Anda di halaman 1dari 9

PISMP SEM 4 PAKK

LIM PEI PEI & LOOI LI

Rancangan Latihan Kemahiran Olahraga

Permainan : Olahraga

Kelas : Tahun 5

Tarikh : 10 Mac 2020

Masa : 8:30 pagi – 9:30 pagi (60 minit)

Kemahiran : Cara Pegangan Peluru + Lontaran Peluru

Bil. Pelajar : 30 orang

Alatan : Wisel, skital, peluru, papan penahan, hula hoop, bola

Fokus : Berkebolehan melakukan kemahiran asas memegang dan melontar peluru dengan cara yang betul.

Objetif Latihan : Murid dapat memegang peluru dengan cara pegangan yang betul.

Murid dapat melakukan lontaran dengan cara pegangan yang betul.

Murid dapat melakukan lontaran dengan gaya badan yang betul.

Masa/ Aktiviti / Keterangan Pengelolaan


Langkah
Set Induksi Memanaskan badan 1. Guru membimbing murid memanaskan
( 10 minit ) Monkey In The Middle badan dengan menggunakan Permainan
1. Semua murid dikehendaki membentuk satu bulatan yang Monkey In The Middle.

1
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

besar.
2. Tiga orang murid akan dipilih sebagai monyet dan berdiri di
tengah bulatan.
3. Murid-murid lain perlu membaling bola antara satu sama
lain dan bola tidak boleh dirampas oleh murid dalam bulatan.
4. Sekiranya bola dirampas, murid-murid akan didenda.
Langkah 1 1. Guru menunjukkan cara memegang
(10 min) peluru dengan menggunakan lima jari.
2. Guru meminta murid memegang peluru
dengan menggunakan cara yang betul.
3. Guru memperkenalkan teknik-teknik
1. Teknik memegang peluru dengan lima jari: melontar peluru. (Lontaran gaya berdiri,
• Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking Gaya melungsur selangkah dan Gaya
mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan Parry O’ Brien)
untuk para pelajar sekolah rendah. 4. Guru menunjukkan teknik melontar peluru,
Gaya Berdiri Dan Melontar.
2. Teknik Melontar Peluru - Gaya berdiri dan melontar
(tanpa lungsuran)

2
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

Fasa Persediaan
• Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan
dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran
(sekiranya memegang peluru di tangan kanan.
• Menempatkan peluru di bahagian yang sesuai iaitu di
bawah telinga dan hampir dengan leher.

• Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke


luar.

3
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

• Setelah itu, peserta haruslah merendahkan badan


dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak
hampir dengan garis pusat bulatan.

4
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

FASA KILASAN BADAN

• Kilaskan bahagian pinggang dan mula menolak


tangan kanan ke hadapan dan ke atas sambil
menyilangkan badan.
• Fasa ini melibatkan pemindahan berat badan dari kaki
kanan ke kaki kiri.

FASA LONTARAN

• Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki


kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah

5
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

sehingga badan menjadi terangkat.


• Peluru perlu dilontar keluar dari tangan menuju ke
hadapan dan ke atas sambil bawakan kembali
tangan kiri dengan cepat ke arah kiri.
• Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru
manakala tangan kiri membantu mengimbangkan
tangan.

FASA PULIHAN

• Kedudukan kaki depan dan belakang sama seperti


semasa fasa lontaran.
• Pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki
hadapan.
• Dalam gaya berdiri ini, pelontar tidak melakukan
lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu
kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam

6
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

gaya ini.

Peraturan:

 Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar


bulatan atau memijak bahagian atas kayu
penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan
selepas peluru dilepaskan.
 Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan
lontaran selepas peluru mendarat.

Langkah 2 Latihan cara memegang dan melontar peluru 1. Guru membahagikan murid kepada 3
( 8 min) kumpulan.
2. Guru meminta murid melontar peluru ke
dalam hula hoop dengan menggunakan
cara memegang dan melontar peluru
secara betul.
Langkah 3 Pertandingan melontar peluru 1. Guru membahagikan murid kepada 3
(23 min) kumpulan.
1. Setiap murid perlu melontar peluru dengan menggunakan 2. Guru menjalankan pertandingan melontar
teknik yang betul ke kawasan yang ditentukan. peluru.
2. Markah akan diberikan seperti berikut:
- 3 markah diberi jika lontaran peluru melepasi garisan C
dengan cara pegangan peluru dan teknik melontar yang

7
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

betul.
- 2 markah diberi jika lontaran peluru melepasi garisan B
dengan cara pegangan peluru dan teknik melontar yang betul
- 1 markah diberi jika lontaran peluru melepasi garisan A
dengan cara pegangan peluru dan teknik melontar yang betul
- 0 markah diberi jika cara pegangan peluru tidak betul

* 2 kali percubaan

Penutup Menyejukkan badan 1. Guru mengiringi murid menyejukkan


(9 min) 1. Senaman regangan badan.
2. Tarik nafas
-tarik nafas dan tahan dengan

8
PISMP SEM 4 PAKK
LIM PEI PEI & LOOI LI

kiraan 8
-hembuskan perlahan-lahan
-ulang sebanyak tiga kali

Penilaian Sesi Latihan: Murid dapat melakukan kemahiran asas memegang dan melontar peluru dengan cara yang betul.

Refleksi : Pada akhir sesi latihan, 25 orang murid dapatmencapai objektif yang ditetapkan dan 5 orang murid yang
tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai