Anda di halaman 1dari 25

SMK SULTAN ABDUL SAMAD, KLANG

NOTA RINGKAS
PRINSIP
PERAKAUNAN

Nama :
Kelas :
TINGKATAN 4

MODUL 1
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

MODUL 2
KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN

MODUL 3
DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

MODUL 4
BUKU CATATAN PERTAMA

MODUL 5
LEJAR

MODUL 6
IMBANGAN DUGA

MODUL 7
PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

MODUL 8
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYEDIAAN
PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

MODUL 9
PEMBETULAN KESILAPAN
MODUL 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Simpan Kira:
➢ Meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan,merekod dan melapor rekod-rekod
perakaunan.

Perakaunan:
➢ Meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis,
mentafsir, merancang,menilai dan merumus.

Kitaran Perakaunan:
➢ Dokumen perniagaan, buku catatan pertama, lejar, imbangan duga, pelarasan, imbangan duga
terselaras,catatan penutupan dan penyata kewangan.

Subbidang Perakaunan:
➢ Perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan,pengauditan dan percukaian.

Skop Tugas Perakaunan:


➢ Perancangan dan pengurusan strategic, penambahbaikanpolisi, pengurusan bajet dan
kewangan, penyelesaian masalah dan perunding.

Ciri-ciri Kepimpinan Seorang Akauntan:


➢ Integriti (Jujur)
➢ Kredibiliti (Adil)
➢ Akauntabiliti (Bertanggungjawab)

Kod Etika Akauntan Profesional:


➢ Kompetensi (Profesional, berkemahiran, berkeupayaan)
➢ Integriti
➢ Kerahsiaan
➢ Objektiviti (Tidak boleh berkompromi dan berat sebelah)
➢ Sifat profesional (Mematuhi semua undang-undang danperaturan)

Badan Perakaunan:
1) Badan Kawal Selia
➢ MIA
• Menentukan kelayakan seseorang untukmenjadi ahli.
• Menawarkan latihan, pelajaran dan peperiksaan kepada seseorang yang ingin menceburi
profesion perakaunan.
2) Badan Penggubal Piawaian
➢ MASB
• Menggubal dan menerbitkan piawaianperakaunan.
• Menyemak dan membaiki piawaianperakaunan sedia ada.
• Bertindak sebagai penasihat kepadaakauntan.
3) Badan Profesional Perakaunan
➢ MICPA
• Memajukan profesion perakaunan melaluilatihan dan peperiksaan.
• Melatih dan melahirkan akauntan bertauliah.
• Melakukan penyelidikan dan pembangunandalam perakaunan.
➢ CIMA
• Melahirkan akauntan profesional yang mahirdalam bidang pengurusan dan pentadbiran
perniagaan.
• Mengkaji dan menangani perubahansemasa dalam perniagaan.
➢ ACCA
• Memberi taklimat sokongan kepada ahli danpelajarnya sepanjang kerjaya dalam bidang
perakaunan mereka.
• Memberi pendedahan tentang peraturan dan undang-undang uang berkaitan dengan
amalan serta etika dalam perakaunan.

Sejarah Perakaunan:
➢ Rekod kewangan yang paling awal dijumpai di Babylonia.
➢ Rekod kewangan dicatat dengan menggunakan papyrusdan calamus di Mesir.
➢ Luca Pacioli telah memperkenalkan Sistem Catatan Bergudan beliau digelar sebagai ‘Bapa
Perakaunan’.
➢ IASC ditubuhkan (1973) untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam
perakaunan.

Penyata Kewangan:
➢ Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
➢ Penyata Kedudukan Kewangan

Ciri Kualitatif Asas:


➢ Kerelevanan dan perwakilan benar.

Ciri Kualitatif Tertingkat:


➢ Kebolehbandingan, kebolehfahaman, kebolehsahan danpemasaan.
Penyedia Penyata Kewangan:
➢ Pemilik perniagaan, pekerja sendiri dan pihak luar.

Pengguna Dalaman:
➢ Pemilik perniagaan, pihak pengurusan dan pekerja.
Pengguna Luaran:
➢ Pihak bank, pembekal, agensi kerajaan dan pemegangsaham.

Andaian Perakaunan:
➢ Entiti berasingan, usaha berterusan, wang sebagai ukurandan tempoh perakaunan.

Prinsip Perakaunan:
➢ Ketekalan, prinsip kos serta pengiktirafan hasil danbelanja.

Batasan Perakaunan:
➢ Kos Manfaat
• Untuk melihat sejauh mana wang yang dibelanjakan berkeupayaan untuk
mendatangkanpendapatan kepada perniagaan.

Milikan Tunggal:
➢ Dimiliki oleh seorang pemilik.
➢ Modal disumbangkan oleh pemilik sendiri.
➢ Liabiliti tidak terhad
Perkongsian:
➢ Dimiliki oleh 2-20 orang (Biasa)
➢ Dimiliki oleh 2-50 orang (Profesional)
➢ Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi
➢ Liabiti tidak terhad

Syarikat Berhad:
➢ Dimiliki oleh 2-50 orang (Sendirian Berhad)
➢ Tiada had maksimum pemiliknya (Awam Berhad)
➢ Modal dikumpul melalui terbitan saham dan langganansaham
➢ Liabiliti terhad

Koperasi:
➢ Minimum 50 orang (Tiada had maksimum anggota)
➢ Modal dikumpul melalui kutipan fi masuk dan juga saham
➢ Liabiliti terhad
MODUL 2
KLASIFIKASI AKAUN DAN PERSAMAAN AKAUN

1. Akaun Perdagangan –
✓ Jualan bersih – hasil jualan dan pulangan jualan
✓ Kos Jualan – perbelanjaan semasa membeli barangniaga seperti inventori,pulangan belian,
angkutan masuk, duti/cukai impot, upah belian, insurans belian

2. Untung dan Rugi


✓ Hasil – pendapatan yang diterima selain jualan barangniaga sepertikomisen
diterima, faedah diterima, dividen diterima
✓ Belanja – perbelanjaan dibayar oleh peniaga seperti gaji, kadarbayaran,sewa
kedai

3. Penyata Kedudukan Kewangan


✓ Aset bukan semasa – asset yang tempoh penggunaan melebihi setahundan tahap kecairan
yang rendah seperti kenderaan, perabot, alat pejabat
✓ Aset Semasa – bersifat tidak tahan lama kurang setahun dan mudah cairseperti tunai, wang
dibank, inventori, akaun belum terima
✓ Liabiliti bukan semasa – hutang jangka panjang dimana tempoh bayarmelebihi setahun
seperti pinjaman bank, gadai janji
✓ liability semasa – hutang jangkapendek dimana tempoh pembayarankurang setahun seperti
akaun belum bayar, overdraf bank
✓ ekuiti pemilik – modal / pelaburan pemilik dalam perniagaan. Keuntungan
✓ menambahkan ekuiti pemilik manakala ambilan oleh pemilik dan kerugian mengurangkan
ekuiti pemilik

4. Mengklasifikasikan hasil kepada hasil operasi dan hasil bukan operasi

a) Hasil operasi
• Pendapatan aktiviti utama perniagaan iaitu jualan barangniaga dan hasildari perkhidmatan
• Komisen diterima, faedah diterima,

b) Hasil bukan operasi


• Pendapatan tidak langsung diterima oleh perniagaan
• Dividen pelaburan, keuntungan jualan asset bukan semasa

c) Belanja operasi
• Belanja langsung kegiatan utama perniagaan
• Gaji, insurans, sewa, kadar bayaran, alatulis, pos, belanja am

d) Belanja bukan operasi


• Belanja tidak langsung berkaitan perniagaan
• Faedah atas pinjaman bank, faedah overdraf, kerugian pelupusan asset
5. Rumus p ersamaan Perakaunan
Aset=Liabiliti + Ekuiti Pemilik
ASet = Liabiliti + Modal + Untung Bersih (-Rugi Bersih)
ASet = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja

6. Catatan kontra
Akaun induk Catatan kontra

Aset bukan semasa (kenderaan) Susutnilai terkumpul kenderaan

Akaun belum terima Peruntukan hutang ragu

Modal / Ekuiti pemilik Ambilan

Jualan Pulangan jualan / masuk

Belian PUlangan belian / keluar


MODUL 3
DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Dokumen Perniagaan:
➢ Bukti bertulis bagi sesuatu urus niaga.
Kepentingannya:
➢ Bukti bertulis bahawa suatu urus niaga telah berlakuantara dua pihak.
➢ Berfungsi sebagai rujukan pada masa hadapan tentangsesuatu urus niaga.
➢ Bahan bukti bagi taksiran cukai pendapatan.

Dokumen Sumber:
➢ Dokumen perniagaan yang menjadi sumber maklumat bagi tujuan perekodan dalam perakaunan.

Dokumen Bukan Sumber:


➢ Dokumen perniagaan yang menjadi rujukan bagi urus niaga yang akan dan telah direkodkan.

Bil Tunai:
➢ Bukti urus niaga belian dan jualan dengan menggunakantunai atau cek.

Resit Rasmi:
➢ Bukti urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran dengan menggunakan tunai atau
cek.

Keratan Cek:
➢ Rujukan yang mengandungi maklumat seperti tarikh cek,nama penerima, tujuan pembayaran cek dan
amaun cektersebut.

Baucar Pembayaran:
➢ Dokumen dalaman untuk menunjukkan suatu pembayarantelah dibuat dan diperakui serta
ditandatangani oleh penerima.

Baucar Tunai Runcit:


➢ Dokumen dalaman untuk membuktikan pembayaran bagiperbelanjaan kecil secara tunai telah
dibuat dengan menggunakan Dana Tunai Runcit.

Slip Daftar Tunai:


➢ Slip senarai barang yang dibeli beserta jumlah bayaran.
Slip Bank:
➢ Slip untuk mendepositkan tunai atau mengeluarkan tunaidaripada bank.

Slip Transaksi Perbankan Elektronik:


➢ Bukti transaksi perbankan melalui mesin ATM dan mesin deposit bagi urus niaga pembayaran dan
pindahan wang.

Slip Pindahan Wang:


➢ Slip untuk membuat pindahan wang kepada pih

Makluman Debit:
➢ Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank pelanggan telah
dikurangkan.
Makluman Kredit:
➢ Makluman bertulis daripada pihak bank yang memaklumkan bahawa akaun bank telah bertambah.

Memo:
➢ Dokumen dalaman yang mengandungi maklumat urusniaga yang tiada dokumen sokongan.

Invois:
➢ Digunakan dalam urus niaga jual beli secara kredit.

Nota Debit:
➢ Digunakan untuk menambahkan amaun invois yang telahditerima sebelumnya.
Nota Kredit:
➢ Digunakan untuk menurangkan amaun invois yang telahditerima sebelumnya.

Bil Bayaran:
➢ Dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatankepada pelanggan yang mengadungi
maklumat amaun yang perlu dibayar.

Folio Pelanggan:
➢ Penyata yang mengandungi senarai perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan
rekod pembayaranpelanggan.

Diskaun Niaga:
➢ Potongan harga senarai.
➢ Untuk menggalakkan pembelian secara pukal.

Diskaun Tunai:
➢ Potongan harga invois yang tertakluk kepada syaratpembayaran.
➢ Untuk menggalakkan pembayaran hutang dengan segera.

Penyata Akaun:
➢ Dokumen peringatan kepada peniaga tentang jumlah bakihutang yang masih tertunggak yang perlu
dijelaskan.

Penyata Bank:
➢ Senarai urus niaga untuk tempoh sebulan mengenai keluar masuk wang pelanggan di bank
termasuk baki awaldan baki akhir akaun bank.
MODUL 4
BUKU CATATAN PERTAMA

Kegunaan Buku Catatan Pertama.


1. Jurnal adalah buku catatan asal merekod semua urusniaga
2. Buku tunai – merekod penerimaan dan pembayaran secara tunai atau dengan cek
3. Buku tunai runcit – merekod pembayaran kecil dan tidak sesuai dengan cek

Menjelaskan tujuan penyediaan Jurnal Am.


1. Catatan pembukaan
2. Belian dan jualan asset bukan semasa secara kredit
3. Ambilan barang niaga dan asset bukan semasa untuk kegunaan sendiri
4. Modal tambahan selain tunai dan bank

Format jurnal am
Tarikh Butir Fol Debit Kredit
2017
Ogos 1 Perabot LA4 XX
Kedai Perabot Cintaku LA5 XX
(Beli perabot secara kredit dari KedaiPerabot
Cintaku)

Format jurnal khas

1. Jurnal jualan

Tarikh Butir Fol No Dokumen Jumlah


2017
Ogos 13 Akaun Belum Terima Ali LJ1 XX
22 Akaun Belum Terima Boo LJ2 XX
31 Akaun Jualan (kredit) LA4 XX

2. Jurnal belian
Tarikh Butir Fol No Dokumen Jumlah
2017
Ogos 8 Akaun Belum Bayar Pembekal Tiong LB1 XX
17 Akaun Belum Bayar Syarikat Gafar LB2 XX
31 Akaun Belian (debit) LA5 XX
3. Jurnal pulangan jualan

Tarikh Butir Fol No Dokumen Jumlah


2017
Ogos 10 Akaun Belum Terima Boo LJ2 XX
31 Akaun Pulangan Jualan (debit) LA8 XX

4. Jurnal pulangan belian

Tarikh Butir Fol No Dokumen Jumlah


2017
Ogos10 Akaun Belum Bayar Pembekal Tiong LB1 XX
31 Akaun Pulangan Belian (kredit) LA7 XX
5. Jurnal penerimaan tunai

6. Jurnal pembayaran tunai

7. Buku tunai
MODUL 5 : LEJAR

Lejar:
➢ Merekodkan pelbagai jenis urus niaga perniagaan.

Lejar Am (LA):
➢ Merekodkan semua akaun kecuali Akaun Belum Terimadan Akaun Belum Bayar barang niaga.
Lejar Khas (Subsidiari):
➢ Merekodkan semua urus niaga dengan Akaun BelumTerima (LJ) dan Akaun Belum Bayar (LB).
Akaun Nyata:
➢ Akaun yang merekodkan semua aset perniagaan.

Akaun Nominal:
➢ Akaun yang merekodkan semua hasil dan belanja.

Sistem Catatan Bergu:


➢ Setiap urus niaga direkodkan sekurang-kurangnya kedalam dua akaun yang berbeza.
Kesan dan Akibat Sistem Catatan Bergu tidak Digunakan:
➢ Imbangan duga tidak seimbang.
➢ Untung rugi yang diperoleh tidak seimbang.
➢ Kedudukan kewangan tidak dapat ditentukan dengantepat.
➢ Perbandigan prestasi perniagaan antara tahun yangdisediakan kurang tepat.
Akaun Kawalan:
➢ Memudahkan syarikat untuk menentukan jumlah AkaunBelum Terima dan Akaun Belum Bayar.
Tujuan Penyediaannya:
➢ Memudahkan jumlah baki keseluruhan Akaun BelumTerima dan Akaun Belum Bayar dihitung.
➢ Untuk menyemak ketepatan catatan dalam Akaun BelumTerima dan Akaun Belum Bayar.
➢ Untuk mengimbangkan Lejar Am
Akaun Kawalan Belum Terima:
➢ Berbaki debit kerana aset.
➢ Berbaki kredit kerana:
• Pulangan barang niaga oleh Akaun Belum Terimasetelah hutang dijelaskan.
• Akaun Belum Terima menerima diskaun daripadapeniaga setelah hutang dijelaskan.
Akaun Kawalan Belum Bayar:
➢ Berbaki kredit kerana liabiliti.
➢ Berbaki debit jika:
• Pulangan barang niaga setelah hutang dijelaskan.
• Peniaga menerima diskaun daripada Akaun BelumBayar setelah hutang dijelaskan.

Catatan Kontra:
➢ Pindahan daripada Lejar Jualan ke dalam Lejar Belian atau sebaliknya.

Implikasi Akaun Kawalan:


➢ Sukar untuk mengesan kesilapan menjumlahkan Akaun Belum Terima dan Akaun Belum
Bayar, kesilapan ketinggalan catatan dan kesilapan memindahkan catatan.
MODUL 6 IMBANGAN DUGA

A. Menerangkan fungsi Imbangan Duga.


1. Menyemak ketepatan catatan bergu
2. Menyemak ketepatan pengiraan dalam buku catatan pertama dan lejar
3. Menyemakan ketepatan pemindahan daripada buku catatan pertama ke lejar
4. Memudahkan penyediaan penyata kewangan

B. Formula Imbangan Duga

Akaun Debit Kredit


Aset XX
Belanja XX
Hasil XX
Liabiliti XX
MOdal XX

C. Imbangan duga boleh imbang walaupun terdapat kesilapan. Contoh kesilapan:


1. Kesilapan ketinggalan catatan satu urusniaga. Contoh peniaga yang membuat ambilantunai RM500
untuk kegunaan sendiri tetapi tiada rekod dibuat
2. Kesilapan terbalik atau songsang. Contoh faedah atas pinjaman yang dibayar didebitkanke akaun
bank dan dikreditkan ke akaun faedah atas pinjaman
3. Kesilapan komisen. Contoh Jualan kepada Rosidah RM4000 direkodkan ke akaunRasyidah
4. Kesilapan saling mengimbangi. Contoh belian RM5640 direkod betul dalam akaun banktetapi di rekod
sebagai RM5460 ke akaun belian. Pada masa yang sama jualan RM1970direkod dengan betul dalam
akaun bank tetapi direkod RM1790 dalam akaun jualan
5. Kesilapan prinsip. Contoh belanja membaiki kenderaan RM600 didebitkan ke akaunkenderaan
6. Kesilapan amaun. Contoh pulangan jualan oleh Syahmi RM550 direkodkan sebagai RM505 kedalam
Jurnal Pulangan Jualan dan dipindahlan k eakaun pualngan jualan dengan angkayang sama

D. Maksud inventori.
1. Barang niaga untuk dijual
2. Merupakan asset semasa
3. Dikilang: bahan mentah , barang separuh siap dan barang siap adalah inventori

E. Jenis Sistem Inventori


1. Sistem inventori berkala
✓ Tiada rekod inventori yang keluar dan masuk
✓ Hanya Inventori akhir tahun ditentukan
✓ Inventori dikira secara manual
✓ Diamalkan oleh peniaga kecilan
2. Sistem inventori berterusan
✓ Pergerakan keluar masuk inventori direkod terperinci
✓ Rekod kuantiti, kos seunit, jumlah kos belian, kos jualan dan baki inventori akhirsentiasa dikemaskini
✓ Pesanan untuk pembelian stok dapat dilakukan pada masa yang tepat
✓ Diamalkan oleh pasaraya besar

F. Kesan dan kaitan inventori dengan APUR dan PKK

✓ Nilai inventori akhir tidak diletak dalam imbangan duga


✓ Jika inventori dinilai tinggi, kos jualan akan rendah dan untung kasar menjadi tinggi
✓ Jika inventori dinilai rendah, kos jualan akan tinggi dan untung kasar menjadi rendah
✓ Dalam penyata kedudukan kewangan, inventori akhir dikelaskan sebagai asset semasa
Inventori Akhir Kos Jualan Untung Kasar
Tinggi Rendah Tinggi
Rendah Tinggi Rendah
MODUL 7
PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL TANPAPELARASAN
MODUL 8
PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN DAN PENYEDIAANPENYATA
KEWANGAN MILIKAN TUNGGAL

A. Pengertian Perakaunan Asas Tunai Dan Asas Akruan.


1. Perakaunan asas tunai
• merekod urusniaga yang melibatkan tunai yang telah diterima dan telahdibayar dalam tempoh
perakaunan
• contoh : kadar bayaran yang mesti dijelaskan setahun ialah RM4000 tetapi hanya RM3500 sahaja
telah dibayar. Hanya nilai dbayar RM3500diiktiraf

2. Perakaunan asas akruan


• Mengiktiraf urusniaga apabila perkara tersebut berlaku dan direkod mengikut tempoh urusniaga
berlaku
• Contoh mengiktiraf kadar bayaran RM4000 kerana mengambilkira RM3500 yang telah dibayar
dan RM500 yang kena bayar dalam tempohperakaunan berkenaan

B. Jenis pelarasan pada tarikh imbangan.


1. Akaun nominal – hasil dan belanja
2. Hutang lapuk, hutang lapuk terpulih, peruntukan hutang ragu
3. Susut nilai dan susut nilai terkumpul
4. Pelupusan asset bukan semasa secara tunai

C. Maksud item pelarasan:


(i) Hasil Belum Terperoleh …..hasil terlebih terima
✓ Hasil sepatutnya diterima tahun perakaunan akan datang telah diterima dalam tempoh
perkaunan semasa
✓ Perlu ditolak pada hasil diterima tahun semasa
✓ Direkod sebagai liability semasa dalam penyata kedudukan kewangan
✓ Contoh Sewa belum terperoleh

(ii) Hasil Belum Terima …..hasil tertunggak


✓ Hasil yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima dalam tahun perakaunansemasa
✓ Ditambah pada hasil yang telah diterima
✓ Direkod sebagai asset semasa dalam penyata kedudukan kewangan
✓ Contoh komisen belum terima
(iii) Belanja Prabayar
✓ Belanja yang sepatutnnya dibayar pada tahun perakaunan akan dating tetapi telah
dibayar dalam tempoh perakaunan semasa
✓ Perlu ditolak pada belanja yang telah dibayar
✓ Direkod sebagai asset semasa dalam Penyata kedudukan kewangan
✓ Contoh insurans prabayar
(iv) Belanja Belum Bayar
✓ Belanja yang sepatutnya dijelaskan dalam tahun semasa tetapi masih belumdibayar
✓ Direkod sebagai liability semasa dalam Penyata Kedudukan kewangan
✓ Contoh kadar bayaran belum bayar

D. Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu.

1. Hutang lapuk
✓ Hutang yang tidak dapat dikutip dari Akaun Belum Terima
✓ Direkod sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi
✓ Penghutang tidak mampu bayar hutang, tidak dapat dikesan/melarikan diri, meninggal
dunia, bankrap/muflis

2. Hutang lapuk terpulih


✓ Hutang yang diistihar lapuk tetapi dijelaskan semula oleh Akaun Belum Terima
✓ Direkod sebagai hasil dalam Akaun Untung Rugi

3. Peruntukan hutang ragu


✓ Anggaran hutang yang tidak dapat dikutip dari Akaun Belum Terima
✓ Mengurangkan jumlah Akaun Belum Terima dalam Penyata Kedudukan Kewangan
✓ Hutang ragu merupakan belanja direkod dalam Akaun Untung Rugi
✓ Formula pengiraan
✓ PHR = kadar % X Akaun Belum Terima

E. Kaedah pengiraan Susut nilai


1. Kaedah garis lurus (atas kos)
• Susut nilai = Kos aset bukan semasa – Nilai skrap
• Susutnilai = % susut nilai X Kos Aset Bukan Semasa X Tempoh masa

2. Kaedah baki berkurangan =


• Susutnilai = % susut nilai x (Kos aset bukan semasa – Susut nilai terkumpul) X tempoh
masa

3. Kaedah penilaian semula


• Susut nilai = Baki awal aset + belian aset baru – baki akhir aset
F. Imbangan Duga Terselaras.
Akaun Debit Kredit
Aset XX
Belanja XX
Hasil XX
Liabiliti XX
Modal XX
Hasil belum terperoleh XX
Hasil belum terima XX
Hutang lapuk XX
Hutang lapuk terpulih XX
Hutang ragu XX
Peruntukan hutang ragu XX
Pengurangan P H Ragu XX
Pertambahan P H Ragu XX
Susutnilai aset bukan semasa XX
Susutnilai terkumpul aset bukan semasa XX
Untung pelupusan aset bukan semasa xx
Rugi atas pelupusan aset bukan semasa xx
MODUL 9 PEMBETULAN KESILAPAN DAN PELARASAN

A. Maksud Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.

Kesilapan Tidak Ketara Kesilapan Ketara

Berlaku kesilapan tetapi tidak memberi kesan Angka Imbangan duga tidak seimbang antara
kepada imbangan duga yang seimbang debit dengan kredit
1. Kesilapan ketinggalan catatan satu 1. Kesilapan pengiraan semasa
urusniaga. Contoh peniaga yang membuat menyediakan Buku Catatan Pertama, lejar
ambilantunai RM500 untuk kegunaan dan imbangan duga
sendiri tetapi tiada rekod dibuat Contoh : Jumlah Jurnal Belian ialah RM30
000 tetapi ditulis RM3 000 dan dipindahkan
2. Kesilapan terbalik atau songsang. ke akaun belian juga dengan nilai RM3 000
Contoh faedah atas pinjaman yang dibayar
didebitkanke akaun bank dan dikreditkan 2. Kesilapan pindahan samada dari Buku
ke akaun faedah atas pinjaman Catatan Pertama ke dalam lejar dan dari
lejar ke imbangan duga
3. Kesilapan komisen. Contoh Jualan Contoh : Jumlah Jurnal Jualan ialah RM12 500
kepada Rosidah RM4000 direkodkan ke tetapi dipindahkan ke Akaun Jualan sebagai
akaunRasyidah RM1 250

4. Kesilapan saling mengimbangi. Contoh 3. Merekod amaun di bahagian yang sama


belian RM5640 direkod betul dalam akaun iaitu dibahagian debit atau bahagian kredit
bank tetapi di rekod sebagai RM5460 ke sahaja
akaun belian. Pada masa yang sama jualan Contoh: Pemilik mengambil barang untuk
RM1970direkod dengan betul dalam akaun kegunaan peribadi. Kesilapan ialah kedua-
bank tetapi direkod RM1790 dalam akaun dua akaun belian dan akaun ambilan
jualan direkod sebelah debit

