Anda di halaman 1dari 2

k

Laporan Perkhemahan Pengakap


SJKT Ko Sarangapany

Pada cuti penggal yang pertama, kami ahli Pengakap SJKT Ko Sarangapany
mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Hijau. Murid-murid pergi ke situ
dengan menaiki sebuah bas.

Tujuan murid-murid mengadakan perkhemahan ini adalah untuk mencari


pengalaman . Selain itu, aktiviti ini juga merupakan aktiviti tahunan sekolah.

Murid-murid tiba di sana selepas sejam. Setelah menurunkan semua kelengkapan


yang dibawa, mereka pun menjalankan tugas masing-masing. Mereka mendirikan
khemah, mencari kayu api dan menjerang air.

Kerja-kerja memasak dan mengambil air dilakukan oleh ahli pengakap


yang lain. Mereka mengambil air dari sungai yang berhampiran dengan tapak
perkhemahan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan. Antaranya ialah


berkawad kaki, pertolongan cemas, mendaki gunung dan pertandingan khemah
terbersih.

Perkhemahan yang diadakah selama tiga hari itu, banyak memberi pengetahuan.
Pada hari ketiga,murid-murid balik ke rumah dengan gembira. Mereka berharap
aktiviti seperti ini diadakan setiap tahun.

Laporan disediakan oleh, 29 JUN 2021.

Kaviya________
(KAVIYA A/P PANDIAN)
Setiausaha,
Perkhemahan Pengakap,
SJKT Ko Sarangapany.
k

Anda mungkin juga menyukai