuni asrama harian.
CONTOH SURAT AMARAN PERTAMA / KEDUA / TERAKHIR

SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan

Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN PERTAMA / KEDUA

Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke
sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)

2. Sila maklumi pihak sekolah dengan mengunakan lampiran yang disertakan


atau berhubungan terus dengan Pengetua/Guru Besar dengan seberapa segera.

3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan boleh dikenakan


tindakan buang sekolah jika tidak hadir tanpa apa-apa kenyataan daripada ibu
bapa atau penjaga dan atas sebab- sebab yang munasabah

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah

……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah

Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………
Tuan/Puan

Pemberitahuan Ketidakhadiran ke sekolah : AMARAN TERAKHIR

Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahwa anak / jagaan tuan /
puan…………………….. dari tingkatan / kelas ………………..telah tidak hadir ke
sekolah dari …………………. Hingga …………….. ( ………… hari)

2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan/ puan melalui


surat bil………………………………. Pada……………….
dan
surat bil………………………………. Pada……………….
Dukacita dimaklumankan bahawa pihak sekolah tidak dapat menerima jawapan
daripada tuan /puan. Diharap tuan / puan dapat menghubungi pihak sekolah.

3. Mengukut peraturan sekolah * anak / jagaan tuan / puan akan dibuang


sekolah sekiranya tuan/puan tidak berjumpa dengan pihak sekolah dalam
tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat ini

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah

……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah

Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
SEKOLAH
………………………….
…………………………
…………………………

Tuan/Puan

PEMBERITAHUAN BUANG SEKOLAH

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak / jagaan tuan / puan


……………………………………dari tingkatan / kelas ………………………. Telah
tidak hadir ke sekolah selama …………………..hari.

2. Pihak sekolah telah menghubungi tuan /puan melalui surat-surat amaran


seperti berikut :
i. Bil…………….. bertarikh…………………….
ii. Bil…………….. bertarikh…………………….
iii. Bil…………….. bertarikh…………………….

3. oleh itu anak jagaan tuan / puan dibuang sekolah mulai………………………

4. Walau bagaimanapun tuan/puan boleh membuat rayuan untuk bersekolah


semula kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri dalam
tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan surat ini, seperti yang diperuntukkan
pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-peraturan pelajaran
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah

……………………………….
Pengertua/ Guru Besar
Cop sekolah

Sk :
Asal : Ibubapa/ Penjaga
Salinan 1 : Fail Sekolah
Salinan 2 : Guru Kelas
CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG
SEKOLAH BERTERUSAN

Kenal pasti murid ponteng


Tiga (3) hari berterusan

Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari
Khidmat berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas tujuh (7) hari
Hadir berikutnya
tidak hadir.

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 14 hari berikutnya
tidak hadir.

Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT
CARTA ALIRAN
TINDAKAN TERHADAP MURID PONTENG
SEKOLAH BERKALA

Kenal pasti murid ponteng


Sepuluh (10) hari berKALA

Amaran Pertama
kepada ibu bapa/penjaga

Hadir Tidak Hadir


Amaran Kedua
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Sepuluh (10) hari
Khidmat berikutnya
kaunseling tidak hadir.
Hadir

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Amaran Terakhir
kepada ibu bapa/penjaga
selepas Dua Puluh (20) hari
Hadir berikutnya
tidak hadir.

Khidmat
Tidak Hadir
kaunseling
Buang Sekolah
kepada ibu bapa/penjaga
selepas 20 hari berikutnya
tidak hadir.

Ibu bapa/penjaga
membuat rayuan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai