Anda di halaman 1dari 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/330275361

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Perlu Ditulis Semula

Article · January 2019

CITATIONS READS
0 616

1 author:

Janifal Alipal
Independent
7 PUBLICATIONS   6 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Digital Processing of Plasma Clots in Electrophotonic (EPI) Image View project

Biomedical Technology and IR 4.0: Management, Applications & Challenges View project

All content following this page was uploaded by Janifal Alipal on 10 January 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan Di Malaysia
Perlu Ditulis Semula
Janifal Alipal

Penulis Weblog janifal.com


Pelajar Sarjana Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMS
MPP Pascasiswazah UMS sesi 2018/2019
janifal.alipal@gmail.com +60167007535

Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk menilai keberadaan (present) ilmu falsafah
di Malaysia, lalu mencadangkan untuk menukar beberapa perkataan di dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedia ada. Usaha ini masih dalam proses
cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia hasil perbincangan saya
yang mewakili MPP Pascasiswazah UMS bersama Jabatan Pendidikan Tinggi
Malaysia pada Disember 12, 2018. Sebarang cadangan dan kritikan pada artikel
ini untuk menambahbaik idea dan usaha cadangan penulisan semula Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah digalakkan.

Konsep Existentialisme Ilmu dan Kuasa

Dalam aspek pendidikan di Malaysia, kewujudan dan keberadaan proses


pengajaran dan pembelajaran ilmu yang berkesan boleh dikenalpasti dengan
merungkai persoalan keadaan (‘situatedness’ or simply known as ‘moments’)
menurut falsafah existentialisme (Heidegger, 1962) terhadap kewujudan dan
keberadaan jasad yang dikenali sebagai ‘ilmu’ (Danto, 1968) (Lederman, 2013);
(i) past – dari mana ilmu datang, (ii) present – kenapa ilmu ada disini, dan (iii)
future – kemana tuju ilmu ini. Inilah persoalan agung yang harus dijawab
bilamana kita membicarakan soal pendidikan dan ilmu (Lederman, 2013).

Secara literalnya ilmu adalah fahaman teoritikal dan praktikal terhadap sesuatu
subjek, malah pendidikan pula adalah proses penerimaan dan pemberian ilmu.
Yang memberi nyawa atau roh kepada pendidikan ialah ilmu (Popper, 2014).
Subjek yang menjadi ilmu pula lahir daripada kumpulan prinsip dan teori-teori
yang sudah terbukti falsafah epistemologi dan teologinya. Amalan dan praktis
daripada ilmu yang dipelajari mendidik manusia untuk berterusan memberi

1
manfaat secara sejagat. Menurut penulis,iInilah nilai yang dikenalpasti sebagai
hikmah disebalik kewujudan dan keberadaan ilmu.

Dalam konteks hubungan pendidikan ilmu antara Negara dan rakyat pula,
menurut Zong & Fan (2016) ilmu datang daripada sistem pendidikan yang
dirangka oleh pemerintah dan amalan serta praktis ilmu yang dipelajari
bergantung kepada proses keberadaan (present) sistem. Konsep sistem pula,
menurut falsafah mekanik (ilmu asas fizik) (Bennett, 1986) menyatakan bahawa
sesuatu sistem akan memiliki kuasa jika wujud interaksi yang disebut sebagai
kerja ‘ada’ dilakukan dalam satu tempoh masa tertentu. Umum mengetahui
bahawa kuasa berkadar songsang dengan masa. Semakin panjang masa diambil
dalam melaksanakan sesuatu kerja, maka semakin berkurangan kuasa yang dijana.

Menurut penulis, bagi memastikan nilai penjanaan kuasa meningkat, tuntutan


terhadap sejumlah tenaga kerja yang besar dan banyak perlu dilakukan.
Memandangkan masa sentiasa bergerak kehadapan (bernilai positif), pergerakan
masa yang bersifat komulatif ini (terkumpul dan sentiasa bertambah) menjadikan
setiap perkara yang memiliki kuasa perlu untuk sentiasa bekerja dalam
keberlansungannya. Maka, sistem yang berhenti bermaksud keberadaan tenaga
kerja adalah pasif terhadap masa. Oleh itu, dalam apa sahaja bentuk sistem yang
‘wujud’ dan ‘ada’ dimuka bumi ini, keberlangsungan hikmahnya dijamin berlaku
dengan berkesan sekiranya hukum interaksi sistem itu dipenuhi; semakin singkat
masa untuk melakukan kerja, semakin efisen keberadaan sistem untuk
bertinteraksi, maksudnya kuasa yang ada pada sistem dalam keadaan semasa
(present) adalah tinggi.

Oleh itu, penulis berpendapat bahawa kewujudan ilmu boleh dipastikan


keberadaannya mengikut tiga keadaan (moments) iaitu yang sudah berlaku (past),
semasa (present) dan yang akan datang (future). Falsafah existentialisme
(Heidegger, 1962) menyatakan bahawa kelangsungan (sustainable) sesuatu yang
wujud diyakini keberadaanya bilamana tiga keadaan (moments) ini berlaku, dan
daripada situ terhasilnya hikmah . Manakala, dalam menilai keberlangsungan
pula, hukum fizik yakni falsafah mekanik (Bennett, 1986) perlu dipatuhi. Kerja

2
dalam keadaan semasa (present) perlulah aktif terhadap masa. Ringkasnya,
deduksi penulis daripada kedua-dua falsafah ini adalah seperti berikut;

Dalam satu keadaan (moments), bagi membuktikan sesuatu perkara itu wujud (exist),
kita perlu memastikan keberadaannya (present) untuk menjamin keberlangsungan
(sustainable) hikmahnya (wisdom)

Sistem Pendidikan di Malaysia dan Falsafahnya

Di Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (rumusan 1988, Akta Pendidikan


1996) (Alhabhi & Hakim, 2010) menjadi asas kepada sistem pengajaran dan
pembelajaran ilmu. Falsafah yang tertulis ini adalah bukti tampak keberadaan dan
kewujudan ilmu dalam sistem pendidikan semasa (present). Namun jika
diperhatikan rangkap falsafah ini dengan teliti (perenggan dibawah), kewujudan
dan keberadaan kata ‘ilmu’ adalah kata terbitan daripada potensi ‘individu’ yang
dikembangkan;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”
– Malaysia, K. P. (1992). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: KPM

Menurut penulis, dengan menjadikan ilmu sebagai subjek utama pendidikan,


usaha berterusan untuk mengembangkan potensi ‘semua ilmu’ adalah lebih tepat
berbanding potensi ‘individu’. Dalam falsafah existentialisme, ilmu dan individu
adalah subjek yang hidup (living-things) dan keberadaan kedua-duanya adalah
berbeza. Keadaan past dalam ilmu adalah idea, present pula bilamana ilmu
menjadi subjek dan future adalah teori. Manakala bagi individu yang merujuk
kepada jasad manusia pula, fahaman existentialist jelas bilamana ia berakarkan
agama. Mengambil contoh pembuktikan ‘wujud’ dan ‘ada’nya manusia dalam
agama Islam. Dalam Islam, asas pemikiraan existentialisme Muhammad selaku
manusia pencetus kepada agama Islam adalah Tauhid (Yazdī & Yazdi, 1992);
3
(meyakini Tuhan adalah satu) daripada Tuhan (satu) manusia datang, dan kepada
Tuhan (satu) manusia kembali. Di dalam idea Tauhid ini, persoalan keadaan
dalam kalangan existentialist terhadap keberadaan manusia jelas terjawab;
keadaan past pada manusia ialah Tuhan yang satu, keadaan present ialah
menyembah Tuhan yang satu, dan keadaan future juga kembali kepada Tuhan
yang satu.

