Anda di halaman 1dari 2

Huraikan proses-proses pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh


maklumat perkembangan kanak-kanak bagi membantu guru dalam membuat penilaian.
Tambahan pula, pentaksiran membantu guru dan ibu bapa dengan mengumpul bukti
dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan juga
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak. Biasanya,
perkara yang ditafsir merangkumi konstruk yang terkandung kurikulum KSPK iaitu
tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri,
tunjang fizikal dan estetika, tunjang sains dan teknologi, dan akhir sekali ialah tunjang
kemanusiaan. Elemen-elemen yang lain juga termaktub dalam pentaksiran iaitu
penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status
kesihatan dan kesediaan sosial.
Pada pendapat saya, proses pelaksanaan pentaksiran yang pertama ialah
mengenal pasti kanak-kanak yang ingin dibuat pentaksiran. Ini adalah kerana guru atau
pendidk mempunyai keinginan untuk mengetahui perkembangan, prestasi, sikap, atau
tingkah laku seseorang kanak-kanak, barulah guru atau pendidik akan membuat
pentaksiran kanak-kanak tersebut. Proses yang seterusnya ialah mengenalpasti aspek
yang ingin dibuat pentaksiran sama ada dari segi tunjang komunikasi, tunjang
kerohanian, sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang fizikal dan estetika,
tunjang sains dan teknologi, dan akhir sekali ialah tunjang kemanusiaan ataupun
elemen yang lain contohnya dari segi penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan
kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial. Selain itu ialah
menentukan kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian adalah sangat penting dalam
pelaksanaan pentaksiran kerana ia membantu mengesan perkembangan seseorang
kanak-kanak itu dan mengenal pasti pelbagai potensi mereka secara menyeluruh.
Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan kanak-kanak
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.Lebih-lebih lagi, guru juga dapat
menggunakan pelaksanaan pentaksiran dan penilaian sebagai medium untuk
merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan kanak-kanak bersesuaian
dengan peringkat umur mereka. Guru boleh membuat pertimbanagan dalam
menentukan kaedah pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, portfolio,
rekod berterusan, rekod anekdot dan sebagainya semasa membuat pentaksiran.
Setelah menentukan kaedah pemerhatian, guru atau pendidik perlulah membina
instrumen yang sesuai dengan kaedah pemerhatian yang dipilih. Perkara-perkara asas
yang perlu ada dalam instrumen perlulah disediakan seperti nama kanak-kanak,
perkara yang ingin diperhati, masa dan sebagainya. Instrumen yang dibina seharusnya
mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item
yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur
setiap satu kemahiran sahaja. Akhir sekali ialah menentukan masa dan tempat. Guru
atau pendidik perlulah memilih masa dan tempat yang sesuai untuk melaksanakan
pemerhatian.

Anda mungkin juga menyukai