Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha, Pn Fauziah Bt Md Kassim,

Pengetua SMK Perempuan Kapar

Yang dihormati, Dr Navendran A/L Muthukrishnan


selaku penceramah pada pagi ini

Yang Berusaha Pn Hanimah Bt Mohsin,


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Che Noor Aizam Bt Sheikh Ahmad,


Penolong Kanan HEM

Pn Rusmah Bt Baharudin,
Penolong Kanan Ko kurikulum

Datin Maznah Bt Abu Hassan,


Penolong Kanan Petang

Guru- guru dan

Kakitangan Sokongan SMK Perempuan Kapar yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum  wbt, Salam sejahtera dan selamat pagi

Dewan Dahlia megah berdiri


Di hias indah berseri-seri
Satu semangat satu visi
Memartabatkan kerjaya kami di sini

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya


maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria
serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama
berkumpul bagi menjayakan program Latihan Dalam Perkhidmatan bagi
tahun 2016.
Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya
mempersilakan  Encik Khairul Anwar bin Roslan untuk bacaan doa.
Dipersilakan.

- DOA -

Terima kasih Encik Khairul Anwar bin Roslan atas bacaan doa sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,
Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di
sekolah pada hari Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan
yang muncul di dalam minda ketika ini.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan penceramah dan


pemudah cara program Latihan dalam Perkhidmatan guru SMK
Perempuan Kapar, buat kesekian kalinya ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, untuk Slot Ladap yang pertama majlis
mempersilakan Dr Navendran A/L Muthukrishnan dari Hospital Manipal
untuk menyampaikan ceramah beliau yang berkaitan dengan “Sakit
Mata”.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH

Terima kasih Dr Navendran A/L Muthukrishnan atas ceramah itu tadi.


Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Puan


Fauziah Bt Md Kassim, pengetua SMK Perempuan Kapar bagi
menyampaikan cenderamata kepada Dr Navendran A/L Muthukrishnan.

Terima kasih Puan Fauziah Bt Md Kassim atas kesudian menyampaikan


cenderamata.
Majlis diteruskan lagi dengan slot ladap yang Kedua. Taklimat ini akan
disampaikan oleh En Zairosezary Mat Jenoldin dari Oxigen 4U.. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

TAKLIMAT

Terima kasih En Zairosezary Mat Jenoldin atas taklimat itu tadi.

Setelah kita mendengar taklimat yang disampaikan oleh En Zairosezary


Mat Jenoldin kini tibalah masanya untuk kita beristirehat selama 15
minit. Majlis akan disambung semula pada pukul
____________________ dengan slot ketiga.

REHAT

Setelah kita berhenti rehat sambil menikmati juadah tadi, kini kita
sambung lagi program kita dengan Slot Ke-3, iaitu ceramah yang akan
disampaikan oleh Cik Yogadevi A/P Munusamy pakar fisioterapi dari
Hospital Manipal untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk
Pain Management.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH

Terima kasih Cik Yogadevi A/P Munusamy atas ceramah itu tadi.
Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Puan


Fauziah Bt Md Kassim, pengetua SMK Perempuan Kapar bagi
menyampaikan cenderamata kepada Cik Yogadevi A/P Munusamy.

Terima kasih Puan Fauziah Bt Md Kassim atas kesudian menyampaikan


cenderamata
Hadirin dan hadirat sekalian,
Seterusnya kita akan mendengar taklimat ringkas oleh Pn Nurul Rashida
Badrisam mengenai Pengisytiharan Harta dalam HRMIS. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

TAKLIMAT

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan


sepanjang slot Ladap kali ini. Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan, para
pentadbir dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program
pada hari ini.

Majlis diakhiri dengan pantun dua kerat:

Guru penyayang guru cemerlang


Selesai Ladap mari kita pulang.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.


Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai