Anda di halaman 1dari 10

PANDU PUTERI TUNAS

Sejarah brownie
dan tunas puteri
APA ITU BROWNIE?
Brownie adalah nama awal pandu
puteri tunas. Pandu puteri tunas
ditubuhkan pada tahun 1920. Nama
brownie kekal digunakan sehingga
tahun 1984.
Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk
menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini
lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan
bahasa di negara kita.
Tunas Puteri berasal daripada
gabungan dua perkataan

TUNAS PUTERI
Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi
sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan
buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak
tunas lagi.
Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang
lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan,
kesopanan dan kemuliaan diri.
Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang
mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang
sempurna.
T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan
Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan
P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Anda mungkin juga menyukai