Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI BAWAH 17 TAHUN

Anjuran :

SEVENS VOLLEYBALL CLUB


Dengan kerjasama

MPP ZON 3, SHAH ALAM

PERSATUAN PENDUDUK KRISTAL 7, SHAH ALAM

Event Management:

ERA JAYA CONSULT & TRAINING SOLUTION

Tarikh :

26- 27 Febuari 2022

Tempat :

Gelanggang Bola Tampar, Taman Permainan Seksyen 7, Jalan Kristal 7/74,


Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

1
KERTAS KERJA PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI BAWAH
17 TAHUN

1.0 PENGENALAN

Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk


dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat
muda bagi sukan ini. Menyedari hakikat ini, Sevens Volleyball Club dengan
kerjasama MPP Zon 3, Shah Alam dan Era Jaya Consult & Training
Solution sebagai Event Management telah mengambil inisiatif untuk
mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan Bola
Tampar Lelaki Bawah 17 tahun antara sekolah-sekolah dan kelab- kelab di
Shah Alam dan kawasan yang berdekatan. Ia dilaksanakan sebagai satu
usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi aspek Jasmani,
Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial.

2.0 RASIONAL

Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yang menjadi sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) iaitu 1 Murid 1 Sukan. Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan,
sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan
asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.
Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan pertandingan
yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral
dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan
pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk
semangat cinta akan negara.

2
Selain daripada itu, pertandingan ini merupakan salah satu daripada aktiviti
yang berfaedah untuk mengisi masa lapang sempena cuti sekolah yang akan datang.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat -


bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan
yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu
mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan
pelajar – pelajar sekolah.
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta
memupuk budaya bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui
kecerdasan dan ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola
tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini.

4.0 OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan pelajar - pelajar.


2. Melahirkan pelajar - pelajar yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang
akademik dan sukan.
3. Memupuk semangat kerjasama, perpaduan sambal mengeratkan siraturahim
di kalangan pelajar -pelajar.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Sekolah – sekolah sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan
- SMK Seksyen 7, Shah Alam
- Kolej Vokasional, Klang
- SAMTAJ, Shah Alam
- SMK Bukit Jelutong, Shah Alam
- SMK Seksyen 24, Shah Alam
- SMK Sri Muda, Shah Alam
- Madrasah Integrasi Tahfiz Selangor, Klang

3
- High School Klang
- SMK Bukit Rahman Putra, Sg, Buloh
- SMK Cheras Jaya, Cheras
- SMK Sg Pusu, Gombak
- SMK Telok Panglima Garang
- SM Setia Budi, Gombak
- SM Al Amin, Gombak
- Dan lain-lain

6.0 TARIKH DAN HARI


26 - 27 Oktober 2020 (Sabtu & Ahad)

7.0 TEMPAT

Gelanggang Bola Tampar, Taman Permainan Seksyen 7, Jalan Kristal 7/74,


Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

8.0 JAWAT ANKUASA PENGELOLA

Penaung : En Mohd Firdaus bin Mokhtar


Pengerusi : Pn Nurhayati Bt Mohd Ma’mun Suheimi
Naib Pengerusi : En Khalid B Libar
Setiausaha : En Harith Irfan B Abd Halim
Bendahari : En Noor Hilmy B Noor Hisham

Event Manager : En Mohd Hakim B Nor Azizi


: En Syed Nazhan B Syed Latif
( Era Jaya Consult & Training Solution)

4
11.0 KEWANGAN
 Sila rujuk lampiran 1

12.0 PENUTUP
Pihak penganjur mengharapkan agar mana-mana pihak berkenaan
mempertimbangkan permohonan kerjasama agar segala yang dirancang dapat
diteruskan bagi memberi manfaat kepada para pelajar. Pihak kami juga
menyokong dan mengalu-alukan bantuan daripada semua pihak supaya
program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang
disasarkan.

5
LAMPIRAN 1: KEWANGAN

PERKARA KOS JUMLAH

PENDAPATAN

1. KUTIPAN YURAN PENYERTAAN


RM 120 RM 1,440
12 pasukan

JUMLAH PENDAPATAN RM 1,440

PERBELANJAAN

1. HADIAH PERLAWANAN RM 1,600

JOHAN : RM 400 + Medal 500


N. JOHAN: RM 300 + Medal 400
KETIGA : RM 200 + Medal 300
KE-EMPAT: RM 200 200

Saguhati untuk tempat ke-lima hingga ke- 200


lapan : RM 50 / pasukan

2. SAGUHATI PENGADIL RM 600


4 ORANG X RM 150

3. PERALATAN
BOLA RM RM200 X 2 RM 580
NET RM 180

4. EVENT MANAGEMENT FEES


RM 500

JUMLAH PERBELANJAAN RM 3,280

Anda mungkin juga menyukai