Kelangsungan hikmah disebalik ‘wujud’ dan ‘ada’nya agama Islam berterusan


(berkuasa) sekalipun Muhammad sudah meninggal dunia. Kalangan existentialist
melihat bahawa selepas kemangkatan Muhammad, kewujudan agama Islam
dilihat berevolusi dalam empat mazhab utama (aliran fahaman) khusus untuk
menjelaskan (bekerja) persoalan keadaan present. Dalam keempat-empat mazhab
ini pula, falsafah keberadaanya sama dengan asas keadaan past dan future yang
diwujudkan oleh Muhammad dalam fahaman Tauhid (Tuhan itu satu), malah
konsisten dan melengkapi proses kewujudan dan keberadaan falsafah Tauhid
terhadap masa (peredaran zaman). Hal ini menjadikannya empat aliran fikir
present ini diterima oleh manusia Islam di seluruh dunia. Fahaman Tauhid ini
‘wujud’ dan ‘ada’ sehingga kini. Inilah yang menjadi hikmah (benih kepada
kualiti hidup manusia Islam) dalam asas fahaman atau falsafah Islam terhadap
kewujudan manusia yang yang dilihat menjawab (satisfied) keadaan (the
moments) persoalan falsafah existentialisme iaitu past, present, dan future.

Penulisan dan penterjemahan struktur falsafah tauhid yang ringkas, padat dan
berfokus inilah yang menjamin kewujudan dan keberadaan Islam sebagai ilmu
agama berkuasa dalam diri individu. Falsafah tauhid ini adalah idea pendidikan
agama Islam yang berkonsepkan ilmu, dan ilmu itu dikenali sebagai konsepsi
‘tuhan itu wujud dan ada’, ilmu ketuhanan. Inilah potensi ilmu ketuhanan yang
dikembangkang oleh falsafah tauhid dan perkara yang sama juga berlaku dalam
setiap agama yang wujud dimuka bumi ini; manusia itu ada tuhannya.

Bilamana berbicara akan potensi individu pula, ‘wujud’ dan ‘ada’ satu falsafah
yang sentiasa mengangkat martabat potensi individu, iaitu falsafah kapitalisme
(Hakemy, 2017). Falsafah kapitalis ini berasaskan freedom, kebebasan untuk
individu memiliki dan mengawal haknya bekerja demi keuntungan. Sistem

4
kapitalis yang bekerja berpaksikan kebebasan dan keuntugan ini lahir daripada
idea dan usaha untuk mengembangkan potensi individu untuk berkuasa. Idealogi
individualisme ini jika dilihat praktikal dan amalann
amalannya
ya dalam kalangan manusia
nusantara terutamanya di Malaysia sentiasa bertentangan dengan falsafah
nusantara. Secara amnya, menurut Nisbet (2004) falsafah nusantara menerapkan
idea potensi kekitaan atau kebersamaan ((collectivisme) manakala falsafah barat
pula
la merapkan idea potensi individu untuk dikembangkan bagi menjamin
keberlangsungan hikmah kewujudan dan keberadaan ilmu.

Analisi terhadap maksud kata terbitan ‘mewujudkan’


‘ dan ‘mendidik
mendidik’ pula dapat
digambarkan dengan jelas melalui teori Real Analysis (Dudley,, 2018) dalam
falsafah kewujudan nombor (Lane, 1981) seperti berikut;

Menurut fahaman penulis, usaha ‘‘mewujudkan’’ adalah perbuatan atau kerja yang
dilakukan untuk menjadikan perkara yang tidak ada (sifar, 0) kepada sesuatu yang
bernilai. Daripada persamaan
pers nombor di atas, simbol ‘anak
anak panah
panah’
menggambarkan keadaan perubahan sesuatu perbuatan/perkara/kerja daripada
tidak bernilai atau sifar kepada satu nilai samada bertambah (positif) ataupun
berkurang (negatif) daripada keadaan asalnya. Mantik disebalik usaha
mewujudkan ‘satu
satu nilai
nilai’’ pada diri individu adalah bersifat paksaan kerana umum
mengetahui hikmah kejadian manusia bukan ‘sifar’.
‘ ’. Potensi individu ada nilainya
dan nilai ini sebenarnya ‘menghampiri sifar’ bukannya ‘sifar’.
‘ ’. Oleh sebab itulah,
memandangkang
gkang usaha ‘mendidik’
‘ ’ itu adalah proses belajar dan mengajar ilmu,
dan ilmu pula tidak bermula daripada ‘‘sifar’, maka ‘mendidik’’ adalah kata
terbitan yang tepat untuk proses menyemai ‘ilmu’.
‘ ’. Jika kita perhatikan persamaan
matematik di atas, mendidik adal
adalah
ah perbuatan/perkara/kerja yang membentuk
nilai daripada keadaan ‘menghampiri
‘ sifar’’ kepada keadaan yang bukan
‘menghampiri sifar’’ (lebih daripada nilai sifar).

Maka dengan itu, usaha menyemak semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan di


Malaysia adalah wajar sekiranya penggubal sistem pendidikan serius untuk

5
mengembangkan potensi ‘semua ilmu’ dan bukannya ‘individu’. Matlamat
daripada memperkembangkan lagi potensi ilmu ini mampu ‘mendidik’ insan dan
bukannya ‘mewujudkan’ insan, kerana kata terbitan ‘mendidik’ bersifat lebih
objektif daripada ‘mewujudkan’. Seharusnya, menurut penulis ayat rangkap
pertama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang sedia ada perlu ditulis
sedemikian;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi semua ilmu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mendidik insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Usaha “memperkembangkan lagi potensi individu” berbanding potensi ‘semua


ilmu’ adalah punca utama keadaan semasa (present) sistem pendidikan di
Malaysia tidak objektif dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan lalu mampu memberi sumbangan kepada manusia sejagat. Semangat
dan roh ilmu yang dimiliki oleh manusia nusantara wajar diterapkan oleh sistem
pendidikan di Malaysia. Tuntutan falsafah pendidikan sedia ada terhadap potensi
individu yang perlu dikembangkan adalah bersifat individualist, kerana usaha ini
berjantungkan falsafah kapitalisme. Maka dengan sebab itulah di bilik darjah atau
di dewan kuliah, menilai potensi pelajar secara individu sudah menjadi keutamaan
pendidik berbanding potensi ilmu. Ilmu yang diajar dan dipelajari seharusnya
mampu untuk diserap dalam idea kekitaan dan kebersamaan demi menyemai
keberlangsungan semangat manusiawi nusantara.

Dalam menilai hikmah disebalik ilmu yang dipelajari itu mampu dipraktikkan,
prinsip kebersamaan (collectivism) adalah perkara asas pelaksanaan falsafah
nusantara, bukannya idea individualisme. Di awal pembentukan sistem dalam
pendidikan yang berdasarkan falsafah sedia ada ini dilihat sudah bertentangan
dengan falsafah manusia nusantara. Seharusnya falsafah pendidikan ilmu untuk
manusia nusantara ini bersifat kekitaan dan kebersamaan dalam mengembangkan
potensi ilmu dan bukannya individu agar proses pengajaran dan pembelajaran
ilmu yang berlaku di Malaysia mendidik insan untuk meneroka ilmu dengan
berhikmah.

6
Maka dengan itu tidak hairanlah jika potensi individu yang dituntut untuk
dikembangkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kini gagal diukur dengan
baik. Buktinya, pelajar yang pandai menghafal dilabel bijak dan yang lemah
menghafal adalah kurang bijak. Inilah Kaedah pengelasan potensi individu dalam
sistem pendidikan masa kini. Dalam situasi ini, ilmu tidak lagi dipandang tinggi
sebaliknya dianggap sebagai skrip lakonan yang akhirnya perlu dilakonkan
dihadapan penonton. Potensi itu diukur berdasarkan kebijaksanaan individu
pelajar menghafal dan bukannya kemampuan amalan dan praktis ilmu secara
sejagat. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada para ilmuan dan sarjana kini
berperanan sebagai robot-robot penghafal ilmu. Ilmuan dan sarjana masa kini
kebanyakannya consume the knowledge dan bukannya contemplate the
knowledge.

Sistem pendidikan seharusnya menilai potensi ilmu yang bersesuaian dengan


personaliti pengajar dan pelajarnya agar tidak wujud tenaga pengajar yang
berkiblatkan silibus pengajaran semata, manakala pelajar perlu menjadi robot-
robot penghafal yang berjaya. Apabila ilmu diterapkan bersesuaian dengan
personaliti pengajar dan penuntut ilmu, amalan dan praktikal terhadap ilmu itu
akan menjadi lebih lebih mudah dikerjakan dan dijiwai. Sebagai contoh, potensi
kepada ilmu komunikasi mampu dikembangkan apabila pendidikan ilmu ini
diberikan kepada pelajar dan pengajar yang bersifat extrovert. Manusia extrovert
lebih cenderung bercakap berbanding manusia introvert, maka penerapan ilmu
komunikasi kepada manusia dalam kelompok extrovert adalah tindakan sistem
pendidikan berhikmah. Inilah idea yang lahir daripada falsafah nusantara. Ianya
‘wujud’ dan untuk menjamin keberadaan hikmahnya memiliki kuasa, sejumlah
kerja yang aktif terhadap masa perlu dilakukan dengan segera.

Kesimpulan

Sekiranya potensi ilmu dikembangkan, sesebuah sistem pendidikan akan mampu


membuat pengukuran kerana ilmu sifatnya objektif. Seharusnya falsafah
pendidikan di Malaysia menilai potensi yang ada pada semua ilmu untuk
dikembangkan, agar ilmu menjadi alat mendidik insan yang holistik pengamalan
ilmunya. Kegagalan pengamalan terhadap ilmu falsafah untuk dikembangkan
dalam sistem pendidikan sedia ada adalah contoh kepada persoalan kedua (present

7
View publication stats

– kenapa ilmu ada disini) dalam falsafah existentialisme tidak terjawab. Sebab
itulah ilmu falsafah di Malaysia ‘wujud’ tetapi tidak ‘ada’. Berkurun kita melihat
bahawa ilmu falsafah dalam pendidikan kita itu wujud tetapi tidak menentu
keberadaannya. Tidak wujud sebarang ‘kerja’ berhikmah yang menjamin kuasa
‘wujud’ dan ‘ada’ dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itulah
keberlangsungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tidak berfokus dan
terumbang-ambing matlamatnya. Sistem pendidikan yang dirangka oleh
pemerintah kini berkiblatkan kehendak industri semata-mata, bukan lagi
keperluan manusiawi. Hal ini berlaku atas akibat asas fikir kepada disebalik idea
pendidikan di Malaysia ini tidak se-roh dengan ilmu dan manusia nusantara. Maka
dengan itu, penulis menuntut untuk kita menulis semula Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

RUJUKAN

Heidegger, M. (1962). Being and time. 1927. Trans. John Macquarrie and Edward Robinson. New
York: Harper.

Danto, A. C. (1968). Analytical philosophy of knowledge.

Lederman, N. G. (2013). Nature of science: Past, present, and future. In Handbook of research on
science education (pp. 845-894). Routledge.

Popper, K. (2014). Conjectures and refutations: The growth of scientific knowledge. Routledge.

Zhong, X. M., & Fan, K. K. (2016). A New Perspective on Design Education: A" Creative
Production-Manufacturing Model" in" The Maker Movement" Context. Eurasia Journal of
Mathematics, Science & Technology Education, 12(5).

Bennett, J. A. (1986). The mechanics' philosophy and the mechanical philosophy. History of
science, 24(1), 1-28.

Alhabhi, S. O., & Hakim, H. (2010). Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Kertas
kerja.

Yazdī, M. Ḥ., & Yazdi, M. H. I. (1992). Principles of Epistemology in Islamic Philosophy, The:
Knowledge by Presence. Suny Press.

Hakemy, S. (2017). Capitalism and Freedom. Macat Library.

Nisbett, R. (2004). The geography of thought: How Asians and Westerners think differently... and
why. Simon and Schuster.

Dudley, R. M. (2018). Real Analysis and Probability: 0. Chapman and Hall/CRC.

Lane, S. M. (1981). Mathematical models: A sketch for the philosophy of mathematics. The
American Mathematical Monthly, 88(7), 462-472.

Anda mungkin juga menyukai