5. Kesilapan prinsip. Contoh belanja 4. Merekod pada satu akaun sahaja


membaiki kenderaan RM600 didebitkan ke Contoh : Menjual barang niaga kepada Baba
akaunkenderaan hanya direkod dalam Akaun Jualan
(sebelah kredit) tanpa ada akaun direkod
6. Kesilapan amaun. Contoh pulangan jualan sebelah debit (tanpa catatan bergu)
oleh Syahmi RM550 direkodkan sebagai
RM505 kedalam Jurnal Pulangan Jualan 5. Merekod amaun yang tidak sama
dan dipindahlan k eakaun pualngan jualan dibahagian debit dan dibahagian kredit
dengan angkayang sama Contoh : sewa diterima daripada penyewa
sebanyak RM5 000 direkod dengan betul
dalam buku tunai (RM5 000) tetapi direkod
dalam akaun sewa diterima sebagai RM500
B) BELANJA BELUM BAYAR
Asas pelarasan untuk belanja belum bayar:
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
TAMBAH
Nota: Ayat (Belanja
maklumat bertambah)
tambahan LIABILITI
menyatakan bahawa bil elektrik SEMASA
bulan Disember 2020
(bulan dalam tempoh semasa) menunjukkan caj semasa RM280 yang belum dibayar dan
juga terdapat
Contoh tunggakan
5 hingga Contohbulan November
7 adalah 2020 dalam
berdasarkan petikanbilImbangan
yang sama sebanyak
Duga RM220. Ini
yang sama.
menunjukkan bahawa bil elektrik bulan November dan Disember 2020 adalah belum
Imbangan Duga pada 31 Disember 2020 (petikan)
dibayar. Maka, kadar bayaran RM1 500 perlu ditambah dengan kedua-dua tunggakan
Butir Debit (RM) Kredit (RM)
berjumlah RM500 ini untuk mendapatkan belanja kadar bayaran sebenar.
Insurans 3 500
Kadar bayaran
Akaun Perdagangan & Untung Rugi 1 500 Penyata Kedudukan Kewangan
Komisen
Kadar bayaran = 1 500 + 280 + 220 Liabiliti Semasa 1 100
Sewa
(belanja) = RM2 000 Kadar bayaran belum4 000 bayar RM 500
(280 + 220)
CONTOH 5
Untuk Contoh 5 hingga Contoh 7, persembahan dalam Penyata Kewangan adalah seperti
Maklumat tambahan:
berikut:
• Kadar bayaran belum bayar RM500.
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Tambah: Hasil Liabiliti
Nota: Ini
Komisen adalah contoh ayat pelarasan
1 100yang paling mudah. Item
Semasa imbangan duga yang akan
menerima
Sewa pelarasan adalah kadar bayaran.
4 000 Kadar bayaran
Kadar belum bayar perlu ditambah
500
dengan kadar bayaran untuk mendapatkan belanja kadar bayaran sebenar. Pelarasan yang
bayaran
Tolak:
terlibat Belanja
adalah seperti berikut: belum bayar
Insurans 3 500
KadarAkaun
bayaranPerdagangan & Untung
2 000 Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Kadar
(1500 bayaran = 1 500 + 500
+ 500) Liabiliti Semasa
(belanja) = RM2 000 Kadar bayaran belum bayar RM 500
Item yang tidak menerima pelarasan mengambil angka asal Imbangan Duga.

CONTOH 6
C) BELANJA PRABAYAR
Maklumat tambahan:
Asas pelarasan untuk belanja prabayar:
• Bil elektrik bulan Disember 2020 sebanyak RM500 belum dijelaskan.
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Nota: AyatTOLAK (Belanja
pelarasan berkurang)
menyatakan ASETbelum
bil elektrik bulan Disember 2020 SEMASA
dijelaskan. Jika
dilihat tarikh pada Imbangan Duga, bulan Disember 2020 adalah dalam tempoh semasa.
Oleh itu, bil
Contoh elektrik Contoh
8 hingga belum dijelaskan
10 adalahiniberdasarkan
perlu dibuatpetikan
pelarasan pada item
Imbangan kadar
Duga yangbayaran.
sama.
Akaun Perdagangan & Untung
Imbangan Duga pada Rugi Penyata
31 Disember 2020 Kedudukan Kewangan
(petikan)
Kadar bayaran = 1 Butir
500 + 500 Liabiliti
Debit (RM)Semasa Kredit (RM)
(belanja)
Insurans = RM2 000 Kadar
3 600bayaran belum bayar RM 500
Kadar bayaran 2 500
Komisen 1 500
CONTOH 7
Sewa 5 000
Maklumat tambahan:
CONTOH 8
• Bil elektrik bulan Disember 2020 menunjukkan caj bulan semasa RM280. Di dalam bil
Maklumat tambahan:
tersebut juga tercatat tunggakan bulan November 2020 sebanyak RM220. Bil ini belum
• dijelaskan.
Insurans prabayar RM300.

Nota: Ini adalah contoh ayat pelarasan yang paling mudah. Item imbangan duga yang akan
menerima pelarasan adalah insurans. Insurans prabayar perlu ditolak daripada insurans
untuk mendapatkan belanja insurans sebenar. Pelarasan yang terlibat adalah seperti
berikut:

Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan


Insurans (belanja) = 3 600 − 300 Aset Semasa
= RM3 300 Insurans prabayar RM300

CONTOH 9
= RM3 300 Insurans prabayar RM300

CONTOH 9
Maklumat tambahan:

• Bayaran insurans termasuk RM300 untuk bulan Januari 2021.

Nota: Ayat pelarasan bermaksud insurans RM3 600 adalah termasuk insurans untuk bulan
Januari 2021 sebanyak RM300. Jika dilihat pada tarikh Imbangan Duga, tempoh
perakaunan semasa berakhir pada 31 Disember 2020. Oleh itu, Insurans RM300 untuk
bulan Januari 2021 (luar tempoh semasa) adalah merupakan insurans prabayar yang
perlu ditolak untuk mendapatkan belanja insurans sebenar untuk tahun semasa.
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Insurans (belanja) = 3 600 − 300 Aset Semasa
= RM3 300 Insurans prabayar RM300
Item yang tidak menerima pelarasan mengambil angka asal Imbangan Duga.

D) HASIL BELUM TERIMA

Asas pelarasan untuk hasil belum terima:


Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
TAMBAH (Hasil bertambah) ASET SEMASA

Contoh 11 hingga Contoh 13 adalah berdasarkan petikan Imbangan Duga yang sama.
Imbangan Duga pada 31 Disember 2020 (petikan)
Butir Debit (RM) Kredit (RM)
Insurans 1 300
Kadar bayaran 1 800
Komisen 1 100
Sewa 3 000

CONTOH 11
Maklumat tambahan:

• Komisen belum terima RM100.

Nota: Ini adalah contoh ayat pelarasan yang paling mudah. Item imbangan duga yang akan
menerima pelarasan adalah komisen (diterima). Komisen belum terima perlu ditambah
kepada komisen untuk mendapatkan hasil komisen sebenar. Pelarasan yang terlibat adalah
seperti berikut:
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Komisen (Hasil) = 1 100 + 100 Aset Semasa
= RM1 200 Komisen belum terima RM100

CONTOH 12
Maklumat tambahan:

• Perniagaan menerima komisen bulanan sebanyak RM100. Komisen RM1 100 yang
diterima adalah untuk bulan Januari hingga November 2020.

Nota: Daripada maklumat di atas, boleh difahami bahawa komisen bulan Disember 2020
sebanyak RM100 belum diterima dan perlu diiktiraf sebagai hasil tahun semasa. Oleh itu,
komisen belum terima ini perlu ditambah kepada hasil komisen yang telah diterima untuk
mendapatkan hasil komisen sebenar.

Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan


Komisen (Hasil) = 1 100 + 100 Aset Semasa
= RM1 200 Komisen belum terima RM100
E) HASIL BELUM TERPEROLEH
Asas pelarasan untuk hasil belum terperoleh:
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
TOLAK (Hasil berkurang) LIABILITI SEMASA

Contoh 14 hingga Contoh 16 adalah berdasarkan petikan Imbangan Duga yang sama.
Imbangan Duga pada 31 Disember 2020 (petikan)
Butir Debit (RM) Kredit (RM)
Insurans 3 100
Kadar bayaran 1 900
Komisen 1 700
Sewa 4 000

CONTOH 14
Maklumat tambahan:

• Sewa belum terperoleh RM800.

Nota: Ini adalah contoh ayat pelarasan yang paling mudah. Item imbangan duga yang akan
menerima pelarasan adalah sewa (diterima). Sewa belum terperoleh perlu ditolak daripada
sewa untuk mendapatkan hasil sebenar. Pelarasan yang terlibat adalah seperti berikut:

Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan


Sewa (Hasil) = 4 000 − 800 Liabiliti Semasa
= RM3 200 Sewa belum terperoleh RM800

CONTOH 15
Maklumat tambahan:

• Sewa yang diterima adalah termasuk sewa bulan Januari 2021 sebanyak RM800.

Nota: Ayat pelarasan bermaksud sewa diterima RM4 000 adalah termasuk sewa untuk
bulan Januari 2021 sebanyak RM800. Jika dilihat pada tarikh Imbangan Duga, tempoh
perakaunan semasa berakhir pada 31 Disember 2020. Oleh itu, sewa RM800 untuk bulan
Januari 2021 (luar tempoh semasa) adalah merupakan sewa belum terperoleh yang
perlu ditolak untuk mendapatkan hasil sewa sebenar untuk tahun semasa.
Akaun Perdagangan & Untung Rugi Penyata Kedudukan Kewangan
Sewa (Hasil) = 4 000 − 800 Liabiliti Semasa
= RM3 200 Sewa belum terperoleh RM800

Anda mungkin juga menyukai